Homemade Kek Yang Sedap, Lagi Murah

21:44 Bonda Zahra 2 Comments

Homemade Kek Sedap!.


Assalamualaikum semua.

Malam ni aku nak ajak hangpa semua mari lah kita bersama-sama menjamu mata dengan tengok kek yang cantik, lagi mengiurkan ni, haha. Sebenarnya dah lama aku nak publish entri ni, tapi tak sempat lagi nak menulisnya. Hihi.

Aku nak kongsikan pengalaman aku beli homemade kek ni. Oh ya untuk penduduk Batu Kurau ja taw. Kamunting, Taiping pun tak silap aku dah ada. Aku memang kalau dah tahap malas tu, dah tu teringin mengidam nak makan macam-macam, aku akan survey sampai dapat apa yang aku nak. 

Sama jugak lah macam kes pencarian kek ni. Kek ni untuk birthday Mak aku yang kami buat minggu lepas. Boleh baca dekat sini yang terlepas nak baca Selamat Hari Lahir Mak. Gigihlah aku mencari di Instagram, Facebook & akhirnya yang ni jugak berkenan di hati aku.

Kakak ni tuan punya Facebook D'Azua Delight , nama dia Azua Zainal. Apa yang bestnya, ada macam-macam kek lah apa lah yang dia buat. Yang biasa, yang premium, cup cake, cheesetart. Dan dia sedia terima tempahan untuk pelbagai occasion. Customer service memang tip top. Senang berurusan dengan kakak manis ni. Selalunya kena order awal 4-5 hari lah ya.

Aku order 1biji kek Butter Marble ni memang pergh!!. Lembut ja. Alhamdulillah Mak aku suka. Dia memang minat dengan kek Butter Marble ni. Tak rugi lah beli. Harga berpatutan, sedap pun sedap.


Eh, ni bukan iklan berbayar ok. Cuma saja nak kongsikan kegembiraan & kepuasan hati sebagai seorang pelanggan. Cewah!. Aku memang selalu dah beli macam-macam dengan dia, & aku memang puas hati. Okay semua, selamat menjamu mata. Good Night, hihi.








You Might Also Like

2 comments:

  1. alaaaaa kita terliur tart tuuuu sedapnyaaaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap kak!!. maaf buat akak terliur.

      Delete