Kuah Rojak Classic Recipe

21:49 Bonda Zahra 2 Comments

KUAH ROJAK HOMEMADE


Kuah rojak sedap

Classic Recipe, ha sedap tak nama tu? Hihi. Aku yang letak nama tu untuk kakak aku yang sedang nak berjinak-jinak ke arah parttime bisnes ni. Kakak aku ni nama dia Kak Tina.

Kak Tina ni memang pandai  buat kuah rojak. Tinggal tak upload dekat FB ja lagi ni. Tapi selalunya dia amik tempahan kalau ada order ja. Kuah rojak dia memang menjadi pujaan ramai dah dekat kawasan rumah kami ni, haha.

Macam aku ni pun rajin duk tempah dekat dia. Tak mahal pun satu bekas macam gambar dekat atas tu RM6.00 ja. So, sekarang ni aku nak buat tempahan melalui online pulak untuk dia. Sebelum ni dia jual depends pada permintaan ja. Tapi takpa lepas ni hangpa kalau nak cuba, boleh lah order melalui aku ya!. Cuma kalau jauh tu ada postage lah ya.

Kuah rojak sedap

Kuah rojak sedap

Aku kadang belasah makan dengan epal hijau ja, hihi. Kena dengan mangga muda ka, jambu air ka nak makan dengan kuah rojak ni, lagi pergh!. Kalau takda tu belasah ja lah makan dengan apa yang ada. Ni nak cakap ni, kuah rojak ni sedap taw!. Cukup rasa, cukup pedas!. Bukan sebab kakak  aku yang buat ya aku cakap macam ni.

Menurut Kak Tina, kalau tak cukup pedas, boleh ja tumbuk cili lepas tu campur ja. Pergh!!. Lepas tu kan kalau rajin tumbuk kacang tanah, gaul dengan kuah rojak. Tudia, sedap wei!. Duk tulis pun duk rasa terliur dah. Buah epal pun habis dah ni, haish nak kena cari buah jugak ni.

You Might Also Like

2 comments: