Teman Yang Paling Akrab

23:56 Bonda Zahra 0 Comments

Sahabat  Yang Paling Rapat.


"Teman-teman yang paling akrab pun pada hari kiamat itu sebahagiannya menjadi musuh sesama mereka. Semuanya. Kecuali mereka-mereka yang bertaqwa".


Jom kita renung sedalam mana kasih sayang kita pada kawan-kawan kita.

Bila kita cakap, 'kawan sampai mati', 'together forever' & segala ayat-ayat klise dari lirik lagu demi mewakili nilai persahabatan kita. Memang kita betul maksudkannya sampai akhirat? Betul dari hati?

Karibkah kita dengan sahabat yang paling akrab dengan kita? Kalau aku ada apa-apa tentang persahabatan, semua yang aku boleh cakap ialah, most of the times kita adalah selfish & self-centered. I was one of one of them, sadly.

Selfish tak semestinya membentak & mengkehendak semata. Kadang-kadang sebagai kawan kita selalu harap orang jaga hati kita. Kita, kita, kita. Kawan terpaksa let go awek dia suka sebab kita tak kenan. Contohnya, apa pun alasan kita, we have to admit yang memang ada masanya kita make everything about us. Sebab kita suka letakkan situasi orang dalam situasi kita.

Aku belajar dari pengalaman, real friendship adalah bila kita buat kebaikan yang tak diketahui sesiapa terutamanya kawan kita. Any relationship for the matter.

Sebab once kebaikan tu diketahui, orang akan ada rasa terhutang budi. And somewhat yang memberi budi akan dapat the upper hand. Maka yang memakan budi akan mengikut cakap yang menyuap. Dan bayangkan persahabatan yang berganti-ganti budi.

Akhirnya apa yang tinggal adalah sejenis persahabatan yang didasarkan dari menjaga hati.

I am not saying jangan berbuat baik dengan jawan-kawan. Jangan salah baca. What i am saying is love your friends fillah. Kerana Allah. Then you will want nothing for them except menjadi jiran mereka  di syurga sana.

Bila kerana allah, kita seronok tengok kebaikan mereka. Walau bukan pada kita, kita bahagia tengok kawan-kawan solat malah ajak kita. Memaafkan abah dia. Ihsan pada binatang. Tu semua.

Real friends nak semua orang masuk syurga. Dan kalau pun kita semua compang-camping, real friends ajak merangkak sama-sama.

Doakan kawan kita tanpa dia taw. Bukankah makbul macam tu? Bukankah tu kasih sebenarnya?

Moga-moga dia sayang kita jugak untuk buat benda yang sama.

Credit to: Fynn Jamal

You Might Also Like

0 Pengomen: