Pizza Jalanan Hot No1

23:57 Bonda Zahra 0 Comments

Pizza Jalanan Kamunting.



Assalamualaikum semua.

Hangpa pernah dengar tak Pizza Jalanan?. Jom aku cerita sikit pasal pizza jalanan nombor 1 ni nak?. Gerai pizza ni beroperasi di kawasan berhampiran rumah flat Kamunting. Gerai dia simple ja, beroperasi dari pukul 4.00 petang hingga 10.00 malam. Kalau tak silap aku, setiap hari gerai pizza ni dibuka.

Pizza jalanan kamunting


Seorang tukang sediakan pizza, seorang tukang masak & packing. Pelbagai jenis pizza yang dijual. Murah-murah ja. Panas-panas.

Pizza jalanan kamunting
Mix pizza memang recomended. Sedap!!.

Pizza jalanan kamunting
Ni seafood pizza. Tebal ok pizza ni.

Sebelum ni aku pernah rasa dah pizza ni. Tu yang datang beli pulak ni. Sanggup ni tunggu walaupun hujan renyai-renyai. Kali ni aku siap request suruh tambah cheese lagi, hihi.

Sebenarnya kekadang macam kempunan jugak nak makan pizza ni sebab aku ja yang suka makan. Tak berbaloi nak beli Pizza Hut tu kalau aku sorang ja makan. So, dah ada pizza jalanan ni, ha kan senang. Bila nak makan boleh p beli ja habuan aku seorang, haha.

Jom kita support pizza jalanan ni. Gigih taw ambil gambar nak buat entry dalam blog, haha. Orang melayu yang jual, halal, murah, kita tolong lah kan?. Lagi pun berbaloi dengan bayarannya. Semoga success selalu pizza jalanan!!.

You Might Also Like

0 Pengomen: