Hujung Minggu Berjogging

17:03 Bonda Zahra 0 Comments

Aktiviti Hujung Minggu, Jogging

Assalamualaikum semua.

Dah lama rasanya aku tak p jogging. Dekat setahun dah. Memang rasa macam tak sihat ja tak bersenam ni kan?. Tu yang badan ni makin naik ja, haha. Berat tak nak turun-turun, ishh!. Tak best betul lah.
Aktiviti hujung minggu, jogging
Pagi semalam dngan semangat & keazaman yang tinggi, aku p jugak jogging. Dekat ja dengan rumah aku. Dekat jalan baru, dekat dengan rumah Mak Ayah mertua aku. Jalan tu lengang sikit ha. Pagi-pagi ni memang selalu orang datang jogging dekat sini. So, pagi semalam aku p dengan anak-anak saudara perempuan aku, Kak Tina, Kak Khaty & Zahra pun ikut taw.
Aktiviti hujung minggu, jogging

Aktiviti hujung minggu, jogging

Aktiviti hujung minggu, jongging
Rasa macam nak tercabut kaki ni masa aku jogging semalam. Ada lah lebih kurang 2km aku jogging, haha. Buat stretching lebih-lebih sikit sebab dah lama tak renggangkan badan ni. Dah keras semacam ja. Lepas jogging dengan stretching, baru lah rasa badan ni fresh & ringan sikit.

Kena buat sikit-sikit sebab dah lama sangat tak bersenam kan. Kalau dah selalu buat, boleh lah jogging lebih sikit. Sebab jalan ni pun panjang lagi sebenarnya. View pun cantik sebab nampak semua bukit-bukit hijau dekat kampung ni. Udara pun segar ja pagi-pagi ni.

Hangpa minat bersenam tak? Kalau minat jum join aku jogging lagi weekend ni. Badan sihat, otak pun cergas!!, haha.

0 Pengomen:

Sambutan Hari Lahir Ayah Mertua

12:12 Bonda Zahra 0 Comments

Kejutan Birthday Buat Ayah

Assalamualaikum semua.

Minggu lepas encik suami ada balik Perak. Katanya dah rindu sangat dekat aku dengan Zahra, haha. Tapi niat sebenar nak balik kampung ni adalah nak sambut hari lahir bapa mertua aku yang ke...? Biar lah rahsia, hihi.
Kek Sedap, Kek Chocolate Cheese
Walaupun suprisenya hanya lah dengan sebiji kek, tapi bagi bapa mertua aku ianya sesuatu yang mengembirakan bila dia dapat sambut bersama cucu-cucu & anak menantu. Anak aku & cucu-cucu yang lain pandai melayan Tok Wan depa, hihi.
Family,sambut hari lahir anak sedara

family,sambut hari lahir anak sedara

family, sambut hari lahir anak sedara
Apa pun, Happy Birthday Ayah!!. Semoga Allah panjangkan usia ayah, murahkan rezeki buat ayah, diberikan kesihatan yang baik & Allah permudahkan segala urusan ayah.

Tak lupa juga buat Adam & Sarah, Happy Birthday. Semoga jadi anak soleh solehah buat Ibu & Ayah ya, berjaya di dunia & akhirat. Banyak birthday dalam bulan ni, so kita sambut semua sekali ja. Lagi senang, meriah!

0 Pengomen:

Suprise Planner Perak by Nur Syarlynn

09:16 Bonda Zahra 0 Comments

Beri Kejutan Kepada Yang Tersayang Dengan Suprise Planner Perak


Di hari istimewa kita macam hari lahir, pertunangan, graduasi, anniversary & sebagainya lah, biasanya kita sambut dengan ala kadar ja kan?. Excitement atau kepuasan menyambut hari istimewa macam tu rasa biasa ja tanpa sebarang kejutan dari yang tersayang. Selalunya kita cuma dapat ucapan tahniah, paling best pun dapat sejambak bunga atau sekotak coklat. Takda lah kenangan indah & menarik untuk kita simpan di dalam memori, hihi.
khidmat suprise planner perak, buat kejutan untuk yang tersayang

Kejutan Buat Yang Tersayang Di Hari Istimewa


Alangkah bestnya kalau di saat hari istimewa kita, sesuatu yang menarik, yang tak kita jangkakan, kita dapat. Ni lah yang cuba dilakukan oleh suprise planner, @supriseplannerperak dalam usaha memberi perkhidmatan yang unik kepada pelanggan depa.
khidmat suprise planner perak,buat kejutan untuk yang tersayang

khidmat suprise planner perak, buat kejutan untuk yang tersayang

khidmat suprise planner perak,  buat kejutan untuk yang tersayang
Berpengkalan di Taiping, Suprise Planner Perak sedia memberikan perkhidmatannya di sekitar area Kamunting, Taiping, Bagan Serai, Batu Kurau & Selama. Tak kira siang atau malam, hari bekerja atau weekend. Suprise Planner Perak komited dalam memberikan servis terbaik kepada pelanggan depa mengikut pakej yang disediakan.
khidmat suprise planner perak, buat kejutan untuk yang tersayang


khidmat suprise planner perak, buat kejutan untuk yang tersayang
Servis kejutan yang diberikan pasti mencipta ingatan indah kepada yang tersayang. Ada bermacan jenis pakej yang disediakan kepada pelanggan & pastinya pada harga yang istimewa. Pelanggan jugak boleh collect sendiri atau request untuk hantar di lokasi.  Selain tu, pelanggan boleh menambah kepada pakej yang sedia ada, contoh macam nak tambah wish card, belon, frame atau teddy bear.

Hangpa ada yang nak suprise insan istimewa tak?


atau whatsapp Syarlynn 0195055354 untuk dapatkan perkhidmatan suprise planner dari Suprise Planner Perak. Book your date now!!.

0 Pengomen:

Kena Kencing Kotor!

22:59 Bonda Zahra 2 Comments

Kencing Tak Lawas, Sakit Bila Kencing


Assalamualaikum semua.

Aku tak pernah cakap kan sebelum ni aku pernah kena kencing kotor. Minggu ni, 2, 3 hari jugak lah aku kena lagi. Baru hari ni macam ok sikit. Hadui, nak nangis, huhu.

Walau pun takda lah sakit macam sakit nak bersalin tu, tapi tetap sakit taw. Nak tido pun terganggu. Kalau tengah tidur dia rasa nak terkencing boleh ka tak nak bangun? Pulak tu sakit dekat bahagian ari-ari.

Suami aku memang banyak kali dah suruh aku p klinik tapi aku kan degil, kikiki. Aku cakap dengan Kak Tina. Kak Tina bagi aku ubat farmasi yang dia beli. Rupanya Kak Tina pun selalu jugak kena. So, dia memang ada standby ubat. Tapi dua hari aku makan masih takda kesan apa-apa.
So, hari Rabu lepas aku p Klinik Indran yang dekat dengan rumah aku ni. Aku tanya ubat air ada tak? Doktor tu cakap ubat air sangat lah tak sedap, haha. Eleh, macam lah ada ubat yang sedap kan? Takda lah. Maksudnya ubat cecair tu rasa payau gitu lah. So dia bagi aku ubat tahan sakit dengan antibiotik.
Ni ubat tahan sakit. Makan 3 kali selepas makan.
Ni pulak ubat antibiotik, 1 biji makan sekali sehari selepas makan.

Doktor tu cakap selalunya orang kena kencing kotor ni sebab kurang minum air. Lepas tu suka sangat tahan-tahan kencing.

Aku ni bukannya tak suka minum air. Cuma air masak tu kurang sikit, hihi. Lagi satu aku tak suka kalau asyik minum air, sat nak p tandas, sat nak p tandas. Penat lah, haih.

Pastu doktor tu cakap air kencing kita kan ada kuman kan. So kalau kita suka sangat tahan kencing, kuman-kuman dalam air kencing tu boleh melekat dekat pundi kencing kita. Dah tu bila kita rasa sakit masa kencing tu, maknanya kuman tu ada dekat badan kita. Bila dah pernah kena ni, lagi senang lah kuman tu nak melekat sebab dia dah ada tapak, haha. Siap tapak bagai lagi ha!

Aku makan konsisten ja ubat tahan sakit dengan antibiotik tu. Lepas sehari aku makan ubat tu, alhamdulillah dah ok sikit ni ha. Dah tak rasa sangat dah sakit bila buang air kecil tu. Lepas buang air kecil pun takda dah rasa tak puas.

Mulai hari ni terpaksa jugak minum air banyak. Jadi minah tandas pun takpa lah. Asalkan sihat!. Kalau biar boleh kena prmyakit lain pulak taw. Hangpa sanggup? Aku tak!!.

2 Pengomen:

Minyak Herba Asma Mujarab, Pastikan Asli Baru Beli

13:23 Bonda Zahra 0 Comments

Minyak Herba Asma Mujarab Pilihan Terbaik Untuk Keluarga


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah produk yang aku tunggu-tunggu telah pun selamat sampai di tangan aku, yeah!!. Nak taw produk apa? Jum lah baca entri aku ni. Baca sampai habis na!. Insyaallah hangpa akan dapat sikit pengetahuan baru & manfaatnya di masa depan.
penawar lelah, batuk, asma
Minyak Herba Asma Mujarab ni adalah minyak herba yang boleh mengatasi masalah asma, lelah atau semput, berkahak, batuk, & lain-lain. Minyak ni sesuai digunakan seisi keluarga. Baik dari umur baby sampai lah ke dewasa. Senang cakap minyak ni sesuai lah digunakan untuk semua lapisan umur. Bila aku buat research pasal minyak ni, memang banyak lah feedback yang baik aku baca pasal manfaat minyak ni.

Sebenarnya banyak fungsi minyak ni. Aku ada guna sebelum ni. Contoh sakit cekam kuku aku ni. Aku sapu ja minyak ni dekat bengkak cekam kaki aku tu. Tunggu sekejap, lepas tu sakit bengkak cekam tu pun beransur hilang. Macam Zahra selsema kan dengan kekadang kembung perut, aku sapukan ja minyak ni. Kalau selsema aku sapukan dekat dada & belakang dia. Kalau kembung perut tu aku sapukan dekat perut & perut betis. Ha, taw tak perut betis? Haha. Alhamdulillah, mampu lah bagi kelegaan. Tu pengalaman aku lah yang guna. Dan aku rasa, setiap rumah perlu ada simpan minyak ni. Alah, lagipun botol dia kecil ja. Senang nak bawak kemana-mana. Boleh ja sumbat dalam handbag tu.

Testimoni Minyak Herba Asma Mujarab Yang Berjaya


Dekat bawah ni adalah beberapa testimoni yang hangpa boleh tengok. Ramai yang dah menggunakan minyak ni ternyata berpuas hati dengan khasiat minyak ni. Tapi ingat, apa pun semuanya dengan izin Allah.




Cara-cara Menggunakan Minyak Herba Asma Mujarab


  1. Goncang dahulu sebelum guna.
  2. Tebuk lubang pada penutup dalam minyak supaya senang digunakan & boleh lah jimat dengan saiz tebukan yang sederhana saiznya.
  3. Sapu dari leher ke dada & tengkuk kebelakang. Sapu sekerap mungkin terutamanya selepas mandi.
Gunakan lah secara konsisten ya. Jangan lah hangat-hangat tahi ayam ja. Nanti tak berkesan, mula lah salahkan minyak, hihi.

Jangan risau taw, minyak ni dah dijamin HALAL & disahkan oleh KKM.

Macammana Cara Nak Membezakan Minyak Herba Asma Mujarab Asli & Tiruan?.


Dah jadi lumrah kan, bila ramai yang mendapat manfaat dari khasiat & kebaikan minyak ni, ada pulak pihak yang tak bertanggungjawab & mengambil kesempatan. Semata-mata nak kaut keuntungan melalui jalan mudah dengan menjual produk tiruan. Tapi hangpa jangan risau, alhamdulillah pihak pengeluar asli minyak ni dah berusaha sedaya upaya mengambil langkah-langkah proaktif bagi memudahkan pelanggannya mengenal pasti produk asli dengan yang paslu .

Hangpa jangan ingat produk moden ja ada tiruan weh!. Produk tradisional pun ada jugak taw. So berhati-hati lah sebelum membeli ok. Kenal pasti ciri-ciri produk asli & tiruan tersebut agar tak salah membeli.

Bagi memastikan produk turuan tak dapat berleluasa di pasaran, pihak pengeluar ni sendiri telah menambah QR code di belakang botol minyak ni. Untuk pengetahuan hangpa, setiap botol produk yang original mempunyai Hologram, QR Code & nombor siri.
Penawar lelah, asma, batuk
Pastikan Minyak Herba Asma Mujarab yang hangpa nak beli tu mempunyai hologram di belakang botol dia, baru beli!.
Penawar lelah, asma, batuk
Selain tu, pihak pengeluar jugak dah memperbaharui sticker dimana terdapat gambar baby, logo halal & logo ori herba asli 100%.
Penawar batuk, lelah, asma
Untuk hangpa lebih mudah faham perbezaan antara produk asli & tiruan, hangpa boleh lah menonton video di bawah ni supaya hangpa lebih peka & tak tertipu.
So, hangpa hati-hati ya sebelum beli minyak ni. Yang tiruan ni kita sedia maklum lah kandungan bahan dia tak terjamin. Kalau tak berkesan ja takpa, takut dapat kesan sampingan lain pulak nanti. Ha, tak ka haru? Hihi. Tu lah pentingnya untuk kita pastikan minyak ni asli sebelun membeli.

Nak taw dekat mana nak cari minyak ni? Hangpa semua boleh dapatkan info-info yang sahih & tepat dari semua link yang aku bagi dekat bawah ni.

Layari laman web mereka di


atau hubungi terus

Puan Nurul: 0176239935 (Produk Owner)

En.Hafis: 0134806787 (Bahagian Pemasaran)

Insyaallah, setiap penyakit tu ada penawarnya. Yang penting kita usaha, doa & tawakal. Rugi taw kalau tak cuba minyak ni!.

0 Pengomen:

Hauck Duett 2 Tandem Stroller / Double Stroller Idaman

13:36 Bonda Zahra 1 Comments

Review Hauck Duett 2 Tandem Stroller

Walaupun jenama stroller Hauck masih belum dikenali ramai. (Aku pun sebelum ni tak pernah dengar jenama ni). Sebenarnya, jenama ni sangat dikenali di German & di beberapa negara Eropah. Sekarang ianya dah memasuki pasaran Malaysia.
Double Stroller Idaman

Jenama Hauck ni telah wujud sejak hampir 90 tahun & merupakan salah satu daripada jenama besar antarabangsa untuk produk baby. Ianya jugak telah memenangi pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa.

Model Hauck Duett 2 Double Buggy ni ialah versi yang di"upgrade" daripada Hauck Duett Buggy, yang dah berada di pasaran sejak 2011, & dah tentu menawarkan pelbagai "features" yang menarik.


Apa yang beza dari Model Duett asal?


Terdapat beberapa perubahan pada versi baru Hauck Duett 2 ni. Tempat duduk keduanya mempunyai ruang yang lebih besar, lebih 3cm besarnya dari model lama.

Pemegang stroller ni jugak boleh dilaras ketinggiannya & rain cover diberi sekali untuk setiap tempat duduk. Memang awesome!!.


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller


Adakah Hauck Menyelesaikan Masalah Pada Versi Hauck Deutt Pertama? 


Ya! Ianya banyak menaiktaraf Duett 2 ni dari Duett pertama. Berdasarkan maklumbalas dari ramai pemilik Duett versi pertama dimana ianya susah untuk dilipat. Tapi untuk Duett 2 ni, jurutera Hauck dah menyelesaikan masalah ni walaupun ada yang masih gagal lagi cubaan untuk melipat dengan sebelah tangan, hahaha. Dah pasti lah susah sebab ni bukan jenis light weight stroller macam Aldo Compatto. Tapi memang banyak "improve" di dalam part ni. So, jangan risau!.


Melalui review yang lepas, Hauck Duett asalnya sangat besar (bulky) & susah untuk dimuatkan ke dalam boot kereta. Sekali lagi, Hauck Duett 2 dah mengatasi masalah ni & ianya tak mempunyai masalah yang sama lagi. Ni kerana Hauck dah design Duett 2 ni lebih compact!

Dan maklumbalas terakhir yang diterima dari Ibu Bapa bahawa Hauck Duett ni asalnya sangat berat bila ditolak. Tapi bagi aku ianya berat sebab stroller ni stroller berkembar, jadi tak mustahil lah berat kan?. Tapi sebenarnya model Duett 2 ni adalah lebih ringan, mudah ditolak & bergerak berbanding dengan versi asal. Jadi, masalah tersebut jugak dapat diselesaikan.


Hauck Duett 2 Tandem Stroller
Hauck Duett 2 Tandem Stroller

Mudah Ka Nak Simpan Stroller Ni?


Kalau hangpa duduk di rumah teres dua tingkat, boleh ja simpan di bawah tangga rumah dalam kedudukan menegak atau kalau hangpa nak jimatkan lagi ruang, hangpa boleh cabut kedua-dua kerusi & lipat stroller tersebut. Kalau duduk apartment, aku suggest hangpa simpan stroller ni dengan mencabut kedua-dua kerusi untuk lebih kompak.

Bila hangpa dah cabut kedua-dua kerusi, hangpa boleh lipat bingkai & susun letak kedua-dua kerusi diatasnya. Teknik ni jugak hangpa boleh simpan di dalam boot kereta hangpa untuk penjimatan lebih ruang. Hanya memerlukan 30 saat ja untuk melakukannya.


Macammana Dengan Saiz Kerusi?


Jangan risau, saiz kedua-dua kerusi sangat mencukupi. Terdapat banyak ruang di kerusi utama untuk baby berkembang, berbaring & sesuai digunakan dari newborn. Di kerusi kedua jugak selesa walaupun dalam kedudukan di mana ruang sedikit & terhad. Kedua-dua kerusi tersebut jugak dilengkapi dengan tali pinggang untuk keselamatan anak hangpa.



Double Stroller Idaman



Adakah Stroller Ni Senang Ditolak?


Aku dapati yang stroller ni memang mudah untuk ditolak. Rekaan tayar belakang yang lebih besar berbanding tayar hadapan membuatkan ianya lebih mudah ditolak dengan selesa & sempurna.

Cuma kadang-kadang bila rasa susah untuk membelok masa menolak tu ianya disebabkan tayar depan terkunci. Hangpa cuma perlu betulkan tuil dekat depan tu ja.



Double Stroller Idaman



Macammana Pulak Dengan Sistem Break?


Break stroller ni berada dibahagian tayar belakang. Hangpa hanya perlu menggunakan kaki untuk menguncinya. Amat mudah!.


Tonton Video Ini.



Besar Tak Bakul Simpan Barang?


Bila kerusi kedua tak digunakan, saiz bakul mempunyai ruang yang lebih banyak untuk beg , lampin & pelbagai lagi time hangpa nak p shopping. Tapi bila kerusi kedua digunakan, saiz bakul amat terhad. Kalau macam ni, aku cadangkan hangpa beli poket tambahan atau alat pegantung untuk gantung barang-barang & simpanan tambahan.



Bumbung Kedua-dua Kerusi Ni OK Tak?


Bumbung stroller atau hood stroller ni aku sangat suka terutama time cuaca cerah sebab ianya mempunyai satu flap tambahan yang boleh ditarik ke bawah untuk melindungi baby kita daripada sinaran matahari. Terdapat jugak zip yang boleh dibuka untuk mendedahkan lapisan jaring bagi pengudaraan.


Adakah Berbaloi Membelinya?


Serious!!. Bagi aku memang berbaloi jugak dengan harga yang ditawarkan sebab kebanyakkan twin stroller / double stroller / tandem stroller harganya dua kali ganda dari Hauck Duett 2 ni untuk kategori  jenama stroller antarabangsa. Hangpa boleh survey sendiri.


Di Mana Hendak Membelinya?


Tempat yang aku amat rekemen untuk hangpa beli Hauck Duett 2 Tandem Stroller ni adalah di website The Baby Store. Harga di website ni sangat berbaloi & yang paling penting adalah website ni sangat trusted. Boleh dipercayai. So hangpa tak payah risau tentang penipuan online.



website barangan baby

Selain itu, kalau hangpa shopping dekat The Baby Store ni, hangpa dapat mengumpul mata ganjaran pada setiap pembelian hangpa & boleh ditebus untuk beli barangan lain pada belian seterusnya. Memang amat menjimatkan.


Kalau hangpa pelanggan baru, hangpa boleh tebus 200 points untuk pendaftaran pertama & boleh digunakan terus. So hangpa jimat lagi tu.


Terus klik ja butang dekat bawah ni kalau hangpa nak membeli Hauck Duett 2 ni.




Website Barangan Baby


1 Pengomen:

Berjaya Tukar Susu Zahra!

23:57 Bonda Zahra 0 Comments

Pediasure~untuk kanak-kanak kurang selera


Assalamualaikum semua.

Hari tu kan aku ada bagitaw yang aku dah tukar susu Zahra, tapi gagal kan?Cubaan Tukar Susu Zahra Gagal!. Dan aku dah jumpa susu yang sesuai untuk Zahra. Jum aku cerita dalam ni.
pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak
Susu Pediasure Complete ni aku bagi Zahra bermula dari 1 bulan yang lepas. Memandangkan dia pun jenis yang kurang makan sangat sebab tu aku pilih susu ni. Puas lah masak macam-macam, dengan harapan dia akan pilih salah satu menu. Tapi hampa, huhu.

Pediasure Complete ni sesuai untuk kanak-kanak yang berusia 1 hingga 10 tahun. Sesuai dengan usia kanak-kanak tersebut, aku sediakan susu Zahra cuma lah dengan sukatan 150ml air, 3 scoop susu. Tu pun hanya minum susu 3 ke 4 kali sehari.
pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak
Apa yang aku perasan, sepanjang pengambilan susu ni, selera makan Zahra berbangkit. Mak Teh Zahra pun puji 'kebagusan' susu ni. Sebab anak dia pun minum susu ni.

Seminggu selepas Zahra tak sihat hari tu, lepas balik kerja ja, aku terus ke kedai ubat cina di Kamunting nak beli susu ni. Ambil tin kecil dulu, periksa tarikh luput, periksa keadaan tin yang cantik, takda kemik & terus p kaunter nak bayar. RM41.30 untuk 1 tin kecil 400gm.
pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak

pediasure untuk anak yang tak nak makan, tukar susu anak
Dalam fikiran, bila Zahra nak minum susu ni nanti kena belikan jugak sebab selera anak dara ni agak kurang sebelum ni. Susu ni ada dua perisa, Coklat & Vanila. Aku beli perisa Coklat, sebab sekarang Zahra memang nak minum susu yang berperisa Coklat ja. Walaupun ada pendapat lain yang mengatakan kanak-kanak sekecil Zahra tak bagus diberi minuman berperisa Coklat.

Zahra mulanya menolak jugak susu tu, "Tak mo". Aku acah-acah konon aku minum & aku cakap sedap. Zahra cuba jugak minum & habis lah dia minum 5oz bancuhan susu tu. Alhamdulillah aku berjaya!!, haha.


0 Pengomen:

Suprise For My Love Ones

19:43 Bonda Zahra 0 Comments

Suprise buat suami sempena Anniversary ke 3


Assalamualaikum semua. Banyak sangat keja akhir-akhir ni, fuh penat!.
Nas Suprise Planner
Alhamdulillah, 15hb 10 semalam genap 3 tahun usia perkahwinan aku dengan suami. Sepanjang 3 tahun ni banyak suka & duka kami lalui bersama. Semoga perkahwinan ni berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Setiap kali datang anniversary or birthday suami aku, aku mesti pening. Pening fikir nak buat apa, nak bagi apa, nak makan apa & macam-macam lagi lah. Aku ni pulak bukannya romantik sangat, uhuk!. Haha. 

Tapi kali ni, aku memang dah plan nak buat suprise dekat dia. Aku cuba usaha supaya benda yang aku buat ni menjadi. Walaupun sebenarnya malu, heee!. Dah lama nak buat tapi banyak pulak halangan & rintangannya. Tapi kali ni cuba sedaya upaya. So, apa yang aku nak buat sebenarnya?? Jeng, jeng, jeng.

Seminggu sebelum anniversary aku ada survey satu instagram ni @nas.suprise.planner. Ceritanya sebelum ni pun aku dah pernah gunakan khidmat depa ni untuk suprise birthday suami aku jugak. Tapi tak menjadi time tu. Tu sebab salah pihak aku ok. Depa punya servis memang superb dah.  Kali ni, aku dah deal baik punya dengan depa. Alhamdulillah, suami aku tak dapat hidu lansung plan aku ni, haha.

Bila dah set date, set semua, semalam lah hari yang ditunggu. Risau jugak takut suami keluar rumah ka apa. Sebab dia dekat Kedah, aku dekat Perak. Kalau aku dekat dengan dia tu boleh lah nak tahan-tahan bagi tak payah keluar ka apa, hihi. Ni jauh-jauh, nanti kantoi pulak. Punah lah plan aku. Khidmat suprise planner tu akan sampai di rumah suami dalam pukul 2 ka 2 lebih macam tu. So, aku pun tunggu perkhabaran dari depa dengan penuh debaran, haha. Ceh, awat yang aku nak debar lebih pulak ni. Sementara tu aku duk berwhatsapp dengan suami buat bodoh ja. Macam takda apa-apa.
nas suprise planner, suprise planner utara
Bila suami dah terima ja suprise tu, dia mesej aku. Cakap terima kasih lah apa lah. Siap cakap, "Mama-mama, gila sungguh". Baru taw ka bini awak ni gila-gila, kikikiki. Keseluruhannya suami aku sangat suka. Yeah!!, suka sangat sebab kejutan kali ni menjadi.
nas suprise planner, suprise planner utara
Suami aku memang tak sangka lansung yang aku nak buat suprise untuk dia semalam. Dia cuma ingat buat shout out dekat fb macam tu ja. Lagipun dia mesti macam tengah fikirkan aku dengan Zahra, sebab tak balik sana minggu ni. Memang takda nak ingat fikir benda lain lah.

Ok lah tu kan, yang penting aku dah bejaya happykan suami aku. Untungkan ada isteri romantika di amor ni, haha.


0 Pengomen:

Business Aiskrim Malaysia

00:27 Bonda Zahra 0 Comments

Aiskrim Malaysia laku keras


Assalamualaikum semua. Selamat Berhujung Minggu!!.

Rasanya ramai yang taw aku memang ada buat part time business. Boleh tengok FB aku Syuhaina Atikah & instagram aku syuhaina_atikah jugak. Jemput like, singgah & cuci mata ya.
Tempahan Aiskrim Malaysia
Aku jual aiskrim Malaysia ja. Pelbagai perisa ada. Tapi paling laku keras perisa Choki-Choki lah, hihi. Sehari kalau buat 30 batang pun tak cukup. Aiskrim Green Tea jatuh tangga kedua, haha. Aku buat semua yang orang suka beli ja. Tak payah pening-pening. Alhamdulillah, bermula dengan niat suka-suka ja, akhirnya jadi sumber pendapatan pulak. Syukur. Makin hari makin banyak improvement. Dan makin ramai peminat asikrim Malaysia aku.
Tempahan Aiskrim Malaysia
Dekat bawah ni antara perisa aiskrim yang aku jual. Hari-hari aku restok ni. Tapi setiap hari aku buat mana yang mampu ja lah. Kalau ada yang nak tempah untuk majlis apa-apa pun boleh. Dan biasanya sehari dua sebelum majlis tu kena lah buat order siap-siap ya. Boleh ja request nak perisa apa. Insya allah semua aku boleh buat, sedaya upaya demi pelanggan tersayang.
Tempahan Aiskrim Malaysia

Tempahan Aiskrim Malaysia

Tempahan Aiskrim Malaysia
Terima kasih lah pada kakak aku Kak Tina yang banyak bantu aku buat aiskrim ni setiap hari. Terima kasih jugak pada Adik, Abang, Mak yang melayan budak-budak beli aiskrim time aku takda, hihi. Rezeki ni kita kongsi bersama. Insyaallah, berkat. Amin.

Hangpa semua yang mana ada nak buat kenduri ka, majlis tunang ka harijadi mai lah order aiskim Malaysia dengan aku, hihi. P usha dekat FB & instagram aku. Insyaallah harga & rasa memang puas hati. Kalau nak lagi pantas, mai sms aku laju-laju, 0134550660.

0 Pengomen:

Behind Every Successful Man Is A Woman

13:40 Bonda Zahra 0 Comments

Kesetiaan diukur bila pasangan kita tengah tak senang. Dan kejujuran kesetiaan kita ditimbang bila kita tengah ada wang


Kadang-kadang kalau kita dah berjaya kita akan lupa orang yang sentiasa menyokong waktu kita susah dulu. Masa tak dapat kerja, kita akan pergi minta tolong dekat ibu ayah kita. Tak cukup dengan tu, dengan muka tebalnya p pulak mintak tolong dengan member. Mana yang ada awek pulak, awek lah tempat kita mengadu.

Aku pernah baca dekat mana entah, "Kesetiaan diukur bila pasangan kita tengah tak senang. Dan kejujuran kesetiaan kita ditimbang bila kita tengah ada wang". Entah. Something macam tu lah. Aku pun tak ingat. Tapi yang pasti, ada kait-kait dengan duit.
belajar hargai orang yang susah senang dengan kita
Macam mana aku nak lupa orang sebelah aku ni bila mana dia aku nikahi masa dia menganggur, lost, malas nak fikir pasal dunia, dah give up dengan semua benda. Haish. Aku memang pilih dia waktu dia bukan siapa-siapa.

Orang dulu-dulu selalu kata, "Behind every successful man is a woman". Aku rasa aku dah boleh tukar kud. Takda orang boleh bahagia berjaya sorang-sorang dalam dunia. Mesti akan ada orang di sebelahnya walau seorang. Sebelah bukan belakang. Suami. Isteri. Mak. Ayah. Anak. Abang. Kakak. Adik. Siapa-siapa lah. Yang penting bukan belakang. Tapi bersamanya. Cuma orang tak perasan. Sebab yang dekat depan tu ja yang nampak mukanya.

Persoalannya adalah satu, bila dah dekat depan, apakah kita mudah-mudah jadi pelupa? Apakah kita akan rasa, 'Alah, memang dah rezeki aku. Baik hang ada atau takda'. Dia macam band lah jugak. Semua band naik sama-sama. Bila dah megah, pecah. Frontman jadi solo. Sebab ya lah, orang peduli apa siapa main gitar ka drum ka. Siapa-siapa ja boleh hayun instrumen tu, haha. Kan?

Kesetiaan memang diukur dengan cara yang aku cakap tadi. Tapi hakikatnya yang pegang pembaris nak ukur bukan orang. Tapi kita sendiri. Duit sekadar duit. Kalau duit tu kebahagiaan, kenapa orang kaya yang masih tak rasa cukup?. Kenapa ada orang tak kaya boleh berguling-guling gelak seronok?. Naik moto ka, naik keta ka jalan kaki, duit sekaradar duit. Hanya kertas & timah.

Ada manusia yang dah berjaya terus jadi berlagak, tak ingat asal usul. Hah, ni dia lelaki ni bagi nasihat "makan dalam" untuk orang jenis lupa diri ni. Tak kisah lah lelaki ka perempuan, tapi nasihat ni hanya untuk mengingatkan diri kita. Tanpa depa yang sentiasa di sebelah kita masa kita susah, siapa lah kita sekarang. Cewah!!.

Nasihat 'makan dalam' lelaki ni untuk jantan yang lupa diri


"Guys, jadi lah lelaki yang cukup dengan satu. Jangan ikut sangat gelora / gelodak nafsu tu. Ingat pesan abang. Kita kaum lelaki ni akan diuji saat pakai kereta mercedes, ferrari, lambhogini & BMW. Saat duit kita berkepuk-kepuk dalam Maybank 2 You. Masa ni "miss universe", "miss world", "miss pondan" datang himpit kita berpusu-pusu.

Masa ni jugak lah kita akan lupa siapa kita dulu-dulu. Jangan jadi lelaki "dungu". Tolong ada sikit perasaan malu!!. Tolong cerdik sikit fikir pakai otak Allah bagi tu. Ingat ada ka perempuan datang masa kita pakai  kereta "dutson baulu". Ada ka "perempuan" pandang masa kita pakai seluar buruk lusuh tu??. Ada ka "perempuan" yang sentiasa doakan kita tak kira waktu??. Ada ka "perempuan" tanya abang dah makan belum tu?

Kalau takda, guys..

Perempuan paling alergik dengan "MADU"


Tolong bukak mata luas-luas dan hargai "perempuan" mana yang ada masa kita susah dulu!. Hadiahkan dia dengan "kesetiaan" & apa yang dia nak. Bukan hadiahkan dia dengan "isteri baru". Perempuan ni paling "alergik" dengan madu!!. Kita sebagai lelaki ni tolong lah. Jadi lah setia dari dulu, kini & selamanya". Sumber:Redzuan Abd Manaf.

0 Pengomen:

Toys Direct My, Mainan Murah Online

01:01 Bonda Zahra 0 Comments

Toys Direct My.

Assalamualaikum semua.

Mai lah kita share secara berjemaah dekat sini. So lebih ramai lagi yang boleh singgah, kud-kud lah berkenan. Sebenarnya entri ni aku nak cerita pasal satu website yang aku suka jamu mata tengok mainan anak. Ni LINK dia, klik dekat situ.
Mainan Murah Online
Aku suka tengok website ni tengok mainan anak, huhu. Sebab depa banyak koleksi mainan & harga pun boleh tahan. Masih mampu milik. Ni kira website termurah lah yang aku pernah jumpa.

Mainan Kanak-kanak Murah Online.


Hangpa boleh tengok mainan di Toys Direct My ni lebih murah dari kedai-kedai yang jual barang baby. Kalau nak compare dengan kedai yang dah ada nama tu, tentu lah mahal 2, 3 kali ganda kud. Dah tu hangpa boleh beli satu mainan ja, tapi dekat Toys Direct My ni hangpa boleh beli 2, 3 jenis mainan. Hah, untung kan?

Toys Direct My ni ada lebih dari 100 jenis pilihan mainan berbentuk EDUCATION dan IQ DEVELOPMENT sesuai untuk parents yang suka bagi pendedahan pendidikan awal pada anak memandangkan mainan berbentuk macam ni [wooden toys & montessor].

Bagus untuk MOTOR SKILL-BRAINSTORM-MANIPULATIVE-HANK & EYE COORDINATION- Pendedahan Peringkat Awal Anak. Bukan tu ja, ada jugak pilihan mainan lain untuk baby & stuff untuk mommies!!. Nak lebih lagi boleh terjah FB Toys Direct My ya.

Berminat, boleh layari:





0 Pengomen:

Bila Isteri Merajuk, Jangan Lari Bro!

21:55 Bonda Zahra 0 Comments

Apa suami kena buat bila isteri merajuk & naik hantu?


Assalamualaikum semua.

Dalam sesebuah perhubungan, pertelingkahan & salah faham tu perkara normal yang dihadapi semua pasangan. Dan dah jadi sifat wanita, mudah hilang pertimbangan bila dikuasai emosi. Pada masa ni, suami kena lah memainkan peranan 'memujuk' isteri. Bila isteri tengah membebel & marah-marah tu jangan lah lari bro!.
Apa Suami Kena Buat Bila Isteri Merajuk

Jangan lari bro!


Masa isteri marah, jangan lari bro!. Duduk dekat dengan dia. Tapi kalau tiba-tiba keletuk!, kepala tu kena pinggan alcopal, takpa. Bro jauh sikit. Mungkin dia tak selesa tapi tolong! Jangan lari. Jangan start enjin nak ke mamak atau futsal. Jangan keluar dari rumah. Stay the same!.

Sebab masa ni isteri kita bukan lagi Habibah, Hamidah atau Qasidah. Dia marah dah.

Bro kena tengok ja apa dia buat. Kalau dia suruh cakap, bro cakap ja. Walaupun pahit!. Kalau tiba-tiba isteri suruh diam, bro diam. Jangan banyak tanya. Dah diam, tiba-tiba dia cakap 'Kenapa abang diam? Cakap lah'. Masa tu bro cakap lah balik. Dan benda ni akan berulang-ulang sampai lah ke sudah. Sabar ja, takda lain dah.

Masa marah, isteri hilang akal dan tindakan.


Masa isteri marah, dia akan hilang 2 benda utama. Akal & tindakan. Dia akan melulu & tindakannya macam hantu. Cuma kalau agak teruk, bawak anak-anak masuk bilik & kuncikan depa.

Berapa lama? Insyaallah tak lama bro. Paling-paling separuh masa kedua masa Manchester Leading, dia dah mula ok. Masa tu, bro pulak layan!.

Panggil nama dia, sebutkan benda-benda yang baik, doa banyak-banyak, sebab hati dia milik Allah. Bukan milik bro!.

Datang dekat, pegang tangan.


Datang dekat, pegang tangan dia & sapu airmata yang dah kering menangis dari tadi tu. Dan tolong ya bro, pegang tangan ja. Silap pegang, bro akan terkeluar dari senarai lelaki yang dia sayang.

Cakap dengan hati, atau kalau takda ayat, cuba tengok-tengok dekat dinding atau tv, kud bait-bait lagu Aiman Tino ada, haha. Cuma jangan merapu, tu ja. Silap-silap kena penampar ubi sekali lagi.

Insyaallah, hatinya akan lembut. Dia akan sandarkan kepalanya dibahu bro. Dia akan menangis lagi, kali ni kuat sikit. Mungkin meraung, masa ni bro nak nangis sekali pun takpa.

Selesai tu, ajak isteri jumpa anak-anak. Mintak maaf dengan depa. Depa tak salah. Cium depa & peluk lah depa.

Last sekali ajak isteri bro mandi! Faham? Haha. Hati tu jangan keras sangat bro. Buat lah taman sikit. Haish!.





0 Pengomen:

Yong Tau Foo Best, Taiping.

13:53 Bonda Zahra 0 Comments

Medan Selera Belakang Bomba Taiping.

Minggu lepas aku keluar ke Taiping nak beli barang kedai aku. Lepas ja beli barang, kami pun pusing -pusing ronda Taman Tasik Taiping. Tak bercadang pun nak lepak -lepak dekat situ. Hari pun dah lewat petang.
Yong Taw Foo Taiping, Belakang Bomba
Aku cadangkan pada Mak nak terjah ke Medan Selera Belakang Bomba Taiping. Pekan Taiping ni kecil ja tapi kita nak sampai ke medan selera ni pening jugak sebab jalan dia banyak simpang & sibuk.

Medan selera ni sebenarnya dinamakan Pusat Penjaja Taiping atau Medan Selera Padang Sarkas. Tapi orang-orang sini lebih mengenalinya sebagai Medan Selera Belakang Bomba. Sebab medan ni memang terletak betul-betul dekat belakang Balai Bomba Taiping.

Medan selera ni memang panjang & aku pun tak taw ada berapa buah gerai. Boleh kata dekat sini semua gerai menyediakan menu Yong Tau Foo. Kiranya tarikan utama dekat sini Yong Tau Foo lah. Menu lain-lain pun ada cuma tak ditonjolkan sangat.
Yong Tau Foo Taiping, Belakang Bomba
Aku pun tak taw nak cakap gerai mana yang sedap. So, bila masuk ke medan selera ni aku tengok tempat yang ramai pelanggan ja lah. Orang ramai dah tentu sedap kan? Hihi. Masuk cari meja dulu sebab meja memang terhad berbanding dengan pelanggan yang ramai. Lepas tu baru pilih bahan-bahan Yong Tau Foo.
ABC Belakang Bomba Taiping
Kami makan Yong Tau Foo ja. Ada lah order aiskrim untuk Sakinah & Zahra. Boleh ja kalau nak order dari gerai-gerai sebelah. Ada macam-macam. Ada nasi ayam, satey, mee, nasi goreng & sebagainya lah.
ABC Belakang Bomba Taiping
Yong Tau Foo yang aku makan ni bagi citarasa aku biasa-biasa ja. Yang bestnya ialah bahan-bahan untuk dipilih tu memang banyak & harga pun murah. Sebab tu kalau terasa nak makan Yong Tau Foo  ja aku suka datang sini.


0 Pengomen: