Resepi Rendang Ayam Kampung

10:00 Bonda Zahra 1 Comments

Rendang Ayam Kampung


Assalamualaikum semua. Cuti-cuti sekolah ni kan bila semua balik kampung di rumah mertua, depa wajib lah tangkap ayam kampung, haha. Dan masakan yang jadi favourite depa ialah rendang. Masak lama sikit empuk lah ayam kampung tu kan?.

Rendang ayam kampung

Ok, ni aku nak kongsi dengan hangpa resepi rendang dari mak mertua aku. Mula-mula kan mesti kita sangka yang nak masak rendang ni payah, susah & remeh kan? Sebab tu lah orang masak rendang masa Hari Raya ja. Rupanya senang ja wei, main campak-campak ja ha. Tak percaya? Jum kita belajar masak rendang.

Resepi Rendang Ayam Kampung


Bahan-Bahan

1 ekor ayam kampung (ayam atau daging pun boleh)
15 biji bawang merah
1/2 inci kunyit
2 inci lengkuas
20 tangkai cili api
6 batang serai
1/2 cawan minyak
santan rm2.00
3 sudu besar kerisik
Gula dan garam secukup rasa
3 helai daun kunyit diracik halus

Cara membuatnya:

1. Kisar halus bawang, serai, halia, kunyit, lengkuas dengan air.

2. Panaskan minyak, masukkan bahan kisar & masak dengan api yang sederhana sampai pecah minyak.

3. Masukkan ayam kampung, kacau sehingga air ayam meresap bersama bahan kisar. Masukkan santan, kerisik, garam & gula dalam masakkan & masak hingga sedikit kering. Lepas tu masukkan daun kunyit yang diracik halus. Perasakan dengan garam & gula. Kalau nak simpan lebih lama, masakkan hingga betul-betul kering.

Cuba lah taw! Tak susah pun. Cuma masa memasaknya agak panjang sebab nak memastikan rendang kering. Biasanya aku sukakan yang agak-agak basah baru sedap bila dimakan dengan nasi, pulut, atau ketupat. Selamat mencuba!!.


You Might Also Like

1 comment:

  1. huu~ terliur !! kalau lah awak jiran kite.. hee~

    ReplyDelete