Baby Zahra Dah Besar Dah

13:43 Bonda Zahra 0 Comments

Eh, eh dah hujung bulan dah kan. Cepat ja masa berlalu. Aku sibuk wei, sibuk sangat. Bukan sibuk jaga anak ja, tapi macam-macam punya sibuk lah. So banyak masa digunakan untuk jalankan tugas harian & masa untuk menghadap handphone layan blog @ facebook amat lah terhad. Nak pulak kalau balik kedah lagi lah. Aku banyak menyepikan diri lah tanpa update status dekat facebook, update jugak sekali sekala tapi lebih banyak kepada jarang update lah.

Sepanjang aku menyepikan diri ni macam-macam cerita lah yang aku nak cerita sebenarnya. Cuma malas tu yang lebih, so malas aku nak cerita, hihi. Silap-silap orang pun dah malas masuk blog aku, hah padan muka aku!!.

Ok ni, si baby aku ni Zahra dah pun berumur setahun 7 bulan. Sekejap ja kan? Dah besar dah baby aku ni, huhu. Zahra ni dapat lesen kaki masa umur dia setahun 2 bulan. Tak payah heran na sebab anak aku ni memang lambat berjalan. Tapi sekarang bila dah berjalan dia punya ligat mak aihhh!!, naik lenguh mulut aku ni duk membebel, hah hambek!.

Perkembangan Zahra sekarang ni, gigi dia dah penuh. Sebab tu pandai gigit orang dah sekarang, huh. Petah dah bercakap. Kelakar dengar perkataan yang keluar dari mulut dia, haha. Pandai sebut nak butak(bukak), nak tasyut(kasut), nak batey(bantal), apa lagi eh? Tapi masih banyak lah bahasa baby yang keluar. Nasib aku faham jugak apa yang dia nak.

Kalau bawak Zahra p Tesco beli barang dapur sekarang ni memang tak senang aku. Tak boleh lah nak lepaskan dia. Habis dia punggah barang-barang susun sana sini. Suka hati dia ja pindahkan barang-barang dalam pasaraya tu. Nanti kita p ke lain, dia pulak belok p ke lain. Huh, satu hal pulak nak menangkap dia. Lebih baik letak ja dia dalam troli tu. Tapi tu pun boleh bertahan berapa saat ja, haha. Nanti dia jerit nak keluar dari troli tu.

Kalau nak ke mana-mana naik kereta berdua ja dengan dia sekarang ni memang tak dapat lah. Mesti nak kena ada orang lain yang temankan jugak. Sebab nak kawal pergerakan si Zahra ni lah. Haish. Kalau tak, boleh huru hara pemanduan aku. Tapi kalau Babah drive dia duduk dengan aku, bukan main behave lagi dia ha.

Kalau ikut aku nak ja aku karang ayat panjang-panjang lagi, haha. Tapi masa terlalu mencemburui kan? hihi. Ada masa aku sambung lagi ok. Banyak ja cerita aku nak share dengan hampa semua. Sabar ya hampa. Hampa jangan lupakan aku pulak taw? Tata, titi, tutu.

0 Pengomen:

Persiapan Raya Tahun Ni

12:27 Bonda Zahra 0 Comments

Hari ni Rabu, Rabu depan dah raya, insyaAllah. Aku takda cuti raya tahun ni. Aku kerja sampai hari last Ramadhan, Selasa. Masuk kerja balik Jumaat 8hb. Hurm, sedih kan? huhu.

Persiapan raya aku tahun ni macam biasa ja. Tema tahun ni kelabu. Baju melayu en.suami & baju kurung Zahra dah beli. Baju kurung aku pun dah beli minggu lepas dekat Kedah. Tu pun jenuh jugak nak memilih. Jumpa yang warna betui matching mahal lah pulak. Jumpa yang murah, dah saiz pulak takda. Dari Jitra ke Alor Star, cari punya cari , ada jugak yang berkenan di hati. Baju plain, cuma ada labuci sikit warna krim. Aku nak pakai dengan shawl plain jugak warna biru gelap, sebab sedondon dengan samping & kain baju kurung Zahra. Mula tu aku ingat nak pakai jubah ja tahun ni. Nak cari lah jubah kelabu. Banyak yang kelabu tapi dia punya kelabu tu tak sedondon. Macam pelik ja.So, takpa lah. Harga baju kurung sekarang pun boleh tahan mahal lah. Habis tu hang nak harga berapa Bonda oi? Nak murah sangat, jahit sendiri, hihi. Eh tapi kan aku rasa, tahun lepas macam ada ja lagi baju kurung bawah RM100, bersepah ok. Tahun ni ja pupus dah semua.

Ok, mai bercerita pasal biskut raya pulak. Aku macam biasa memang tak pernah tempah-tempah dengan orang ka kawan ka apa. Memang aku buat sendiri. Bukan lah aku seorang yang buat. Aku buat dengan Mak & KakTina. So, setakat ni takda lah tempah segala tu. Sebab Mak aku lebih suka buat sendiri. Tapi kalau macam kuih tradisional tu tempah jugak.

Dalam seminggu ni memang kami gigih lah buat biskut raya. Untuk KakTina, siap dah bahagian dia 5 balang biskut raya. Paling best zahra dengan sepupu-sepupu dia teruja & terkagum tengok kami anak beranak buat biskut raya. Semua pun mintak nak cuba buat, nak rasa. Nah ambik cuba buat, cuba rasa aku cakap, terus seronok lah semuanya.

0 Pengomen:

Sakit Gigi Gerham Bongsu

05:39 Bonda Zahra 2 Comments

Siapa pernah ada pengalaman sakit gigi gerham bongsu??Aku wei, dekat seminggu dah.Selalu dengar orang cakap, sakit gigi lah sakit paling tak best dan paling sakit.Memang betul pun.Sengsara betul rasa kalau gigi sakit, nak pulak gigi gerham bongsu ni.Sakit dia tak taw nak explain macam mana.Berdenyut dalam mulut ni & pipi pun bengkak.

Memang berhari-hari aku tahan dengan ubat tahan sakit ja.Sampai dah tak tahan, nak muntah rasanya.Kalau tak baik jugak memang aku nak p dekat klinik gigi.

Banyak sebab kenapa gigi gerham bongsu ni selalu sakit.Salah satunya sebab dia nak tumbuh.Memang sakit gila, haha.Aku dah 2, 3 tahun ni duk menahan sakit nak tumbuh gigi ni.Kemuncaknya Ramadhan ni.Aku menguap pun dah rasa macam kebas-kebas dekat tepi pipi ni dengan gusi belakang sekali.Fuhhhhh!!!.

Sakit sangat ni.Kenapa sakit sangat?Setahu aku gigi kan senang ja tumbuh.Kenapa gigi gerham bongsu ni ambik masa macam tu lama?Dah tu sakit sangat.Aku pun google lah pasal gerham bongsu ni.



Nampak gambar dekat atas tu?Memang patut lah sakit.Kedudukan gigi gerham dalam gusi yang senget & impak kepada gigi yang lain.Tu yang membuatkan sakit yang teramat sangat.Bila gigi gerham nak membelah gusi lagi lah berdenyut-denyut sakit.Huwaaaa!!.

Katanya kalau gigi gerham bongsu tak tumbuh dengan cantik, gigi tu kena cabut taw.Huh, takutnya nak p klinik gigi.Hurm.Aku berdoa agar gigi gerham bongsu cepat tumbuh dengan cantik ja, haha.Hampa pun doakan aku ya?Terima kasih.

2 Pengomen:

Selamat Hari Bapa

23:47 Bonda Zahra 2 Comments



Tak ramai yang sedar kewujudan Hari Bapa atau bila tarikh sebenar hari yang tak kurang pentingnya ni.Tapi sambutan hari Hari Bapa ni agak kurang sikit hangatnya berbanding dengan Hari Ibu yang diraikan pada bulan lepas.Takpa lah asal kita tak lupa jasa & pengorbanan Mak Abah kita.

Tak dinafikan pengorbanan Bapa sememangnya besar.Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan Bapa.Keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara keluarga & mempertahankan keluarga.Ternyata pengorbanan Bapa jugak tak ternilai harganya.

Hari Bapa yang hadir pada bulan Jun setiap tahun tak harus kita biarkan tanpa pengisian yang bermakna.Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa & pebgorbanan Bapa yang membesarkan kita.

Mungkin sekadar ucapan ringkas pada hari ni dapat mengukir senyuman di bibir Bapa kita.Kalau dapat kita menghargainya macam mana kita menghargai Hari Ibu setiap tahun lagi lah bagus.Semoga semua Bapa dapat menjadi ketua keluarga yang memimpin keluarganya & membentuk masyarakat yang positif & bahagia.

Terima kasih pada Abah saya, Mohd Nadzarudin yang banyak berkorban sampailah saya mampu menjadi seperti sekarang.Saya sentiasa mendoakan kepada Abah saya sentiasa sihat & dalam rahmat Allah selalu.Tak lupa jugak buat Ayah mertua saya, Zahidin yang banyak membantu saya sepanjang saya menjadi anak menantu beliau.

Selamat Hari Bapa kepada semua yang bergelar Bapa di Malaysia & seluruh dunai.


2 Pengomen:

Tempahan Nasi Ayam

20:24 Bonda Zahra 0 Comments

Assalamualaikum.

Terima kasih kepada para pelanggan yang dah buat tempahan dengan kami.Dekat bawah ni adalah antara tempahan yang telah diterima.

Untuk tempahan sila hubungi 0134550660 / 0165747917.


0 Pengomen:

Berbuka Puasa Dekat Restoran Ayam Penyet

16:03 Bonda Zahra 2 Comments

Macam mana puasa tahun ni?Baru berpuasa hari ke 11, badan dah terasa sangat penat & macam nak pengsan pun ada.Macam puasa zaman tadika dulu, haha.Ok, balik pada cerita asal.Berbuka puasa dekat luar tahun 2016 ni agak menarik sebab Zahra pun dah nak masuk 2 tahun.Minggu lepas En.Suami ajak berbuka dekat luar.Kami pun p ke Restoran Ayam Penyet, Aman Sentral.
Bertolak pukul 5.30 dari rumah, jalan takda lah jam sangat.Yeah!!, kami dah sampai.Bila sampai sana, ramai ja yang dah reserved, nasib lah ada lebih satu meja free lagi Jum layan gambar.

Kami order semua yang 1 set, set nasi & air.Lebih cepat rasanya sebab dah nak masuk waktu berbuka.Haih, kenyang dah.Apa yang aku suka pasal Nasi Ayam Penyet ni, sambal yang sedap, ayam yang digoreng rangup, asam pedas yang mengancam(kecur air liur), air yang variety(naik berpinar mata nak memilihnya), staff yang penyabar(thank you guys).


Ni merupakan kali pertama lah kami datang ke sini.Lepas ni boleh datang lagi.Memang puas hati lah sebab semua makan pun licin, hihi.So, pada sesiapa yang nak cuba berbuka dekat Nasi Ayam Penyet ni, p lah.Memang disuggestkan.Aku promote free ja ni, haha.

2 Pengomen:

Yang Pertama Yang Indah Yang Istimewa

14:15 Bonda Zahra 2 Comments

Bila kita hamil anak kedua & seterusnya, maka anak pertama akan jadi sasaran kemarahan kita.Letih melayan macam-macam kerenah yang kekadang menyakitkan hati.Maka kita tengking-tengking & marah, kita cubit & pukul.

Lepas tu bila malam hari kita mula sebak tengok wajah anak kecil kita, mula menyesal & taubat, lalu berharap & berjanji kita takkan buat lagi.Namun di lain hari, kita lupa & mengulanginya lagi.

Ingatlah bahawa yang pertama tu yang paling istimewa.Dialah tempat kasih pertama tercurah.Dialah peneman tatkala sunyi & lara.Dialah penghibur tiada pengganti.Dialah yang pertama menghuni rahim ni.

Sudah-sudahlah kita marahkan dia sebab kita yang tersilap mendidik.Kita yang salah!!.Ajarlah dia tentang tauhid, membesarkan Allah.Ajarkan dia takut hanya kepada Allah.Mohon apa ja hanya kepada Allah.Syaitan musuh yang nyata.Jangan ikut syaitan.Buat baik Allah sayang.Orang yang Allah sayang akan masuk Syurga.Sayang adik, kasihan adik, maafkan adik.Rajin belajar, Allah suka.Syukur walau dapat sikit, orang yang syukur, Allah akan tambah lagi banyak.

Pujuk dia dengan kasih sayang, doakan dia dengan kasih sayang, tegur dia dengan kasih sayang, tegas bukan tengking, tegas bukan kasar, tegas bukan cubit, tampar muka dia.Allah, kasihani dia.

Dia anak pertama, dulu dia takda, kita harap dia ada, lalu bila Allah bagi dia pada kita, kenapa kita tak jaga baik-baik, kenapa mudah geram & marah?Adakah dia menyenangkan kita atau menyusahkan kita?Jika menyusahkan, bukankah lebih baik kalau Allah ambil dia semula?Senang hati, tentu kita boleh tersenyum lebar kan?

Wahai Bonda & Babah, dia anak, dia penuh kerenah, tu lah ujian.Bukan menghukum, mendenda tak henti-henti, lalu memujuk ambil hati semula.Berdoalah dengan sepenuh hati.Sayangi dia seluruh jiwa.Sayangi dia kerana Allah.Sayangi dia bukan  sebab dia baik & dengar kata.Tapi sayangi dia sebab dia permata pertama anugerah terindah dari Allah, melaluinya kita belajar mengenal kasih Tuhan.Uruskan dia dengan sabar.Taubat & ingatlah sentiasa, si kecil ni adalah ujian untuk membawa kita ke syurga mahupun neraka.Dia permata hati, pengikat kasih sayang, melaluinya Allah salurkan rezeki tak putus-putus, Allah kuatkan semangat & sabar kita, Allah buatkan kita rajin usaha & yakin dengan janji Allah.

Terima kasih Allah pinjamkan seorang hamba pada kami suami isteri.Zahra yang cerdik, yang baik, yang cepat belajar, yang suka senyum & yang pandai hiburkan orang.Tapi kekadang ada jugak angin tak elok dia datang.Zahra, terima kasih sebab ajar Babah & Bonda jadi Power Rangers.Baru sekarang kami sedar kami ni ada dua tangan yang serbaguna.Babah & Bonda mintak maaf sebab kami terlalu jauh untuk jadi Babah & Bonda yang terbaik buat Zahra.Kekadang Babah & Bonda garang, tapi banyak masa kami sayang.Babah & Bonda janji dengan Zahra yang kami akan protect Zahra sepanjang masa.

Babah & Bonda tak mintak banyak, kami cuma nak Zahra hidup untuk tunaikan janji pada Allah.Moga Babah & Bonda dapat pulangkan Zahra, dalam nikmat iman & islam.Sayang sangat pada anak pertama Babah & Bonda yang indah, yang istimewa, Nur Zahra Aressa.

2 Pengomen:

Tempahan Nasi Ayam Zahra

06:18 Bonda Zahra 0 Comments

Selamat bersahur semua!!.Nak maintainkan diri, hari-hari nak publish entri, haha.Banyak ja nak cerita dalam ni, tapi kesibukan yang mencemburui tu yang dah buat aku jadi tak sempat & betangguh-tangguh.Haish!.Takpa lah, aku cuba buat habis baik ok.
Ni nak cerita pasal Nasi Ayam.Ha, semua orang suka makan Nasi Ayan kan?.Dan semua pun mesti taw masak Nasi Ayam kan?.Biasa lah resipi Nasi Ayam ni semua orang boleh buat.Tipu lah kalau ada yang cakap tak pandai masak & tak makan Nasi Ayam.Rugi taw!!, haha.

Nak dijadikan cerita, minggu ni akan ada permintaan nak order Nasi Ayam Zahra kami ni.Boleh lah, ada rezeki sikit.Alhamdulillah.Baru kali pertama kami terima order untuk majlis kecil minggu ni.Sikit-sikit tu boleh lah.Belum lagi lah kami terima tempahan besar- besaran.Tapi kalau ada yang nak order banyak, besar-besaran pun apa salahnya!, hihi.Order ja dekat kami ni.

Syarat Tempahan

Nasi Ayam Zahra
Beroperasi dari Pokok Sena, Alor Star, Kuala Nerang.
Weekend(Batu Kurau, Kamunting, Taiping)

Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki & sila nyatakan nama & tarikh dikehendaki terlebih dahulu.

Tempahan sah diterima setelah deposit sebanyak 50% dari harga jual telah di bank-in ke dalam akaun.

Pelanggan boleh datang sendiri untuk mengambil tempahan.Servis penghantaran ada disediakan untuk kawasan yang berhampiran.Sila hubungi saya untuk pengesahan servis penghantaran.

Sila whatsapp 0165747917@mesej 0134550660.Panggilan telefon tidak akan dilayan.

Jum sokong kami!!.


0 Pengomen:

First Time Naik ETS

12:12 Bonda Zahra 0 Comments

Wah, selamat datang pada Electric Train Service atau lebih dikenali sebagai ETS.ETS dah memanjangkan laluan dari Ipoh terus ke hujung utara Semenanjung Malaysia, Padang Besar.So, bila dapat peluang kali pertama nak naik ETS, memang seharusnya lah aku rasa jakun.

Aku nak balik Kedah minggu lepas nak jumpa suami aku.Kalau aku tak balik nanti, dia mogok majuk dengan aku.Nanti nak pujuk balik 1 sen pun tak laku, haha.Jadi demi sayang aku pada suami, yes!!.Aku beli tiket ETS balik Kedah dari Taiping ke Alor Star.Selalunya aku drive sendiri balik ke sana.Saja aku nak  cuba naik ETS pulak.Marilah senangkan urusan, hihi.Hantar ja lah aku dekat stesyen KTM, Taiping.20 minit ja dari rumah aku.
Selesai ja aku berbuka puasa, aku dah bersiap nak gerak balik ke Kedah.Tiket malam hampa.Keluar rumah 8.00pm baru nak terkedek-kedek gerak dari Batu Kurau.Tapi abang ipar aku kalau drift baik punya.Boleh ja sampai on time.Pukul 8.30pm kami dah terpacak di KTM, Taiping.Aku tak taw mana nak p, so aku tanya penumpang lain dekat situ.Cuma nak pastikan platform mana nak p.Aku agak keliru, ya lah kali pertama kud.Coach F dan seat di bahagian tengah.Aku duduk berdepan dengan kakak manis yang nak ke Arau.Ramah orang dia.9.35pm tepat!!.ETS bergerak meninggalkan KTM, Taiping.Aku tak ambik gambar pun dalam perjalanan pergi.Aku pening lah!.Naik ETS pun dah malam, mata pun naik kuyu dah.Coach yang aku dapat ni penuh dengan orang.Takda lah rasa takut sangat.Boleh nak bersembang, nak bertanya apa-apa jugak.Budak-budak ada yang jalan kehulu kehilir, seronok benar agaknya.Zahra pun kalau boleh nak jugak macam tu, tapi tak berani aku nak lepaskan.

Aku tak menjenguk pun ke cafe.Untuk ke gerabak yang lain kita kena buka pintu tutup pintu & lintas penghubung gerabak & buka pintu dah tu tutup pintu balik.So, dah kalau bawak Zahra ni macam sikit susah la nak p ke cafe ka tandas ka.Duk terlambung kiri kanan, haha.

Takda sangat gambar yang aku snap.Ada jugak yang tak menjadi.Camera tak secanggih mana jadi tak dapat nak snap gambar cantik-cantik.Train pun bergerak laju.So, yang ada hanyalah gambar-gambar yang aku dapat snap bila train sedikit perlahan.Gambar semua tak menjadi.Kena ambil train siang baru dapat nampak.Ni dah gelap.

Bila dah lepas Sungai Petani aku pun bersiap-siap untuk turun.Sembang sikit dengan kakak manis & say goodbye.1jam30minit ja perjalanan ETS dah sampai ke Alor Star.En.Suami dan kakak dia dah siap tunggu.Menanti kepulangan isteri tercinta dari perantauan, haha.So long ETS, terima kasih.Perjalanan balik yang menyeronokkan.Perjalanan bersama ETS yang menarik.InsyaAllah lepas ni boleh naik lagi untuk balik Kedah.Yahooo!!.

Hampa dah cuba naik ETS?Kalau belum, cuba lah.Best.

0 Pengomen:

Nasi Ayam Zahra Pokok Sena

20:40 Bonda Zahra 2 Comments

Nasi Ayam Zahra nak ja aku ceritakan pada semua rakyat jati Pokok Sena ni.Nasi Ayam Zahra ni tidak lah dikira legend lagi.Tapi semoga akan menjadi sebutan kebanyakkan penduduk, pelajar, pekerja swasta atau kerajaan yang pernah makan dekat sini, InsyaAllah.
Sebenarnya aku pun tak taw apakah sejarah Nasi Ayam ni.Ada orang kata orang cina yang mula buat Nasi Ayam ni, tapi orang Melayu pun buat jugak.Tapi takpa lah tu tak penting, bagi aku sejarah Nasi Ayam Zahra ni baru nak bermula, haha.Siapa sebenarnya tuan punya Nasi Ayam Zahra ni?.Ok takpa, apa pun nama tuan punya Nasi Ayam Zahra ni, tentu sekali rasanya sedap.Stall Nasi Ayam Zahra ni terletak di dalam cafe iaitu Bangah Cafe yang terletak di Pekan Pokok Sena.Bangah Cafe ni beroperasi awal kalau bukan pada bulan Ramadhan, sejak pukul 11 pagi lagi.Kalau dalam bulan Ramadhan ni Bangah Cafe beroperasi mulai jam 5.00 petang.So kalau hampa dah teringin nak mencekik Nasi Ayam atau nak cuba makanan lain, mai lah datang sini.Bangah Cafe ni special sikit sebab dia ada jual pelbagai jenis pilihan makanan.

Ok lah sejak dulu sampai lah sekarang, harga Nasi Ayam ni tak tetap & makin naik.Yang ni memang aku malas nak komplen lah sebab zaman sekarang ni semua barang pun dah naik.Kalau disimpulkan harga memang biasa akan naik.Cuba lah rasa Nasi Ayam Zahra ni!.Semoga ianya akan menghantui & membuatkan hampa akan tidur kalau tak tahan nafsu makan, haha.
Selain sedap kan, eceh puji lagi tu!.Hampa kalau nak buat kenduri dekat rumah yang sikit, atau tiba-tiba ada sedara mara yang nak datang, Nasi Ayam Zahra ni lah hidangan yang paling sesuai untuk hampa hidangkan pada tetamu rumah hampa tu.Bawak ja motor ka kereta p sini, lepas tu order lah berapa pun, InsyaAllah dengan kiraan 1,2,3, siap!, hihi.Tulah magiknya Nasi Ayam Zahra ni.Sambalnya yang merah tu boleh buat hampa tertidur, tudia power tak?.Kalau ada buat gotong royong nak bersihkan rumah, nak cat baru, sesuai sangat beli Nasi Ayam Zahra, lepas tu hampa akan tambah 2 bungkus & sambung balik kerja.Nasi Ayam Zahra sangat berguna jugak di hujung minggu, sebab apa?Hampa malas nak dapur hampa berasap, atau pun anak isteri nak makan luar, ni lah pilihan terbaik!.




2 Pengomen:

Jangan Biarkan Hati Menjauh

12:14 Bonda Zahra 0 Comments

Buat renungan kita bersama.

Kenapa kita menjerit masa kita marah?

Seorang ulama tengah berjalan-jalan lalu melihat ada keluarga yang sedang bertengkar, saling menjerit.Dia berpaling ke murid-muridnya & bertanya:"Kenapa orang suka bercakap lantang apabila sedang marah?".

Salah seorang menjawab: "Kerana kita hilang sabar, kita menjerit".

"Tetapi, kenapa harus menjerit pada orang yang ada disebelah kita?Kan, pesan tu jugak sampai dengan cara perlahan?"tanya sang alim ulama.

Murid-murid saling menjawab namun takda satu yang depa sepakat.

Akhirnya sang alim berkata:"Bila dua orang saling marah, hati mereka sangat jauh.Untuk dapat menempuh jarak yang jauh tu, mereka harus menjerit agar terdengar.Semakin marah, semakin keras jeritan sebab jarak dua hati tu semakin jauh".

"Apa yang jadi ketika dua insan jatuh cinta?"seterusnya."Mereka tak menjerit pada satu sama lain.Mereka bercakap lembut sebab hati mereka saling dekat.Jarak antara dua hati takda atau sangat dekat".

Selepas merenung sejenak, dia meneruskan."Bila mereka semakin mencintai, apa yang jadi?Mereka tak lagi saling bercakap.Hanya berbisik & saling mendekat dalam kasih sayang.Akhirnya, mereka tak perlu lagi berbisikkan.Memadai mereka cukup dengan saling memandang.Tu ja.Sedekat tu lah dua insan yang saling mengasihi".

Sang alim ulama memandang murid-muridnya & mengingatkan dengan lembut:"Kalau terjadi pertengkaran, jangan biarkan hati menjauh.Jangan ucapkan perkataan yang membuat hati kita kian menjauh.Sebab kalau kita biarkan, suatu hari jaraknya tak lagi boleh ditempuh."La hawla wala quwwata illa billah.

0 Pengomen:

Sahabat Yang Pergi Tiada Ganti

21:32 Bonda Zahra 2 Comments

Kali ni disebabkan rasa yang mendalam, aku tak dapat nak menulis.Entry ni pun ambik masa beberapa hari untuk aku siapkan.Rasa 'kehilangan'.

05 Jun.Aku tak dapat lupa tarikh ni.Satu peristiwa yang membuatkan tarikh ni sentiasa di ingatan aku.Perginya seorang kakak, sahabat, teman yang sangat istimewa.Suryani bt Mat Saat, pulang ke rahmatullah.Taw tak, aku tak pernah ada sahabat macam KakSu.Akak, akak pergi terlalu awal.Aku cuba kawal perasaan aku, tak nak sedih.Tapi tadi, bila aku tatap gambar Akak, tak sangka aku menangis.Aku rindukan Akak.Selalunya kalau ada cerita best ja aku mesti cerita dekat Akak.Tapi sekarang Akak dah takda.Aku kenal dengan Akak dah 4tahun tapi aku rasa macam dah berpuluh tahun kenal dengan Akak.Akak ni cepat mesra dengan orang walaupun dia bukanlah orang yang banyak cakap sangat.Aku yang kuat marah ni pun tak boleh nak marah lama-lama dengan Akak.Akak baik, suka tolong orang.Lepas ni takda siapa dah nak layan dengan aku movie dekat YouTube petang-petang.Akak dah takda.Hakikat tu yang susah aku terima.Aku tak sempat nak bagi taw Akak betapa aku hargai persahabatan ni.Nanti bila aku lapar, takda siapa yang aku boleh mesej, "Akak, boleh tolong tak?Lapar!!".:(

Akak, terima kasih atas segala kenangan, gurauan & aku taw Akak tak nak aku meratapi kehilangan Akak dengan tangisan.Aku bersyukur sebab diberi peluang mengenali Akak.Terima kasih untuk persahabatan ni Akak.Terima kasih sebab sudi bersahabat dengan aku, walaupun aku bukan lah sahabat terbaik.Akak sentiasa dalam ingatan, & aku akan sentiasa mendoakan Akak.Semoga Akak ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.Amin.

Allahyarhamah Suryani Binti Mat Saat
21.11.1969-05.06.2015
Al-Fatihah to the greatest friend i've ever known.I"ll miss u Akak.




2 Pengomen:

Wah, Zahra Dah Pandai Makan Durian

17:47 Bonda Zahra 2 Comments


Hai, semoga hampa semua yang membaca blog ni sihat hendaknya.Terima kasih sebab sudi jenguk blog aku yang kekadang merepek meraban ni, hihi.Ok lah, aku sebenarnya nak cerita sikit pasal anak dara aku yang sorang tu, siapa lagi, si Zahra tu lah.Dia ja yang selalu menghiburkan, haha.

Dua hari lepas Zahra makan durian!!.Sebelum ni dia tak pernah lagi makan durian.Aku ni pulak jenis tak makan durian.Maaf lah ya kalau ada yang kata aku ni mengada ka, bodoh ka apa, memang aku tak makan.Hidang lah durian ka, durian crepe ka, apa ja lah yang berkaitan dengan durian, memang aku tak minat lansung.Memang tak boleh buah yang bau kuat ni.

Bukan nak belagak, tapi memang dari dulu aku tak boleh nak bau benda yang kuat.Kepala aku boleh pening, pening yang tak boleh blah, huhu.Daripada aku cari pasal macam tu, aku rasa ada lebih baik aku hindarkan ja.Tapi lain pulak dengan Zahra, dia makan durian tu dengan penuh selera.Ni mesti ikut Babah dia ni, haha.Suami aku tu pantang nampak durian.

Dekat rumah aku & rumah mertua memang masing-masing pun suka makan durian.Tapi tu takda lah menjadi masalah buat aku.Zahra balik rumah TokWan dapat lah makan durian.Mula-mula Babah dia suap dia sikit, lama-lama dia makan seulas, ambik sendiri dia ja.Aku rasa lepas ni tentu dia pandai mintak babah dia belikan pulak, haha.

Maaf lah ya, kalau ada sesiapa yang nak belanja aku durian tu, aku terpaksa tolak.Sebab aku ni memang tak makan durian.Bubur durian ka, apa-apa yang berintikan durian pun memang aku tak makan.Cuma yang aku makan, durian belanda ja, hihi.Durian jugak kan?.Jangan pulak ada yang menyampah dengan statement aku ni na.Sebab aku tak paksa pun hampa jangan makan durian, masing-masing pun tentu ada benda yang depa tak makan kan?

2 Pengomen:

Selamat Menyambut Ramdahan Al-Mubarak

13:12 Bonda Zahra 2 Comments


Kepada semua teman blog aku ucapkan selamat menyambut Ramadhan yang dah masuk hari ketiga hari ni.Semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan jayanya.Dan hari ni pastinya akan lebih manis & bermakna sekiranya kita berada dekat dengan orang-orang tersayang.

Ok, cakap pasal bulan Ramadhan ni kan, buat aku tersenyum.Nak pulak bila teringat puasa di zaman budak-budak dulu.Mak selalu bagi semangat dekat aku untuk berpuasa penuh.Kalau tak silap, aku berjaya puasa penuh dalam darjah 3 @ 4.Aku pun lupa dah!.Memang best nak puasa masa tu kan sebab nanti dapat lah duit raya lebih, haha.Tu belum lagi cerita pasal shopping raya, memang seronok lah sakan duk pilih baju raya, kasut raya.Tapi ada jugak masanya aku duk masam muka sebab aku nak kasut lain, Mak pulak tak berkenan kasut tu!.Hurm, macam-macam lah!.

Sekarang, sejak dah berkahwin baru tahun ni merasa berpuasa dengan suami tercinta.Seronok rasanya!.Weekend ja nak cepat-cepat balik Kedah nak berbuka dengan suami.Selalunya kalau balik tu aku beli ja dekat pasar ramadhan.Kalau dah ada dekat sana tu baru lah boleh masak kan.Waktu menunggu nak berbuka tu riuh sangat.Yang kita sibuk nak berbuka, yang Zahra pun sibuk nak kacau orang berbuka.Memang aku nak kena mengawal dia lah ha.Dah tu satu lagi dugaan ialah bersahur.Kalau nak diikutkan aku ni payah nak bersahur.Tapi sebab suami nak bangun sahur aku pun bangun lah nak prepare apa yang patut & temankan dia.

Tapi tak dinafikan sejak ada Zahra ni kami lagi seronok sambut puasa bersama.Sebenarnya lebih kepada nak sambut raya, sebab puasa dah jadi macam perkara biasa.Aku dah planning siap dah ni nak beli baju raya untuk Zahra, untuk suami.Bukannya apa, aku ni jenis malas sikit nak berebut bila dah bulan puasa ni.Nak pulak dengan cuaca sekarang ni.Memang seronok nak beli baju raya Zahra.Semuanya comel baju anak perempuan ni.Kekadang tu merancang nak beli 2-3 helai ja, alih-alih jadi sampai 4-5 helai pulak!.Haih, mau kopak aku.

2 Pengomen:

Hari Sedih Yang Paling Tacing!

23:04 Bonda Zahra 0 Comments

Aku patutnya ada di Kedah saat ni.Aku betui-betui patut ada di sana.Aku dah janji.Dan dah macam-macam aku buat nak mempersiapkan diri nak balik jumpa kekasih hati.Basuh beg nak pack baju, beli compact powder & BB cream yang agak light sebab dia tak suka aku pakai tebal-tebal, aku p beli perfume walaupun yang lama ada lagi 0.0001ml lagi, hihi.Aku siap belikan hadiah nak suprise kan dia & macam-macam lagi lah.

Tapi malangnya tiket ETS dah habis.Jealous sungguh ETS dengan kami ni.Kesian suami.Duk menanti ja.

Aku p KTM nak tanya tiket, sampai KTM Taiping, tiket KTM habis!!.Bukan hari ni ja ok, esok lusa pun sama.Dan haruslah hampa semua taw, yang aku sangat takut naik bas.Tapi kalau untuk suami aku rela.Cuma aku kesiankan Zahra.Apa nak buat, aku redha ja lah.

Saat ni aku fikirkan sesuatu, aku tak boleh pentingkan diri aku sendiri hanya untuk diri aku.Suami susah nak balik sini.Takkan masa dia susah aku masih nak paksa.Takpa lah, mungkin takda jodoh kami nak jumpa minggu ni.Jadi positif, untuk sejukkan hati.Dan sejak tadi asyik teringatkan suami.Kesian suami.Sedih kud!.Tapi sumpah aku dah cuba semuanya.Sayang awak sangat suami!

Buat suami, saya sayang awak sangat!.Walaupun date kita hari ni tak jadi.Walaupun awak tak balik ambik saya dekat sini.Tapi saya tetap si huduh Syuhaina yang selalu sayangkan si Chraming Fitri nya!!.(ok, hampa sila ambik plastik, muntah hijau sekarang sebab tak tahan dengar pengakuan ni kan, haha)

0 Pengomen:

Bahagia Tu Bila Membahagiakan

19:25 Bonda Zahra 0 Comments

Kita tak akan bahagia selagi orang disisi kita tak bahagia.Pegang kata-kata tu.Untuk kita bahagia, cari lah orang yang paling hampir dengan kita & bahagiakan lah depa.Dengan tu, baru lah kita akan rasa bahagia.Sesungguhnya bahagia tu bukan "benda" yang akan kurang bila kita bagi, tapi ia macam cahaya yang semakin "dibagi" akan bertambah terangnya.

Siapa orang yang paling dekat dengan kita?Siapa yang paling layak untuk kita berikan bahagia?Selain kedua Mak Ayah, maka isterinya lah yang paling utama diberikan kebahagiaan tu.Kalau isteri yang disisi tak bahagia, jangan harap kita boleh membahagiakan orang lain.Kita tak akan bahagia selagi orang disisi kita tak bahagia, ingat tu!!.

Macam mana kita boleh menghargai pasangan kita?InsyaAllah, bila ada kemahuan pasti ada jalan.Dunia akan menyediakan jalan kepada orang yang ada tujuan.Kata orang, kasih, cinta & sayang umpama aliran air, selalu taw ke arah mana ia nak mengalir.Mulakan dengan memandangnya dengan pandangan kasih, mungkin muka isteri kita dah kedut, tapi rasakan lah mungkin separuh "kedutan" tu sebab memikirkan kesusahan bersama kita.Mungkin uban dah penuh kepala suami kita, tapi uban tu "mercu tanda" pengorbanannya membina rumahtangga & keluarga kita.

Tu lah pandangan mata hati namanya.Kalau dulu zaman bercinta, pandangan kita dari mata terus turun ke hati.Tapi sekarang dah lama bersama, pandangan kita mesti lah lebih murni.Tak lagi dari mata turun ke hati, tapi dah jadi dari hati turun ke mata pulak.Patutnya yang kita tengok bukan "body" tapi budi.Yang kita pandang bukan urat, tulang & daging lagi tapi sesuatu yang murni & hakiki.Kasih, kasihan, cinta, sayang, mesra, ceria, duka, gagal, berjaya, pengorbanan, kesedihan dalam jiwanya yang melukiskan sejarah kehidupan berumah tangga bersama kita!.Daripada pandangan mata hati tu lah lahir sikap & tindakan.Love is verb, cinta tu tindakan.

Hargailah sesuatu selagi ia masih di depan mata.Macam tu selalu pesan pujangga.Malangnya kita selalu ja terlepas pandang.Sesuatu yang "terlalu" dekat, kekadang lebih susah kita tengok dengan jelas.Hidup ni terlalu singkat.Hidup hanya sekali.Yang pergi takkan kembali.Yang hilang, mungkin tumbuh lagi.Tapi tak semua perkara akan tumbuh semula.Apakah Mak Ayah yang "hilang" akan berganti?Apakah anak, isteri, suami yang "pergi" akan balik semula?So, hargailah semuanya selama segalanya masih ada.Pulanglah ke rumah dengan ceria, berikan salam, lebarkan senyuman.Mungkin esok, kita tak "pulang" atau tak ada lagi si dia yang setia menunggu di sebalik pintu.Mungkin kita "pergi" atau dia yang "pergi".Hargailah nyawa & kehidupan dengan sayang & cinta.Kita takkan bahagia, selagi orang disisi kita tak bahagia!!.

Suami, sungguh saya takkan meninggalkan awak.Takkan dalam diri ni saya boleh lupa pada orang tersayang yang banyak berjasa.Saya takkan lupa.Dalam suka & duka awak, sentiasa saya ada disitu.Walaupun kita terpisah, tapi cinta & kasih kita tidak!!.Awak yang saya sayang, ni lah teman saya sepanjang jalan.Kekasih, kekadang lidah letih menuturkan, badan penat menghantarkan, akhirnya bicara cinta terhantar hanya melalui sendu.Bisu!, tapi getarannya tak pernah diam.Dan saat terpisah sendu tu memuncak.Ingin saya dakap, ingin saya peluk, taknak saya lepaskan!.Tapi siapakah kita yang taknak merelakan.Cinta tu semakin kukuh bila menjauh.Sayang, saya tak pernah meluahkan, bila jemu, letih & putaran makin mencengkam.Tapi percayalah cinta saya tak pernah letih, sayang saya tak pernah padam dalam sunyi & ratap.Awak tetap hadir dalam doa & harap.Ya allah, rahmatilah kekasih hati saya di bumi ni agar cinta kami membumbung tinggi.Takda sempadan, takda tara, sampai syurga!amin.

0 Pengomen:

Kawan|Membantu Ka Membantut?

00:07 Bonda Zahra 0 Comments

Hidup ni kan memang lah perlu berkawan.Kawan tu perlu untuk teman kita dalam perjalanan kehidupan.Hidup tanpa kawan tak ubah macam badan yang tak cukup anggota.Betui ka macam tu?.Kawan dikatakan orang yang bertanggungjawab mewarnai kehidupan kita.Dan warna yang terhasil pulak bergantung pada siapa & macam mana pengaruh kawan tu dalam hidup kita.

Kawan yang baik dah tentu akan warnai kehidupan kita dengan warna yang indah & menyenangkan, kalau dia mampu mempengaruhi hidup kita, begitulah sebaliknya.

Saidina Umar al Khattab r.a berkata, "Nikmat paling besar selepas Iman dan Islam adalah sahabat yang soleh.Jika kamu mendapati kasih sayang antara dia dengan kamu, maka peganglah dia bersungguh-sungguh".

Pengaruh

"Sahabat yang baik umpama penjual minyak wangi, biarpun kamu tidak membeli minyak wanginya, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau minyak wangi yang dijualnya.Sebaliknya sahabat yang jahat seumpama tukang besi, kalaupun tidak terbakar baju kamu akibat api besi yang diketuk, sekurang-kurangnya kamu mendapat tempias bau hangitnya"( HR.Muslim).

"(Agama) seseorang tu adalah sama seperti (mengikuti) agama sahabat karibnya, maka perhatikan dengan siapa kalian bersahabat."(HR.Abu Dawud).

Memilih

Nak berkawan kena pandai pilih.Salah pilih buruk akibatnya.Apa lagi zaman sekarang ni, pengaruh kawan cukup kuat yang kekadang mampu mengatasi pengaruh Mak Ayah sendiri.

Kalau kita nak jadi seorang yang berjaya, kena usaha dikelilingi oleh orang-orang yang berjaya jugak.Depa ni akan jadi pembakar semangat & sumber motivasi untuk kita jugak jadi macam depa.

Penting taw untuk kita dikelilingi oleh kawan yang berfikiran positif & ada minat yang sama dalam arah tuju & wawasan sebab semua tu akan tolong kita untuk bergerak maju ke hadapan dalam hidup ni.

Pentingnya Memiliki Kawan Yang Soleh

Ada kawan yang soleh penting sebenarnya.Sebab dia boleh sokong kita bila kita berada di pihak yang benar & menegur kita bila kita buat salah.

"Janganlah engkau bersahabat dengan orang yang keadaan rohaninya tiada membangkitkan semangatmu dan kata-katanya tidak memimpinmu kepada Allah.Mungkin sahaja keadaanmu adalah jahat, tapi telah dilihatkan kepadamu sebagai kebaikan dirimu kerana persahabatanmu dengan seorang yang keadaanya adalah lebih jahat daripadamu".

"Tiadalah (benar dikatakan seseorang itu) bersahabat denganmu melainkan dia bersahabat denganmu sedangkan dia (sudah pun terlebih dahulu) mengetahui tentang keaiban dirimu.Sebaik-baik orang untuk engkau buat sahabat ialah dia yamg menuntutmu untuk kebaikan dirimu sendiri dan bukan untuk kebaikna dirinya".

0 Pengomen: