Throwback Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017.

22:46 Bonda Zahra 0 Comments

Larian Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah Tahun 2017.


Assalamualaikum semua.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Ok mulakan bercerita. Haa, tengok gambar-gambar kami ni. Banyak benar kami snap gambar hari merentas desa hari tu. Duk bergambar kalah supermodel. Betapa bahagianya kami ini, hahaha. Gurau ja lah!.

Dengar ja sekolah nak adakan merentas desa, wah memang kami tunggu lah saat ni. Sebab tahun ni dah dapat officemate baru kan? So harus lah join aktiviti macam ni dah ada geng, hihi.

Walaupun takda lah happy sangat pun, tapi aku rasa excited pulak nak join merentas desa ni. Tak sabar nak merentas desa sebab tak pernah merentas desa dekat sekolah ni lagi.

Pagi Sabtu nak merentas desa tu nak hujan lah pulak. Rasa macam hilang pulak semangat nak lari. Tapi akhirnya kami tak dapat nak ikut sama merentas desa pun sebab kami kena jaga checkpoint, huhu.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Satu checkpoint jaga sampai tiga orang, mengada taw kami ni!. Haha. Lagi sakan lah kami bergambar.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Ok, jam pukul 8.00 pagi tu, cikgu bertugas dah mula panggil semua murid, guru & AJK berkumpul di dataran. Nak buat senamrobik!. Ya Allah, seronok tak terkata!. Dengan melayan kerenah cikgu aerobik ni, haha.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Dan selepas tu berlari lah budak-budak sekolah ni. Gigih lah kami
bagi semangat untuk budak-budak ni lari. Leceh jugak tak dapat lari sama-sama dengan depa. Kalau tak mesti lagi best. Kesian kami taw!.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017

Akhirnya selesai lah tugasan kami sebagai AJK checkpoint kejohanan merentas desa tahun 2017. Tahniah semua!.

Larian Kejohanan Merentas Desa Tahun 2017





You Might Also Like

0 Pengomen: