Pangkat Dalam Keluarga Melayu

13:34 Bonda Zahra 2 Comments

Apakah?Macam mana aku nak cakap ya?Alah, gelaran-gelaran tu lah.Yang, Along, Angah, Acik tu lah.

Ok, sekarang aku nak senaraikan  gelaran-gelaran yang ada dalam sebuah keluarga Melayu yang aku taw.

1.Along.
Ni gelaran yang khas untuk anak yang sulung.Mungkin berasal dari perkataan sulung agaknya.Takdanya adik beradik lain yang berhak dengan gelaran ni.Kekadang di panggil juga Abang Long atau Kak Long.Kalau yang dah diubah suai, kekadang jadi Kak Yong.

2.Angah.
Angah ni untuk anak nombor dua.Mungkin asal dari perkataan tengah,Tapi entahlah.Macam tak ja.Pasal nombor dua tak bermakna tengah kan.

3.Alang/Uda
Anak nombor 3.Tak taw lah asal dari perkataan apa.Ada yang guna gelaran Alang, ada jugak yang guna Uda.Tapi dalam keluarga aku guna Alang.

4.Anjang/Andak
Anak nombor 4.Macam gelaran untuk anak nombor tiga, ada yang guna Anjang macam keluarga aku.Keluarga suami aku pulak tak guna kedua-dua gelaran ni.Depa panggil Mak Cik ja.Pasal apa, aku pun tak jelas.Mungkin adalah sebab-sebabnya kan.

5.Uteh?ke Ateh?
Gelaran untuk anak nombor 5 ni mungkin berasal dari perkataan 'putih' ka?Apa kena mengena pulak dengan keluarga?Tak faham aih aku.Mungkin orang yang memulakan gelaran ni anak nombor 5, dan dia putih luar biasa agaknya, hihi.Dalam keluarga aku, kami panggil Ateh.

6.Cik
Ni macam gelaran biasa kita panggil untuk Pakcik dan Makcik.Masa aku mula-mula jadi ahli keluarga suami aku, aku agak confius jugak sebab kebanyakan ahli kelurga dia  dipanggil Cik.Tapi berlainan pulak dengan keluarga aku.Untuk anak yang nombor 6 ni kami panggil Andak.

7.Itam
Dah ada putih kena lah ada hitam pulak ya.Jadilah gelaran Mak Tam dan Pak Tam.Kena orang yang putih kulitnya kena gelaran Itam, kecik pulah hati dia.Lagi kecik hati orang yang memang dah hitam, lepas tu kena gelaran Itam lagi.Kecik hati kuasa dua, haha.Aku anak yang nombor 7 dan aku dipanggil Acik (acik tu kan macam manja sikit, eceh.).Tapi hitam tetap hitam, hurm.

8.Usu
Keluarga aku ada 8 beradik, so yang terakhir sekali ni digelar Usu lah.Tapi kami selalu panggil dia nama ja.Cuma anak-anak sedara panggil di Pak Su.Suami aku pun bongsu, dan keluarga dia lebih suka panggil dia Pak Su berbanding panggil nama dia.

Dalam keluarga aku ni dari nombor 1 sampai nombor 8, masih pakai gelaran pangkat macam ni.Tapi disebelah keluarga suami aku, yang takda gelaran tu, guna nama ja.So, macam anak-anak sedara panggil Pakcik dan Makcik yang takda pangkat ni dengan namalah.Tapi didahulukan dengan Pak Cik, Mak Cik lah.Contohnya Pak Cik Li, Mak Cik Fiza, gitu lah.




2 Pengomen:

Musuh Bangsa Sendiri

07:37 Bonda Zahra 6 Comments

Sebelum Kejadian:
"Ish, mahalnya.Sedap sangat agaknya"(kalau orang dewasa tak excited nak beli memang sahih jugak lah tuduhan dia ni)
"Tak boleh jual waktu rehat lah, ada orang tak bagi"(cakap ja direct, tak payah nak menyampai-nyampai.Nampak sangat macam dengki)

Haih lah orang yang tersebut, aku jual dengan harga berpatutan sebab Aiskrim Malaysia yang aku buat bukan cuma gula dan pewarna.Aiskrim berkualiti dan sedap sebab aku gunakan air masak, susu, bukan gula tiruan dan InsyaAllah bersih.Bukan budak sekolah ja suka Aiskrim aku, malah remaja dan orang tua (yang dah reti menilai duit) jugak suka.Dan aku jugak ada buat Aiskrim yang berharga 20sen.Aku harap dapatlah orang lain mecari rezeki sampingan yang halal dengan aman di sinu, haha(SIS SADO)

Apa hampa rasa?Seriously?

Aku kan dengan keluarga aku semuanya memang suka berniaga.Menjual makanan yang sedap-sedap dan paling penting berkualiti, hihi.Baru ja aku nak rasa seronok jual Aiskrim dengan budak-budak ni, laku sangat.Mulanya jual Aiskrim yang 40sen, lepas tu aku buat pulak Aiskrim yang 20sen mengenangkan budak-budak ni yang nak beli.Walaupun tak berapa nak untung kalau diikutkan bahan-bahan yang digunakan.Yelah, macam Aiskrim milo tu, bukan milo semata-mata, aku campur koko ngan susu, nak bagi sedap.

Tapi kan, biasalah.Orang Melayu mana boleh tengok orang lain senang (Hang rasa senang ka?Hang cuba buat)sikit.Cakap pun tak direct dekat kita, main pesan-pesan ja.Kalau betui lah tak boleh nak menjual, cakap ja terus terang elok-elok, kan senang?Baru nak maju sikit, hang dah tergugat.Bangsa sendiri oi!

Lagi satu, aku tak faham lah, yang duk kata Aiskrim buatan sendiri ja pun, nak jual mahal.Hey, tolong sikit na!.Benda homemade memanglah value lagi tinggi, setiap hari jual, setiap hari habis, terpaksa buat baru di malam harinya.Segar lagi.Cara dia cakap tu, wah.Panas telinga aku.Tapi aku dah bagi solutionnya untuk dia ni, aku sediakan Aiskrim gula berpewarna sarsi, anggur, asam masin.Pilih ja nak yang mana, 20 sen ja, haha.

Lawak pulak bila aku fikirkan balik.Melayu, melayu.Patutlah dekat kampung aku ni pun yang meniaga banyak orang asing, sebab memang takkan ada orang nak kacau pun.Melayu punya musuh, adalah Melayu sendiri.Hadamkan.

Ok xpa, aku maafkan dah.Dah aku agak sebenarnya semua ni akan jadi, aku bukan baru pernah berniaga sekali ni.Cuma terasa kecil hati, rezeki 5 hari, setengah jam, untung 4,5 hinggit pun orang nak caras, huh!.Tapi xpa lah, biasa lah ujian dan duggan tu.Aku chill ja,Orang-orang yang tersebut, hampa dimaafkan kerana dibesarkan dengan pemikiran sedemikian rupa.Ok, maaf zahir batin 0-0.

p/s:Adik-adik ku, bertabah lah ya.Youre doing great!


6 Pengomen:

Pekan Sehari Kamunting

23:28 Bonda Zahra 3 Comments

Hari ni hari Ahad, pilihan yang tepat nak ke Pasar Sehari .Dekat mana tu?Awal pagi, sebenarnya tak lah awal sangat pun.Lebih kurang pukul 8.30 pagi barulah aku & family keluar dari rumah ke Kamunting.Perjalanan nak ke sana ambil masa setengah jam ja.

Boleh tahan banyak kereta jugak masa ni.Puas jugak lah aku nak cari parking.Pasar ni hanya dibuka pada hujung minggu hari Ahad.Dibuka awal pagi hingga tengah hari ja.

Apa yang dijual disini?Nak cari ikan?sayur?baju?kasut?kuih muih?ayam?.Apa ja, semuanya ada.Aku beli sepasang baju tidur Upin Ipin untuk Zahra.Sibuk sangat nak Upin Ipin.Dan beli jugak sepasang sliper Frozen untuk dia.Demam Frozen tak habis lagi.Nasib lah Bonda, haih.Tok pulak belikan Zahra anak puyuh.Seronok lah dia!.



Masa kami sampai pun dah mula panas.Cuaca sekarang kan panas terik.Bukan terik yang biasa-biasa taw, tapi terik yang tahap aku sendiri rasa tak selesa.Semacam ja panas dia.Kesian pulak tengok Kakak Sakinah dengan Zahra kepanasan yang amat.Tempat macam ni memang tak sesuai kud untuk budak kecik.Kesian sangat.

Dah dekat sejam kami dekat sini, kami pun beredar.Tak larat dah aku nak singgah lama-lama.Tu pun aku tak habis jalan.Setiap kali datang pun memang tak habis jalan.Halfway ja aku dah patah balik.Aku sempat jugak beli ikan, sayur, buah.Tu ja, hihi.Kakak aku beli baju baby untuk cucu dia.

Sekian saja ya.Aku sebenarnya tak berapa minat tempat macam ni.Tapi kalau mak aku ajak tu, aku turutkan jugak lah.




3 Pengomen:

Bahagia Dengan Keluarga Kecil Ini

23:44 Bonda Zahra 6 Comments

Aku sentiasa berusaha gigih mencari bahagia.Aku berjalan jauh untuk mencari bahagia.Padahal bahagia tu sederhana, bersama dengan keluarga.

Setiap orang memang ada banyak keinginan.Bila keinginan kita tu dipenuhi, kita akan rasa puas & lega.Tapi kalau dah sekali keinginan kita dipenuhi, akan ada pulak keinginan yang lain untuk kita penuhi.

Aku pun berusaha gigih untuk memenuhi setiap keinginan aku.Aku terus berlari tak kenal masa, tak kenal penat.Aku terus berlari walau nafas aku tercungap-cungap dan sendi terasa sakit.

Sampai bila aku harus berlari?Sampai aku rasa cukup & terima diri aku seadanya?Bersyukur dengan apa pun yang dah aku dapat, sekecil apa pun ia.

Bahagia tu sederhana, terima & syukur apa yang kita ada.Keluarga adalah orang yang boleh terima kita seadanya.Keluarga adalah orang yang sedia berbahagia bersama kita walau apa keadaan kita.

Bahagia tu sederhana, berikan kita jalan bahagia bersama keluarga tersayang.Bahagia tu sederhana, menikmati senyum anak & suami tercinta.

6 Pengomen:

Berhantu & Merasuk

13:59 Bonda Zahra 9 Comments

Hampa semua pernah p kedai Mr.DIY tak?Aku rasa kan kedai ni 'berhantu'!Pernah tak 'hantu' tu merasuk hampa?Aku kan, kalau setiap kali p kedai DIY ni, confirm terasuk.Haih, hampa taw tak 'hantu' yang aku maksudkan tu?Bukan hantu yang kita semua duk takut tu taw.Cuma aku guna ja perkataan 'berhantu' tu, haha.Mana taknya, tiap kali aku masuk kedai DIY ni, rasa macam semua benda nak beli.Kalau ikutkan hati aku ni, dengan kedai DIY tu aku nak angkut balik rumah sekali.Barang-barang dekat kedai DIY ni semuanya murah-murah.Semua ada dekat sini, tu yang best tu.

Mana lah aku tak cakap kedai ni 'berhantu', kalau aku p ja kedai DIY, sampai sana apa yang aku tengok berkenan semua aku ambik ja.Dari rumah dah berhajat nak beli satu barang ja, bila sampai sana, barang yang aku nak beli tu, aku tak beli pun.Tapi barang yang tak plan tu jugak yang aku beli.Ishhh!, 'berhantu' sungguh, hihi.

Kalau merancang nak p DIY tu dengan tujuan nak beli barang yang aku nak ja, tipu sangatlah.Mesti ada ja beli barang lain sekali.Penuh satu bakul beli barang.Tu belum campur barang yang Zahra nak lagi, Tok Zahra lagi.Bila dah masuk ja DIY tu pulak, bukan setakat aku ja terasuk, Zahra dengan Tok dia pun sama jugak.Lagi haru.Siapa yang p tak terasuk  tu, memang pandai tahan diri dari kena rasuk ya, haha.

9 Pengomen:

Masakan Ringkas Pun Jadi Sedap

23:55 Bonda Zahra 6 Comments

Semalam, hari minggu aku dengan beberapa ahli family aku p berkelah dekat Taman Tasik Taiping.Saja nak bersantai bersama, eceh.

Seronok jugak bila p ramai-ramai macam tu.Rasa macam dah lama pulak tak berkesempatan nak duduk lepak santai bersama.

Kami masak ala-ala kadar ja.Awal- awal pagi memasak dah.Lepas pukul 12 tengah hari kami dah bertolak p sana.


Lama jugak kami lepak dekat sana.Sambil tengok gelagat orang.Ada yang jalan jalan sepanjang Taman Tasik Taiping tu.Ada yang berbasikal.Ada jugak dua tiga family yang berkelah santai macam kami.

Apa pun, aktiviti family macam ni memang best.Masakan yang serba ringkas pun semuanya jadi sedap.

Bagi orang-orang sekitar Taiping, Batu Kurau dan seangkatan, Taman Tasik Taiping yang terletak di Taiping ni memang dah sinonim sebagai salah satu tempat riadah pada hujung minggu.Sekarang pun terdapat pelbagai aktiviti yang ada, & banyak deretan kedai makan yang telah dibina berhampiran tasik ni.Selain tu, untuk aktiviti riadah disekitar tasik ni disediakan banyak kemudahan.

6 Pengomen:

Abam Kie's First Giveaway

14:42 Bonda Zahra 17 Comments


Sila klik banner di atas jika mahu join

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Bersyukur kepada Allah kerana Abam Kie berjaya menganjurkan giveaway buat julung kalinya. Jutaan terima kasih kepada barisan rakan blogger yang sudi menaja giveaway ini.

Berikut adalah senarai hadiah yang bakal menanti para pemenang bertuah:

1. Top up RM10 X 1 pemenang oleh PeRdU cINta
2. Hijab pin dan Viscose Printed Wide Shawl X 1 pemenang oleh Aksara Biru
3. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Najwa Zahid
4. Top up RM10 X 1 pemenang oleh Ayuni Rafilah
5. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Julia Jamaludin
6. RM10 tunai X 2 pemenang oleh Mommy Irra
7. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Ina Zalina
8. Top up RM20 X 1 pemenang oleh Miss Fifi
9. Top up RM5 X 2 pemenang oleh Cik Nor
10. Buku resepi X 2 pemenang oleh Abam Kie

Kawan2 nak join? Ikut je langkah2 di bawah ini satu-persatu:

1. Follow blog Abam Kie dan penaja2 berikut. Ini wajib dipatuhi, OK?


2. Add Google+ berikut jika anda ada profil Google+. Kira macam sunat la...

https://plus.google.com/117034001954441190127
https://plus.google.com/114654336399855954680
https://plus.google.com/115462385884702570492
https://www.google.com/+AyuniRafilah
https://plus.google.com/103791964943177272009
http://google.com/+irrayyandotcom
https://plus.google.com/u/0/103153723284562892818
https://plus.google.com/105160168417987334249
https://www.google.com/+AbeKie

3. Letakkan link www.irrayyan.com di dalam bloglist anda sehingga tamat giveway ini.

4. Buat entri bertajuk "Abam Kie's First Giveaway"

5. Letak banner di atas di dalam entri GA anda dan backlinkkan ke blog ini. Atau kalau nak lebih mudah cuma copy and paste html code di bawah ini.

6. Publish your entry and leave your GA link in the comment form below.

7. Done!

P.S. Syarat2 tu nampak macam banyak tapi sila buat sikit2. Lama2 siap la tu. Terima kasih diatas kesabaran anda.......

17 Pengomen:

Rutin Harian Sebelum Tidur

00:44 Bonda Zahra 2 Comments

Hai semua.Aku sibuk & selalu menyibukkan, memenatkan diri sendiri.Sebenarnya aku ni hamba Allah, keturunan Melayu, bini orang & ibu pada sorang anak yang comel, hihi.Aku yang tak taw duduk diam nak cari rezeki untuk tambah pendapatan family.

Macam dalam entry sebelum ni, kan ada aku bagi taw yang aku berniaga aiskrim Malaysia di koperasi sekolah aku.Dapat idea nak berniaga tu, sambilan ja untuk budak-budak sekolah.

Bisnes aiskrim ni boleh aku katakan senang & untung lah jugak.Sebab modal dia cuma air, perisa, gula, plastik ais krim.Dan kalau aiskrim yang best sikit, sumi, susu, choki-choki.Alhamdulillah, dari mula aku jual sampai hari ni dapat sambutan.

Sambutan mula-mula memang agak slow sikit sebab tak ramai yang taw lagi.Tapi bila dah ramai yang taw pasal jualan aiskrim di koperasi sekolah ni, jualan makin bagus.Seronok pulak aku, haha.Walaupun kekadang penat jugak nak turun naik angkut aiskrim p koperasi.

Budak-budak cuma beli pada waktu rehat depa.Dalam setengah jam.Walaupun untung tak seberapa, tapi aku seronok.Boleh berniaga, aku minat.Lebih kurang kira sedekah lah.

Aku berniaga bukan niat nak kaya pun.Dapat sekadar buat tambah pendapatan sudah lah.So, sekarang dah jadi rutin harian aku lah kena top up perisa aiskrim sebelum tidur untuk aku jual esok harinya.

2 Pengomen:

Urut Badan Tradisional

18:59 Bonda Zahra 0 Comments

Hilang sikit sakit badan ni.Semalam baru berkesempatan urut satu badan.Ni memang tukang urut yang biasa aku urut.So, takda lah nak mengelupur cari tukang urut dah.Dah makan ubat, macam-macam ubat, tak baik-baik jugak.

Dah berminggu sakit, tak tahan sangat tu yang pergi jugak semalam.Sampai dua hari cuti kerja, dengan sakit yang menyerang tiba-tiba ni.Hari tu balik Kedah pun, stay dekat rumah ja.

Semalam memang nekad nak jugak p berurut.Alhamdulillah, terlaksana jugak.Semalam masa urut tu, urat besar semua masuk angin, adui sakitnya!!.Rasa tu ok lah sikit.Tapi pun kena ulang lagi sampai sembuh sepenuhnya.

Aku digalakkan untuk bertungku tiap malam.Best kalau bertungku, aku suka.Tapi kadang mula ja bersungguh, pastu terskip.InsyaAllah, akan berkonsisten lepas ni.

0 Pengomen:

Paling Best Hint Dia

12:02 Bonda Zahra 0 Comments

Rabu lepas aku balik Kedah, jumpa kekasih hati aku lah kan.Ada malam tu, sembang-sembang dengan En.Fitri.Tiba-tiba terkeluar pulak topik tambah anak lagi sorang.Aih, terkejut aku.
"Zahra dah besar kan.Buat baby lagi lah.Baby boy pulak nak sayang"

Kelu lidah aku.Jantung dup dap, dup dap kencang.Memang lah teringin nak tambah anak.Siapa yang tak nak anak.Nak pulak rezeki dapat baby boy pulak.Sepasang lah!.

Sekarang ni aku memang merancang.Sebab aku bersalin c-sec.Aku risau luka jahitan.Selain tu aku nak Zahra dapat perhatian penuh.Walaupun sekarang selalu sangat kena marah sebab lasak.Bukan buas na.Lasak.Tapi lasak tu yang selalu kami ringdukan.

Haih lah En.Fitri, dah pandai main hint-hint ya.Apa pun En.Fitri tak memaksa.Mayb niat nak tambah anak, tapi duk kesian dekat aku sebab risaukan luka lama.Sabar ya sayang.Ada rezeki untuk kita nanti, InsyaAllah.

Itulah penawar hati aku.Orang yang aku kasih & sayang dunia akhirat, En.Fitri & Zahra.

0 Pengomen:

Misi Bonda Seterusnya-Meja Study

14:17 Bonda Zahra 2 Comments

Alhamdulillah, dah besar anak Bonda.Minggu lepas aku bawak Zahra p AEON, dekat satu sudut tu ada meja kecik, aku pun bawak dia p dekat meja kecik tu, nampak macam Zahra suka lah meja kecik tu.

So aku pun terfikir-fikir nak beli meja kecik untuk Zahra.Beli yang biasa-biasa ja.Tapi sekarang banyak ja design meja kecik yang cute-cute kan.Berkenan hati ni.Nak kena bodek Babah lah macam ni, huhu.Nak sangat beli jugak meja kecik untuk Zahra.Ambui, aku pulak yang lebih, anak tu takda apa pun.Biasalah kan, aku kan selalu nak yang terbaik untuk Zahra.

Baru setahun jagung kud umur Zahra, tak wajib beli lagi pun rasanya.Bukan Zahra sekolah lagi pun.Tapi saja aku nak ajar Zahra dari sekarang.Nanti Bonda belikan Zahra buku ya, buat contiang-contiang, hihi.Hai, macam-macam lah Bonda ni ya.

Aku tengah berkira-kira nak beli dekat mana ya.Nak yang macam gambar bawah ni.Berangan sangat Bonda Zahra ni kan.Bukan apa, tengok Zahra suka.Kesian jugak dekat dia.
Yang penting kerusi selesa, meja selesa.Yang biasa macam ni pun ok lah.
Dapat gaji nanti, boleh lah grab satu.Harapnya Babah pun boleh bagi bajet sikit, haha.Haih, dah beli nanti dekat mana lah pulak nak letak.Rumah kecik ja, barang banyak.Apa pun aku survey dulu dua tiga round, kalau boleh nak yang dapat paling murah.

Zahra sekarang suka Hello Kitty, nampak kartun Hello Kitty ja, duk "ty-ty", haha.Dapat meja yang ada kartun favourite dia tu ok jugak kan.Apa-apa ja lah untukmu anak.

p/s:Aku ni kan jenis kalau nak beli barang dekat Zahra tu, takda lah pada hari tertentu.Main ikut hati aku ja, tu pun kalau ada bajet lah kan.Cuma yang aku harapkan, Zahra jadi anak yang baik, dengar cakap Babah & Bonda, bijak, pandai mengaji dan lagi-lagi lah ya.

2 Pengomen:

Beauty Stuff Giveaway by Sally Samsaiman

11:52 Bonda Zahra 9 Comments

klik banner untuk join

Hai, nak join giveaway ni, macam menarik ja.

Cik Sally suruh kita jawab soalan mudah taw, harus jawab dulu ya:
"Kenapa Cik Sally perlu berikan  barangan Simply Siti @ Nature Republic dekat saya?".Ni dia jawapan saya:Sebab saya memang suka & guna produk Simply Siti.Guna pun jimat-jimat ja, mahal kan?hihi.sob, sob, sob.Simply Siti ni cantik produk dia bila pakai kat muka. suka sangat!!.

9 Pengomen:

Bila Bonda Berkerjaya Bawak Anak Ke Ofis

00:52 Bonda Zahra 0 Comments


Cerita hari ni, memandangkan Zahra takda orang nak jaga dekat rumah.Sebab pada mulanya aku plan nak tinggalkan dia dengan Mak aku ja.Tapi, Mak aku pulak ada hal hari ni, nak hantar rumah Ayah Mertua, aku dah lambat nak p ofis.

So, aku bawak Zahra p ofis ja.Sambil buat kerja, sambil jaga dia, haha.

Aku bagi Zahra main stationery aku, duduk diam sikit budak tu ha.Kalau tak, habis dah meja aku Zahra kacau.Sampai bersepahlah.Jap lagi aku apa lagi, mulalah terus nak jadi singa.

Tak lama lepas tu, Zahra minum Ribenna.Dalam setengah jam lepas tu, berak lah pulak Zahra ni.Haish!.Nasib lah toilet ni dekat sebaris dengan ofis aku.Kena cuci berak Zahra lah pulak, haha.

Sambil nak buat keja, sambil nak jaga anak.Memang tak menang tangan kan.Kalau si Zahra ni nak duduk diam, ok lah jugak.Ni tak.Macam- macam kerenah Zahra.Dah lah suka perasan bagai, aduhai anak Bonda ni, hihi.

0 Pengomen:

Munafik 2016 Review:Penceritaan Tablis Iblis Yang Real

01:14 Bonda Zahra 8 Comments

Munafik bukan lah filem yang kita nak menjerit-jerit terkejut ja, tapi ianya penuh tersimpan pesanan & pengajaran.Tinggal kita nak hadamkan ja.Nak buat review sikit na.Dah tengok belum filem ni?

Dapat jugak aku tengok filem arahan Syamsul Yusof ni petang tadi.Bawak kakak sulung aku dengan anak sedara tiga orang dengan harapan ada lah orang nak cover seram aku dalam panggung nanti.Zahra tinggal dengan Ibu.Macam tak yakin nak bawak Zahra ikut tengok cerita ni, hihi.

Bagi aku, filem ni bukan cerita hantu biasa yang merepek- repek.Filem ni menceritakan macam mana jin dengan iblis akan usaha nak goyangkan iman anak adam dengan was-was syaitan.Kalah filem hantu yang lain, Munafik ni berganda-ganda seram dia.
Dari awal cerita sampai akhir, ada ja scene yang mendebarkan.Sesak nafas aku aih.Bukan main hebat permainan pengarah dia ya.Ada ja watak yang mencurigakan.Tapi tiap persoalan yang memang tak disangka.Memang main minda macam ni.Mencabar.1 panggung suspen.Aku ni sampai tak larat nak suspen dah.

Memang elok untuk kita yang nak faham apa erti sebenar Munafik & yang aku pelajari, jangan sesekali gunakan agama untuk mendabik dada & mendapat kemuliaan dunia.Sesungguhnya iblis sangat licik dengan tipu dayanya untuk menyesatkan kita.Nauzubillah.

Selain tu, dalam filem ni jugak sebutan ayat-ayat Al-Qurannya jelas, bukan yang mengarut tak tentu hala.Seram dia pulak bukan sebab hantu, tapi sebab kata-kata jin dalam bahasa arab yang aku duk teringat lagi ni.Terdeku dengar kata-kata yang dilemparkan.Meremang wei!.

Paling takut time part Maria(Nabila Huda) kena rasuk dengan jin, cakap dalam bahasa arab pasal Dajjal nak datang.Lakonan Nabila Huda memang hebatlah.Ya Allah di mulut ja akubmasa tengok filem ni.Siap tutup muka pakai popcorn, tak cukup tu dengan handbag bagai, haha.

Plot yang ditwistkan oleh pengarah, dengan ending yang tak disangka.Terasa nak menangis masa ending tu.Tertanya-tanya siapa yang Munafik, rupa-rupanya memang tak terduga angkara 'dia'.And the touched part is when Ustaz Adam(Syamsul Yusof) menjerit'Allah tolong aku'.
Tahniah sejuta kali buat pengarah, yang dah hasilkan sesuatu yang berguna dalam hiburan yang ada.Sarat dengan pengajaran & sedarkan kita yang iman tu penting dalam hidup setiap umat.Aku bagi 5🌟🌟🌟🌟🌟.Dan yang aku perasan, filem ni takda bersentuhan antara bukan muhrim & takda buka aurat pun.Tahniah jugak kepada semua team filem Munafik.

Quotes yang  aku suka dalam filem ni, "Biar miskin harta, jangan miskin jiwa".


8 Pengomen:

Zahra Kalau Nak Tidur

01:03 Bonda Zahra 4 Comments

Geli hati tengok Zahra tidur.Macam-macam gaya.Ikut suka hati dia ja.Duk tengok budak lain kalau tidur, ada yang letak tangan dekat muka, isap jari, gentel bantal, macam-macam lah.Zahra ni pulak suka tidur pegang jari Bonda, tak pun peluk tangan.Jenuh!.Tidur tu nak dempek ja dengan kita.Ganas pun ganas.Dah tidur tu, jap kaki dekat badan Bonda, jap pusing sana, pusing sini.Dah tidur, tak sedar dah apa dia buat.Tu Zahra tak suka selimut.Senang nak menganas kud, hihi.

Zahra, suka sangat tidur pegang tangan orang.Kekadang main jari kita, kadang peluk tangan kita.Mana syiok pada dia lah kan.Anak Bonda, Zahra, tidur tangan pegang tangan Bonda.Mata pejam rapat.Tidur sungguh lah tu.Tidur elok  na, jangan berjaga dah.
Zahra ni kekadang nak tidur tu banyak jugak kerenahnya.Sebelum tidur tu nak kena nyanyi lah.Bukan lagu Dato CT ok, Zikirullah dia suka.Berzikir lah sampai dia tidur.Dulu-dulu masa kecik tidur mata tak berapa nak rapat, Babah cakap macam Bonda dia lah.Bonda dia memang macam tu lah dia tidur.Mata tak pernah rapat.Kekadang tak taw Bonda ni tidur ke tak, haha.

4 Pengomen:

Bonda & Zahra Jual Aiskrim Malaysia

22:20 Bonda Zahra 4 Comments

Haih, tolong jangan gelak ok bila tengok semangat aku dengan Zahra nak berniaga aiskrim Malaysia ni.Haha, bukan apa sejak viral aiskrim sumi tu, aku macam dapat satu idea nak meniaga lah aiskrim ni.Layankan ja, sambil buat duit tepi.Bersemangat lah aku p beli barang-barang dekat kedai borong.Dalam kepala otak ni duk fikir, musim kemarau ni semua orang nak makan benda-benda sejuk.Gerenti jalan lah bisnes aku ni, kikiki.

Aku pun mula lah buat aiskrim dengan gigihnya, dengan dibantu oleh kakak aku & anak dia.Penuh lah peti ais Mak aku dengan aiskrim aku tu.Aku jual aiskrim aku ni dekat koperasi sekolah aku.Ramai budak sekolah kan, strategik sangat, hihi.Aku ada terfikir jugak nak jual dekat area rumah aku ni.Ramai juga budak-budak dekat sini.
Iklan Aiskrim Malaysia Bonda buat;)

Kalau hari minggu aku tak p mana-mana, aku memang buat banyak-banyak terus stok aiskrim.Selang dua hari tu memang selamat habis dibeli.Hurm, laku jugak lah.Alhamdulillah.

Aku memang minat nak berniaga.Apa ja ada peluang, semua nak niaga.Aku jual aiskrim sumi, aiskrim bandung lenkong dengan aiskrim choki-choki satu 40sen.Barang mahalkan sekarang.Kalau nak jual murah rugi lah wei.Tapi aiskrim yang lain satu 20sen ja.

Sekarang kalau keluar beli barang ja, sambil tu aku beli stok-stok pelbagai perisa untuk aiskrim aku tu.Excited ja tiap kali nak buat aiskrim, huhu.Tapi kalau hari kerja tu, mata kuyu ja.Sempat buat 1 ke 2 perisa ja.

4 Pengomen:

Blogwalking Segment by RedBellas

17:01 Bonda Zahra 10 Comments

Berlansung hingga 17 Mac 2016.

Jum pakat join!.Klik banner di atas untuk info lanjut.

10 Pengomen:

Selalu & Senang Demam Lepas Bersalin

16:41 Bonda Zahra 2 Comments

Hai semua, semoga semua kawan-kawan blogger sihat walafiat hendaknya.Tapi kalau ada yang diuji dengan sakit di saat ni, pujuk lah hati, sabar & redha dengan ujian Allah.Tu yang terbaik.Dalam pada tu kita usaha menyembuhkan.

Cakap pasal sakit kan, ada tak Bonda lain yang macam aku, baru lepas bersalin (dah habis pantang, tapi anak masih bawah 1-2 tahun) yang rasa hampa sekarang ni senang sakit.Senang kena demam, selsema, batuk.Dulu jarang-jarang nak MC, tapi sejak ada anak ni dah lah anak pun sebulan sekali mesti nak demam, Bonda pun kerap pulak demamnya.Cuti tahunan pun duk bekurang dah.Kerja di ofis tergendala.Dilemakan?

Aku rasa benda ni bukan aku ja yang hadap kud.Ramai sebenarnya.Tambah pulak dengan cuaca sekarang yang tak tentu.Bila panas, panas terik tapi tiba-tiba hujan pulak siap dengan ribut.Bertabah ja, hukum alam memang macam tu.

Dah jadi Bonda ni kan, kalau boleh tak nak jatuh sakit.Kalau Bonda yang jatuh sakit, payah lah.Bonda ni kalau sakit pun, dia tak boleh nak cuti dari tugas hakiki dia.Nak pulak ada anak kecik ni.Aku pun dah rasa.Tak larat pun nak kena basuh berak anak jugak.Bukan sentiasa nak boleh mintak tolong orang lain.Tapi ni bukan mengeluh ya.Ini realiti & salah satu punca kenapa badan kita ni lemah daya tahan penyakit.Sebab badan tak cukup rehat memang senang dapat penyakit.

Kenapa Imun Badan Kita Boleh Jadi Lemah?
Jom semak


  • Penjagaan Dalam Pantang Kurang Rapi
Ni memang jadi faktor penyumbang.Walaupun dah abis pantang tapi still senang jatuh sakit.Mayb masa dalam pantang kesihatan kita belum betui-betui baik.Mayb kita rasa ok, dah sihat & boleh makan macam-macam, tapi sebenarnya dalaman kita masih lemah.Dalaman tu bukan ja hal kewanitaan tapi jugak merangkumi semua sistem tubuh badan.Urat saraf, sel-sel & otot kita mayb masih penat akibat mengandung & bersalin, & belum pulih sepenuhnya.


  • Selalu Penat

Penat memang sinonim dengan kita yang ada anak kecik ni.Payah nak cari Bonda yang ada baby ni yang tak rasa penat.Bonda sekarang pulak banyak yang bekerja.Ada yang kerja ofis hour, ada yang kerja shift & ada jugak yang bekerja di rumah atau surirumah.Surirumah pun pekerjaan taw.Surirumah lagi lah penat, anak 24 jam dengan kita.Diri sendiri pun tak sempat nak belek.Apa pun kerjaya kita, semuanya buatkan kita selalu terkejar-kejar & kepenatan.


  • Tak Cukup Tidur

Haha, gelak jap.Kalau lah ada Bonda yang dah melahirkan anak dia dapat cukup tidur 6 jam sehari, bertuah sungguh lah!.Ni dia lah pengorbanan Bonda sejak mengandung lagi sebenarnya tidur si Bonda dah terganggu.Bila anak dah lahir, memang tidur-tidur ayam ja lah.Pengalaman dengan Zahra ni, sekarang ni baru aku merasa tidur lena.Dah besar kan si Zahra tu, dah tak bangun malam nak susu.Haih, dekat 2 tahun kud tak cukup tidur dalam erti kata sebenar.Dan, sahih!!.Kurang tidur ni lah jadi punca utama aku senang sakit.Aku boleh nampak pattern dia.Kalau aku kerap stay up, or stay up berturut-turut tu, jaga-jaga lah.


  • Stress

Stress jadi punca utama imun badan jadi lemah.Bila kita letih, kita tak cukup tidur, kerja rumah tak kesudahan, tambah pulak dengan masalah tempat kerja atau masalah lain yang sebagainya, kita memang akan stress!.Bila dah stress, fungsi imun badan akan makin lemah & makin senang lah diserang oleh bakteria atau virus.Tu yang jap sakit tekak, jap selsema.Dah tu lambat baik pulak tu.

Rasanya tak banyak, 1 antara di atas tu mesti dihadapi oleh Bonda-bonda lain kan.

Haih, apa lah nak buat.Past is past.Kita dah tak boleh nak balik ke zaman berpantang.Throwback boleh lah.So, jaga tubuh badan & kesihatan sekarang jugak!.Tak kisah lah berapa umur anak kita pun.Dah 6 bulan ka, dah boleh berjalan ka, atau anak dah lebih 2 tahun pun, kita still ada peluang untuk jaga kesihatan kita sekarang.Apa orang kata, Better late Than Never, hihi.Tapi, kena extra rapi lah.

2 Pengomen:

Boleh Pakai Subang Cute-Cute

21:24 Bonda Zahra 2 Comments


Ahad lepas bawak Zahra p tindik telinga kat One Price Shop.Actually dah lama sangat-sangat nak bawak Zahra p tindik telinga.Tapi takda keberanian.Takut tak tahan sakit lah.Babah Bonda sibuk lah.So minggu lepas lah baru berkesempatan.Pengalaman pertama ni nak tindik telinga anak, hihi.Haih, baru 1 tahun 3 bulan nak tindik telinga dah.Kemahin hang Zahra no.

Aku nak tindik telinga awai bukan kenapa, sebab senang masa kecik ni dia tak taw lagi apa yang orang buat dekat dia.Esok dah besar, nanti bawak keluar ja pistol nak tembak telinga dia.Dia lari!!!!!.Tara ni pun duk cerdik sangat dah.

Masa kecik ni dia nangis jap ja.Nanti kalau tembak masa dah besar sikit confirm nangis tak hingat.Tapi Zahra ni jenis tahan sakit.Lagi pun kalau tindik awai ni, senang nak pantang.Kan 2 minggu lepas tembak telinga, tak boleh makan benda yang boleh menyakitkan & buat telinga menanah.So kalau kecik ni senang lah kita pantau apa yang dia makan.

Comei lah anak Bonda tindik telinga.Nampak ayu ja, hihi.Baik ja Zahra, tak usik lansung telinga dia.





2 Pengomen:

Lama Tak Berblog

12:29 Bonda Zahra 0 Comments

Hai semua..Assalamualaikum.Terima kasih sebab sudi singgah blog aku ni.

Ya Allah, lamanya rasa tak menulis apa-apa entry.Kalau ikutkan teknikal blog, agaknya dah tentu blog aku ni dah jatuh ke anak tangga  terbawah, haha.Aku sihat-sihat ja.Menghilang sekejap di alam maya, menyibukkan diri sikit.Betul aku sibuk, bukan buat-buat sibuk taw.

Yang pasti sebab yang sebenar aku dah lama tak menulis ni ialah aku dah sikit teramat sibuk dengan kerja aku.Banyak kerja yang membuatkan aku tak sempat nak curi masa walaupun lepas waktu keja untuk menulis blog ni.Lagi pulak tahun ni aku kena audit awal.Hampa taw lah kan aku sekarang sorang dekat ofis.Belum ada pengganti arwah PO aku.Haih lama dah kud, dah nak dekat setahun.

Dah melencong sasaran aku nak tulis entry sekurang-kurangnya 1 entry setiap hari.Memang tak terdaya buat masa ni.Sedih pulak rasa mengabaikan blog ni.Kekadang aku kena korbankan masa rehat aku nak siapkan kerja.Aku terpaksa tidur lewat lepas Zahra tidur nak siapkan kerja yang tak sempat aku buat 5 hari seminggu waktu kerja.

Gagal merancang aku ni, ishh.Sampai bawak balik kerja bagai.Takpa sikit hari lagi kerja aku akan makin terurus.InsyaAllah.Akhir kata, lepas ni aku akan kembali konsisten dengan blog aku, hihi.Nantikan entry-entry aku na :)

0 Pengomen: