Anak Dara Dah Pandai Posing!

00:32 Bonda Zahra 2 Comments

Posing Sakan Anak Dara!


Assalamualaikum semua.

Wah, hari ni dah start sekolah kan? Pejam celik, pejam celik dah masuk tahun baru. Awal-awal tahun ni aku memang sibuk lah kan. Banyak kerja yang nak diselesaikan. 

Haih, cerita pasal kerja ni memang tak habis kalau nak cerita. Sekarang aku nak cerita pasal anak dara aku ni pulak, hihi.

Kalau nak ikutkan perangai sebenar si Zahra ni, dia memang tak suka nak bergambar ni. Kalau nak ambil gambar dia pun jenuh. Tapi sejak akhir-akhir ni asal nak tangkap gambar ja, berposing lansung.

Posing Sakan Anak Dara

Posing Sakan Anak Dara

Tengok lah tu posing dengan motor dia, bukan main lagi ha. Motor ni Babah dia beli dalam 2, 3 bulan lepas. Pastu peram ja dalam bilik, takda nak naiknya. Lagipun Zahra tak pandai lagi nak control motor ni.

Posing Sakan Anak Dara

Posing Sakan Anak Dara

Eh, anak siapa lah ni? Haha. Anak aku lah. Nak p mana lah tu. Ni masa kami balik Kedah hari tu. Dia tak nak dipimpin taw, nak jalan sendiri. Haih, tengah- tengah orang ramai tu semua nak buat sendiri, buat jadi lagi lambat, ada lah. Tak sedar yang dia tu kecik lagi, hihi.

Posing Sakan Anak Dara

Posing Sakan Anak Dara

Kalau hangpa nak taw, si Zahra ni memang lah suka bergaya. Tengok lah gambar-gambar dia. Kalau kita ambil gambar tu, ada ja posing yang dia buat. Ni aku letakkan sikit ja ni gambar-gambar dia. Kalau hangpa tengok yang lain, mesti hangpa kata , alahai gediksnya budak ni, haha.

Aku terasa cepat benar Zahra membesar. Rasa macam baru ja lahirkan dia. Sedih pulak bila mengimbau kan?. Tapi takkan lah anak nak mengecil ja kan?. Nak anak kecil, kena tambah lah cerita dia. Opsss, bab tambah-tambah nanti ya.

You Might Also Like

2 comments:

  1. Amboiii. Sakannya posing, tiru bonda dia ke ni? Hihi
    Kasut tu stylo habislaa~

    ReplyDelete