Sambutan Birthday Zahra & Abang Faris

18:35 Bonda Zahra 4 Comments

Meriahnya Sambutan Birthday Bersama.


Assalamualaikum.

Haih, sekarang ni memang hangpa akan baca cerita throwback aku ja lah. Sibuk memanjang kan?. Sekarang jenuh lah jari jemari aku ni nak menaip. Mungkin ada dah yang lupakan aku tak dekat sini, hihi.

Bulan November lepas iaitu sebulan lepas merupakan birthday anak dara aku tu, Zahra. Tak sambut meriah sangat pun. Cukup lah sambut dengan keluarga kecil aku ni ha. Sambutan ni pun dah lambat dari tarikh sebenar birthday Zahra. Its okay lah kan? Dah sibuk nak buat macam mana, hihi.

So, celebrate lah kami semalam. Beli kek dekat Kedai Ipoh Bakery ja. Tu ja lah kedai yang banyak pilihan. Tu pun berjam-jam duduk termenung depan kek-kek yang ada. Rambang mata oi!!. Tak taw nak pilih yang mana. Beli kek bukan ikut tekak sendiri tapi ikut pada tekak anak aku & pandangan mata dia kan. Kalau budak ni biasa lah, dia lebih tertarik pada sesuatu yang colourful.

Kek birthday hello kitty

So  akhirnya  ni lah rupa kek yang aku belikan untuk Zahra. Macam biasa lah minat dia, Hello Kitty, haha.

Candy booth, tema hello kitty

Goodiebag, tema hello kitty

Ni lah sambutan kecil-kecilan dekat rumah aku. Zahra sambut birthday sama-sama dengan Abang Faris. Sebab birthday Abang Faris dalam bulan November jugak. Selang 3 hari ja dengan birthday Zahra. So, kita gabung dua sekali, baru lah lebih meriah kan?

Sambut birthday dengan sepupu

Sambut Birthday dengan sepupu

Wajah-wajah polos yang sambut birthday masing-masing. Kami jemput jiran-jiran dekat rumah ja untuk sama-sama memeriahkan sambutan birthday ni. Suka tengok anak aku tu happy, sanggup lah aku ni ambil cuti. Bila melibatkan anak ni kan, aku akan usaha "free" kan masa untuk spend time dengan Zahra.

Ye lah kan sebagai Bonda, aku tak nak lah anak aku tu rasa kekurangan atau feel macam Babah Bonda dia ni tak pedulikan dia lansung. Budak-budak kan apa dia taw istilah kita sibuk atau susah. Yang dia taw kita sentiasa ada disisi dia masa senang, gembira, susah atau sedih kan. Okay cukup. Merapu dah ni, haha.

Sambut birthday dengan sepupu

Sambutan birthday semalam start pukul 4.30 petang & selesai 7.00 malam. Zahra masa awal tu tak nak tidur, risau lah aku takut dia buat perangai nanti. Alhamdulillah apa yang aku fikirkan tu tak jadi pun sebab bila Zahra nampak ja kek birthday dia, terus happy lah dia. Bertuah sungguh lah anak. Fuh, lega hati Bonda nak!.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun agak susah nak handle budak yang tengah membesar ni kan, hahaha.

Ok, sampai sini dulu ya. Next entry will coming soon. Bye.

You Might Also Like

4 comments:

  1. wah comelnya kek. happy belated birthday zahra n abg faris ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi, peminat setia hello kitty ni:).tq aina.

      Delete