Tasneem Naturel Baby Balm | Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

13:36 Bonda Zahra 0 Comments

TASNEEM NATUREL BABY BALM

Assalamualaikum semua.

Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

Aku tengok kan, kalau cari #tasneemnaturel dekat instagram, memang banyak sangat keluar pasal baby balm ni taw. Baru aku taw yang baby balm ni sangat famous sebab ianya natural & mengandungi essential oil.

Dari situ lah aku pun tertarik nak mencuba keempat-empat jenis Tasneem Naturel Baby Balm ni. Balm ni didatangkan dengan 4 variasi mengikut keperluan & masalah yang berbeza-beza iaitu :

✔Coughflu Time
✔Tummy Time
✔Calm Time
✔Sleep Time

Sekarang ni Zahra memang setiap malam aku sapukan Sleep Time tu ja. Kekadang dia ambik sendiri sapu. Bukan main seronok & terujanya dia nak sapu balm tu. Bau Lavender dia lembut ja. Lagipun dia tak berminyak sangat & tak melekit. Aku pun tumpang sekaki wei, hihi.

Selalu Zahra kan payah sangat nak tidur malam taw, tidur lambat ja kerjanya. Lepas tu dalam tidur tu selalu merengek. So, sebelum tidur malam tu, aku sapukan Sleep Time balm tu dekat belakang dia, tapak dia & pergelangan tangan dia. Tengok elok ja dia tidur. Nyenyak!. Memang tiap-tiap malam aku sapu dekat Zahra.

Aku pulak suka Calm Time tu sebab kekadang cepat sangat stress kan. So, sapu sikit dekat tulang belakang, tapak kaki & pergelangan tangan. Kekadang aku hidu ja bau dia. Rasa best ja, tenang!. Tumpang pakai dengan Zahra, haha.

Dekat bawah ni aku bagi sikit penerangan tentang Tasneem Naturel Baby Balm serta kandungannya untuk rujukan hangpa ok.

COUGHGLU TIME

Soothe Cough & Flu


Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm

Tasneem Naturel Coughflu Time ni membantu secara semulajadi masalah batuk & selsema. Aku paling risau bila anak terkena batuk & selsema. Nak pulih sepenuhnya tu memang selalu ambil masa yang lama lah. Tu pentingnya balm ni, ianya dapat membantu dalam proses penyembuhan disamping bagi keselesaan pada anak kita.

Kelebihan Tasneem Naturel Coughflu Time
  • Membantu kurangkan selsema.
  • Membantu mencairkan kahak.
  • Membantu melegakan athma.
  • Membantu mengurangkan suhu ketika demam.
Kandungan: Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lemon, Orange, Eucalyptus, Lavender, Cypredd, Tea Trea, Frankinsence.

Cara Guna : Sapukan di hidung, tekak, tulang belakang, tapak kaki & dada.

TUMMY TIME

Ease Tummy Discomfort

Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm

Tasneem Naturel Tummy Time ni pulak dapat membantu menangani masalah anak kembung perut, sakit perut & cirit birit. Cakap bab kembung perut ni, perkara ni lah yang amat menakutkan seorang ibu kan. Bila baby yang tak pandai bercakap lagi yang mengalami kembung perut, lagi lah susah. Yang kita ibu ni mula lah gelabah tak taw nak buat apa. Nak pulak takda minyak atau balm yang sesuai dalam simpanan. So, dengan adanya Tummy Time ni, masalah kembung perut tu dapat lah kita atasi. Inshaallah.

Kelebihan Tasneem Naturel Tummy Time
  • Bertindak seperti minyak telon.
  • Dapat membuang angin dalam perut.
  • Membantu melegakan perut sebu.
  • Membantu melegakan kembung perut.
Kandungan : Carrier Oil, shea Butter, Beeswax, Ginger, Peppermint, Junipers, Fennel, Lemongrass Anise, Patchouli, Tangerine, Lavendar.

Cara Guna : Sapu pada perut & tapak kaki.

CALM TIME

Promote Whole Body Relaxation

Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm

Tasneem Naturel Calm Time mampu bagi ketenangan pada anak kita waktu depa berada dalam keadaan meragam atau tantrum.

Kelebihan Tasneem Naturel Calm Time
  • Memberikan keselesaan.
  • Mengurangkan tekanan.
  • Mengurangkan keletihan.
  • Membantu anak lebih tenang.
Kandungan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Lavender, Orange, Mandarin, Geranium, Marjoran, Frankinsense, Bergamot, Roman Chamomile.

Cara Guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga & pergelangan tangan.

SLEEP TIME

Support Restful Sleep


Produk Terbaik Untuk Anak Kecil

RM49 / 18gm.

Tasneem Naturel Sleep Time ni pulak dapat membantu anak kita yang susah tidur. Essential oil yang terkandung didalamnya dapat memberikan tidur & hormon sedar anak. Malahan dapat memberikan tidur yang nyenyak & berkualiti pada anak kita.

Kelebihan Tasneem Sleep Time
  • Membantu anak tidur lena.
  • Membantu anak supaya mudah tidur.
  • Membantu anak bangun dalam mood ceria.
  • Memberikan tidur yang berkualiti.
Kandungan : Carrier Oil, Shea Butter, Beeswax, Cedarwood, Lavender, Vetiver, Chamomile, Orange, Marjoram, Bergamot, Ylang Ylang.

Cara Guna : Sapu di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga, serta pergelangan tangan.

Ternyata keempat-empat variasi Tasneem Naturel Balm ni mempunyai kelebihannya tersendiri. Bagi pendapat aku kan, setiap rumah perlu ada balm ni sebab ianya dapat membantu kita menangani pelbagai masalah yang sering dihadapi anak kecil kita. 

Dan yang bagusnya, produk ni takda bahan kimia & telah mendapat kelulusan KKM. Sebagai seorang ibu, aku yakin dengan produk Tasneem Naturel yang berasakan essential oil ni selamat & dapat membuatkan si manja lebih selesa. Selain tu produk ni bukan lah hanya boleh diguna pakai oleh baby ja, orang dewasa pun boleh. 

Ramai yang dah mencuba & berpuas hati dengan balm ni. Jom tengok testimoni dari pengguna produk Tasneem Naturel ni.

TESTIMONI PENGGUNA TASNEEM NATUREL BALM


Testimoni Pengguna Tasneem Naturel


Testimoni Pengguna Tasneem Naturel


Testimoni Pengguna Tasneem Naturel

Testimoni Pengguna Tasneem Naturel

Bagi hangpa yang ada anak kecil, aku recomended sangat produk Tasneem Naturel ni sebab ianya dapat membantu hangpa dalam menyelesaikan masalah anak demam, batuk, selsema, kembung perut, tantrum & masalah tidur anak kita. Bila anak tak hadapi masalah tu semua, kita pun gembira, kan?. 

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan serta pembelian, boleh lah layari:

Website : Tasneem Naturel

Facebook : Tasneem Naturel Hq

Instagram : @tasneemnaturel

Whatsapp : 011-29964665









0 Pengomen:

Manniqueen Matte Powder Blusher

11:48 Bonda Zahra 0 Comments

MATTE BLUSHER YANG AKAN MENYERIKAN WAJAH SEPANJANG HARI.


Assalamualaikum semua.

Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari

Siapa kaki makeup dekat sini?. Yang kaki makeup tu, bila dah makeup cantik-cantik dengan foundation apa bagai, tapi muka still nampak lesu & kusam ja, rasa macam tak puas hati ja kan?. Senang cakap muka hangpa nampak tak fresh lah. Nampak tak berseri. So, kalau hangpa nak muka hangpa berseri-seri, hangpa memang wajib lah kena sapu blusher taw?. Untuk serlahkan lagi kecantikan & kecomelan hangpa tu, gitu!.

Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari

Ni lah yang aku nak cerita dekat hangpa ni pasal Manniqueen Matte Powder Blusher. Colour dia memang semua cantik sangat hangpa & menarik untuk menjadikan makeup hangpa lebih menyerlah. Dia ada 4 tona colour yang super hot!!!.

Manniqueen Matte Powder Blusher ni adalah pelembut dalam bentuk serbuk yang sangat berkualiti tinggi. Malah ianya setanding dengan jenama terkenal MAC, NARS & lain-lain.

4 colour yang super hot :

🌸 Rosie 01 (Merah)
Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari

🌸 Dolly Pink 02 (Soft Pink)
Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari

🌸 Coral Beam 03 (Soft Orange)
Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari

🌸 Autumn 04 (Soft Brown)
Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari

KELEBIHAN MANNIQUEEN MATTE POWDER BLUSHER


Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari


✔Menaikkan seri waja.

✔Wajah lebih segar & lebih flawless.

✔Menggunakan bahan yang sangat berkualiti tinggi & selamat. Malah bahan diimport dari Itali & Switzerland.

✔Sangat mudah untuk digunakan. (Hanya perlu sapu dengan mengunakan brush @ jari sahaja).

✔Sesuai digunakan setiap hari.

✔Tahan lama, colour tidak akan pudar sehingga dicuci.

✔Warna yang sangat terang & pekat. So pakai sikit pun dah naikkan seri wajah secara semulajadi. (A little bit goes a long way).

✔Mesra wuduk.

✔Sangat mudah untuk diblend, tidak akan merekah atau bercapuk.

✔Bebas minyak & pewangi.

✔Tidak akan menyebabkan pori-pori wajah tersumbat.

Hangpa jangan tak taw, blusher ni memang dah terjamin tau selamat. Ada KKM ok. Hangpa tak payah ragu-ragu lagi nak pakai.

TESTIMONI PENGGUNA MANNIQUEEN  MATTE POWDER BLUSHER


Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari, testimoni penghuna manniqueen matte powder blusher

Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari, testimoni penghuna manniqueen matte powder blusher

Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari, testimoni penghuna manniqueen matte powder blusher

Matte Blusher Yang Akan Menyerikan Wajah Sepanjang Hari, testimoni penghuna manniqueen matte powder blusher

Untuk maklumat lanjut : 

Whatsapp : Syuhaina Atikah

Facebook : Syuhaina Atikah






0 Pengomen:

Pengalaman Mengalami Keguguran

14:06 Bonda Zahra 4 Comments

KEGUGURAN PADA 6 MINGGU USIA KEHAMILAN


Assalamualaikum semua.

Aku nak throwback cerita keguguran aku dengan hangpa ni. Hari tu aku ada story pasal aku turun darah kan?.


Sejak dari hari pertama (Khamis, 9/11/2017) ada tompokan darah sampai lah hari Sabtu (11/11/2017) memang setiap hari ada tompokan darah. Hari Jumaat hari tu birthday Zahra 10/11/2017. Aku plan nak sambut hari Sabtu sebab Mak Lang Zahra ada belikan kek dekat dia.

11/11/2017

Bangun pagi aku perasan darah pekat & lebih banyak dari dua hari sebelumnya. Tapi masih takda rasa sakit. Sampai lah ke petang, baru aku start rasa sakit & keluar darah berketul-ketul. Suami dah p kerja. Petang tu terpaksa ajak Mak temankan p hospital. Kakak & abang ipar yang bawakkan. Sebab hari tu doktor di KK ada pesan kalau masih keluar darah & sakit, terus p ke kecemasan. Sebelum p aku dah maklumkan pada suami aku tentang keadaan aku.

Sampai ja di hospital, doktor cek bukaan rahim & ternyata pintu rahim dah terbuka. Benda macam ni selalu jadi kalau orang nak bersalin ja kan?. Patut lah aku rasa contraction macam nak bersalin tu. So, malam tu aku dimasukkan ke ward atas kes threaten miscarriage.

Benda paling tak suka bila doktor gunakan muncung itik untuk cek bukaan rahim sebab rasa sakit sangat. Tapi kita takda pilihan. Hai dah macam bahan ujikaji pulak wei. Hari tu saja 3 kali kena muncung itik tu. Air mata dah tak boleh nak tahan. Berair sepanjang masa. Masa tu tak dapat nak buat apa melainkan berdoa ja. Duduk tepi katil sambil berdoa, kalau ni bukan rezeki aku, kau mudahkan lah jalannya Ya Allah.

Masa dekat kecemasan tu doktor ada scan perut aku. Dia cakap nampak kantung ja. Masa tanya pasal usia kandungan tu, muka doktor tu macam serba salah ja. Doktor tu macam tak sampai hati nak bagi taw hal sebenar. Lepas tu dia panggil doktor yang seorang lagi. Apa yang aku suka adalah dia sangat berterus terang. Dia sahkan yang aku memang keguguran.

Hurm, masa tu aku kuat sangat. Tak taw macam mana aku boleh setenang tu. Tapi takda lah untuk hari-hari yang seterusnya. Keadaan aku sama macam orang hilang anak. Aku termenung, menangis, kekadang tengah duk saja-saja aku boleh masuk bilik semata-mata untuk keluarkan air mata yang bergenang ni. Rasa macam tak kuat pulak nak hadapi semua ni.

Malam tu doktor bagi aku tempoh untuk dia keluar secara natural sampai pukul 2.00 pagi. Kalau tak keluar jugak, doktor suruh aku start berpuasa pukul 2.00 untuk prosuder seterusnya pada keesokkan paginya. Iaitu cuci lah kan. Doktor ada bagi taw yang proses cuci pun ada risikonya. Macam operation lah. Waktu tu aku rasa takut sangat.

12/11/2017

Dah pukul 2.00 pagi, takda lagi keluar apa-apa. Tapi darah yang berketul-ketul makin banyak keluar. Pukul 1.00 pagi sampai 3.00 pagi, waktu kemuncak aku sakit kuat. Memang rasa macam nak bersalin sangat dah. Rasa dia weh macam nak meneran, tapi takda apa yang nak keluar. Allah!!!. Masa tu ingat Mak dengan suami ja. Than, lepas pada tu sakit hilang pulak. Tapi mata tak boleh nak lelap pun.  Macam tido-tido ayam gitu. Memang rasa tak sedap ja badan ni.

Pagi tu pukul 6.40 pagi nurse datang kejutkan aku. Nak suruh tukar pad. Bila aku bangun ja nak ke tandas, dalam dua tiga langkah, 'plup' memang rasa macam seketul keluar dari vagina aku. Aku pun cepat-cepat masuk bilik air nak cek. Dan memang confirm keluar seketul daging.  Aku panggil nurse untuk tengok & nurse terus ambik bubuh dalam botol.

Tunggu doktor datang pagi tu untuk scan. Lepas tu doktor guna muncung itik jugak  untuk tengok semua dah keluar habis ka belum.  Doktor pun bersihkan darah beku yang tertinggal-tinggal tu. Bila scan, memang tak nampak apa dah. Kosong. So, doktok maklumkan yang memang dah keluar habis lah kan. Tapi doktor akan bagi jugak ubat. Nak pastikan keluar sampai habis betul-betul.

Ubat tu cucuk dekat punggung wei. Lepas setengah jam gitu dah mula rasa sakit dah. Rasa memulas macam nak datang period tu, adui. Dua kali ganda sakit dari tu. Time tu nak telefon sapa pun tak boleh dah. Telefon aku habis battery. Dan di ward tu tak dibenarkan untuk mengecas telefon, huhu. Last-last  terlena gitu ja.

Aku tersedar doktor pakar datang. Dia bagi taw yang kalau ikutkan esok aku baru boleh discharge. Depa tahan lagi untuk pemantauan. Adui, frust ja aku. Ingat dah beh balik. Dah lah rindu dekat Zahra. Tapi apa pun aku bersyukur, dah selamat semuanya. Cuma dalam bersyukur tu aku sedih jugak. Sebab dah taw aku tak bawak 'baby' dah.

Petang tu semua family datang melawat aku. Terharu sebab depa sentiasa ada bagi sokongan. Suami apatah lagi. Memang aku bersyukur  suami sentiasa positif. Alhamdulillah.

Esoknya tengah hari aku dah boleh keluar. Pulang dengan perasaan kosong. Aku ingat ni lah hadiah paling bermakna buat aku & suami sempena hari ulangtahun kami yang baru lepas pada 15/10/2017. Sebab masa tu lah aku taw yang aku hamil.

Hari ni baru 4 hari aku berpantang. Mak aku memang jaga pantang betul-betul. Terutama bab makan. Berjalan pakai stokin, pakai bengkung. Minggu depan dah nak kena start keja ni. Badan rasa lemau lagi, haha. Tapi takpa lah, pelan-pelan. Cuma aku masih tak boleh nak angkat benda berat sebab akan rasa contract semacam dekat bawah perut. So, aku tak nak ambik risiko.

Apa pun aku berharap & berdoa, semoga Allah bagi lagi peluang untuk aku & suami merasai nikmat dapat zuriat lagi. Allah lebih taw apa yang terbaik untuk aku & suami. Aku yakin. Aku tak menyesali apa yang dah berlaku. Kerana aku taw rezeki Allah tu luas. Inshaallah. Mudah-mudahan ada lagi peluang untuk aku & suami.

Terima kasih kerana membaca hangoa. Saja aku nak kongsikan pemgalaman aku dengan hangpa. Doakan aku cepat sembuh ya.


4 Pengomen:

Pendarahan 6 Minggu Kehamilan

23:00 Bonda Zahra 8 Comments

PENDARAHAN DI AWAL KEHAMILAN.


Episod Awal Kandungan.

Lepas check up 05/11/2017 hari tu, aku jalani hari-hari macam biasa cuma berjaga-jaga  beringat diri ja lah yang diri ni berbadan dua. Semua kelaku jaga, makan pun jaga, takda nak telan benda-benda yang merepek lagi dah.

Aku duk fikir nak tunggu buat buku baby tu bila masa nak p klinik kesihatan nak cek kakaknya Zahra nanti 3 tahun minggu depan ni. Duk plan masa tu lah nak buat buku pink terus. Nak kata alahan,mabuk, loya, pening sangat pun takda. Rasa macam biasa ja.

Bleeding / Tumpah Darah.

Day 1, 09/11/2017

Pagi tadi aku mandi lah bersiap nak p kerja. Lepas mandi tiba-tiba terasa macam ada keluar sesuatu dari vagina. Ambil tisu ja cuba sapu. Hah, kenapa ni?. Dah kenapa?. Fresh blood keluar dari situ tapi tak banyak. Dah tentu lah risaukan. Terus kejutkan en.suami aku bagitaw dia aku nak p klinik dulu pagi ni sebelum p kerja.

Masa keluar darah tu kan, nak kata sakit perut takda lah pulak. Memulas apa pun tak. Tiba-tiba ja keluar darahnya. Aku pun bersiap lah nak ke klinik. Bagitaw Mak aku siap-siap yang aku bleeding pagi ni.

Sampai ja klinik, macam biasa lah kan, sampai berjam-jam lah tunggu. Tunggu sampai pukul 11.00 macam tu baru dapat jumpa doktor. Ya, mencari & terus mencari bila scan tu lama tak macam selalu. Keliling pusing. Kalau ikut perkiraan tadi kandungan dah 6minggu lebih. Lepas tu doc print gambar scan tu.

Pada masa ni keyakinan aku sendiri pun dah kurang pasti. Betul ka ni. Kalau di tengokkan tu, memang nampak kantung disitu. Apa pun doctor cadangkan untuk datang balik dalam masa dua minggu lagi. Nak tengok keadaan pembesaran embrio tu.

Bila ditanya kenapa aku bleeding, jawabnya tu adalah satu keadaan normal juga bagi sesetengah ibu mengandung yang mengalami pendarahan awal sebab embrio tu baru nak lekat pada dinding rahim. Owh, ok. Aku buat-buat faham ja lah. Sebab sebelum ni tak pernah pulak aku mengkaji bab pendarahan di awal kehamilan ni.

Adakah akan berhenti pendarahan ni?. Pendarahan biasa 4 ke 5 hari berhenti dah pendarahan ni & hanya keluar tompokan darah ja. Ok, faham dah aku. Dapat lah aku MC 2 hari & banyakkan bedrest. Jangan buat kerja berat-berat. Pergh, macam puan besar lah aku, haha. Bedrest lah sangat. Takda maknanya. Tak reti aku nak duk diam keras atas katil tu. Tapi takda lah aku buat keja berat-berat kan, yang ringan-ringan ja.

Nantikan sambungan ya. Kita tunggu keputusan dua minggu lagi untuk scan. Doa yang baik-baik untuk aku ok.

8 Pengomen:

Rindu Nak Blogging!!!

15:29 Bonda Zahra 2 Comments

RINDU DENGAN DUNIA BLOGGING.


Assalamualaikum semua.

Allah rindunya untuk kembali aktif berblogging!. Tak pernah aku terlupa kegilaan aku dalam dunia blogging ni. Memang dah terlalu lama aku tak jenguk blog aku ni. Maklum lah ada kerjaya lain yang lebih penting. Bukan nak kata aku ni terlalu busy sampai  tak terjenguk blog ni, tapi entah kenapa aku tiba-tiba aku macam takda masa nak jenguk sekejap ke blog ni.

Bila dah lama tak berkarya dengan entri baru, tangan jadi kaku, idea jadi beku, tak taw nak cerita yang mana satu sebab cerita terlalu banyak, haha. Nak cerita satu persatu, dah terlupa yang mana satu, huhu.

Bila mood blogging datang, idea pulak tak nak bertandang. Terkebil-kebil aku seorang cari idea yang entah kemana menhilang. Fikiran pun melayang-layang mencari ayat untuk santapan pembaca yang aku sayang. Jumpa next entri ok!.

2 Pengomen:

Dashing Pocket Eau De Toilette : Smell Great, Anytime, Anywhere

22:05 Bonda Zahra 10 Comments

DASHING ANYTIME EDT


Assalamualaikum semua.

Minggu lepas tiba-tiba aku dapat bungkusan lagi, hihi. Amboi sekarang ni review produk penuh dengan kejutan taw!. Ok kali ni kejutan dari Dashing pulak. Tapi Dashing ni kan lebih kepada lelaki kan, so untung lah en.suami aku kan?. Dah tentu aku hadiahkan pada dia ha.

Wangian ni antara benda terpenting bagi lelaki maskulin selain bergaya kemas. Hangpa taw tak, ni pun salah satu hal yang sangat penting untuk menarik perhatian perempuan. Walaupun takda rupa takpa, asalkan jangan busuk, hahaha. Sebab dengan satu bau ja memang akan rosakkan personaliti hangpa sebagai lelaki maskulin.

So, wahai lelaki di luar sana, hangpa taw dah kan apa tarikan utama pada diri hangpa?. Dengan itu Dashing produk penjagaan diri lelaki & jugak merupakan peneraju pasaran dalam bidang wangian lelaki telah menghasilkan Dashing Anytime Edt. Hangpa taw tak yang bestnya packaging dia sangat lah comel & bersaiz poket. So senang lah hangpa nak bawak kemana-mana. Takda alasan untuk tidak wangi ya, hah gitu, hihi.

Dashing Anytime Edt

Aku dapat 1 kotak Dashing Pocket Eau De Toilete yang mengandungi 4 jenis pocket perfume. Hangpa boleh tukar-tukar bauan setiap hari. Siapa yang suka kumpul perfume tu, hah apa lagi tunggu?.

DASHING ANYTIME EDT DENGAN 4 VARIASI UNIK - COOL, HATRICK, ACTIVE & ULTIMATE KICK


Dashing Anytime Edt


ACTIVE
Khas untuk si jejaka lasak yang amat mengemari kehidupan serba aktif. Tampil yakin & bergerak aktif dengan wangian maskulin ini. Didahului dengan semarak haruman Fougere yang digabungkan dengan nota Citrus, Lavender & Amber. Aroma ini pastinya membangkitkan sisi aktif anda.

COOL
Haruman maskulin ini merupakan takrifan identiti & daya penarik bagi si jejaka. Haruman menyegarkan ini didahului dengan gabungan menawan. Bergamot & Galbanum dilapisi dengan wangian amber & kasturi sebagai nota asas. Wangian ini direka khas untuk mencipta sisi maskulin yang "cool" secara semulajadi dari dalam dirimu.

HATTRICK
Jaringan kemenangan bagi jejaka Dashing. Wangian Hattrick menyemarakkan semangat & mendorong individu untuk menang. Gabungan unik kesegaran citrus epal diadunkan bersama aroma bunga & calitan amber.

ULTIMATE KICK
Wangian yang dicipta untuk jaguh, menyerlahkan personaliti & gaya sebenar jejaka dalam urusan seharian lelaki moden. Ultimate Kick berkonsep ala musim panas yang aktif, menampilkan rumusan dari percikan citrus lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran buah pelaga, vanilla & suntikan haruman kayuan serta rempah.

Dashing Anytime Edt

Wangian yang paling aku suka baunya, ni dia Ultimate Kick!. Serious sedap ja baunya. Rasa nak sembur banyak-banyak dekat suami, haha. Hee, wanginya Ultimate Kick ni.

Harga setiap satu : RM7.00 (18ml)

Untuk maklumat lanjut:

Website : Dashing Malaysia

Facebook : Dashing

Instagram : @dashing_my

10 Pengomen:

Aktiviti Masak Bubur Asyura Saudara Mara

17:57 Bonda Zahra 10 Comments

MASAK BUBUR ASYURA SECARA BERGOTONG-ROYONG

Assalamualaikum semua.

Masar Bubur Asyura Bergotong Royong

Hari ni terbukti lagi keutuhan semangat kekeluargaan kami, haha. Aktiviti memasak bubur asyura dah berjaya kami laksanakan, cewah!!, hihi. Ya lah kan walaupun merancang last minit, tetap menjadi kan. Puas hati!. Bahan-bahan semua tuan rumah yang sediakan, aku dengan Mak & kakak-kakak aku sumbangkan tenaga ja, hihi.

Masar Bubur Asyura Bergotong Royong

Masar Bubur Asyura Bergotong Royong

Aktiviti bermula jam 2.30 petang dengan dimulai berkelah makan tengah hari beramai-ramai di rumah Tok Saudara aku ni di Kampung Sempeneh Batu Kurau. Makanan tengah hari pun disediakan oleh tuan rumah. Semoga Allah memurahkan rezeki tuan rumah ya. Aktiviti memasak bubur asyura kami buat secara bergotong-royong bermula dari persiapan tempat nak memasak sehinggalah kerja-kerja mengemas.

Aku rasa kan memang patut ada lagi aktiviti-aktiviti macam ni kan, demi untuk mengukuhkan lagi semangat kekeluargaan kita. Semoga ukhwah yang terjalin akan berkekalan & mendapat keredhaan Yang Maha Esa. Syukur pada Mu Ya Allah, alhamdulillah.

10 Pengomen:

Wangi Sepanjang Hari Dengan Haruman Enchanteur Stunning

17:33 Bonda Zahra 10 Comments

HARUMAN BERPANJANGAN ENCHANTEUR STUNNING


Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Assalamualaikum, hai selamat petang semua. Kelmarin aku dapat box exclusive ni dari Enchanteur. Wah best taw bila dapat suprise-suprise macam ni, haha. Senyum sampai telinga!. Dan yang paling best, isi dekat dalam dia tu weh. Sampai ja rumah kelmarin aku terus buka sampul gdex tu. Bau harum semerbak satu rumah, hihi. Taw apa yang harum sangat tu?. Enchanteur Stunning hangpa!. Dapat set lengkap pulak tu. Happy sangat!.

HARUMAN BAHARU ENCHANTEUR, HARUMAN STUNNING


Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Enchanteur merupakan jenama wangian terkemuka & terkenal sejak berabad lamanya. Ianya haruman yang diinspirasikan dari Perancis & telah melancarkan semula rangkaian eau de toilette & penjagaan peribadi.

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Sempena dengan pelancaran ni, satu haruman baharu yang sangat menarik dah diperkenalkan iaitu, Stunning. Wangian yang mempersona ni merupakan gabungan turkish rose & magnolia, & dah dipertingkatkan dengan kemanisan dari blackcurrant bud & raspberry. Ia jugak dicampur dengan kelembapan sandalwood.

Hangpa kalau pakai wangian Stunning ni kan mesti hangpa tertawan dengan aroma sensual ni. Aku sendiri pun tertawan dengan wangian ni taw!. Memang harum sangat. Haruman Stunning ni buatkan kita sebagai wanita merasa lebih istimewa & ianya dapat menyerlahkan lagi penampilan & personaliti kita.

Haruman Berpanjangan Enchanteur Stunning

Selain eau de toilette, variasi Stunning jugak hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran & bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut & harum sepanjang hari.

Enchanteur eau de toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Manakala losyen Enchanteur jugak boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60. Deodoran Enchanteur pulak hadir dalam pelbagai bentuk / format - stik, bebola & jugak semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40. Manakala bedak Enchanteur pulak berharga dari RM4.40 hingga 11.80.

Hangpa kalau nak taw macam mana wanginya haruman Stunning ni, hangpa kena lah cuba taw. Semua produk wangian serta produk penjagaan diri dari Enchanteur ni hangpa boleh dapatkan di semua rangkaian pasar raya & farmasi.

Untuk maklumat lanjut:

Website : Enchanteur

Facebook : EnchanteurMY

"Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian...", Author C.Joybell C.






10 Pengomen:

Sebuah Perkahwinan

17:00 Bonda Zahra 2 Comments

TENTANG PERKAHWINAN


Tentang kahwin

Kahwin bukan sekadar nak elak maksiat. Kahwin jugak bukan sebab kita dah lama kenal dia lepas tu kita kahwin dengan dia. Kahwin bukan sebab Mak Ayah paksa suruh kahwin, kita pun kahwin. Kahwin bukan sebab Pak Cik, Mak Cik sibuk asyik tanya bila nak kahwin. Kahwin is not just about loving each other. Is not about nak elak maksiat.

Ketahui lah bahawa nikah tu bukan hanya sekadar, 'Aku terima nikahnya' tapi nikah tu adalah tentang 'janji'. Janji yang kamu akan menjaga isteri kamu dengan sebaik yang mungkin. Berjanji akan memberi makan pakai kepada isteri kamu. Memberikan nafkah kepada isteri kamu. Baik nafkah zahir mahupun nafkah batin yang kamu wajib kena menunaikannya.

Nikah tu jugak adalah tentang 'amanah'. Amanah yang kamu ambil daripada Ayah si perempuan yang disaksikan oleh Allah Ta'ala. Perempuan tu adalah amanah daripada Allah SWT & pasti kelak nanti kamu akan dipersoalkan tentang kepimpinan kamu.

Nikah tu adalah tentang 'tanggungjawab'. Saat dia mula lalai, kau menegurnya dengan penuh belaian kasih sayang. Saat dia mula mengabaikan perintah Tuhan, kau menasihatinya dengan penuh kecintaan. Saat dia ada berbuat kesilapan kau memperbetulkan salah & silapnya.

Saat dia jatuh sakit, kamu rela berjaga malam, bersengkang mata demi menjaga & memastikan dia segera sembuh daripada sakit. Saat dia kelaparan, kamu memberi makan kepadanya sekali pun ketika tu kamu jugak tersangat lapar.

Kalau kamu yakin diri kamu seorang manusia yang boleh pegang amanah dengan sebaik mungkin, jaga amanah Allah tu dengan sebaik mungkin, silakan kamu bernikah. Kalau kamu cukup yakin diri kamu seorang yang bertanggungjawab, boleh jalankan tanggungjawab sebagai suami/isteri yang baik sesuai tuntutan agama, maka silakan kamu bernikah.

Aku tak mampu nak melistkan segalanya kerana aku jugak belum banyak pengalaman di dalam alam pernikahan ni. Cuba lah kita bertanya  kepada orang yang telah lama berkahwin. Bertanya kepada Mak Ayah kita sebab depa dah melalui ujian demi ujian selama berkahwin.

Kepada yang dah berkira-kira hari menanti hari bahagia, aku nak ucapkan Selamat Pengantin Baru semua. Dan kepada yang single lagi, selamat menikmati makan percuma. Makan kan bahagia jugak, haha.

Sumber:Muhammad Shafri

2 Pengomen:

Nikmati Khasiat Milagro Coffee Patawali

13:51 Bonda Zahra 6 Comments

KEBAIKAN MILARGO COFFEE PATAWALI


Assalamualaikum semua.

Mungkin hangpa pernah dengar tentang herba Patawali atau lebih dikenali sebagai Seruntun ni kan?. Tapi ada ja ramai lagi yang tak taw mengenai khasiat & kebaikan yang ada pada herba ni. Hangpa jangan risau, Milagro Coffee yang diperkaya dengan khasiat dari herba Patawali ni dah ada di pasaran. Milagro Coffee ni bukan sekadar minuman, malah sebagai penawar penyakit darah tinggi & kencing manis yang berkesan.

INFO PATAWALI


Kebaikkan Milagro Coffee Patawali

Patawali atau pokok Patawali & jugak dikenali dengan nama Akar Seruntun, Akar patawali atau nama saintifiknya Tinospora Crispa dari keluarga Menispermaceae. Pokok Patawali merupakan tanaman menjalar berbatang berkerutu & berdaun lebar seperti daun sirih. Biasanya ia banyak didapati tumbuh menjalar di pagar-pagar & kawasan rumah terbiar terutama di kawasan kampung & juga didapati liar di pinggir hutan.

Pokok Patawali ni jugak tumbuh subur ditempat yang bersuhu panas, perdunya memanjat dengan batangnya sebesar jari kelingking, berbintil-bintil rapat & boleh mencapai ketinggian sehingga 2.5 meter. Daunnya tunggal, bertangkal, berbentuk seperti jantung atau bundar seperti telur dengan hujung lancip sepanjang 7-12 cm & lebar 5-10 cm. Berbunga kecil & berwarna hijau muda. Ia mudah dibiakkan menggunakan keratan batang.

KEBAIKAN PATAWALI


Kebaikkan Milagro Coffee Patawali

Banyak taw kelebihan & kebaikan Patawali ni antaranya ialah dalam perubatan tradisional masyarakat Melayu, air rebusan keseluruhan tumbuhan ni dikatakan mampu mengurangi gula dalam darah, menurunkan suhu panas badan & membantu mengurangi gejala kencing manis.

Di Indo-China keseluruhan bahagian dari pokok Patawali ni digunakan sebagai ubat demam yang dapat menggantikan kinnie. Selain dari tu, batang Patawali jugak digunakan untuk merawat sakit perut, demam, tekanan darah tinggi, kencing manis & jugak penyakit kelamin dikenali sebagai gonorea.

Ia jugak dikatakan dapat mengatasi masalah cacing dikalangan kanak-kanak dengan cara merebus batangnya, ditapis & diminum segelas sehari. Air rebusan ni jugak boleh digunakan untuk membersihkan darah & mujarab untuk membunuh kuman serta bagi penyembuhan luka. Kajian saintifik jugak mengatakan ianya mujarab bagi menjauhkan penyakit demam malaria.

Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan juga bagi pengambilan air rebusan Patawali dalam jangka masa yang panjang & berlebihan boleh mengakibatkan kerosakan hati & buah pinggang. Hati-hati yang merawat atau buat perubatan sendiri menggunakan Patawali tanpa proses yang betul.

Untuk Milagro Coffee Patawali, Patawalinya diekstrak & diproses berkali-kali. Hanya bahagian tertentu sahaja yang diguna pakai & diambil untuk ditambah menjadi Milagro Coffee. Kopi ni jugak mempunyai sijil Halal dari Jakim.

MILAGRO COFFEE PATAWALI


Kebaikkan Milagro Coffee Patawali

Ramai yang cakap air rebusan Patawali ni pahit sangat & tak lalu nak diminum macam tu ja. So, pihak Milagro Coffee Patawali telah mengeluarkan minuman berasaskan Patawali untuk semua lapisan masyarakat dengan rasa kopi Patawali yang sangat sedap, lemak & tak pahit.

Cara nak sediakan Milagro Coffee Patawali pun senang ja, sediakan air panas atau suam & bancuhkan dengan 1 sachet kopi dah siap untuk diminum!. Hangpa boleh minum 2 kali sehari. ! kali pagi & 1 kali petang.

TESTIMONI PENGGUNA


Jom kita tengok testimoni pengguna yang berpuas hati dengan Milagro Coffee Patawali.

Kebaikkan Milagro Coffee Patawali, testimoni pengguna milagro coffee patawali

Bagi yang nak mencuba & mendapatkan khasiat Milagro Coffee Patawali ni boleh dapatkan dengan harga menarik seperti di bawah:

Harga termasuk pos untuk ke Semenanjung Malaysia:

1 kotak RM64
3 kotak RM180

Harga Promosi (Limited Time):

10 kotak RM417 (jimat RM150)
32 kotak RM1155 (jimat RM640)

Boleh transfer ke CIMB Bank Aqid Aqila Resources Sdn Bhd : 8007995135 atau boleh beli di Milagro Coffee Penawar Kencing Manis 

Jom nikmati kebaikan Milagro Coffee Patawali dengan merujuk maklumat lanjut seperti berikut:

No Telefon : 012-3702676 / 019-2702676

Website : http://www.milagrocoffee.com.my


Instagram : milagro_coffee

Selamat mencuba hangpa!.






6 Pengomen:

Underground Suprise Delivery!

00:01 Bonda Zahra 2 Comments

SUPRISE DELIVERY PERAK

Assalamualaikum semua.

Hangpa!!. Siapa yang suka suprise, angkat tangan?, hihi. Ramai tak?. Selalu kita orang perempuan ni memang suka suprise. Nak pulak dapat suprise dari yang tersayang, senyum sampai telinga lah. Yang lelaki pun apa kurangnya, seronok jugak kalau tiba-tiba girlfriend buat suprise dekat hangpa kan?.

Suprise yang selalu orang buat ialah suprise delivery. Tak kira lah untuk sambutan birthday, anniversary atau apa saja hari istimewa depa. Jangan ingat pasangan bercinta ja boleh buat kejutan taw?. Untuk Mak Ayah, untuk adik beradik, untuk kawan-kawan pun boleh ja. Kita kadang nak buat, tapi takda masa kan?.

Suprise Delivery Perak

So, aku nak perkenalkan lah pada hangpa semua perkhidmatan suprise delivery untuk orang tersayang dari Underground Suprise Delivery. Wah gitu!!. Boleh lah hangpa gunakan khidmat suprise delivery ni sebab harganya sangatlah berpatutan.

Khidmat suprise delivery ni hanyalah dilaksanakan disebelah Batu Kurau, Kamunting & Taiping sahaja.

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh Underground Suprise Delivery:

✅Chocolate Bouquet
✅Flower Bouquet
✅Ballond Bouquet
✅Birthday Suprise Planner

Suprise Delivery Perak

Suprise Delivery Perak

Suprise Delivery Perak

Suprise Delivery Perak

Perkhidmatan ni menawarkan harga yang sangat berpatutan. Ada yang serendah RM50 ke bawah ja taw. Berbaloi kan?. Jimat masa & tenaga.

Book your date now!!.

underground_suprise_delivery




2 Pengomen:

Hadiah Hari Lahir Dari Officemate

23:39 Bonda Zahra 6 Comments

HADIAH SEMPENA HARI LAHIR


Assalamualaikum semua.

Sebenarnya hari ni aku nak cerita dekat hangpa pasal hadiah hari jadi. Hadiah hari jadi aku lah, bukan hadiah hari jadi orang lain, haha.

Seronok tak bila tiba hari jadi kita, kawan kita bagi hadiah?. Mesti seronok kan. Aku pun seronok jugak bila kawan-kawan ingat tarikh birthday aku. Lepas tu siap bagi hadiah lagi. Untung lah badan kan?, hihi. Memang akan rasa seronok & terharu lah.

Hadiah Sempena Hari Lahir

Dan untuk hari lahir aku yang ke 27 tahun ni, aku dapat hadiah dari officemate aku, Kak Akma. Terima kasih taw Kak Akma sebab ingat dekat kita taw. Kita rasa terharu sangat, macam nak nangis ja taw, hihi. Terima kasih sangat-sangat.

Tapi kan, hangpa taw tak aku tak taw lansung yang Kak Akma yang bagi hadiah ni sebab takda nama dia pun dekat atas kotak ni, kad apa pun takda. So, mula-mula tu memang aku tak taw lah hadiah ni dari dia. Pandai sungguh dia buat suprise no, haha.

Hadiah Sempena Hari Lahir

Bila aku bukak tengok, ada selendang, cepat-cepat lah aku bukak selendang tu sebab nak taw dari siapa. Kud lah ada kad ka apa dalam tu kan. Bukan main teruja aku, haha. Duk fikir siapa lah bagi aku kain selendang ni. Bila aku bukak ja, aku nampak corak batu yang pernah aku bagi taw Kak Akma corak tu lawa. Nampak lain dari yang lain.

Hadiah Sempena Hari Lahir

Tudia, tudia. Terjawab dah siapa yang bagi aku hadiah hari jadi ni kan. Pandai lah Kak Akma ni buat suprise dekat aku kan. Memang pandai sangat.

Hadiah Sempena Hari Lahir

Nah aku tunjuk sikit hadiah yang aku dapat ni. Cantik tak?. Cantik kan. Suka sangat sebab dapat hadiah selendang cantik macam ni. Terima kasih sekali lagi buat Kak Akma yang gojes sebab sudi bagi hadiah dekat aku.  Terima kasih daun keladi, tahun depan nak lagi!, haha. Melampau aku ni ha.

Ok lah, nak tutup cita dah na. Jumpa lagi di lain entry.

6 Pengomen:

Celebrate Birthday Yang Ke-27!

22:40 Bonda Zahra 0 Comments

SAMBUTAN HARI LAHIR AKU


Assalamualaikum semua. Rajin ja aku update entry lately ni kan?, haha.

Pejam celik pejam celik, 7 September yang lepas genap lah umur aku 27 tahun, huhu. Rasa macam baru semalam aku habis sekolah menengah, lepas tu terhegeh-hegeh cari kerja, lepas tu sibuk bercinta, berkahwin & sekarang dah jadi mak orang, haha. Mak anak satu!. So boleh consider tak yang aku masih muda?, hihi.

Alhamdulillah Allah masih pinjamkan nyawa, nikmat & insan-insan tersayang di samping aku sehingga ke saat ni. Syukur tak terhingga diberi suami yang penyayang & bertanggungjawab, keluarga mertua yang baik, keluarga aku yang happening & kawan-kawan aku yang sentiasa menceriakan hidup aku.

Selalunya kalau birthday aku memang en.suami akan bawak p makan ja, hehe. Nak bawak p bercuti, lambat lagi kud. Sibuk simpan duit, haha. Tengok hujung tahun kud en.suami nak belanja p bercuti ka, so sekarang ni duduk diam-diam sudah!.

Disebabkan birthday aku jatuh hari Khamis, hari bekerja. Tapi hari tu aku dengan en.suami cuti sebab ada kenduri tahlil untuk arwah ayah di rumah keluarga mertua. So, agak kelam kabut sikit hari tu kan. Mula-mula tu duk fikir jugak tak nak rushing dinner malam tu jugak, tapi bila fikir hari lain kalau aku cuti pun suami aku kerja, so proceed ja lah dinner malam tu.

Pening jugak fikir nak makan dekat mana, sebab kami ni bukan kaki jalan-jalan cari makan pun, haha. Kalau keluar makan pun balik-balik kedai yang sama. Dan malam tu dia bawak aku ke kedai yang selalu kami lepak time couple dulu-dulu iaitu The Gate Cafe, hihi.

The Gate Cafe ni sebenarnya senang ja nak cari, dekat dengan Bomba Taiping. Parking pun senang sangat kat situ. Kami sampai situ pukul 9 lebih, weekdays pun boleh tahan ramai orang.

Sambutan Hari Lahir

So dah dapat meja, makanan pun cepat ja sampai. En.suami aku macam biasa pantang dapat peluang akan order lamb, hehe. Aku pulak order Chicken Chop Grill. Tu lah yang kami makan di malam hari jadi aku, haha. Sumpah sedap!. Sori tak tangkap pulak gambar makanan.

Sambutan Hari Lahir

Lepas makan, kami p tengok wayang pulak, hoho. Walaupun esok kerja, dan lagi wei. Dengan Zahra sekali kami angkut.

Malam tu en.suami tak bagi hadiah lagi dekat aku. Dia tak taw nak beli apa katanya. Boleh gitu?, haha. Takpa nanti aku fikir apa nak request birthday gift dari en.suami. Tak taw nak bagi apa ya?. Tunggu!!!.

Walaupun sebenarnya hadiah tu takda lah penting sangat nak dibandingkan dengan kasih sayang & perhatian yang dia bagi pada aku. Tapi orang kata buat syarat ja hadiah tu. Tanda kita menghargai pasangan kita, tak gitu?.

0 Pengomen:

Selamat Hari Lahir Untuk Aku!

20:00 Bonda Zahra 7 Comments

SELAMAT HARI LAHIR BUAT DIRI INI


Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Lahir Untuk Diri Ini, Selamat Hari Lahir

7hb September yang lepas merupakan hari ulang tahun kelahiran aku. Tak payah lah hangpa tanya umur akau berapa sekarang, dah tua pun rasanya, haha.

Banyak aku dapat mesej & komen dalam Facebook yang wish Happy Birthday pada aku. Terima kasih banyak-banyak taw!. Tipu lah kalau aku cakap aku tak terharu dengan ucapan-ucapan tu, terima kasih sangat-sangat.

Sedar tak sedar dah bertahun lama Allah bagi peluang pada aku untuk tumpang tinggal di alam ciptaannya ni. Kekadang rasa diri ni hina sangat, apa taknya dah lah menumpang tapi selalu terbabas dalam mensyukuri nikmat yang Dia bagi pada aku selama ni. Inshaallah dari masa ke semasa aku akan cuba menjadi hambanya yang terbaik, terima kasih Allah.

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur untuk memperbaiki apa yang lemah pada aku. Masih diberi nafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutamanya Zahra, suami, Mak Abah & keluarga. Terima kasih Allah dengan rezeki & kesihatan yang diberi olehNYA. Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia & akhirat. Dapat menjadi isteri yang solehah & ibu yang baik untuk anak-anak.

Pada hangpa semua, terima kasih sudi menjadi kawan aku walau kenal atau tak kenal!.

7 Pengomen:

Selamat Hari Raya Aidiladha

21:30 Bonda Zahra 0 Comments

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA


Ucapan selamat hari raya aidiladha, selamat hari raya korban

Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua kawan-kawan bloggers & pembaca blog aku. Tak terlambat lagi kan untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada hangpa kan. Lama dah aku tak update blog ni. Sebab tu tak berkesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha pada hangpa. Sori taw hangpa!!.

Di Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Kurban ni kita harus ambil iktibar dari peristiwa Nabi Ibrahim & Nabi Ismail. Begitu kentalnya jiwa seorang nabi & anaknya, demi kerana Allah & akhirnya digantikan dengan seekor kibas. Aku pasti hangpa semua pun taw akan kisah tu kan?

Selamat Hari Raya Aidiladha semua!!!.

0 Pengomen:

Kipas Hello Kitty Zahra

23:47 Bonda Zahra 4 Comments

KOLEKSI BARANGAN HELLO KITTY ZAHRA.


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak kongsi dengan hangpa koleksi baru barangan Hello Kitty Zahra.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Sebenarnya kakak sulung aku, Kak Da yang mula-mula beli kipas ni. Cuaca pun panas ja kan sekarang, aku pun sebenarnya selalu guna kipas lipat ka apa kalau kekadang duduk dekat luar tak tahan cuaca panas. Dah tu kakak aku bagitaw pasal kipas Hello Kitty  ni. Memang besar sikit tapi masih comel, hihi. Harga pun berpatutan!. Apa lagi laju-laju lah aku kirim dekat kakak aku tu, haha. Zahra pun memang peminat Hello Kitty kan!.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Zahra sebelum ni memang duk kumpul koleksi barang dari Hello Kitty. Aku pun apa lagi, tumpang lah sekaki, haha. Koleksi yang terbaru kipas ni lah. Comel ja ha!.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Apa yang menarik pasal kipas ni ialah selain boleh disambung guna elektrik macam biasa, boleh jugak guna power bank kalau kita berada di luar rumah. So, sesuai lah kan kalau macam kita yang ada anak kecik ni kan?. Kalau panas pasang ja kipas ni bila ada aktiviti dekat luar rumah, mudah!.

Kalau hangpa berminat nak dapatkan kipas Hello Kitty ni, kata kakak aku, hangpa boleh dapatkannya berdekatan dengan The Store Sungai Buluh, kawasan kilang katanya. Aku pun tak pernah sampai sana wei!. Aku kirim ja dekat kakak aku. nasib lah aku tak taw tempat, tidak jenuh rambang mata, macam-macam ada katanya. Selamat mencari ya hangpa, haha!.

4 Pengomen: