Koleksi Hello Kitty Zahra Part 2

22:00 Bonda Zahra 0 Comments

Anak Minat Hello Kitty


Assalamualaikum semua. Hujung-hujung tahun ni macam sibuk sikit, so tak berapa ada masa aku nak update blog, hihi. 

Ingat tak lagi aku pernah post pasal minat Hello Kitty anak aku? Koleksi Hello Kitty Zahra. Sekarang ada lagi barang Hello Kitty yang jadi koleksi Zahra, hahaha. 

Zahra memang minat sangat Hello Kitty ni, siapa-siapa yang minat tu boleh lah p ke One Choice Shop atau kedai-kedai yang sememangnya menjual barang Hello Kitty ni. 

Dan siapa yang taw kedai jual barangan Hello Kitty ni, nanti boleh lah share. Kita sama-sama berkongsi minat. Ni untuk peminat Hello Kitty lah, hihi. Aku taw ada ja yang tak minat Hello Kitty kan? Hihi.

Ok, ni dia aku nak kongsikan fasa kedua koleksi barangan hello kitty Zahra.

tumbler hello kitty, peminat hello kitty

pelampung hello kitty, peminat hello kitty

Lampu hello kitty, racket hello kitty, peminat hello kitty

Sikat hello kitty, cermin hello kitty, hair clip hello kitty, peminat hello kitty

Baju hello kitty, headband hello kitty, peminat hello kitty

Bantal hello kitty, peminat hello kitty


0 Pengomen:

Pengalaman Kena Cakar Kucing

17:49 Bonda Zahra 0 Comments

Sakitnya Kena Cakar Kucing


Assalamualaikum semua. Kelmarin aku kena cakar kucing. Sakitnya!!. Sampai sekarang masih sakit lagi. Kenangan tragis betul, haha. Kucing tu garang wei, aku lalu ja depan dia, terus dia terkam aku.

Apa entah angin kucing tu hari tu, kaki aku dia kerjakan. Meleleh darah keluar dari tapak kaki aku. Aku yang terkejut ni menjerit satu rumah. Habis Mak aku pun terkejut, hihi. Oleh sebab ni kali pertama, aku panik sikit. Aku amik tisu tekap bagi darah stop. Lepas tu halakan dekat air mengalir, darah masih meleleh. Dalam jugak luka ni. Pedihnya wei, nak jalan pun sakit. Kena dekat tapak kaki ni ha, bahagian tu kan lembut.

Takut dah aku tengok kucing pun. Tapi memang sebelum ni aku ni penakut kucing dah. Dah jadi macam ni, bertambah takut lagi lah nampaknya. Walaupun kucing ni kan jenis comel, manja gitu, dia tetap ada perangai pemangsa dia kan? Ceh, ceh, haha.

p/s:Maaf tak dapat share gambar aku yang kena cakar kucing.

0 Pengomen:

Program Mudah Kurus Dr. Malinda

16:00 Bonda Zahra 0 Comments

Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti


Assalamualaikum semua. Seperti yang kita sedia maklum, obesiti menjadi sumber kepada pelbagai penyakit. Ia merupakan masalah paling ketara dalam dunia hari ni. Obesiti ni dalam bahasa mudah ia merujuk kepada peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu tu. Kita boleh dikategorikan sebagai obesiti bila peratusan lemak badan kita melebihi 32% bagi wanita & 25% bagi lelaki.



Untuk pengetahuan kita semua, 50 tahun dulu penyakit obesiti ni hampir tak wujud dah. Ianya hanya wujud dalam dunia moden kini. Kenapa? Dah pasti ianya berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat kini yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka. Selain tu, ia jugak disebabkan pengambilan makanan yang tak bernutrisi. Mereka lebih suka mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat & gula. Sebab bagi pandangan tekak mereka, ianya lebih 'sedap'.

Bila bercakap pasal obesiti ni, automatik kita akan ingat lemak kan?. Pernah tak kita cuba nak berdiet dalam beberapa minggu, tapi nak turun 1-2 kg pun susah ha. Lepas tu, kita pun putus asa. Ya lah, jaga makan pun tak turun jugak. Kita pun balik kepada cara hidup yang lama. Sebab apa macam tu? Sebenarnya ada tiga jenis lemak dalam badan kita ni & tak semua lemak tu baik ya.

Lemak Untuk Struktur (Structual Fat)

'Lemak Baik' ni penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi & membentuk rupa bentuk muka. Lemak ni biasanya tak digunakan sebagai sumber tenaga.

Lemak Normal (Normal Fat Reserve)

'Lemak Baik' ni ada di sekitar tubuh kita & akan digunakan serta dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'.

Lemak Abnormal (Abnormal Stored Fat)

'Lemak Tak Berapa Nak Baik' ni dikenali sebagai "Tisu Adipose". Ia adalah lemak yang tak diperlukan oleh badan & akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ni akan kelihatan 'membuncit' & 'berlipat-lipat' di badan kita!.

Lemak abnormal lah yang cukup sukar dibakar walaupun kita berdiet secara extreme. Habis tu kalau dah susah, macammana kita nak hapuskan lemak degil ni kan? Ok!, ni lah yang aku nak kongsikan.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda




Dr. Malinda memperkenalkan program mudah kurus yang merupakan transformasi perubatan terbaru yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadothrophin (HCG) dalam dunia pelansingan.

HCG adalah sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia lelaki & wanita. Bagaimanapun ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ni bagi memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hipothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan sebagai sumber tenaga.

HCG jugak berfungsi sekiranya badan kita berada di dalam keadaan "kebuluran". Dimana HCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga & ia memberikan 1500 hingga 4000 kalori sehari sebagai tenaga.

Bagaimana HCG Bertindak Sebagai Rawatan Obesiti?


HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil hipothalamus. HCG akan memberi signal kepada hipothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama dalam badan.

Prinsip Yang Digunakan Dalam Rawatan HCG.


HCG akan berkombinasi bersama-sama dengan diet rendah kalori & prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan "trick" kepada hipothalamus & membantu membuka kunci lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan lemak abnormal digerakkan. Pergerakkan lemak ni akan membekalkan 1500 hingga 4000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

Jangan risau, dalam program ni semua manual & menu pemakanan akan disediakan. Kita jugak takkan berlapar sepanjang program ni. Tapi kita akan rasa lebih bertenaga sebab program ni akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan. Ia jugak selamat!.

Dengan bantuan pakar, program ni akan berlansung selama 23 hari dengan tiga frasa berbeza iaitu Loading Phase, Burning Phase, & Maintainance Phase. Hanya perlu suntik di bahagian lemak yang nak dibuang. Again!, jangan risau, ada pakar yang akan mengajar kita untuk melakukan suntikan yang betul.

Kebaikan Rawatan HCG


Rawatan HCG ni bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tapi ia jugak membantu badan kita menjadi lebih pejal & padat. Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa mengganggu tulang & otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara ialah "inch loss". Saiz baju biasanya akan berkurangan satu atau dua saiz yang lebih kecil.

Selain dari penurunan lemak badan, kita jugak akan dapat memperbaiki tahap keseluruhan badan kita, HCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endroplin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus & bertenaga. Rawatan HCG ni ialah transformasi baru dalam dunia pelansingan!.


Bagaimanapun program ni sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian kita untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik!. Set minda kita!. 23-46 hari ni adalah hari untuk kita membersihkan diri (Cleansing Program), pembuangan lemak & detoksifikasi. Matlamat bukan sekadar untuk kurus ja tapi lebih sihat untuk jangkamasa panjang.

Testimoni Rawatan HCG





Macammana nak bermula? Mudah ja. 

Hubungi Dr.Malinda : 017 508 4430

Email di drmalinda@gmail.com. 



Daftar hari ni!. Ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan yang tidak sihat!.


0 Pengomen:

Futsal Punya Pasal

12:58 Bonda Zahra 0 Comments

Suami Injured Main Futsal


Assalamualaikum semua. Suami aku ni bukan lah seorang atlet negara, jauh sekali atlet dunia, haha. Dulu kan, aku ingat dia ni "kaki bangku', sebab tak pernah nampak dia main bola ka futsal ka.

suami injured main futsal

Entah macam mana pulak, sekarang ni tiba-tiba dah terjebak dengan futsal. Kisahnya, ikut kawan-kawan cafe lah ni. So, p lah dia malam Rabu lepas dengan beraninya bermain futsal buat pertama kalinya, hihi. Balik-balik ja mesej,

"Sayang, orang injured"
"Hah?? Luka ka?"

Sebelum ni lama dah tak bersukan, tetiba bersukan pulak. Takda panaskan badan apa dulu pulak tu. Haih.

"Tak luka, rasa pinggang terkehel ni. Sakit dia lain macam lah. Tak leh nak straightkan badan"
"Alahai.."

Tak terkata. Esok paginya nak berjalan pun tak boleh dah..Allah!. Dah lah aku jauh. Nasib baik ada Kak Nora bawak dia p check dekat klinik. Doctor bagi ubat, dengan plaster panas tu. Doctor nak cucuk tapi dia tak nak pulak. Penakut betul suami aku ni taw!. Cuti lah berniaga untuk seminggu.

Sehari lepas tu suami aku balik Perak. Biar nurse dekat Perak ni jaga pulak ya. As a wife, aku memang risau lah pinggang dia lambat sembuh. Tapi buat biasa ja, dalam hati Allah ja taw, huhu. Tak sampai hati dengar dia mengeluh sakit.

So, dah dia balik Perak tu, family dia cadangkan untuk p Xray pulak. Takut lah kan kalau ada patah ka apa plk nanti. Alhamdulillah, Xray ok, takda apa-apa. Nak mengurut tak boleh sebab bengkak kan pinggang tu. So, abang dia cadangkan untuk buat bekam, nak buang darah beku tu kan. Esoknya dia dah ok sikit dah. Tapi takda lah sembuh betul lagi kan.

Sabtu malam dia dah balik Kedah balik. balik mengurut dekat Kedah lah. 3 kali p mengurut dan sekarang dah boleh start berniaga balik. Alhamdulillah.

0 Pengomen:

Ruam Bayi Powder

14:01 Bonda Zahra 0 Comments

Ruam Kulit Bayi


Assalamualaikum semua. Selalunya kulit bayi yang baru dilahirkan sangat lembut & sensetif jadi mudah untuk ia tertedah kepada pelbagai jenis penyakit kulit. Kita sebagai Ibu Bapa memang tak boleh ambil ringan perihal masalah penyakit kulit bayi kita sebab masalah penyakit kulit macam ruam, amat mudah dihidapi oleh bayi.

Terdapat beberapa kategori ruam yang biasa dialami oleh bayi. Ni antara jenis-jenis ruam yang biasa dialami oleh bayi kita:

Ruam Lampin

Bayi akan mengalami ruam lampin jika bayi dibiarkan memakai lampin untuk satu tempoh yang lama sebab air kencing akan bertindak balas dengan kulit bayi. Ia menyebabkan timbulnya bintik-bintik merah. Bintik ni boleh bernanah kalau tak dirawat segera. So, pastikan kita kerap menukar lampin bayi bagi mengelak masalah ni.

Ruam Panas

Cuaca panas menyebabkan bayi berpeluh. Peluh-peluh yang terkumpul di celah pelipat tubuh kemudiannya akan bertindak balas dengan kulit bayi sehingga menyebabkannya mengalami keradangan. Memakaikan bayi pakaian yang sesuai juga adalah salah satu langkah bagi mengelakkan bayi kita daripada mendapat ruam panas.

Ruam Susu

Ruam ni jugak disebut sebagai 'kurap susu'. Masalah ni terjadi sebab lebihan susu yang meleleh ketika bayi menyusu tak dibersihkan dengan segera. Akibatnya berlaku lah tindak balas bakteria & fungus terhadap kulit bayi.

Seperti yang kita sedia maklum, macam-macam jenis ubat untuk merawat ruam pada bayi, ada di pasaran sekarang & sesetengahnya mengandungi bahan steriod. Walaupun ia dapat menyembuhkan ruam bayi kita, tapi kita pasti ka yang krim tersebut tak menipiskan kulit bayi kita?

Kulit bayi sangat sensitif & sekiranya kulit bayi menipis, ia akan mendatangkan penyakit kulit yang lain pulak. So, kita kena bijak memilih krim yang sesuai untuk kulit bayi.

Ruam Bayi Powder

Bedak ruam bayi, penawar eczema & penyakit kulit

Ni aku nak kongsikan salah satu penawar untuk ruam bayi. Ruam Bayi Powder ni sesuai untuk semua peringkat umur & semua jenis masalah kulit. Selain merawat ruam, bedak ni jugak sesuai untuk merawat masalah kulit lain seperti psoriasis, ekzema, gatal-gatal kulit, kudis buta, kayap, demam campak & lain-lain yang berkaitan dengan penyakit kulit.

Kelebihan Ruam Bayi Powder

bedak ruam bayi, penawar eczema & penyakit kulit

☑ Bedak ni dihasilkan daripada 100% tanah liat yang mengandungi mineral semulajadi.

☑Ia mengandungi mineral semulajadi yang bertindak menyerap segala kotoran & toksik yang terdapat pada kulit.

☑Cepat meresap dalam kulit. Kulit terasa sejuk & lembut.

☑Satu bekas tahan agak lama. Selalunya dapat digunakan untuk beberapa bulan.

☑Bebas paraben & jugak bahan-bahan kimia berbahaya.

☑Kandungannya dari 100% bahan semulajadi seperti tanah liat putih & air galian yang dah ditapis secara khusus.

☑Berbaloi, murah & berkesan!

Cara Guna Ruam Bayi Powder


Pakai bedak ni di bahagian yang bermasalah. Sapukan pagi selepas mandi, malam sebelum tidur & seberapa banyak kali dalam sehari untuk dapatkan kesan maksima. Untuk kesan yang lebih cepat, lepas 2 jam sapu, bersihkan dengan air yang bersih, & sapu lagi. Ulang seberapa banyak kali di peringkat awal mencuba bedak ni.

Cara Pemakaian:

Waktu Siang

Pakai sekerap yang boleh ketika masalah kulit sedang teruk. Selepas beberapa jam, jika bedak kelihatan pudar & diserap peluh, cuci bersih dengan air. Lap & keringkan kemudian sapu.

Waktu Malam

Sebelum tidur sapukan di beberapa tempat yang memerlukan. Sapuan diwaktu malam lebih berkesan sebab waktu tidur kita kurang bergerak. Sekiranya bedak kelihatan kering, tambahkan sedikit air yang bertapis sahaja atau air zam-zam untuk elakkan dari terkena klorin air paip

Ruam Bayi Powder Boleh Dimakan

bedak ruam bayi, penawar eczema & penyakit kulit

Kita tak perlu risau sebab takda sebarang kesan sampingan sekiranya bayi atau anak kita termakan bedak ruam ni. Sebab bedak ni adalah 100% semulajadi tanpa sebarang bahan kimia mahupun racun. Hal ni dikhuatiri tangan bayi menggaru muka & terkena bedak. Ianya bahaya jika termasuk ke dalam mulut.

Testimoni Pengguna Ruam Bayi Powder


Testimoni Psoriasis

 Testimoni Psoriasis Ruam Bayi

Penawar Eczema

Penawar Eczema Bayi

Perbezaan Ruam Bayi Powder


Sudah menjadi lumrah bila wujudnya produk yang selamat, berkesan & laris ianya pasti menjadi sasaran untuk orang meniru & mengeluarkan produk palsu. So, amat penting untuk kita taw yang mana satu  produk Ruam Bayi Powder yang original atau tak. Salah satu yang hangpa kena taw, Ruam Bayi Powder ni tak pernah menukar nama atau packaging. Ni bermakna ia masih kekal dengan nama Ruam Bayi Powder & packagingnya masih sama macam gambar dekat bawah ni.

bedak ruam bayi, penawar eczema & penyakit kulit

Kesimpulannya di sini, selain dari nama & label macam yang aku terangkan tu, kalau hangpa nampak produk yang seakan-akan sama tapi nama & packaging ada sikit perbezaan, sila berhati-hati ya sebelum membeli.

Pastikan beli Ruam Bayi Powder yang original taw? Bagi mendapatkan hasil yang terbaik. Harga sebekas Ruam Bayi Powder RM38.90 setiap satu. Untuk maklumat lanjut:

Website:



Facebook: 


Hubungi:

HQ Encik Hafis 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)

Puan Nurul 017 623 9935 (Produk Owner)

Semoga dengan perkongsian ni dapat membantu sesiapa yang memerlukan. Tambah-tambah lagi yang ada anak kecil mengidap Eczema ni. Apa pun ni semua adalah ikhtiar kita, yang menyembuhkan adalah Allah swt. Tapi sebagai manusia kita dituntut untuk berusaha. Insyaallah.

0 Pengomen:

Hadiah Hari Lahir Untuk Zahra

13:05 Bonda Zahra 0 Comments

Hadiah Hari Lahir Beg Kartun Animasi 3D Hard Cover, Beg Telur Kartun.


Assalamualaikum semua. Dah lama aku teringin nak beli beg animasi 3D untuk Zahra. Tapi tak dapat-dapat lagi, haha.

Beg 3d animasi, beg telur

Alhamdulillah, baru-baru ni masa birthday Zahra, Babah hadiahkan Zahra beg ni. Dan dapat harga yang lebih murah dari harga yang sebelum ni aku duk survey.

Beg 3d animasi, beg telur

Memang comel. Tambah-tambah lagi bila Zahra yang galas, hihi. Terima kasih Babah.

Beg 3d animasi, beg telur

Zahra ni memang suka dengan kartun animasi Hello Kitty. Dari kecik sampai ke besar. Minat sangat dia.

Sekarang ni tiap kali nampak ja Hello Kitty bukan main seronok dia. Aku pun best jugak boleh duk kumpul barang-barang Hello Kitty. Comel ja.

Ha, pada Ibu-ibu yang berminat nak beli tu, boleh lah tengok dekat FB kakak kita ni Ira Azrah

0 Pengomen:

Sebab Dia Yang Pertama

12:35 Bonda Zahra 1 Comments

Yang Sulung Paling Istimewa, Sebab Dia Yang Pertama.


Assalamualaikum semua. Dah peluk & mintak maaf pada anak sulung kita?

Yang Sulung Paling Istimewa Sebab Dia Yang Pertama

Sebelum ada 2, 3, 7 mahupun 10, kita bermula dengan satu. Macam tu jugak anak, kita bermula dengan yang sulung. Sebab dia, kita belajar melahirkan, menyusukan, menukar lampin & macam mana mendidik anak-anak. Maniskan saat tu? Kekoknya kita tiap kali lalui benda baru.

Hadir yang kedua, kita mintak yang sulung untuk berdikari. Kasih jugak dah berbagi. Adakalanya terbit rasa kesal pada diri kita sebab kurangnya perhatian pada anak yang sulung.

Jum kita, gunakan setiap masa yang ada. Anak yang sulung jugak punya hati walaupun depa masih kecil. Jangan diikut amarah tu dengan melepaskan semua padanya. Setiap pagi peluk lah depa, sebelum tidur mintak maaf dengan depa seandainya kita terlepas memarahi atau tak melayani depa. Luangkan masa melayani anak yang sulung & kecil bersama-sama.

Orang luar tu hentikan lah berdialog, "Kesian dia, Ibu dah tak sayang dia. Ibu dah ada adik". Anak ni nampak kecil tapi depa memahami. Bimbang ia meninggalkan luka yang dalam di hati depa.

Hati yang luka masih boleh dirawat, tapi jangan dilengahkan. Jum kita peluk anak sulung kita setiap hari. Ucapkan terima kasih padanya sebab kita belajar banyak benda baru kerna hadirnya dia.

Sayang tu adil. Tapi yang sulung paling istimewa, sebab dia yang pertama.

Nur Zahra Aressa, maafkan Bonda. I Love U. ❤

Sumber : Nor Azura

1 Pengomen:

Iklan Aiskrim Malaysia Zahra

22:13 Bonda Zahra 0 Comments

Tempahan Aiskrim Malaysia


Assalamualaikum semua. Ingat lagi tak dengan aiskrim Malaysia zaman kita budak-budak dulu? Dekat sini saya ada menyediakan tempahan aiskrim Malaysia bagi mengimbas kembali zaman riang kita dulu, hihi. Tempahan boleh dibuat untuk sebarang majlis. Untuk bekalan dekat rumah pun boleh.

aiskrim malaysia

Perisa yang saya sediakan:

  • Milo
  • Cappucino
  • Oreo
  • Choki-Choki
  • Strawberry Susu
  • Sumi
  • Green Tea

Hanya 20sen sebatang.

Tempahan boleh diambil di rumah saya (Pekan Batu Kurau) atau boleh delivery  ke kawasan anda (Batu Kurau, Kamunting, Taiping).

Berminat?? Boleh mesej saya di 0134550660 / whatsapp 0165747917. Sebarang pertanyaan sila lah hubungi nombor yang tertera tu ya :)


0 Pengomen:

Hobi Yang Dah Lama Ditinggalkan

23:56 Bonda Zahra 0 Comments

Hobi Mengumpul Setem


Assalamualaikum semua. Aku pasti setiap di antara hangpa yang membaca entri aku ni ada hobi tersendiri kan? Apa ja hobi hangpa, aku pasti ianya mendatangkan satu kepuasan dalam diri hangpa.

Dah ada anak ni, aku tak boleh lagi nak tumpu pada hobi aku macam mana masa bujang dulu. Komitmen terhadap hobi tu tak mampu lagi aku curahkan selain dari faktor masa walau tak ddinafikan minat terhadap hobi tu masih lagi ada sampai hari ni.

Hobi kumpul setem, buku setem

Ni adalah hobi aku yang dah agak lama aku tinggalkan tapi ianya masih tersimpan kemas sebagai kenangan atau mungkin jugak boleh aku jadikan harta peninggalan, haha.

Aku minat mengumpul setem. Sebab terlalu meminati setem, aku sanggup berlapar cuma sebab nak jadi orang pertama yang beli setem baru dekat pejabat pos masa tu.

Boleh dikira setiap hari lah aku akan belek setiap setem yang aku ada. Tu yang kalau ada orang usik aku dapat detect tu, hihi.

Setem dekat bawah ni adalah setem-setem yang aku miliki hasil dari duit kerja aku.

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Kalau hangpa nak taw, setem baru mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan setem yang dah digunakan atau terpakai. Tapi ianya bergantung kepada betapa unik setem tersebut.

Secara jujurnya aku menyimpan setem bukan sebab nilainya, tapi lebih kepada kepuasan yang diperolehi darinya. Susah nak gambarkan perasaan seronok tu.

Aku bukan setakat kumpul setem baru ja, setem terpakai pun aku kumpul!. Tapi setem terpakai ni agak leceh sikit sebab hangpa perlukan teknik untuk menanggalkan setem tu dari sampul surat tanpa merosakkannya.

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Ni lah hobi yang aku sebutkan dekat atas tadi yang dah lama aku tinggalkan tapi masih kemas tersimpan & amat aku sayangi.

Tak taw lah Zahra ka yang mana akan ikut jejak langkah aku ni, hihi. Setakat ni tak nampak lagi tanda-tanda Zahra berminat.

Cuma yang aku pasti, semua koleksi ni memang aku sayang sangat & berhasrat nak sambung balik hobi ni, haha.


0 Pengomen:

Gotong-Royong Membuat Kerisik

22:51 Bonda Zahra 2 Comments

Rewang Kenduri


Assalamualaikum semua.

Saja lah aku nak post gambar-gambar ni nak tunjukan betapa di tempat aku ni masih mengamalkan konsep gotong royong untuk kenduri kendara. Lagi satu nak kongsi teknik pembuatan kerisik ala kampung. Jum tengok. Hangpa taw dak kerisik tu apa? Haha.

Rewang kenduri

Selalu seminggu sebelum kenduri ialah proses membuat kerisik. Biasanya adik beradik atau jiran terdekat lah datang menolong. Kerisik penting sebagai bahan dalam masakan. Kerisik memberikan bau yang harum & memekatkan masakan.

Cara Membuat Kerisik

Cara membuat kerisik, rewang kenduri

Cara membuat kerisik, rewang kenduri

Kelapa yang dah diparut digoreng dalam kuali sehingga menjadi coklat. Dah sudah tu, ditumbuk pulak. Yang aku kagum tu, dari kering kontang, bila ditumbuk lama-lama dia jadi lembik.

Cara Membuat Kerisik, lesung kerisik

Pertama kali aku tengok lesung untuk menumbuk kerisik ni, aku ingatkan ianya pasu bunga sebab besar kan saiznya, hihi. Ambil masa lama jugak wei untuk lumat sebab tu ianya ditumbuk secara bergilir-gilir.
Kerisik, rewang kenduri
Gambar ni aku ambik dari Google ok, memandangkan aku lupa nak tangkap gambar kerisik yang dah siap.

Ha ni dia, dah siap kerisik ni. Boleh lah guna untuk memasak dah. Mudah ja kan?

2 Pengomen:

Pelanggan Selalu Betul?

00:02 Bonda Zahra 0 Comments

Pelanggan Selalu Betul


Customer always right

Assalamualaikum. Haha, kadang-kadang boleh lah nak pakai frasa dekat atas ni. Tapi kadang-kadang rasa macam nak meroyan jugak. Sedar tak sedar , macam dah lama jugak aku menceburkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan ni.

Aku ni keja makan gaji jugak. Alhamdulillah perniagaan kecil-kecilan ni dapat jugak duit tepi habuan nak beli barang, nak tambah apa-apa. Insyaallah. Paling kurang pun ada lah bantuan lain kalau sesak-sesak tu.

Berniaga ni memang seronok kan? Banyak yang aku belajar. Dari bab nak uruskan modal, nak uruskan stok, nak layan pelanggan, melayan kerenah pelanggan & jugak menjaga emosi tengah melayan pelanggan!!, haha. Semua dah tak ternilai. Seriously memang pelbagai ragam pelanggan ni kan? Bukan senang, cukup susah. Siapa yang berniaga tu taw lah. Siapa yang selama ni jadi pelanggan ja & tak pernah berniaga biasanya memang tak faham-faham, hihi. Dan dah tentu lah bagi depa frasa dekat atas tu memang sesungguhnyan betul, haih.

Aku ni masih bekerja sepenuh masa. Dalam pada tu lepas balik kerja, nak kena menjalankan tugas rumah pulak, tugas sebagai ibu & weekend tugas sebagai isteri. Kadang-kadang tu rasa penat sangat. Dapat pulak pelanggan yang agak cerewet, fuh memang menduga kesabaran & keimanan. Bayangkan lah pelanggan pun berbeza-beza latar belakangnya, malah berbeza peribadinya. 

Aku ni berniaga aiskrim partime ja. Tapi memang selalu ja restok hari-hari untuk jualan di rumah. Kalau ada tempahan lain tu memang kena makluman awal, sebab senang aku nak bahagikan masa untuk siapkan tempahan. Erti kata lain ialah masa tu sangat lah berharga buat aku. So, bila pelanggan nak COD lebih awal dari masa yang dah janji, aku kena maklumkan yang aiskrim ni tak sempat beku untuk masa yang dia nak. Kalau setuju, ok deal. Aku ni peniaga kecil ja, nak bekukan aiskrim pun guna peti ais biasa ja takda freezer. Jadi ambil masa untuk bekukan aiskrim tu.

Jenis-jenis Pelanggan


Hari ni ada dua COD ditempat yang sama, cuma ada yang seorang pelanggan ni nak lebih awal dari masa yang dijanjikan. Jadi aku kena dapatkan persetujuan yang seorang lagi memandangkan di tempat yang sama. Aku nak p hantar pun jauh taw, 22KM. Ok, dua-dua dah setuju. Settle hantar untuk pelanggan yang nak awal tadi, alhamdulillah ok ja proses jual beli antara kami. Tiba dekat seorang lagi ni "Apa yang tak bekunya? (sambil koyak plastik, belek-belek aiskrim)". Ada lah dua tiga orang kawan dia dekat situ jugak. Aku lone ranger. "Tu lah tadi kan saya dah maklumkan pada sis yang aiskrim ni belum beku, sis nak atau tak? Sebab saya datang dari Batu Kurau ni. Kebetulan ada order lain & pelanggan tu tunggu saya dekat sini jugak, saya nak lah hantar sekali" masih cuba nak senyum. "Tengok ni tak beku macam ni, tak boleh lah buat macam ni!". "Oh maaf sis, Sebab tu saya dah bagi taw dari awal tadi belum beku, tapi sis kata takpa. Sebab set time saya tak betul ni. Takpa kalau sis tak nak pun saya tak kisah, saya takpa.". Sis tu terus bagi duit sambil cakap benda yang sama ulang-ulang. "Terima kasih sis, Saya mintak halal lebih kurang ya".

Rasa macam nak nangis pun ada. Aku rasa terkilan pulak dia cakap macam tu dekat aku, padahalnya masa awal-awal aku dah maklumkan pada dia, dia kata ok. Terasa wei dia sound aku depan kawan-kawan dia. Apa lah sangat RM10 tu kalau aku sebagai peniaga kecil ni dikritik sebegini rupa. Tacing taw!!. Tapi memang ni lah salah satu pahit manis orang berniaga kan, huhu.

Jenis pelanggan nak murah selalu, tapi nak servis tik top. Yang ni memang kes paling ramai sekali lah, huahuahuahua. Bagi aku, berniaga mesti lah nak untung. Kalau tak untung, nak berniaga buat apa kan? Kalau aku kaya, nak ja buat amal jariah setiap hari, apa lah sangat kud. Celah gigi ja kan. Sedangkan orang kaya pun ambil untung & jadi kaya dari hari ke hari. Ni kan pulak peniaga kecil macam aku ni. Aku berniaga sebab nak sara hidup, nak tolong family. Sedangkan bekerja & mencari nafkah pun dikategorikan sebagai jihad kan? So, jangan lah zalimi peniaga macam aku ni. Kalau tak suka dengan harga yang ditawarkan, kita peniaga pun tak memaksa. Bila dah setuju akad jual beli, transaksi & keuntungan peniaga menjadi halal, insyaallah.

So, berhemah lah dalam urusan jual beli. Yang jadi penjual ni jangan lah letak harga cekik darah. Yang membeli pulak, berpada lah meminta diskaun & tawar menawar. Rezeki Allah yang bagi. Mudah-mudahan segala transaksi adalah win-win situation. Tu lebih baik.

Ada orang ni kadang-kadang berpendapat, jangan lah nak sibukkan diri dengan berniaga macam-macam, cari duit dunia bagai nak rak. Tak cukup-cukup ka apa yang ada. Besyukur lah. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Hangpa kerja teruk-teruk & hangpa berkorban masa hangpa dengan family & anak-anak hangpa.

Astaghfirullah. Sentap jugak. Tapi terima kasih atas teguran & nasihat tu. Bagi aku setiap insan ada sebab & alasan peribadi masing-masing untuk depa kerja keras mencari nafkah. We have never been in their shoes. Kita tak taw pengalaman depa, kita jugak tak taw, apa kesusahan depa. So, adakah wajar kita mempertikaikan tingkah laku & usaha depa tu. Memang tak dinafikan kadang kala kita dikritik dengan kenyataan macam ni.

Apa yang boleh kita buat, berusaha & selebihnya kita ikhtiarkan kepada Allah swt. Aku belajar dari sekeliling setiap hari, setiap detik. Insyaallah.  

Untuk para pelanggan Sweet Temptations by Zahra & Aiskrim Malaysia Zahra, terima kasih ya kalian. Aku banyak belajar dari kalian. Alhamdulillah.

0 Pengomen:

Selamat Hari Lahir Yang Kedua

10:02 Bonda Zahra 2 Comments

Selamat Hari Lahir Yang Kedua Untuk Anak Kesayanganku, Nur Zahra Aressa.







Kelmarin 10hb November dengan rasminya genap lah umur Zahra 2 tahun. Selama 2 tahun jugak lah aku menjaga & membesarkan Zahra. P mana, buat apa semuanya dengan Zahra. Aku bukan lah suri rumah sepenuh masa jadi tak dapat lah menjaga Zahra sepanjang masa.

selamat hari kesayangan anak bonda

Apa pun aku berharap semoga Zahra menjadi anak yang solehah, anak yang ingat segala jasa & pengorbanan Babah & Bondanya. Anak yang tak lupa untuk sentiasa mendoakan kesejahteraaan Babah & Bondanya di dunia & akhirat. Tak lupa jugak semoga Zahra membesar sebagai anak yang taat pada perintahNYA & berjaya di dunia & akhirat. Seimbang kedua-duanya.

Alhamdulillah, Zahra membesar sebagai anak yang mendengar kata. Tak banyak ragam. Tak banyak susahkan Babah & Bonda. Semoga Zahra membesar sebagai anak yang cepat matang & akan menjadi kakak yang baik serta contoh buat adik-adik dia nanti. Wah, dah berangan adik-adik tu!!, hihi.

Babah & Bonda harap semoga kehidupan Zahra akan sentiasa mendapat keberkatan dariNYA. Babah & Bonda tak pernah lupa sentiasa mendoakan Zahra.

Selamat hari lahir anak kesayangan bonda

Zahra, Babah & Bonda nak Zahra taw, bila Zahra dah ada adik nanti, tak kira lah berapa ramai adik Zahra pun, Babah & Bonda tetap sayangkan Zahra. Kasih sayang kami untuk anak-anak kami takda lebih takda kurang. Semua sama rata. Zahra kan anak yang baik, tentu Zahra boleh berfikir benda yang baik bila besar nanti kan? Selamat Hari Lahir Zahra!!!. Babah & Bonda sayangkan Zahra sangat-sangat.


2 Pengomen:

Pusing-pusing Pendang, Kedah

07:34 Bonda Zahra 4 Comments

Pendang Lake Resort, Kedah.


Assalamualaikum semua. Sini lah aku nak cerita sikit, cuti hari minggu yang baru lepas ni, aku balik Kedah. Aku ada lah p pusing-pusing Pendang. Saja jalan-jalan dengan K.nora, Abg Man, Amzar, Zahra & en.suami, hihi.

Antara tempat yang aku p, Pendang Lake Resort. Saja ja p tengok Pendang Lake Resort ni. P malam dah tak nampak lah orang jogging ka mancing ka. Kelam ja, haha. Gigih sangat nak p survey tempat ni sebab katanya ada kolam mandi budak-budak.

Pendang lake resort, pendang kedah

Pendang Lake Resort, pendang kedah

Pendang Waterfront Baru Dibuka.


Pendang waterfront ni baru ja dibuka berhampiran dengan Pendang Lake Resort. Nak ke waterfront dia agak jauh jugak lah pusing dari resort ni. Tapi jalannya mudah ja. Waterfront ni takda lah besar sangat pun. Cuma ada sebiji kolam mandi besar ja. Tapi kira ok lah untuk kanak-kanak kan.

Pendang lake resort, kolam mandi

Bersebelahan kolam mandi tu ada playground yang comel ja. So, pada yang tak nak mandi kolam boleh lah main dekat situ. Zahra dengan Amzar pun malam tu main dekat situ ja. Tak nak lah bagi mandi kolam kan, dah malam.

Pendang lake resort, pendang kedah

Pendang lake resort, pendang kedah

Oendang lake resort, pendang kedah

Bukan main happy lagi depa dua orang tu. Depa tak ingat apa dah, ingat nak main ja. Tapi kesian depa sebab dapat main sekejap ja. Pukul 10.00 malam waterpark ni dah nak tutup. Disebabkan orang pun tak ramai sangat malam tu, puas jugak lah depa main. Duk naik gelongsor tu berkali-kali lah.

Tapi kan satu ja aku tak puas hati, kenapa tandas dia jauh ke belakang sangat? Kalau malam-malam takut lah p seorang, bahaya. Sunyi ja. Part makanan tak dapat lah nak komen sebab kami p malam takda pun stall dekat situ yang bukak lagi masa tu.

Apa pun pada pendapat aku, kalau hangpa merancang untuk datang ke daerah Pendang Kedah ni, hangpa jangan lupa datang menginap dekat Pendang Lake Resort ni ya. Dekat sini memang ada banyak kemudahan & tempat-tempat menarik yang boleh hangpa melawat.

Dan untuk pengetahuan hangpa, kalau hangpa ke sini dengan niat nak memancing, insyaalah hajat tu akan tercapai, haha. Tapi kalau nak cari hiburan, memang ni bukan tempatnya. Dekat sini kalau hangpa nakkan ketenangan & kualiti masa bersama keluarga memang sesuai.

Pekan pendang, kedah

Bazar Makan Pendang.


Selain tu dekat sini jugak mudah ja nak cari makan. Memang banyak. Dekat ja dengan pekan Pendang. Contohnya aku bago satu, malam tu sempat aku & depa p makan dekat Bazar Makanan betul-betul berhadapan dengan Pejabat Tanah Pendang. Banyak sangat pilihan makanan dekat sini. Harga yang murah & rasa yang sedap. Dan boleh dikatakan semua yang berniaga dekat sini adalah orang tempatan kita.

Pekan pendang, kedah

Pekan pendang, kedah

Pekan pendang, kedah


4 Pengomen: