Bila Suami Isteri Berjauhan

10:22 Bonda Zahra 0 Comments

Tips Untuk Suami Isteri Yang Tinggal Berjauhan.

Assalamualaikum semua. Ok, hari ni aku nak kongsikan satu artikel yang sesuai untuk pasangan yang tinggal berjauhan. Macam aku ni lah!. Bukan bergaduh tapi yang terpaksa berjauhan sebab tuntutan kerja demi mencari rezeki yang halal. Jum baca.
Cinta Jarak Jauh

Hidup di zaman ni sentiasa mengajar kita untuk mengejar masa. Bagi pasangan suami isteri yang bekerja pastinya masa bersama amat suntuk & terhad sebab masa banyak dihabiskan di pejabat & urusan kerja yang tak pernah habis.

Pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan sebab tugas & tanggungjawab selalunya melupakan hari-hari penting atau saat-saat yang istimewa. Banyak alasan yang di beri & pelbagai penghalang antaranya banyak kerja di pejabat, ada klien, outstation & lain-lain lagi.

Berjauhan sebab tuntutan kerja atau belajar bukan bermakna kita tak boleh buat apa-apa. Kata orang 'jauh di mata dekat di hati'. Ni lah ungkapan yang sesuai untuk mengambarkan percintaan jarak jauh(PJJ). Menjaga sebuah rumah tangga memerlukan usaha yang berterusan lebih-lebih lagi bila pasangan tu terpaksa berjauhan.

Kesunyian & kesepian pasti akan menyelebungi diri kita. Namun ada banyak cara nak menghadirkan diri pasangan kita dalam kehidupan seharian kita. Contohnya, kita boleh tengok & buka album ataupun Facebook. Dekat sini aku kongsikan beberapa tips supaya hubungan suami isteri berjalan macam biasa:


  • Beri sokongan
Masa bekerja di kejauhan tentu lah suami & isteri akan berasa sedih & pilu. Nak berjaya & bahagia pasangan suami isteri kena bekorban. Bagi lah sokongan & semangat antara satu sama lain demi masa depan keluarga kita sendiri.

  • Saling percaya mempercayai
Ni merupakan satu kewajipan yang amat penting dalam memelihara hubungan jarak jauh. Percaya lah pada diri kita sendiri yang kita boleh mengatasi masalah keluarga sendirian & percaya yang pasangan kita tetap menjaga dirinya. Tanpa kepercayaan yang kuat semuanya boleh hancur. Mungkin ketakutan muncul bila kita fikir pasangan kita akan berlaku curang belakang kita. Berfikir lah secara positif yang pasangan kita pun ada perasaan yang sama & kerinduan yang sama. Kalau kita sentiasa berfikiran negatif & berburuk sangka, ni akan merugikan diri sendiri & buat kita jadi tertekan.

  • Cari kesibukan
Pasangan yang berjauhan dah pasti akan rasa sunyi. Nak atasi rasa kesunyian ni, cari lah kesibukan dengan buat aktiviti-aktiviti macam ikuti kuliah agama atau aktiviti persatuan & gotong royong.

  • Tetap berhubung
Walaupun kita berjauhan, kita kena bijak membahagikan masa untuk berkomunikasi & berhubung melalui telefon, emel, sms & sebagainya. Jangan lah kita menghubungi pasangan terlalu kerap tentu ja dia rasa terganggu & rasa tak dipercayai. So, batasi lah hubungan kita agar rasa rindu tetap terpelihara dengan baik.

  • Libatkan anak-anak
Supaya hubungan tetap terpelihara libatkan anak kita dalam berkomunikasi sebab anak adalah satu faktor pengikat seauatu hubungan. Ni jugak dapat mengingatkan pasangan yang dia mempunyai keluarga yang memerlukannya. Contohnya, masa menelefon, bagi peluang si anak kecil untuk berbual & mendengar suara ibu ayahnya.

  • Buat lawatan
Jangan lupa untuk plan melawat pasangan kita. Tak semestinya dia yang kena balik selalu. Sekali sekala kita jugak kena melawat dia di sana.

  • Saling doa mendoakan
Jangan lupa untuk mendoakan pasangan kita kerana Allah yang menentukan segala-galanya. 

"Ya Allah, jangan lah engkau hukum kami jika kami lupa atau melakukan kesalahan. Ya Allah, janganlah engkaubebani kami dengan beban yang berat seperti mana engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Allah, jangan lah engkau pikulkan kepada kami apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Maafkan lah kami, ampunilah kami, rahmati lah kami. Engkau lah pelindung kami maka tolong lah kami menghadapi orang-orang yang tidak beriman".

Credit Info: Bahtera Harmoni bersama Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah



0 Pengomen:

Cubaan Tukar Susu Zahra, Gagal!

13:03 Bonda Zahra 0 Comments

Proses Tukar Susu Zahra.

Assalamualaikum

Hai semua!. Masa ni baru dapat duduk depan komputer nak update entri. Serious tangan dah gatal nak menaip, haha.

Macam hangpa semua taw, aku memang tak bf Zahra. Maknanya, Zahra minum susu formula lah. So bajet nak membeli susu memang kena selalu beringat, hihi. Sebelum ni aku bagi Zahra Friso Gold. Dan masa tu baru dalam RM73 macam tu. Sekarang ni aku tengok dah RM75. Pada Ibu lain mesti rasa masih murah kan? Tapi Ibu bajet macam aku ni terasa kemahalannya, hihi. Sebab cepat ja harga naik.
Proses Tukar Susu, Susu Friso Gold
Sebenarnya aku kalau boleh nak lah cuba tukarkan Zahra susu yang lain lepas dia tak sihat hari tu. Lagi pun sekarang dia dah buat tak nak minum susu ni pulak. Sebab si Zahra ni payah nak setia dengan satu susu, hihi. Sebelum ni pun dah berapa banyak susu dia bertukar-tukar. Yang pastinya makin lama makin mahal pulak susu dia ha, haih jenuh lah Babah dengan Bonda.

Tapi sebab Zahra ni tak berapa kuat susu, kira ok lah bajet untuk susu ni. So aku nak cuba tukarkan dia susu lain. Kalau boleh yang berperisa coklat. Sebab Zahra macam dah berminat dengan susu coklat pulak.

Aku kengkononnya dengan niat yang baik tak nak lah membazir. Gatal-gatal lah tangan pergi capai susu yang murah sikit. Sebab ada orang kata anak depa minum susu biasa ja, sihat sampai sekarang, huhu. Bahagianya kalau anak kita semua sama kan? Ergh. Susu pilihan aku Sustagen Junior 1+ Chocolate, macam ok ja aku rasa. Dengan yakin aku grab & p bayar.
Proses Tukar Susu, Susu Sustagen 1+ Coklat
Tapi yang buatkan aku frust, Zahra tak nak pulak susu ni. Bila aku buatkan susu Sustagen ni dekat dia, dia boleh cakap "Tak mo, cucu asyam", haha. Dia kata susu tu masam, kira macam susu tak elok dah lah. Boleh macam tu?. Lepas tu tak nak lah minum susu, hish. Dah lah makan pun kurang. Lagi kering lah awak Zahra!. Mungkin dia dapat detect aku bagi dia susu murah sikit, hihi. Bukan main lagi awak Zahra ek? Tak nak susu murah ya. Kalau bab reject ni memang ikut Babah dia lah ni, haha.

Ada lah 2-3 kali bancuhan ja yang aku buat. Sesiapa ada anak minum susu ni? Mai bagi taw aku. Sayang lah susu ni terperap ja dekat rumah tu. Aku nak bagi.

Percubaan untuk tukar susu Zahra kali ni gagal!. Nak taw aku bagi Zahra susu apa lepas dia tak nak susu ni? Nanti aku bagi taw dalam next entri ok!. Macam-macam lah budak kecik ni.

0 Pengomen:

Deli Cafe, Kamunting

12:22 Bonda Zahra 0 Comments

Western Terbaik Taiping.

Assalamualaikum.

Hari ni aku nak promote dekat hangpa satu cafe makanan western yang boleh buat hangpa kenyang. Memang lah kalau hangpa makan Chicken Chop tu pun dah boleh buat hangpa kenyang. Tapi lepas tu mesti jadi macam lapar balik kan?. Ha, dekat cafe ni hangpa boleh dapatkan makanan western yang bukan ja sedap malah boleh buat hangpa kenyang sampai esok pagi, hihi.
Western Terbaik Taiping, Cafe Moden
Cafe ni namanya Deli Cafe. Cafe ni dekat area Kamunting,berhampiran dengan Pasaraya Econsave. Kalau hangpa datang dari Taiping nak ke Deli Cafe ni, hangpa kena pusing dekat roundabout tu dulu baru boleh jumpa Deli cafe ni. Sebab cafe ni dekat belah seberang jalan. Sementara nak sampai ke roundabout tu hangpa boleh lah usha dulu dekat seberang, Deli Cafe ni yang mana satu.

Aku promote Deli Cafe ni dekat hangpa sebab makanan dekat sini semuanya sedap & harganya sangat lah berbaloi. Semalam first time lah aku p makan sini dengan kawan aku. Dan memang puas hati!. Kira macam jatuh cinta pandang pertama lah ni, hihi. Tak silap aku, cafe ni bukak jam 3 petang sampai 12 tengah malam. Maaf kalau aku silap.

Dekat sini jugak ada pelbagai jenis perasa roti bakar. Semalam aku ada jugak beli tapau bawak balik rumah. Gara-gara nampak orang belakang aku order, nampak sedap ja. Terliur aku!. Tapi memang terbaik lah roti bakar dia. Sedap!.

Kalau hangpa nak tengok apa lagi yang ada dekat Deli cafe ni, hangpa boleh lah tengok dekat Facebook ni Deli Cafe Farisha Zuela. Macam-macam ada!. Jum aku belanja hangpa gambar semalam sikit bagi hangpa terliur, haha.
Westwrn Terbaik Taiping, Cafe Moden

Western Terbaik Taiping, Cafe Moden

Western Terbaik Taiping, Cafe Moden

Western Terbaik Taiping, Cafe Moden, Chocolate Hazelnut BigCup

Western Terbaik Taiping, Cafe Moden, Spaghetti Meatball Carbonara

Western Terbaik Taiping, Cafe Moden, Chicken Chop Grill

Western Terbaik Taiping, Cafe Moden


0 Pengomen:

Koleksi Hello Kitty Zahra

13:54 Bonda Zahra 0 Comments

Peminat Hello Kitty.

Assalamualaikum semua.

Sekarang ni sibuk sikit tapi ada lah masa jugak nak update blog ni. Sebelum ni aku tak pernah cerita lagi pasal minat anak aku tu kan? Si Zahra. Zahra memang minat sangat dengan Hello Kitty ni. Antara kawan blog aku ni ada tak yang minat dengan Hello Kitty ni? Hihi. Dan kalau ada siapa-siapa yang taw kedai menjual barangan Hello Kitty ni, nanti boleh lah share dengan aku. Senang lah aku nak penuhi minat Zahra ni. Ni untuk peminat Kitty lah.
Koleksi Hello Kitty
Tengok lah koleksi Kitty Zahra tu. Semua benda nak di tag Kitty!

Aku pun minat jugak dengan benda-benda comel ni. Aku taw ada jugak yang tak minat Hello Kitty ni kan? Sebabnya ada ja yang beranggapan Hello Kitty ni cuma untuk budak-budak. Wei, nak taw tak? Sebenarnya majority peminat Hello Kitty ni adalah mak-mak budak & orang dewasa taw!. Takpa lah masing-masing pun ada minat tersendiri kan? Best apa kumpul barang-barang comel ni. Sedap ja mata memandang, haha.
Koleksi Hello Kitty, Klip Rambut Hello Kitty
Girlie kan, tak sah takda aksesori macam ni, hihi.

Koleksi Hello Kitty, Sliper Hello Kitty
Sliper Kitty!

Koleksi Hello Kitty, Khemah Hello Kitty
Khemah Kitty beli dengan tabungan Aiskrim Malaysia Zahra, ngee!

Ok, setakat ni ja koleksi yang Zahra ada sekarang, hihi. Takpa, Bonda akan tambah lagi koleksi Kitty Zahra ok. Nanti kita buat sambungan entry ni ya? Stay tuned!.

0 Pengomen:

Sambutan Hari Lahir

13:16 Bonda Zahra 2 Comments

Sambutan Yang Tak Disangka.

Assalamualaikum.

Teringat masa zaman budak-budak dulu, keluarga aku selalu sambut hari lahir aku. Seronok ja kan. Aku sangka depa lupa hari lahir aku. Dalam sejarah hidup aku ni, aku cuma sambut hari lahir dengan sederhana ja.
Sambutan Hari Lahir, Selamat Hari Lahir Aku, Kek Hari Lahir

Tahun ni agak berbeza bila suami dah merancang nak buat sambutan yang tak disangka-sangka. Aku taw ada kenduri kesyukuran akan diadakan di rumah mertua tapi tak sangka pulak suami nak tumpang sambut hari lahir aku. Kebetulan aku berkongsi bulan lahir yang sama dengan anak sedara suami. So, kami sambut sekali lah.
Kek Hari Lahir, Selamat Hari Lahir Aku

Sambutan hari lahir yang biasa-biasa ja. Cuma kakak ipar aku memang ada buatkan kek, agar-agar sebab dia sedia taw dah dia nak sambut hari lahir anak dia. Dan nak jadi rezeki kami hari tu, mak saudara suami ada buatkan kek jugak. So, hari tu saja ada tiga biji kek, kek kakak ipar aku beli untuk anak dia, kek aku suami belikan & kek yang mak saudara suami buatkan. Wah, meriah kek lah!.
Sambut Hari Lahir Dengan Keluarga

Sambut Hari Lahir Dengan Keluarga
Terima kasih kepada suami yang merancang nak sambutan hari lahir untuk aku. Terima kasih keluarga yang meraikan ulang tahun hari lahir aku tahun ni. Walaupun simple, aku rasa terharu, hihi.

Terima kasih jugak kepada semua kawan-kawan yang ada bagi ucapan di whatsapp, facebook & instagram. Terima kasih jugak atas doa & semoga malaikat mendoakan yang lebih baik buat kalian. Ucapan dari suami Fitri Zaraki yang paling menyentuh hati.

" Selamat Hari Lahir Bonda. Umurmu dengan sendirinya bertambah. Semoga dengan bertambahnya usiamu, diiringi dengan kecantikan hatimu, terus lah menjadi isteri terbaik untukku & Bonda terbaik kepada puteriku. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan & sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Isteriku, I love U".

Terima kasih Allah kerana masih menghidupkan aku & bagi nikmat iman & Islam serta segala keindahan hidup susah & senang. Semoga sisa hidup yang akan datang menjadikan aku manusia yang memberi manfaat pada agama & seluruh alam.


2 Pengomen:

Eidul Adha: Anak Tak Sihat

14:42 Bonda Zahra 2 Comments

Selamat Hari Raya Eidul Adha.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? 

Hampir seminggu aku menyepi kan?. Sibuk & tak sempat. Macam-macam halnya. Buah hati aku, Zahra lebih perlukan perhatian. Minggu ni, Alhamdulillah nampak Zahra dah sihat sikit.
Anak Tak Sihat, Selamat Hari Raya Eidul Adha
Ahad petang yang lepas Zahra main macam biasa. Seronok lah tengok dia main gelak sakan, esoknya nak sambut raya Eidul Adha. Tapi malam tu tiba-tiba ja masa dia tengah tidur, dia bangun & muntah. Malam tu ja Zahra muntah dan cirit tiga kali. Aku cuma sapukan minyak angin dekat dia. Mana ada ubat yang sesuai nak bagi dia kan. Esoknya dia ok balik cuma ada cirit sekali. Tapi malamnya keadaan dia sama macam malam sebelumnya tu. So aku dan suami ambik keputusan nak bawa Zahra ke hospital. Risau kalau keaadan Zahra makin teruk. Zahra pulak asyik merap, merengek ja dia.

Zahra jadi kembung perut so doktor cadangkan untuk stop bagi Zahra susu sampai perut Zahra dah ok. Sebab masa tu perut Zahra penuh dengan angin, bila kita bagi susu, angin tak boleh keluar. Tu yang buatkan Zahra jadi macam tu. Masa di hospital tu doktor masukkan ubat punggung untuk redakan cirit & muntah Zahra.

Alhamdulillah nampak Zahra ok sikit esoknya. Dan aku bagi masa untuk perut Zahra sembuh sebaiknya sebelum bagi dia susu semula. Sebab bila aku cuba bagi susu jugak, perut dia kembung balik. Allah, kesiannya anak aku tu!!.

Lusanya pulak hari Rabu, aku bangun pagi nak p kerja, aku rasa badan Zahra panas. Kaki & tangan sejuk!. Allahu akbar, anak Bonda demam pulak. Tengok Zahra lemah ja. Dekat rumah takda dah stok ubat demam. So aku bawa dia ke klinik. Suhu dia masa tu 37.7dc. Agak panas lah kan.

Aku mintak doktor bagi ubat punggung. Sebab bab nak bagi makan ubat ni yang menduga aku. Dia tak nak bukak mulut. Dah tu makan sikit dia akan muntah.Tu lah yang jadi punca sakit ka demam tak kebah-kebah tu. Makan ubat tapi tak sampai. Asyik muntah ha, macam mana tu? Balik tu aku masukkan ubat punggung dekat Zahra. Aku jelomkan dia malam tu. Kalau tengok Zahra masa ni rasa macam nak menangis ja, memang nampak dia lemah ja.

Malam tu, Alhamdulillah baru peluh dia keluar & pagi esoknya dah tak panas. Zahra dah mula main & nampak aktif sikit. Lega sangat. Syukur. Ni hangpa, kalau anak tak sihat tu cepat lah bawak anak dapatkan rawatan. Jangan jadi macam aku ni. Lambat bertindak. Tapi kena lah berjaga dekat rumah jangan sampai lain pulak yang jadi. Kalau tak menyesal lah.

Punca Zahra ni lambat nak sembuh ialah sebab Zahra tak menikmati ubat tu sepenuhnya, huhu. Kalau ubat tu masuk perut dengan selamat mesti dia sembuh elok cepat. Zahra ni memang susah nak makan ubat. Ikut perangai aku lah ni, opss!. Kesian jugak kalau tengok dia kena paksa makan ubat. Tapi untuk kebaikan kan?. Memang aku dengan suami risau jugak takut Zahra kena jangkitan dalam badan dia ka apa. Tapi alhamdulillah, takda apa-apa.

Ringdu lah nak dengar suara & senyuman Nur Zahra Aressa yang sihat, aktif & ceria!.




2 Pengomen:

Aiskrim Malaysia Zahra

01:32 Bonda Zahra 0 Comments

Tempahan Aiskrim Malaysia

Hari ni aku excited nak cerita pasal aku dapat tempahan aiskrim Malaysia 50 bungkus, alhamdulillah.
Aiskrim Malaysia, Aiskrim Murah
Aiskrim Malaysia berzaman kaduk sekarang dah jadi viral trending balik. Jadi ramai lah yang menyerbu beli plastik aiskrim sampai licin, haha. Laku keras plastik. Sebelum ni tengok pun tak ingin ja kan? Yang hangpa pandang aiskrim orang kaya Magnum tu. Duk tengok iklan Magnum dekat tv, sekejap colour hitam, sekejap gold, yang baru ni pulak pink. 

Sekarang aiskrim Malaysia dah kembali tapi versi yang lain. Dah dipelbagaikan perisanya. Kalau tak dulu satu perisa ja. Harga dulu pun 10 sen, 20 sen, murahnya kan? Tapi sekarang ni pun aku jual 20 sen ja, hihi. Murah kan?

Aku suka jugak aiskrim Malaysia ni. Dulu Mak aku selalu buat. Perisa yang aku suka dah tentu lah jagung. Selain tu asam boi, milo, bandung. Yummy, sedapnya!.


Sekarang kan zaman viral, sorang share, maka ramai lah sebarkan. Aiskrim Malaysia kembali!!. Tapi dengan versi baru & kreatif. Terbaru perisa sumi & choki-choki. Nak kreatif lagi, cipta lah resepi lain-lain yang sedap.


Penat jugak wei buat ni!!. Leceh bab nak ikat satu-satu tu. Nasib baik Kak Tina selalu tolong aku. Apa pun yang penting kena rajin & bersungguh nak buat. Bukan mudah nak bancuh dulu, tuang dalam plastik, ikat. Ha, kagum tak dengan kesungguhan aku? Haha, tetiba. Wah, rajin & tabahnya seorang Syuhaina ni. Ehem.

Alhamdulillah sekarang ni selang sehari masuk stok aiskrim 60, 70 batang. Kekadang habis dalam sehari, kadang tak. Permulaan dulu aku jual dalam rumah ja, budak-budak anak jiran yang datang beli. Lepas dah pindah rumah ni, aku bukak gerai depan rumah, start jual di tepi jalan lah pulak.

InsyaAllah lepas ni memang aku plan untuk aiskrim ni aku nak open order untuk majlis ka, apa ka. Minimum order 30 ke atas aku terima. Tapi tempahan diterima weekend & public holiday ja sebab yang buat aku sorang ja dengan Kak Tina.

So, kalau ada sesapa berminat nak temoah untuk apa ja majlis, boleh lah contact aku. Boleh mesej 0134550660. Perisa apa nak kita boleh bincang ya. Di jamin bersih, halal & tentunya sedap!. Aku kalau buat, aku memang cerewet. Teliti. Aku akan prepare acah macam chef tu, haha. Harga jual 20sen ja sebatang.

Perisa Aiskrim Malaysia Zahra
  • Sumi
  • Choki-Choki
  • VanilaOreo
  • Cappucino
  • GreenTea
  • Milo
Aiskrim Malaysia, Aiskrim Greentea, Aiskrim Choki-Choki, Aiskrim VanilaOreo

Aiskrim Malaysia, Aiskrim sumi

0 Pengomen:

Rezeki Anak Yang Tertangguh

22:48 Bonda Zahra 0 Comments

Rezeki Dari Allah.

Hmmmmm. Dah boleh bayang macam mana comelnya cucu kita nanti tak?, hehe. Tapi takpa. Kita jangan tanya.
Rezeki Allah, Rezeki Anak, Lambat Dapat Anak
Hal zuriat ni semua hak Allah nak bagi. Ramai mana, jantina apa. Kalau pun kita tanya, bukannya dia ada jawabnya. Silap- silap depa kecik hati. Maklum lah, sure bukan kita sorang yang bertanya.

Buat biasa. Tak payah banyak tanya. Kalau betul concern, tanya dekat Allah ja. Ada anak ka takda, bukan depa saja-saja. Kesian jugak.

Kalau kita pun tak sabar nak tengok dia ada anak, depa mesti lagi lah pulak. Komfem dari awal dah berangan jugak. Komfem dah setting nama anak kalau ada.

Alah. Lagi pun kalau depa ada anak pun bukan kita jadi apa. Kencing berak anak depa pun bukan kita yang jaga. Sakit demam bukan kita yang bayar duit kliniknya. So kita nak sibuk qada' qadar depa untuk apa?

Hmm. Sebab kesian, kud? Sebab kalau kita dekat tempat depa mesti kita serabut. Tapi kita tengok depa happy. Mungkin orang lain memang depress takda anak. Mungkin untuk orang lain. Untuk depa, tak.

Kita kena buang adat sibuk hal orang dalam diri kita. Dan adat ni kalau nak dibuang, kena ramai-ramai ikut setuju. Kalau dekat whatsapp orang lain sibuk tanya, kita nak cuba amankan keadaannya. Biar kita tolong jawabkan "Tu semua Allah punya kerja".

Atas dunia depa takda anak, Allah janjikan kalau sabar boleh dapat apa ja akhirat sana. MaasyaAllah terang-terang anak di syurganya lebih tinggi dari anak dunia kita. Buat apa kesian-kesian, patut kita tumpang bahagia.

Harap-harap ramai nampak terlalu mempeduli tu kadang-kadang dosa jugak. Harap semua mata terbukak, tak semua benda kita ada jawapannya. Orang takda anak dah komfem tu ujian dia. Kita yang ada anak, apakah konfiden jawab dekat Allah kita amanah seamanahnya?. Seram jugak.

So takpa lah. Segala imajinasi anak-anak depa biar kita simpan dalam kepala. Kalau ada, ada. Kalau takda, ada lah tu Allah punya jawabnya.

Dia nak anak ka tak suka budak ka, ni life dia. Kita nak sibuk kenapa?. Kita yang ada anak ni, belum tentu anak kita atau anak kepada anak kita atau anak kepada anak kita punya anak akan ada anak satu hari nanti.

Apa kita pasti, kalau betul jadi, jangan lah ada yang tanya benda-benda yang kita nak tanya tadi. Kesian dia nanti.

InsyaAllah, akan sampai jugak rezeki anak tu nanti. Cepat atau lambat tak penting, yang penting rezeki tu datang dari Allah swt. Mana taw lambat-lambat dapat kembar terus ka? Lagi best kan!.


0 Pengomen:

Selamat Hari Lahir Syuhaina Atikah

10:44 Bonda Zahra 0 Comments

Selamat Hari Lahir ke 26.

Aku selalu bertanya "What did i do to deserve my beautiful family?". Dan aku selalu jawab dengan segala kemungkinan berdasarkan kebarangkalian benda-benda baik aku pernah buat walau sekecil mana. Memikirkan tu jadi penyebab aku ditakdirkan dengan mereka berdua.
Hari ni aku ada jawapan baru. "What did i do?". "Nothing". I dont deserve to be this happy. 

Tapi tu lah dia baiknya Allah. Segala apa kebaikan dalam dunia ni untuk kita. Segalanya kerana baiknya Allah pada kita yang hakikatnya selalu lupa dia. Selalu lupa sampai kita lebih sayangkan hadiah-hadiah Allah bagi berbanding Allah sendiri. Padahal tanpa Allah, kita takkan ada walau sezarah isim sekali pun.

Kalau ikut ibadah, i dont deserve to be this happy. Tapi nasib baik lah semua perkara dalam dunia ni ikut kehendak Allah. Dia sudi bagi apa dia nak bagi. Maka tak ka lebih cantik untuk aku jauh lebih bersyukur? Macam kita kerja tak ikhlas malahnya malas, tapi boss tetap bagi gaji tinggi & belanja sana sini. Haih. Malu sangat.

Terima kasih, wahai Allah, kerana kau anugerahkan kami semua kehidupan yang baik-baik walau kami tak baik mana. Terima kasih kerana sudi memberi peluang setiap esok hari kami untuk mencuba menjadi yang lebih baik dari tadi.

Semoga kami teguh menjadi hamba-hamba yang bersyukur. Apa adanya. Kerana ni pun dah kira berlebih-lebih & kau lebih taw apa yang selayaknya untuk kami, namun tetap kami kau kasihani. Engkau, ya Allah, sebenar-sebenarnya Maha Kasih & Pengampun.

Apa lagi yang aku perlu? Jiwa aku yang dulu berkecai sekarang dah terjahit setiap percanya. Cinta aku yang dulu terabai sekarang dah terjulang setiap adanya. Ya Allah, terima kasih sebab sentiasa bagi aku masa.

Apa lagi yang perlu aku nak? Takda. Cukup apa adanya. Dah sempurna.

Selamat Hari Lahir Syuhaina Atikah.

0 Pengomen:

Weekend Aman Central

15:40 Bonda Zahra 0 Comments

Jalan-Jalan Aman Central.

Assalamualaikum semua. Ni cerita weekend aku yang baru nak publish!.
Aman Central, Alor Setar, Kedah
Hangpa dah p ronda-ronda dekat Aman Central ka belum? Hihi. Yang memang duduk area Kedah tentu dah p kan?. Aman Central ni merupakan shopping mall yang terbesar dekat Alor Setar ni taw. Ia terletak betul-betul dekat tengah-tengah bandar Alor Setar. Masa operasinya ialah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. 30 minit ja dari Pokok Sena nak ke Alor Setar, dekat ja.Ahad lepas aku p dengan suami, Zahra & anak saudara aku, Fieqa & Amzar. 

Sampai ja dekat Aman Central ni, satu hal pulak nak cari parking. Hurm, stress. Dah lah perut tengah lapar ni, haha. Hari tu masa datang dengan kakak ipar & mak mertua aku, kami parking dekat tingkat atas. Gayat gila aku tengok bawah. So hari ni try lah parking area bawah pulak. Haih, memusing cari parking. Last, dapat dekat dengan pintu masuk. Alhamdulillah.
Aman Central, Alor Setar, Kedah
Apa yang best dekat sini taw? Dah nama pun shopping mall terbesar kan, dah tentu lah design dia memang menarik & terkini. Kalau nak shopping tu memang best lah sebab ada banyak brand-brand yang popular dekat sini. Sales banyak sangat. Geram tak senang duduk rasa, hihi. Selain tu ada GSC Cinema, bowling place & yang paling best dekat tingkat atas sekali ada kedai-kedai kecil yang jual barang-barang pelik. Aku suka lah p ronda belek barang-barang macam tu. Tak boleh lama-lama dekat sini, nanti habis satu kedai aku borong, haha. Macam lah banyak duit sangat!.

Kalau lapar nak makan dekat mana? Bab makan hangpa tak payah risau. Ada banyak pilihan tempat makan, tempat lepak minum coffee, tempat bersantai-santai dekat Aman Central ni. Pilih ja yang mana hangpa suka. Memang selesa & outstanding.

Dah alang-alang dekat sini, memandangkan perut pun sah berkeroncong, kami terus decide nak makan dekat Johny's. Tapi tak makan steamboat pun, sebab keluar awal pagi lapar nasi lah. Kami semua makan nasi. Untuk Zahra & Amzar kami belikan KFC. Makanan dekat sini, ok lah. Not bad!!. Dessert dia sedap!.
Aman Central, Alor Setar, Kedah, Johny's

Aman Central, Alor Setar, Kedah, Johny's

Aman Central, Alor Setar, Kedah, Johny's

Aman Central. Alor Setar, Kedah, Johny's
Perut dah kenyang. Dah habis melawat kawasan, penat dengan sakit kakinya lagi, kami pun gerak lah balik. Sampai ja rumah, macam biasa lah cuti-cuti ni, tidur!!, haha.

0 Pengomen:

Barakah Anak Sulung Perempuan

00:19 Bonda Zahra 0 Comments

Anak Sulung Aku Perempuan.

Assalamualaikum.

Perkongsian dari FB. Aku kongsikan semula di blog ni sebab anak sulung aku, perempuan.
Barakah, Keberkatan Anak Sulung Perempuan
Keberkatan yang paling banyak bila anak tu ialah seorang perempuan, anak perempuan tu mendapat banyak keberkatan daripada Allah swt. Khususnya kalau anak pertamanya ialah perempuan. Rasulullah saw bersabda; 'Diberkati oleh Allah swt yang anak pertamanya, anak sulungnya itu ialah perempuan'. Dapat doa khusus dari Rasulullah saw.

Sebab tu Para Salafus Solehin ra, kalau mereka dah kahwin, mereka memohon kepada Allah swt, "Ya Allah berikan lah anak aku yang pertama perempuan". Kenapa Para Salafus Solehin doa macam tu? Sebab nak doa khusus dari Rasulullah saw.

Sebab orang jahil dulu kalau anak sulungnya perempuan mereka sedih bahkan ada yang lari dari kampungnya sebab takut dihina. Tapi Allah swt nak memuliakan apa yang mereka hina.

Bayi ni takkan keluar dari perut ibunya melainkan dengan izin Allah. Bila lahir ja anak lelaki, Allah swt berfirman kepadanya; 'Keluar lah dan mudah-mudahan kamu tolong ayahmu.

Tapi bila lahir ja anak perempuan, Allah swt berfirman kepadanya; 'Keluar lah dan aku yang menolong ayahmu'. Allahu Akbar. Ni lah barakah anak sulung perempuan.

Alhamdulillah, syukur.

0 Pengomen:

Pengalaman Naik Komuter

16:48 Bonda Zahra 0 Comments

Pengalaman Naik Komuter Ke Kedah.

Assalamualaikum semua.

Ni perjalanan yang agak gila, letih & mencabar, eceh ayat aku. Tapi aku akui, seronok jugak ya. Walau pun aku kena bersusah payah sikit. Nak balik Kedah minggu ni dirancang secara tak sengaja. Ni merupakan kali pertama aku naik komuter. Sebelum ni naik ETS tapi memandangkan hari tu tiket ETS dah habis, aku pun terpaksa lah naik komuter.
KTM Kamunting, Komuter
Takpa lah , aku boleh ja naik komuter dapat jugak aku merasa gegaran landasan tu, hihi. Macam best ja kan? Aku bertolak dari Kamunting pada jam  7.00 malam. Tak ramai penumpang dekat sini. Aku p sana dengan Zahra & anak saudara aku pun ada ikut sekali. Sekurang-kurangnya aku tak sunyi lah sepanjang perjalanan ni kan.
KTM Kamunting, Komuter

KTM Kamunting, Komuter
Perjalanan agak tenang. Pemandangan sepanjang perjalanan agak biasa-biasa. Sampai ja dekat stesyen Bukit Mertajam, kami kena tukar komuter untuk ke destinasi kami seterusnya. Aku sampai di Bukit Mertajam dalam pukul 8 malam. Penumpang mula ramai naik komuter di stesyen ni. Tempat duduk mula penuh & ramai yang berdiri. Semakin menghampiri Padang Besar, semakin ramai penumpang menaiki komuter. Rasa macam kurang selesa jugak kan bila dah terlalu pack ni kan.
KTM Kamunting, Komuter
Komuter yang aku naik ni singgah beberapa minit di beberapa stesyen penting. Kebanyakan stesyen komuter merupakan stesyen-stesyen yang dah diperbaharui. Sesekali kami berselisih dengan komuter lain yang nak ke selatan. Terasa jugak gegarannya. Takut jugak rasa dihati ni, hihi.

Akhirnya lepas dah tempuh perjalanan atas landasan selama 2 jam lebih, aku sampai ke Kedah pada jam 9.30 malam. Wah, ni lah kali pertama aku naik komuter. Ok jugak naik komuter ni. Tak jauh beza dengan ETS. Cuma ETS lebih selesa & laju sikit kud, haha. Sampai ja dekat sana, kakak ipar aku dah ada tunggu aku sampai. Cuba naik komuter rupanya best jugak ya!!.

0 Pengomen:

Blog Berwajah Baru, New Look!!

18:50 Bonda Zahra 8 Comments

Blog Aku Berwajah Baru

Assalamualaikum, Salam Jumaat semua.

Ada tak yang perasaan? Ka memang takda yang perasan lansung? Yang tak perasan tu dah tentu lah tak pernah jenguk blog aku ni. Cuma sekadar done follow, dah follow awak, follow me back, macam tu kan? Aku bukan nak cerita apa, cuma nak bagi taw yang sekarang ni blog aku dah berwajah baru, tara!!!, hihi.
new look, wajah baru
Header yang comel & blog yang cantik ni dibuat oleh blogger Maisarah, (www.maisarahsidi.com), kud lah hangpa nak mintak tolong dia editkan blog hangpa. Boleh terjah blog dia untuk tanya harga ya. Macam-macam pakej dia ada & harga sangat lah berpatutan. Aku memang puas hati lah dengan hasil kerja dia. Nampak aku comel disitu, uhuk. *muntah hijau. Terima kasih Mai!!.

So, apa pendapat hangpa dengan wajah baru blog aku ni? Bagi aku, ia nampak lebih simple, teratur & tak serabut, haha. Semoga dengan wajah baru ni, hadir lah semangat berblogging yang baru & fresh. Mudah-mudahan rezeki paid job review pun datang bagai sang hujan, amin!. Rajin-rajin lah datang singgah blog aku ya!.


8 Pengomen: