Saya Sayang Suami Saya!!.

18:31 Bonda Zahra 4 Comments

I Love You, Suami.


Saya sayang suami saya!. Ha, tu yang aku nak luahkan. Semua perempuan dekat luar sana pun impikan kehidupan yang bahagia bersama suami tercinta kan? Aku pun macam tu.


Suami, diri saya ni serba kekurangan, tapi awak dapat menerima diri ni seadanya. Walaupun saya selalu mengeluh dengan kekurangan diri saya, awak tetap menyayangi, menyinta & menyanjungi diri saya.

Di saat diri saya rasa hampa & hampir tersungkur, awak tetap memberi semangat & kata-kata penuh hikmah buat saya renungi. Dikala diri ni merajuk, awak tak jemu-jemu memujuk & membelai jiwa ni.

Walaupun usia perkahwinan kita masih muda & pelayaran yang baru bermula, saya harap kasih sayang kita berpanjangan.

Takda kata yang boleh saya tafsirkan buat awak suami. Awak sabar, tabah, kelakar, romantis mungkin, haha. Walaupun kadang-kadang saya ni suka memberontak, awak tetap cool. Faham hati naruni saya. Berusaha nak buat saya senyum. Dan ternyata diri ni tersenyum dengan gurauan & usikan awak.

Awak tak pernah marah walau apa pun kesilapan yang saya lakukan, awak tetap maafkan saya. Bahkan selalu menasihati saya agar tak mengulangi kesilapan yang sama.

Namun lautan mana yang tak bergelora & dilanda badai. Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pulak orang DAP. Taw tak DAP? Haha. Di Alam Perkahwinan lah.

Kekadang mungkin ada benda yang menganggu fikiran kita. Alhamdulillah kita mampu harunginya dengan tabah, sabar & redha. Awak selalu didik saya untuk muhasabah diri. Saya bangga dengan awak.

Kalau awak rasa diri awak keseorangan, ingat lah bahawa saya sentiasa ada disisi awak di kala senang atau pun susah. Selagi hayat dikandung badan, saya akan tetap menyayangi awak. I love u sayang!.



You Might Also Like

4 comments: