Rezllene Giveaway by Dyllarezan

22:17 Bonda Zahra 12 Comments

klik banner untuk join

Tarikh tutup:11.59 pm 05/03/2016 (Sabtu)

12 Pengomen:

Lazzad Cafe Lagi, Lagi & Lagi

21:22 Bonda Zahra 0 Comments

Menu
Western Food
Da Happy Zahra!

Petang semalam habis ja beli barang dapur dekat Tesco, Mak & family kakak aku & kakak aku yang sorang lagi ni terus nak p makan.Bawak p Lazzad Cafe lagi, lagi, lagi & lagi (berapa banyak lagi dah), hihi.Ok petang ni nak makan benda lain jugak selain sate.Kami duduk meja luar, bes sikit, berangin.

Untuk menu petang ni aku order sate ayam 15 dan sate daging 5.Daging tu mesti nak ada, sebab aku suka daging.Macam dalam entry yang lepas ada aku ceritakan yang sate ni memang sedap lah!.Aku pun dah lupa macam mana rasa sate kajang, sebab pernah makan sekali masa aku darjah 3, tapi aku setuju yang sate dekat Lazzad ni memang sate kajang.Dan harganya sangatlah berbaloi.3 cucuk dah kenyang.Lembut, Gemuk, Sedap, Memang UMMPH!.
Sate ayam, daging + nasi impit
Cey, belagak Zahra ni.
Posing kemain sambil makan sate, ish!.

Selain tu, aku ada order menu lain jugak iaitu Laksa & Mee Kari.Menu Lazzad ni macam ala-ala kopitiam gitu lah.Chinese punya type makanan.Kan kita kekadang, terliur dengan chinese-type food ni, so sesuai sangat lah ke Lazzad ni.Dalam Mee Kari dia ada fishball, crabstick lagi, pergh!.Dengan air kasturi asam boi, laici, milo ais, tea o ais & panas, harga semuanya hanya RM55.70.Bagi aku cukup berbaloi.
Mee Kari
Laksa
Favourite aku, Kasturi Asam Boi.
Markonah in da house!


Untuk yang teringin nak cuba, ni alamat Lazzad cafe:
Lot 3549, (Ground Floor) Jalan Maharaja Lela,
34000 Taiping, Perak.

Waktu operasinya pada hari Selasa-Ahad, 2.30 PM-12.00AM

0 Pengomen:

Tentang Maaf

21:16 Bonda Zahra 0 Comments

Memaafkan & melupakan.Senang untuk diungkapkan tapi payah untuk dilakukan.Sebab kita sebagai manusia biasa, bila kita terluka kita nak kembali melukakan.Sebolehnya kita nak balas orang yang buat kita terluka dengan balasan yang setimpal, sebab kita nak depa rasa apa yang kita rasa.Tapi dengan buat macam tu, balas kesalahan dengan kesalahan kembali hanya akan buatkan diri kita bertambah teruk.Luka tak akan sembuh.Hati akan semakin sakit.Dada akan semakin sesak.

Maafkan orang walaupun orang tak mintak maaf.Kalau still sakit hati, bila orang dah mintak maaf, maafkan diri sendiri sebab terlalu lemah & mudah sakit hati.Maafkan orang lain sebab takda orang yang sempurna.Kalau rasa diri tak bersalah, itu ego.Sesekali mengalah lah, sebab mengalah tak bermaksud lemah.Mengalah bermaksud kita kuat untuk robohkan ego sendiri.Maafkan orang lain, maafkan diri sendiri.Berhenti dari berdendam & berhenti dari saling menyalahkan.

Maaf mayb bukan segalanya.Tapi siapa tahu, dengan merendah diri untuk mengucap, memberi @ menerima maaf, kita akan temukan sikit ketenangan & kelapangan pada dada kita yang sesak dengan pelbagai kesakitan.Maaf mayb tak boleh mencantum kembali hati yang berkecai.Tapi mayb boleh menampal sesuatu di situ.Maafkanlah.Sebab Tuhan mengasihi orang yang menahan marah.

Selamat Berhujung Minggu Awak Semua!

0 Pengomen:

Rezeki Menang Giveaway MBO Cinema Voucher

11:59 Bonda Zahra 4 Comments

Hai semua, hari tu aku ada join GA dari blog arwendanish.Hadiahnya free voucher MBO Cinema.Voucher ni boleh redeem tiket wayang & makanan sekali.Seorang pemenang akan dapat 2 tiket.1 tiket bernilai RM16.

Alhamdulillah, aku tersenarai sebagai salah seorang pemenang untuk dapat voucher MBO ni.Terima kasih sangat!!.Siapa yang ada join tu, cuba lah check nama hampa.Mana taw ada rezeki menang jugak.Semua ada lima pemenang.


Yeah, boleh bawak Zahra tengok wayang free lah!


4 Pengomen:

Dah Menari Pulak Si Zahra Ni

00:27 Bonda Zahra 0 Comments

Hai uolls, hihi.Tengok tajuk atas taw dah kan apa yang aku nak cerita pulak kali ni.Bila dah semakin membesar ni, dah semakin banyak lah keletah & ragamnya haih.

Sekarang Zahra dah teror menari.Percaya tak?Menari cara dia lah.Faham ja lah budak 1 tahun 3 bulan menari macam mana kan.Ada aku rakamkan.Nanti tengok dekat bawah ya.

Kalau dengar lagu yang rancak ka apa ka, mula lah Zahra tergedik-gedik menari.Sampai Babah pesan jangan duk ajar sangat, haha.Bukan Bonda yang ajar pun.Zahra yang belajar mana entah.Taw-taw dah boleh menari bagai.Kalau aku nyanyi ka, alunkan zikir ka Zahra berinjut-injut, hihi.Pantang dengar lagu mesti nak menari.Pagi-pagi hantar rumah TokWan, Zahra duk menari dalam kereta dengar selawat.

Kalau lah Zahra dah lancar bercakap, agaknya setiap hari Bonda akan dengar Zahra nyanyi lah pulak kud.Tapi sumpah nak gelak tengok Zahra menari, haha.Nak tengok?



0 Pengomen:

Satay Kajang Dekat Taiping

17:15 Bonda Zahra 2 Comments

Ni lah kedainya, berhadapan dengan medan selera belakang bomba, berdekatan dengan Taman Tasik Taiping.

Semalam aku ajak kakak aku, anak-anak dia, Zahra & Mak ke Taiping.Muat lah satu kereta.Ada urusan aku nak buat, huhu.Dah setel semua, aku ajak Mak dengan depa semua pekena sate kajang.Jangan terkejut dekat Taiping pun ada sate kajang taw!.Dekat mana lagi kalau bukan Lazzad Cafe.Ini memang tempat favourite aku ok.Nak-nak time bercinta dulu, haha.

First time nak buat review ni memandangkan ni adalah tempat favourite aku & pelanggannya boleh tahan ramai, dengan susahnya nak dapat parking confirm lah mesti sedap punya.
Kami makan dekat dengan kaunter, sebab dekat luar dah penuh.Kalau duduk luar lagi best.
Setiap hari ada special menu.
Inilah satenya, sate ayam & sate daging + nasi himpit.

Sate dia besar-besar.Sekali ngap sate besar tu kena 5 batang pun dah kenyang.Sedap!!.Sate dia lembut ja.Harga walaupun mahal sikit compare dengan tempat lain, tapi puas hati ok.Sebatang Ayam, 90sen.Daging, RM1.00.Cuma kuah tu sikit sangat, lain kali bagi mangkuk besar sikit ya, hihi.

Air favourite aku, Kasturi Asam Boi, memang terbaik.Recomended!(aku letak gambaq air aku ja,Sebab air aku paling best, haha)


anak sedara aku, si markonah wajib lah ada (y kecik molek tu)
Cinta Hati sampai ke Syurga aku.
Tuan Tanah, haha.

Lagi satu specialnya tempat ni bukan setakat ada sate, macam-macam ada.Pelbagai jenis nasi ayam, favourite suami aku ni.Sebab tu tempat ni jadi port makan kami dulu-dulu, hihi.Selalunya kalau makan nasi ayam, tak semua ikut selera suami.Tapi nasi ayam dekat Lazzad Cafe boleh tahan sedapnya.Goreng-goreng pun ada.Dan yang paling baru, makanan western.

p/s:lapaq sate pulak tetiba, haha :).Anyway, Zahra takda dalam gambaq ni, sebab Zahra tidur.

2 Pengomen:

Giveaway Sugarscarf by zeeralily

12:17 Bonda Zahra 2 Comments


klik banner untuk join

SYARAT PENYERTAAN

1) Mestilah follow blog ini telebih dulu
2) Follow Instagram @zeeralily cari gambar ini dan tag rakan anda
3) Like Facebook :
4) Buat 1 entry bertajuk 'Giveaway Sugarscarf by zeeralily'
5) Copy banner diatas & back link pada entry ini
6) Dalam entry tu, copy semua info dalam entry ini
7) Lastly, tinggalkan link penyertaan pada comment entry ini



HADIAH UTAMA

Sugarscarf Lana Basic Premium Shawl - Lana Ash Pink
Hope By Sugarscarf - Hope Kate Ribbon Red



SAGUHATI
Skin Care Product 

Bagi berlaku adil, Pemenang akan dipilih secara Top Referral & Lucky Draw

Wish u all the best!

2 Pengomen:

Giveaway MBO Cinema Voucher

15:31 Bonda Zahra 2 Comments

Harap tak terlambat untuk join GA ni, hihi.
klik banner untuk join

2 Pengomen:

Dugro Madu Favourite Zahra

14:46 Bonda Zahra 0 Comments



Hari ni nak cerit bab susu Zahra lagi.Ni pun sebab malam tadi p Tesco beli susu Zahra.So terasa nak cerita lagi pasal susu Zahra ni consume.

Macam yang pernah aku cerita dalam entry sebelum ni (bagi siapa yang pernah terbaca lah), Zahra sekarang dah minum susu Dugro sejak umur 5 bulan sampailah sekarang.Cuma bila Zahra dah masuk 1 tahun, aku bagi Dugro Madu dekat Zahra.Susu ni senang ja cari kan?Dekat mana-mana pun ada.

Macam-macam susu dah try sebelum ni, tapi Dugro Madu ni memang Zahra suka, manis kod, hihi.Alhamdulillah sampai sekarang, masih setia.Selagi Zahra tak reject susu ni, minum lah ye anak!.Senang tak payah nak tukar susu ni.Nanti ada yang berak terlebih keras lah, terlalu cair lah, tak berak lansung lah.Kembung perut lah.Haih, bagai- bagai lah.Malas nak fikir.So far harga susu Dugro Madu Step 3, RM23.90 untuk 900g.Sebulan Zahra akan guna dalam 2-3 pack.Bajet dalam 2 pack 900g lah.Malam tadi susu ni ada discount kat Tesco.Dapat RM21.80 se pack.Ok lah tu, jimat RM2.10!.

Teringat pulak masa tengah pening fikir susu Zahra, duk cakap sorang-sorang dekat ofis, berdoa "Zahra cakap ja nak susu apa, mahal ke murah Bonda beli!", hihi.So, tak boleh complaint apa.Diam ja.

Bak kata pepatah, kita kerja ni untuk anak.Sebab kita sayang anak kan?

0 Pengomen:

Corak Baru Diapers Zahra

19:03 Bonda Zahra 0 Comments

Harini nak cerita pasal pampers si Zahra.Hari tu aku p Tesco.Ni la pasaraya favourite aku sejak jadi Mak-Mak ni kan.Ada ja pasaraya lain dekat sini tapi jarang aku p.So p je lah tesco ni.Suka kat Tesco sebab senang nak cari barang.Kalau beli barang dapur ka apa memang dekat sini lah.

Selalu aku memang beli dua pack pampers Zahra.Ni tinggal satu pack dah nak habis.(pampers tu brand kan.Actually diapers lah).So aku pun p lah cari diapers Zahra minggu lepas.Memang Zahra guna Pet Pet Daypants lah sekarang kan.Setia ok!.P tu, tetiba nampak Pet Pet Daypants corak baru lah.Tetiba terexcited  giler.Hoi, dah kenapa, diapers ja pun, haha.Sindrom Mak-mak memang macam tu kan.Macam lah si Zahra tu taw pakai pampers design apa.Terus amik saiz M.Masih saiz M ye.Kecik ja Zahra, sian dia.Harga ada sale jugak, walau tengah excited tahap apa, tengok jugak harga tu, hihi.


Zahra dah lama pakai Pet Pet.Dulu aku try sebab aku tengok harga dia ok.Tapi Pet Pet memang ok lah.Aku rasa permukaan diaper Pet Pet ni paling lembut antara brand lain.Saiz dia agak besar untuk saiz M.Pants tak mudah koyak.Tapi corak kartun tak semeriah Drypers.Boleh pulak aku bandingkan corak ya.Tengok Bonda Zahra ni sangat mudah terpengaruh dengan kartun.Kartun pada diapers sangat memberi impak kepada kelarisan produk taw.

0 Pengomen:

Giveaway nurinkhairi x SHAKLEE Collagen Powder-Menangi Penginapan Swiss Garden Resort

13:03 Bonda Zahra 19 Comments

Jum join GiveAway ni, untung-untung menang boleh p honeymoon dengan Babah & Zahra, hihi.Amin.
klik banner untuk join

19 Pengomen:

Cerita Dari Suami Tercinta

12:37 Bonda Zahra 0 Comments

Simbolik Seekor Sang Rama-Rama & Thoreqahnya (Perjalanannya)

Renungkan,

Fasa Pertama
Seekor ulat yang selalunya menjadi jijik khususnya buat kita manusia.Maka sang ulat terhina & malu.Lalu membawa dirinya jauh dari makhluk yang lain untuk sementara waktu.Berusaha bagi mengubah dirinya itu.Dimanakah tempat yang sesuai bagi sang ulat?Tentunya tempat yang terlindung, yang selamat dari bahaya untuk mengubah dirinya yang namanya KEPOMPONG.

Fasa Kedua
Di sinilah tempat sang ulat mengubah diri, peribadi agar menjadi berseri suatu hari nanti.Sudah tentu sang ulat merasa sedih kerana terpaksa meninggalkan & menjauhkan dirinya di dalam kepompong ini.Tapi demi diri peribadi, dia berjuang untuk dirinya sekarang.Menebus pandangan makhluk yang hina padanya & juga untuk kebahagiaan dirinya akan datang.

Fasa Ketiga
Setelah cukup syaratnya bersusah payah serta bermujahadah & beristiqamah, maka jadilah ia rama-rama.Sudah tentu lah makhluk akan merasa suka, sayang, kasih, cinta apabila melihat serta menyaksikan keindahan yang digelar sang rama-rama itu.Begitulah thoreqah sang rama-rama.



0 Pengomen: