Filem Pendek TNB Sempena Tahun Baru Cina 2017

22:59 Bonda Zahra 7 Comments

Iklan Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Penuh Mesej Tersirat Dari TNB.



Masih lagi dalam mood Sambutan Tahun Baru Cina. So, disini aku nak kongsikan iklan tahun baru cina yang 'win' dihati aku untuk tahun ni dari Tenaga Nasional Berhad (TNB). Alhamdulillah iklan di Malaysia ni masih kekal diterapkan nilai-nilai murni.

Selalu kita tonton iklan-iklan perayaan sebelum ni yang mengharukan, TNB sekali lagi berjaya mempersembahkan iklan perayaan yang tak kurang hebatnya. "Cooking Hustle" diarah oleh Quek Shio Chuan dengan jalan cerita yang berkisahkan tentang tiga puteri yang cuba mengambil hati ibu mertua mereka yang sangat garang melalui masakan.

Aku nak ajak hangpa semua tengok mesej yang tersirat nak disampaikan dalam iklan ni. Kelakar, comel & bermakna. Paling unik nama dish tu, punya lah panjang, haha. Ok, aku malas nak cakap banyak, jom kita sama-sama tengok.


Hah, hangpa dah tengok kan? Haha. Comel ja kan. Tapi membawa makna yang sangat besar. Bukan iklan kosong ja taw. Ternganga aku tengok aksi-aksi kesemua menantu tu berkungfu dekat dapur. Aku puji kesungguhan depa dalam memenuhi keinginan si ibu mertua.


#TNBCNY2017 webfilm ni menyampaikan mesej yang sangat mendalam dengan menekankan erti sebenar Table Of Harmony atau makan besar. 

Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan & merapatkan semula ikatan. Dengan kehadiran ahli keluarga dari jauh berkumpul untuk makan besar lebih penting & bermakna daripada aneka juadah yang terhidang. Walaupun kekadang sikap & pendapat yang berbeza diantara ahli keluarga boleh menyebabkan pertelagahan.

Perbezaan tersebut  harus diraikan bukan diketepikan sama macam meraikan & menikmati hidangan tahun baru yang beraneka saiz, rasa & rupa. Macam tu lah jugak ahli keluarga kita. Bersatu teguh, bercerai pasti roboh. Seharusnya sesama ahli keluarga menerima kelebihan & kekurangan baru lah wujudnya kebahagiaan & kemesraan.



Table of Harmony


Apa menu makan besar hangpa? Untuk taw apa Mystery Dish makan besar, hangpa kena menjawab soalan. Lepas ja hangpa menjawab soalan tu, ia akan memaparkan menu Mystery Dish yang boleh digambarkan sifat peribadi hangpa. So, kalau nak taw Mystery Dish hangpa sendiri, hangpa boleh ikut step ni:

1) Buka website : http://betterbrighter.my/tableofharmony

2)Klik Unveil Mystery Dishes


3)Klik Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table


4)Lepas tu hangpa pilih antara jawapan A,B, C atau D.



Macam aku Mongolian Chicken Wing. Haha, katanya walaupun orang menganggap aku ni mudah menakut-nakutkan, aku sebenarnya agak garang bila keadaan menjurus ke arah tu.


Untuk keterangan lanjut sila ke:

Facebook : TNB Careline

Instagram : tenaga_nasional

Website: https://betterbrighter.my/tableofharmony








You Might Also Like

7 comments:

  1. menarik webfilm tu, banyak mesej berguna yang disampaikan. TOH tu pun menarik, boleh cuba buat.

    ReplyDelete
  2. Mak mertua garang nak mampuih no..hahahaha..nanti orang nak try la mystery dish orang..ehehehe..

    ReplyDelete
  3. dapat chicken wing, kite dapat mystry dish muhibbah eggs

    ReplyDelete
  4. Terbaik r message filem pendek ni..

    ReplyDelete
  5. Rugi siapa tak tgk webfilm ni.. banyak makna tersirat...

    ReplyDelete
  6. ada sorang dapat sama macam BZ.. sapa ye aritu..

    ReplyDelete
  7. Mongolian Chicken Wing...? woww..! jauh kepak ayam tu terbang ye.. hehehehee.. :)

    ...

    ReplyDelete