Yeah!, Zahra Dah Berhenti Hisap Puting.

19:23 Bonda Zahra 0 Comments

Zahra Dah Berhenti Hisap Puting.


Assalamualaikum semua. Ni kisah cik Zahra dengan putingnya, haha. Kalau perasan kan, sebelum ni Zahra suka sangat isap puting. Kalau nak p mana-mana tu puting tak pernah tinggal. Sebabnya budak ni bukan boleh tidur kalau takda puting. Maunya dia menjerit sepanjang malam. Disebabkan aku tak nak dia merengek, nanti aku tak cukup tidur, so selalu memang layankan ja lah kehendak Zahra ni.

Sebenarnya Zahra ni isap puting dari dia baby lagi. Biasa lah kan, bila dia mula nak mengamuk tu sampai Bonda tak dapat nak selesaikan, puting lah jawabnya. Tu pun puting pertama Zahra bukan aku yang beli. Kebetuan abah aku ada bagi set botol baby MAM masa aku bersalin dulu, boleh pulak ada sekali puting dalam set tu. So, bila jadi kejadian  Zahra mengamuk tak berhenti tu, Opah dia sarankan lah bagi dia isap puting. Memang terus senyap, hihi.



Puting pertama Zahra. Nampak Zahra yang sangat kecil masa ni. Puting pun lagi besar dari mulut dia, haha.

Hangpa tengok gambar dekat bawah tu. Memang tak lepas puting tu dari mulut dia, p mana, buat apa. Puting dekat mulut ja. Lawak lah tengok gaya si Zahra ni. En.suami selalu cakap, "Esok besar jongang lah gigi dia ni', hihi. Biar lah dia tu, suka sangat isap puting kan, hihi. Aku memang plan nak ajar dia stop isap puting sebelum ni tapi ingat biar lah lepas dia 2 tahun. Bagi dia can dulu isap puas-puas, boleh macam tu?, haha.


Tapi kan, sebenarnya sejak seminggu yang lepas, Zahra dah tak isap puting dah taw, yeah!!. Aku lah yang paling happy bila tengok dia dah boleh tidur dengan mudahnya sekarang. P mana-mana pun tak payah sibuk nak bawak puting dah. Zahra ni pun stop isap puting secara tak sengaja. Alkisahnya Zahra ni isap puting sejenis tu ja, jenis MAM tu. Jenis lain dia tak nak. Dah tu, masa kami p bercuti hari tu, puting zahra tu tercicir dekat mana ntah. Malam balik bilik baru aku sedar. Nak cari mana wei, puting MAM malam-malam dekat Penang ni.

So, jenuh aku & en.suami memujuk Zahra. Nasib lah Zahra ok. Eh, tak sangka pulak aku mudah ja nak berhentikan puting dia. Sibuk lah aku fikir nak bagi apa, nak buat apa untuk bagi dia berhenti puting sebelum ni.

Bila tengok keadaan macam tu, aku dah dapat agak boleh terus stopkan Zahra dari isap puting. So, memang aku tak carikan lagi lah puting yang biasa dia isap tu. Mula-mula memang ada jugak dia merengek nak tidur tapi aku pujuk-pujuk sambil tepuk-tepuk, dia ok.

Bila malam pulak dia terjaga, ada jugak mintak puting, aku pujuk-pujuk dia, dia lena balik. Akhirnya dah masuk dua minggu ni dia boleh tidur tanpa puting. Cuma sejak berhenti isap puting ni, dia lagi kerap minum susu pulak. Kira ok lah kan?


Lepas ni, lagi comel lah Zahra bergambar tanpa puting, hihi!.



You Might Also Like

0 Pengomen: