Western Terbaik Taiping!

14:48 Bonda Zahra 2 Comments

Deli Cafe Kamunting.


Assalamualaikum semua.

Dah sekian lama tak p makan dekat Deli Cafe. Nak menikmati hidangan western food yang sedap. Minggu lepas sebelum balik Kedah, sempat lah aku p makan dengan anak-anak saudara aku.

cafe hipster, western best dekat taiping

Ni memang jadi tempat makan pilihan aku sekarang. Hanya beberapa kilometer dari stesyen KTM Kamunting. Bukan lah kali pertama aku makan dekat sini. Sebelum ni pun aku ada buat review pasal cafe ni, siapa yang terlepas, baca dekat sini Deli Cafe, Kamunting

Lokasi yang amat strategik, berhampiran pusat membeli belah Econsave. Cafe ni terletak di bahagian bawah bangunan perniagaan 2 tingkat. Reka bentuk dalamannya berkonsepkan modern english. Melangkah masuk ke dalam cafe ni, hangpa akan terpandang hasil gambar yang kreatif pada dinding cafe. Ia menambahkan lagi tarikan pada cafe ni.

Pada yang datang berjalan ke Taiping, & tercari-cari hidangan western food yang sedap, apakata hangpa cuba di Deli Cafe ni. Dengan macam-macam teknologi canggih yang di hujung jari hangpa tu, insyaallah lokasi ni senang ja untuk hangpa cari.

cafe hipster, western best dekat taiping

cafe hipster, western best dekat taiping

Bila tengok pada menu cafe ni banyak menyajikan makanan yang ala-ala barat merangkumi starter, salad, pasta, main course, dan pelbagai lagi. Selain tu, pelbagai jenis minuman yang boleh dipilih dari sejuk, panas, smoothie, jus buah-buahan segar, semua ada. Tepuk dada tanya selera!.

cafe hipster, western best dekat taiping

Ini kami order malam tu, Chicken Chop Chessy With Sosej Cocktail. Sedap!!. Satu pinggan kongsi tiga. Pakat-pakat merasa. Portion dia agak besar jugak. Ye lah, sampai boleh kongsi tiga kan, haha.

cafe hipster, western best dekat taiping

Malam tu aku makan ni ja, buat lapik perut. Roti Bakar Chocolate. Roti bakar dia memang sedap, lembut ja.

Jumlah yang dibayar kali ni pun, alhamdulillah within the budget. Harganya boleh tahan. Nak kata mahal pun tak, murah pun tak, hihi.

Aku nak memuji layanan yang diberikan dekat sini. Waiter yang bertugas ramah tamah, dengan senyuman terukir di wajah tu. Melayan kerenah & pertanyaan aku. Setiap pertanyaan & permintaan dapat dilaksanakan dengan baik.

Aku nampak waiter dekat sana sangat arif dengan semua menu yang ada & aku percaya depa tentu dah dilatih dengan sebaiknya. Tahniah!. Hangpa memang berdedikasi.

Dan alhamdulillah hidangan pun tak payah nak tunggu lama. Lebih kurang 20 ke 25 minit dah siap sampai ke meja. Memang ni lah yang kita harapkan sebagai pelanggan. Tak lah ternanti-nanti. Bukan kah penantian tu satu penyiksaan? Haha.

Setiap kali aku berkunjung ke sini, memang aku berpuas hati dengan hidangan pilihan aku. Tak mengecewakan. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Minunan pun sedap belaka.

Lepas makan tu memang balik dengan hati yang riang lah, hihi. Perut kenyang, hati senang!. Inshaallah kalau ada rezeki, aku mai sini lagi. Deli Cafe, tunggu aku mai lagi na!

You Might Also Like

2 comments:

  1. Setujuuuu.. Kitorg kalau balik kg mesti pergi sini :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?sedap, portion pun banyak.

      Delete