Sekejapnya Dah 7 Tahun

7 Tahun Berkhidmat


Assalamualaikum semua. 3 Disember 2009 sehingga sabtu kelmarin 03 Disember 2016 maka genap lah 7 tahun aku berkhidmat di sini. Happy 7th anniversary to me!, hihihi.

Dah lama kerja

Sekejap sangat masa berlalu kan? Pejam celik, pejam celik dah 7 tahun. Bukan lah suatu masa yang singkat tu ok. Lama tu!!. Daripada zaman anak dara sehingga beranak satu. Daripada ramping sampai lah semangat macam ni ha, haha. Dah tu, asyik jamuan makan ja dekat sini kan, banyak sangat makan freenya.

Banyak lah kenangan manis pahit dekat sini. Yang manis ja kita ingat ok, yang pahit tu kita buang jauh-jauh. Daripada di pejabat ni aku berdua sampai lah tinggal seorang pulak sekarang ni. Sunyi ja pejabat sekarang ni.

Tapi seronok dekat sini. Paling seronok cikgu sini semuanya sporting & saling tolong-menolong sesama sendiri. Ada ja lawak setiap hari. Tak kering gusi kalau semua berkumpul. Ada ja yang nak dibahankan. Baik sangat depa ni semua taw!. Dan tak lupa jugak Bos yang baik & memahami. Insyaallah, boleh bertolak ansur, hihi.

Hurm, tak banyak gambar aku ada dari mula kerja sampai sekarang. So tak boleh lah nak tayang dekat hangpa semua bagi hangpa muntah hijau, haha. Aku kongsi gambar yang mana ada ja lah ok.

Dah lama keja

Dah lama kerja

Akhir kata, walau apa ja tugasan yang diberi, insyaallah akan dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Terima kasih ya semua warga SKSA. Sayang hangpa semua sampai bila-bila.


1 comment

  1. Salam Sue , nampak cikgu punya exchange feed afb di blog pcl.. Welcome to group.

    Www.nazlee.com

    ReplyDelete