Zahra Dah 2 Tahun 3 Bulan.

17:00 Bonda Zahra 0 Comments

Bila Anak Aku Dah Besar & Pandai!.



Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak bercerita pasal anak perempuan aku tu Nur Zahra Aressa. Sibuk ja bisnes lah, kerja lah, lansung tak sempat nak cerita pasal Zahra, haish. Ok, macam biasa ya, aku menulis entry ni bukan lah untuk menunjuk-nunjuk atau nak heboh satu kampung pasal anak aku pandai ka apa ka. 

Tapi bila menulis dekat sini, dapat lah aku merekodkan kisah hidup aku & family aku agar ianya akan dapat dibaca semula oleh anak-anak aku bila depa dewasa nanti. So, dari sini dapatlah depa taw tentang perjalanan hidup kami membesarkan depa tanpa rasa jemu & mengenal erti lelah. Ceh, bermadah pujangga lah pulak, hihi.

Ok, untuk pengetahuan semua budak kecik anak Bonda tu sekarang dah mencecah usia 2 tahun 3 bulan. So, dia bukan lah budak kecik lagi sebenarnya, dah jadi toddler pun. And of course akan jadi seorang kakak pulak lepas ni nanti, hehe. Harapnya dia akan jadi seorang kakak yang best & caring just like her Babah!.

So far, Zahra punya development & language production skills sangat memberangsangkan. Dah banyak words yang dia boleh produce dengan confident & boleh difahami oleh orang-orang tua disekeliling dia. Kekadang tu terkejut jugak aku bila dia tiba-tiba sebut satu perkataan baru yang aku tak persaan pun aku pernah ajar.

Sebagai contoh, hari-hari setiap pagi dia nak minum susu, dia nak buat sendiri. Nak masukkan susu dalam botol. Aku cakap tiga sudu ja Zahra. So, dia pun mula mengira satu, dua, tiga!, sudah. Hihi, pandai ja dia sekarang. Sebab sebelum ni setiap kali aku pimpin tangan dia sambil naik anak tangga yang ada dekat rumah kami, aku akan counting 1 to 10. Dan selama aku duk ajar tu lah dia tak pernah sekali pun nak sebut betul. Geram taw Zahra ni!. Bila time nak buat susu tu pandai pulak dia mengira. Rupanya dia duk hafal dalam hati kud selama ni bila aku duk ajar dia mengira time naik tangga tu. Ingatkan dia tak ambik peduli pun.

So, tu lah yang dia dah boleh buat. Antara lain yang budak kecik tu dah boleh buat ialah:

1)Pandai Knock pintu & bagi salam bila nak masuk rumah atau nak masuk bilik. Tapi salam dia bunyi "Ekom" @ "Alam" ja lah, haha. Nak masuk bilik air pun bagi salam.

2)Dah pandai baca ALPHABET, tapi letters yang depan ja lah dia taw macam A, B & C. Yang belakang dia tak taw dah!.

3)Dah pandai menghafal nama-nama anggota badan. So, sekarang dia dah taw mana tu rambut, hidung, mulut, mata, tangan, perut, telinga, kaki, pipi. Yang ni aku selalu ajar dia.

4)Bila naik kereta dia akan menjerit excited bila nampak LOYI (Lori), Bas & Kereta.

5)Bila lalu kedai-kedai yang ada signboard or billboard, dia macam kenal pulak huruf-huruf tu yang sempat dia ingat. Contohnya hari tu dia nampak perkataan "OPPO" dekat kedai telefon hari, lepas tu dia terus cakap, macam telefon Bonda lah!.

6)Suka sangat menari. Yang ni confirm ikut perangai Babah dia. Babah dia tu memang suka ja menari dekat Zahra sebab nak bagi Zahra gelak, hihi. Nanti si Zahra pun ikut lah. 

7)Dah hafal nama-nama family members yang rapat dengan dia. Contohnya, Tok Wan, Opah, Tok, Ibu, Abah, Kak Cik, Kak Long, Alam (Alang), Lala, Makcik, Pakteh, Pak Mi. Sebelah aku & sebelah suami.

8)Dah pandai nak snap gambar orang guna kamera handphone. Siap cakap, "senyum" lagi dekat kita. Huh, pegang kamera pun tak betul.

9)Paling aku terharu sekali, setiap hari bila dia tengah main-main, tiba-tiba ja dia akan datang dekat aku & peluk aku kuat-kuat. Sambil letak kepala dia dekat dada aku, dia akan cakap "Sayang Bonda, Geyam lah dekat Bonda". Lepas tu dia terus kiss mmuuaahh dekat Bonda dia ni, hihi. Sebagai Ibu, aku rasa sangat dihargai oleh anak sendiri. Rasa terharu sangat bila dia buat macam tu.

10)Dan dia dah berhenti isap puting sehingga hari ni, alhamdulillah.

Hurm, macam banyak lagi ja kalau nak dituliskan. Takpa lah, kalau aku rajin nak rekodkan lagi, nanti lah aku sambung lepas ni ya. Kalau nak cerita semuanya memang tak habis-habis lah kan. Ibu mana yang tak bangga dengan pencapaian anak sendiri. 

Aku tak nak bandingkan anak aku dengan anak orang lain. Setiap orang berbeza-beza. Ada yang lagi bijak pandai. Tapi pada aku, pada tahap & usianya  sekarang, perkembangan dia adalah normal & memberangsangkan. So, sebagai Babah Bonda Zahra, apa yang kami janjikan kami akan bagi yang terbaik untuk anak-anak kami. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amiin.


You Might Also Like

0 Pengomen: