Review Filem | J-Revolusi

15:45 Bonda Zahra 2 Comments

J Revolusi  Filem Aksi Melayu Terbaik!



Assalamualaikum semua. Lepas ja p event Caliph hari Sabtu tu, kami p tengok wayang filem J Revolusi. En. suami lah beria sangat nak tengok. En.suami teruja nak tengok cerita ni lepas dia tengok official trailer cerita ni yang nampak macam menarik ja. Terus lah dia ajak aku p tengok lepas habis event tu. Sesungguhnya kami dua ni adalah pengemar filem Melayu. Support industri filem tempatan lah wei!, haha.

So, aku nak buat review sikit lah pasal filem aksi Melayu ni. Sebelum-sebelum ni memang aku ada ternampak 'teaser' poster filem ni dekat panggung wayang lah, dekat tv lah, youtube lah. Wah tak sangka pulak filem negara kita rupanya. Filem ni dah ditayangkan  bermula pada 2 Mac 2017 lagi. Ok lah filem ni. Ada aksi, ada lawak, ada part sedih. Memang best jalan ceritanya!

Sinopsis J Revolusi


J Revolusi mengisahkan tentang seorang ahli Unit Tindak Khas (UTK), Jay Zulkarnain (lakonan Zul Ariffin) yang perlu menyelamatkan adik perempuannya, Dian (lakonan Fazura) yang merupakan seorang agen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan. Jay berusaha untuk menyelamatkan adiknya walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi.

Filem yang bergenre aksi & drama ni merupakan arahan  sulung dari Zul Azhar. Zul Ariffin telah dipilih sebagai peneraju utama filem ini. Selain Zul Ariffin, filem ini dibintangi oleh Izara Aishah, Nur Fazura, Farid kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra & ramai lagi. Filem yang diklasaifikasikan untuk tontonan 13 tahun ke atas sahaja (P13) & ditayangkan dalam bentuk 2D.

Review J Revolusi



Tepuk tangan dulu!!. Yeah!!. Sekali lagi aku katakan, ni adalah filem Melayu yang tak mengecewakan. Aku puas hati lah menonton filem ni. Serious best!. Rasa macam nak p repeat tengok lagi, haha.

Filem ni membuatkan aku berfikir yang kita tak mampu nak buat semuanya serba sempurna setiap masa. Dan tak semestinya apa yang kita nak tu kita akan dapat. Macam dalam filem ni, watak Jay yang sangat sempurna dengan misi yang dijalankan & berakhir dengan kegagalan dalam misi ni.

Filem ni penuh dengan aksi yang mendebarkan. Seawal 15 minit pertama, kita dah disajikan dengan aksi mantap para pelakon. Membuatkan aku keliru pada permulaan jalan ceritanya. Sebab selalunya di awalan cerita ianya baru untuk pengenalan. Relaks dulu. Tapi dalam filem ni, terus kepada misi yang nak dilaksanakan. Tapi apa pun aku suka dengan semua aksi yang dipaparkan, Dan katanya semua aksi di dalam filem ni dilakukan sendiri oleh pelakon Zul Ariffin & Farid Kamil. Terbaik!. 

Yang menceriakan filem ni adalah watak 'Herman / Skodeng' yang dilakonkan oleh Azad Jasmin, seorang pegawai UTK yang sangat banyak cakap & kelakar. Bila muncul ja watak 'Skodeng', confirm hangpa akan gelak, haha Watak lain macam Dian (lakonan fazura), Eddie (lakonan Izara Aishah) & Andra (lakonan Farid Kamil) turut melakonkan watak depa dengan baik.

Haish kalau boleh nak ja cerita sampai habis, hihi. Tapi kena simpan sikit sebab hangpa kena lah p tengok sendiri wei nak taw best ka tak filem ni. Insyaallah dengan sokongan rakyat Malaysia, filem ni mampu mengutip kutipan "box office". Setiap filem tu ada kekuatannya tersendiri. Ok gais, jangan lupa p tengok J Revolusi na!.  

Berapa Bintang?

Ikhlas aku bagi 

4.5/5 

BINTANG








You Might Also Like

2 comments:

  1. Wahhh mcm menarik plak nak pi tgk ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tahan lah k.nani.bagi saya best!. :)

      Delete