Favourite Baru Zahra

22:44 Bonda Zahra 2 Comments

Aku cuma tengok ja.Teruja jugak hari ni bila anak aku makan tanpa bicara 'amoh=tak moh@tak nak" macam sebelum ni bila aku masak spaghetti.Makin nak menambah lagi ada.Dah aku tengok tu, aku pun pelik,'aik, anak Bonda suka makan spaghetti ka?'.Tu lah teguran cepu emas aku.Zahra angguk-angguk, haha.

Alhamdulillah, maknanya lepas ni boleh lah aku masak spaghetti selalu sebab Zahra pun suka.



Nampak spaghetti aku tak menarik lansung kan?haha.Tudia cerita dia macam ni, aku dah tersilap beli spaghetti satu bab, pesan kakak aku beli daging hancur, daging burger pulak dia beli, haih.Tapi aku bantai masak jugak lah, dah barang ada.Janji masuk mulut sudah kan?

salah beli yang angel hair punya, haluih macam bihun.
favourite semua ni

2 Pengomen:

Birthday GA By Farahdeena Fisal

15:48 Bonda Zahra 2 Comments

CLICK PADA BANNER UNTUK JOIN

salam and hye people :),

. This is farahdeena second giveaway. Dan giveaway kali ini dibuat semperna birthday blogger
 farahdeena pada 9 february ni. So, nak cari 5 orang blogger yang bertuah untuk memenangi HADIAH MISTERI. 

Tapi kalau ramai yang join mungkin  jumlah yang bertuah akan berubah. hehe. 


Untuk join Birthday Giveaway By FARAHDEENA FISAL ini. mudah ja syarat dia :)

Emoticon 1.  buat entry bertajuk "Birthday G.A by FARAHDEENA FISAL" 


Emoticon 3.follow ig farahdeenafisal

Emoticon 4.follow ig Farahdeena Shopholic


Tmat pada 19 february 2016, jom join ramai-ramai 
SmileySmileySmileySmiley


2 Pengomen:

Feeling Nervous Jumpa Suami

13:52 Bonda Zahra 0 Comments

Hampa pernah tak rasa berdebar ja kalau nak jumpa suami hampa?Kalau aku kan, aku selalu rasa berdebar ja bila suami aku balik sekali sekala, tak pun lama-lama tak jumpa ka.Aih, cewi kan?haha.Aku kan PJJ dengan suami aku, so dua minggu sekali baru kami jumpa & kalau jumpa tu mesti rasa macam masa duk bercinta dulu, berdebar, seram sejuk, cait!!.Lepas tu mula lah fikir, nanti jumpa mula-mula nak buat apa, nak salam ja ka?peluk cium sekali boleh?hihi, gatai!!

Minggu lepas, Alhamdulillah aku balik Kedah jumpa suami aku.Suami aku ok & semakin sihat nampak gayanya, tak nak kalah dengan aku.Cuma tangan dia pulak terseliuh jatuh main bola.Haish, masa aku nak balik sana baru lah dia nak bagi taw.Takut kena marah lah tu!.

Jumaat tu aku mintak dekat Boss aku balik awal sikit.Aku bertolak balik Kedah dekat pukul 7.00pm.Alhamdulillah, jalan tak jem, pukul 10.00pm dah sampai Kedah.Masa dalam perjalanan tu, berdebar ja hati.Tak sabarnya nak jumpa, ringdu sangat dah ni.Happy gila.Sampai ja sana tengok muka insan yang paling aku sayang, happy to the max!.

Aku p dekat suami aku, malu lah, hihi.Jumpa, salam, cium pipi kanan, pipi kiri, peluk, haha.Malu aih, tapi aku happy ok!.Lepas tu bestnya sembang tak ingat lah.Zahra pun sama naik, dialah yang paling happy dapat jumpa Babah dia.Selalu takda Babah, ada Bonda ja.Best lah tu.Berjalan sana sini.Berlemuih main.Happynya dapat spend time dengan Babah & Zahra.Syukur, Alhamdulillah.

0 Pengomen:

Permohonan Pertukaran Buat Kali Ke-3

14:42 Bonda Zahra 5 Comments

Isu pertukaran memang bukan isu kecil buat aku.Beruntung lah bagi yang senang ja nak dapat tukar.Tak banyak yang nak difikirkan.Tak payah nak pening-pening kepala dengan EGTukar & kerenahnya.Tapi bagi aku yang jauh dari suami, ni adalah isu utama yang sentiasa dalam kepala.
Aku dah mohon 2 kali, ni baru buat permohonan baru pulak.Aku mohon buat kali-3, aku harap permohonan aku ni biar lah berjaya.Dalam masa ni aku tak pernah lagi naik turun KPM Putrajaya untuk rayuan.Majoriti memang susah nak dapat pertukaran.

Terasa kecewa, tapi tetap redha dengan ketentuan Allah ni.Jangan lah banyak kali gagal, tak nak redha dalam keterpaksaan.Rezeki aku nampaknya masih di sini.Belum tiba masa untuk berkhidmat di negeri orang.Aku akur!.

Keputusan bagi pertukaran yang aku baru mohon ni akan keluar pada April ni.Untuk pengetahuan hampa, pertukaran  ni diuruskan secara online melalui EGTukar Bukan Guru.Aku harap jawapan aku tak mendukacitakan.Tapi aku redha ja apa pun keputusannya.

Permohonan aku yang lepas bukan gagal kerana tak dilepaskan oleh Guru  Besar atau JPN Perak, tapi tak diterima atas alasan tiada penempatan.Tak pasti pulak aku masalah ni berkaitan dengan tiada pengganti tempat aku, tiada kekosongan di negeri yang aku pohon, atau ada masalah lain.Mungkin ada alasan yang lebih kukuh untuk permohonan aku tak diterima.

Aku mohon pindah bukan sebab tak suka kerja di sini.Tolong fahamkan ya, hihi.Kalau tak takkan lah aku bersusah payah  nak cuba berkhidmat dengan sebaik mungkin dekat sini.Tapi ada komitmen lain yang perlu aku pertimbangkan terutamanya berkaitan dengan menunaikan tanggungjawab terhadap suami.Isteri mana yang nak berjauhan dengan suami?Terutamanya disaat kita dah ada cahaya mata.
Jujur aku cakap, aku tak faham mekanisma yang digunapakai oleh depa yang terlibat dengan proses pertukaran ni.Tiada mekanisma yang jelas yang boleh aku jadikan sandaran.Tempoh berkhidmat, status, & jarak, lansung tak dapat jamin yang aku akan berjaya dalam pertukaran aku.Aku harap pihak yang berkenaan dapat menstrukturkan semula kerja pertukaran. supaya ada mekanisma yang lebih jelas, telus & boleh lebih dipercayai.

Walaupun aku dah gagal, aku takkan putus asa.Aku akan cuba berbakti sebaik mungkin untuk tahun ni di sini.Tak nak aku jadikan isu pertukaran ni sebagai alasan untuk aku tak berkhidmat dengan baik.Aku still ada tanggungjawab sebagai PT yang perlu aku jalankan sebaik mungkin.InsyaAllah.

Aku percaya, setiap ketentuan pasti ada hikmahNya.Dan kalau kita rasa kita susah, ada orang lain yang jauh lebih susah dari kita.Sabar akan indah pada akhirnya, kan?.Ni bukan nak merungut atau salahkan sesiapa.Cuma nak meluahkan.Terima kasih kerana sudi mendengar luahan hati ni.



5 Pengomen:

Giveaway Cash RM500 Jan 2016 by Emas Putih

15:35 Bonda Zahra 28 Comments

Giveway January Cash RM500 by Emas Putih|  Salam. Dijemput join GA uzu ni. GA pertama untuk tahun 2016.  Sila tekan banner kalau nak join GA ini. Terima kasih.
[Tekan Banner Di Atas Untuk Join]
Ini ada satu produk baru yang membantu menghilangkan jerawat dalam masa 24 jam iaitu REFINITY Acne Hydrogel ! Ada 6 sebab kenapa anda perlu mencuba hilangkan jerawat anda dengan cepat iaitu :

1. PANTAS BERTINDAK
Formulasi Acne Hydrogel FOKUS pada rawatan jerawat dan bekas jerawat bagi menjadikan wajah anda kembali licin bersih berseri.

2. SENANG & MUDAH
Hanya sapu 2 kali sehari dan tunggu hasilnya. Cepat meresap dan kering tanpa rasa kesan minyak.
3. SESUAI UNTUK KULIT SENSITIF
Tidak seperti produk lain di pasaran, Acne Hydrogel diperbuat dari bahan herba Asli yang sangat efektif dalam rawatan jerawat dan bebas dari bahan kimia. Oleh itu, ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.

4. PENGIKTIRAFAN
Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (NOT151105679K) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PO-BMF-PPIM01407). Diyakini halal dan dijamin keberkesanannya.

5. 98% PENGGUNA BERPUAS HATI
Hampir 10,000 botol dijual setiap bulan dan hampir kesemua pengguna berpuas hati dengan kesannya. Setiap hari kami menerima testimoni positif dari pengguna.
Sesiapa yang berminat boleh dapatkan REFINITY Acne Hydrogel di http://refinity.com.my/ . Hilangkan jerawat anda semudah A B C dan sepantas kilat dalam masa 24 jam !! 

Harga  : RM70 sebotol / 2 botol RM130 *hargapromosi*
SMS / WhatsApp : ‘CLEAR’ ke  019-544 3000

Giveaway January2016 Cash RM500 by Emas Putih disponser oleh Emas Putih , dan Refinity Malaysia. Terima kasih kerana join GA ini :)

28 Pengomen:

Selamat Hari Lahir Mak

16:22 Bonda Zahra 2 Comments

Mak, selamat hari lahir yang ke 64, orang doakan Mak dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan diberikan kebaikan yang banyak.Semoga segalanya yang terbaik untuk Mak baik di dunia mahupun akhirat.(bahasakan diri orang ja selalu, kekadang nama)

Mak, sesungguhnya orang sayang dekat Mak sangat-sangat.Takda insan yang orang nak jaga hati & berbakti melebihi Mak.Mak lah ibu yang terbaik di dunia ni, yang amat memahami perasaan orang.Orang taw, orang ada jugak melukakan hati Mak.Maafkan orang Mak.

Mak, masa kecik dulu, walau apa pun dugaan yang mendatang, tapi Mak tak pernah abaikan kami.Mak memang tabah & kuat.Maafkan orang kalau masa kecik dulu orang selalu menyusahkan Mak, melawan cakap Mak.Mayb masa tu kecik lagi, tak pandai nak fikir.Maafkan orang Mak.

Mak, orang taw Mak sayang sangat dekat orang kan, Mak sayang dekat kami semua kan.Ingat lagi Mak sedih, Mak menangis masa orang kahwin.Oh Mak, I'm so touch.Tapi Mak relakan jugak demi kebahagiaan anak Mak.Orang takkan abaikan Mak.Orang janji Mak.

Mak, terlalu banyak jasa Mak masa orang kecik sampai sekarang yang tak terhitung banyaknya.Terlalu banyak hingga tak terkata.Apa ja yang jadi dekat orang, semua orang nak cerita dekat Mak.Tapi Mak layan ja anak Mak ni.Mak lah ibu & jugak teman rapat orang dari kecil sampai sekarang & InsyaAllah selamanya.Terima kasih Mak, i love u so much.

Terima kasih Ya Allah kerana memberikan aku peluang merasai nikmat kasih sayang dari seorang ibu.Terima kasih Ya Allah kerana aku punyai ibu bapa yang sangat baik.Akhir sekali, Selamat Hari Lahir buat Mak yang tercinta, Mak lah ibu terbaik di dunia.Sayang Mak.

2 Pengomen:

Jodoh Tak Kenal Usia

22:47 Bonda Zahra 0 Comments

copy dari FB, Malaysia Viral Story

Lelaki Muda Dari Perempuan-Perempuan yang lebih tua dari lelaki ni selalunya bersikap matang, setia, banyak menegur, peramah.Suka tengok orang yang dia sayang tu bahagia, tapi dia suka bersedih sendirian.Ego, cemburu, sensetif, mudah prasangka, cepat merajuk, susah dipujuk, susah nak faham kehendaknya, tak suka ditegur.Emosi tapi hampa jangan risau sebab dia ni seorang penyayang & pandai menghargai orang.

Perempuan Muda Dari Lelaki-Ini normal tapi macam sweet kan.Perempuan macam ni selalunya jenis yang ceria, kelakar, cakap banyak, sporting tapi kuat cemburu.Sensitif & lelaki kena banyak ikut kemahuan dia.Kurang matang tapi memahami.Sebenarnya perempuan yang lebih muda dari pasangannya ni, nak kan perhatian yang lebih dari pasangannya.

Perempuan Lelaki Sama Umur-Couple yang sama umur negatifnya sama- sama ego.Susah nak memahami antara satu sama lain, rajin gaduh, mood yang berubah-ubah.Masing-masing pulak nak tunjuk hebat tapi jangan risau sebab pasangan macam ni tetap setia.Biasalah darah muda.

Aku kategori yang mana taw tak, yang sama umur tu, haha.Fakta tu ada jugak lah yang betui dengan tak.Ego tu Fitri ja kud, aku cool, kikiki.Susah nak memahami?eh tak lah, aku dengan Fitri memang saling memahami.Rajin gaduh?Takda lah rajin, tapi kalau gaduh pun aku ni jenis yang suka mengalah.Betui, tak tipu ok.Mood tu kalau ada yang tak kena baru berubah, kalau tak baik-baik saja.Setia, ofcoz lah, hihi.Aku memang pencinta setia ok.Alhamdulillah, apa pun fakta, berkahwin jugak aku dengan Fitri, bercinta dari zaman sekolah.Semoga jodoh aku berkekalan hingga ke Syurga.

Apa pun, yang belum berjodoh semoga bertemu jodoh yang baik & yang dah berjodoh terima lah jodoh kita seadanya, saling melengkapi & semoga berkekalan hingga ke Syurga.InsyaAllah.

0 Pengomen:

Segmen Blogwalking|Yaya Cendana

19:38 Bonda Zahra 17 Comments

Hai semua, jum join segmen ni ;)
klik banner untuk join

17 Pengomen:

Zahra Suka Lego

22:33 Bonda Zahra 0 Comments

Hai..Aku bukan suka sangat Lego ni.Kalau suruh aku merekabentuk dengan Lego, confirm aku stress sampai boleh menangis, haha.Senang cakap Lego bukan bidang aku.Eh, aku keja kerani kan sekarang ni.

Tapi ni yang Zahra suka
Sebenarnya, aku teringin nak beli yang betui original Lego.Lego best, Lego lagi banyak dia punya block yang boleh create macam-macam.1 kelebihan Lego ni lagi, nanti kita boleh top up dia punya block.Sebab ada jual lain untuk top up block tu.Tapi ni aku beli yang murah ja.Kualiti pun tak setanding.Alah, untuk main-main camni, beli mahal ka murah ka, kalau hilang sama jugak, haha.

Zahra nampak cenderung minat Lego ni.Tapi Zahra banyak pecahkan dari membina.Tak taw apa lagi kud.Baru setahun lebih, tak pandai main lagi.
Aku kalau nak ajar main masak-masak boleh lah.Ajak main Lego tak pandai lah.Paling-paling pun aku tolong susun Lego tu ikut bentuk, hihi.

Sepah ni jangan cakap lah.Salah satu sebab Bonda marah sebab ni lah.Kalau terpijak benda ni, sakitnya kaki.Tapi Zahra suka sangat main Lego ni.Tutup ja lah sebelah mata.Aku kan Bonda yang penyabar.

Bagus jugak main Lego ni, boleh bagi otak budak- budak berfikir sikit nak create sesuatu dari block-block tu.

0 Pengomen:

Apa Jadi Bila Suami Isteri Jauh-Jauh

16:02 Bonda Zahra 2 Comments

Bunyi macam tak syok, tapi ramai antara kita yang duk hadap benda ni.Suami duk Kedah, isteri pulak terperuk dekat Perak.Macam-macam lah lagi lokasi yang memisahkan pasangan walaupun sementara tapi cukup menyesakan oi.
Tapi kalau orang memang suka hidup bujang mayb hal macam ni depa tak kisah.Dah kalau hari-hari duk teringat, duk terbayang-bayang tu dah kira parah tu, haha.Nak makan sedap sikit pun duk teringat dekat suami, isteri tak lepas jugak nak telan.Tapi kalau makan nasik dengan ikan masin saja pun lalu kalau ada suami, isteri dekat sebelah.Nak buat macam mana tu?.

Kekangan hidup macam penempatan kerjaya yang banyak memisahkan anak dengan abahnya.Memisahkan isteri dari perhatian suami.Kata pepatah jauh dimata dekat dihati, betui ka macam tu?Jauh dimata seksa ku rasa ada lah.

Dugaan macam ni mintak-mintak lah dijauhkan.Selain soal hati, budget pun satu hal jugak kan.Kena amik kira jugak tu.Yelah, untuk melepaskan ringdu bukan free di zaman GST ni, hihi.

Kita kena sabar, setiap penantian ada hikmahnya.Tunggu & lihat.Apa yang kita buat, InsyaAllah akan berjaya.Kena lah cari penyelesaian yang terbaik.Semoga yang jauh dapat didekatkan, yang dekat dirapatkan, haha.

2 Pengomen:

Ena Nak URL

16:36 Bonda Zahra 15 Comments

Jum kita join segmen ni, simpel sangat syaratnya.Sambil tu, boleh kita eratkan silatulrahim dalam dunia blogging ni.

klik banner untuk join

15 Pengomen:

MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz

10:21 Bonda Zahra 29 Comments




Assalamualaikum
MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz | MAA Takaful berhad merupakan satu syarikat insurance yang telah lama bertapak di Malaysia. Simpanan bertakaful MAA adalah simpanan yang dilaburkan di dalam dana syariah, yang menepati segala aspek- aspek yang telah ditetapkan dalam islam. Dana ini juga dilindungi oleh PDIM yang menjaga institusi perbankan dan insurans sekiranya terjadi apa-apa kepada syarikat pelaburan.

Peningkatan kos sara hidup yang tinggi kadang kala memaksa kita untuk membuat persediaan keewangan awal bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku pada masa akan datang. Lebih-lebih lagi persediaan KOS PENDIDIKAN ANAK-ANAK masa kini. Mennyedari masalah ini, MAA Takaful dengan berbesar hati menghulurkan tangan kepada anda para Ibu Bapa bagi membimbing anda dalam merancang keewangan dari aspek pendidikan anak-anak anda. Dengan perancangan keewangan ini, anda bakal menerima sebanyak RM 25 930.00 dengan hanya penyimpanan RM 100 setiap bulan. Memang berbaloi. Untuk maklumat lanjut sila klik (DI SINI).  


Bagi membantu anda mendapatkan maklumat terperinci tentang Pakej Pendidikan Takaful ini, boleh lah bertanya dengan mana-mana agent MAA Takaful ataupun bertanya secara personally dengan Encik Nizam di talian 0176338008 (call/whatsapp/telegram). Sudah pasti layanan istimewa akan diberikan. (Klik di sini kalau nak mengurat abang Nizam ni yer)

Anda semua inginkan barangan seperti Diari dan Cash khas dari MAA takaful? Jom join MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Syarat-syarat seperti berikut:

Syarat-syarat:

1. Sila follow blog di bawah
2. Buat satu entri SEBIJIK macam entri ni siap dengan banner dan backlink segala bagai dengan tajuk MAA TAKAFUL CASH GIVEAWAY by Papaglamz. Nak mudah copy and paste coding kat bawah ni jer (WAJIB)

3. Dah sudah buat entri SEBIJIK macam entri ni, paste link URL entri dalam runagan komen di bawh ni.

Mudah kan? 3 step je. Tak banyak la. Hehehe 

Hadiah yang bakal di menangi

Tempat pertama - RM50 + Diari Khas dari MAA
Tempat kedua - RM 30 + Diari Khas dari MAA
Tempat ke tiga - RM 20 + Diari Khas dari MAA
Saguhati 1 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 2 - Diari Khas dari MAA
Saguhati 3 - Diari Khas dari MAA

Pemilihan pemenang adalah secara random by Random.org

Jangan lupa join tau. Sila la war-warkan pada yang lain. Tarikh Tutup Penyertaan adalah pada 31 Januai 2016. 

**Senarai peserta akan di kemaskini dari semasa ke semasa.

With Love
Papaglamz

-seikian-





29 Pengomen:

Nur Zahra Aressa

11:14 Bonda Zahra 2 Comments

Hokay hari ni nak cerita pasal anak manja aku tu.Memang selalu cerita pasal dia pun kan, hihi.Esok dah besar, dah pandai baca blog ni mesti anak aku tu happy kan.Dan mayb dia akan fikir yang Bonda dia ni sayang sangat dekat dia.InsyaAllah kalau boleh setiap perkembangan anak aku ni aku nak masuk dalam blog ni.Semua cerita tentang kami akan aku blogkan.Kalau rajin boleh lah update hari-hari.Kalau sibuk tu, faham ja lah.Tenggelam timbul lah jawabnya.

Anak aku yang comei ni, dan lagi tu angkat bakul sendiri, hihi.Nur Zahra Aressa, dari lahir kan memang tak banyak ragam, Alhamdulillah.Tapi itulah perkembangan dia macam lambat sikit.Umur 3 ke 4 bulan baru lah berjaya meniarap.Nak kata tembun, tak pun.Tapi aku sabar ja.Janji anak aku sihat & aktif.

Zahra mula mengesot bila umur 6 bulan.Umur 8 bulan ke 9 bulan barulah berjaya merangkak.Merangkak slow ja.Bila dah pandai merangkak, barulah Zahra boleh duduk dengan sendiri pulak.Sedih ja rasa.Anak orang lain dah boleh merangkak laju dah.Tapi kali pertama nampak Zahra merangkak tu aku rasa happy sangat.Dalam pada tu, aku sedih.Risau perkembangan anak aku tak normal ka apa.Tengok anak orang lain umur 1 tahun dah pandai berjalan slow-slow.Tapi Zahra sekarang 1 tahun 1 bulan, duk meniti lagi.

Sekarang Zahra laju lah merangkak.Memanjat pun sama naik.Aku dah tak sabar dah nak tengok dia berjalan.Tapi Zahra duk fasa meniti lagi.Aku sabar.Sebab Zahra sentiasa aktif & jarang tak sihat.Alhamdulillah, mayb tu satu kelebihan.Tapi kekadang stress jugak bila ramai yang duk tanya kenapa anak aku duk merangkak lagi, tak berjalan lagi.Aku boleh senyum ja lah.Malas nak layan sangat sebenarnya.Tapi dalam hati ni sedih lah.Dan yang pasti kesedihan tu hanya Tuhan yang tahu, huhu.

Tapi malam semalam, Zahra dah mula menapak slow-slow.Haih lah Zahra, bukan tak boleh, tapi penakut sangat.Aku, Ibu, Tok Pah, Kakak Kembar, Kakak Kinah, sama-sama sorak bagi sokongan dekat Zahra tiap kali nampak melangkah setapak demi setapak.Zahra biasalah seronok lah bila kita bersorak ramai.

Tapi, hampa mesti tak percaya, anak aku ni ringan mulut.Umur 10 bulan dah pandai sebut dua tiga perkataan dengan jelas.Sekarang ni dah lebih jelas.Rasa terhibur pulak dengar sebutan-sebutan dia tu.Terlampau comei sangat sebut.Contoh Mama, Papa, Ibu, Kakak, Abang, Pah, Wan, Hafiy tapi Tok Pah dia p panggil Mak, haha.

Dah pandai mintak roti.Nampak ja roti dia akan sebut 'ti, ti'.Susu takda pulak pandai sebutnya.Pandai tunjuk ja.Ada jugak perkembangan Zahra yang aku ambil video & post dekat Instagram.Siapa yang ada follow IG aku mesti taw.Zahra memang budak banyak mulut.

Zahra pun pandai bila suruh buat mata, buat geram, flying kiss, bye2, salam dengan orang.Geram ja aku dengan Zahra ni.Apa pun Bonda sayang anak Bonda.

10 hari bulan ni Zahra dah 1 tahun 2 bulan.Mulut makin pandai.Akai lagi pandai, hihi.Syukur, anak aku membesar dengan bijak.Betui lah macam orang tua kata setiap perkembangan budak ni tak sama.Kalau dia lambat berjalan mayb dia cepat bercakap & macam tu lah sebaliknya.

Bonda harap tak lama lagi Zahra akan buat kejutan pada semua orang.Cepat pandai berjalan & boleh berlari dengan jayanya ya.Apa pun Bonda sangat bersyukur & cukup bangga dengan Zahra.Terima kasih Ya Allah atas anugerah ini.Sesungguhnya Bonda sangat menyayangi Zahra lebih dari segalanya.






2 Pengomen:

Azam Terlewat Tahun 2016

11:46 Bonda Zahra 2 Comments

Harapnya masih belum terlambat untuk aku berazam pada tahun 2016 ni, hihi.Selain dari kurus, kurus & kurus, impian aku pada tahun baru ni ialah aku nak bertukar duduk bersama suami di Kedah.Ya Allah, harapnya dipermudahkan lah.

Selain tu, nak jadi yang lebih terbaik buat suami tercinta & buat anak tersayang, InsyaAllah.Apa pun aku harap impian terbesar aku tu terealisasi lah.Haish.Dan semoga aku dapat kurus, haha.

2 Pengomen: