Pokok Sena Coconut Shake

22:40 Bonda Zahra 3 Comments

Coconut Shake Yang Sedap Di Pokok Sena.


Assalamualaikum semua.

Cuti sekolah dah nak berakhir kan? Haih, sekejap ja masa berlalu kan. Minggu ni balik kedah lagi, kebetulan esok cuti kan.

Coconut shake sedap,coconut shake kedah, coconut shake pokok sena

Semalam aku memang duk plan dah nak p beli coconut shake dekat Pokok Sena ni. Alang-alang dah datang sini, kena p lah. Nak keluar beli makan jugak ni, perut dah bunyi bila dah masuk waktu tengah hari.

Aku dapat taw pasal coconut shake ni dari kakak ipar aku yang memang duduk dekat sini. Boleh tahan famous jugak coconut shake ni dekat Pokok Sena. Ramai kata sedap!. Aku pun dah pernah cuba banyak kali. Rasanya sedap &  lain dari yang aku rasa orang jual di tempat lain. So, aku takkan lepaskan peluang nak beli coconut shake ni tiap kali datang sini.

Masa aku p tu , ramai orang yang tengah menjamu selera dekat kedai ni. Di kedai ni ada menjual pelbagai makanna jugak. Dan menu utama dia adalah Nasi Ayam. Suami aku order 3 coconut shake size M punya. Dekat sini ada banyak size, tak salah aku dari size S sampai XL.

Tengah aku menunggu order aku siap tu, makin ramai pengunjung datang. Ada yang beli bungkus ja, makan dekat situ pun ada. Tak putus-putus lah orang datang. Boleh kata sebelum-sebelum ni pun aku datang beli memang ramai orang dekat sini. So, kalau dah ramai tu memang sedap lah kan? Hihi.

Kedai ni senang ja nak cari. Ikut jalan pokok sena nak ke kuala nerang. Memang jalan tu satu ja. Lepas sikit dari sekolah sains Pokok Sena, belah kiri. Kedai tepi jalan ja. Ada papan tanda coconut shake. Alah jumpa punya, senang ja.

You Might Also Like

3 comments: