Sambutan Hari Lahir Mak.

23:49 Bonda Zahra 0 Comments

Sambutan Sederhana Hari Lahir Mak.


Assalamualaikum semua.

Throwback balik minggu lepas, ahad petang 15/01/2017 kami buat sambutan hari lahir Mak serba sederhana. Namun kemeriahan tetap terasa. Mana taknya dengan kekecohan & keriuhan anak-anak serta cucu-cucu Puan Latifah ni.

Sambuatan sederhana hari lahir

Tu pun ada yang tak dapat turut serta disebabkan urusan yang tak dapat dielakkan. Kalau tak mesti lagi happening!.

Walau Mak dah menjangkau usia 65 tahun, alhamdulillah Mak masih diberi kesihatan yang baik olehNya. "Orang doakan Mak akan terus diberi kesihatan & kesejahteraan olehNya".

Berbalik pada sambutan hari lahir Mak, menu utama kami hari tu ialah  Bihun Tomyam & aku ada belikan sebiji Kek Marble favourite Mak. Sedap!!. Nanti aku cerita mana aku beli kek tu ya.

Sambutan sederhana hari lahir mak

Sambutan sederhana hari lahir mak

Sambutan sederhana hari lahir mak

Sempat lah si kecik tu menempek sekali potong kek. Tak sempat nak belikan apa-apa hadiah lagi untuk birthday mak.

Sambutan sederhana hari lahir mak

Mak suruh kami amik gambar guna handphone dia sebab dia kata nak tunjuk dekat kawan-kawan dia yang kami buat sambutan hari lahir untuk dia, hihi.

Sambutan sederhana hari lahir mak

Tak taw lah berapa lama boleh macam ni lagi kan. Belum kehilangan pun dah bergenang airmata wei mengenangkan Mak yang dah tua. Dah lah kekadang selalu melawan, huhu. Semoga mak selalu dirahmati oleh Allah. Orang sayang Mak!!.

You Might Also Like

0 Pengomen: