Persiapan Sambutan Birthday Zahra

19:12 Bonda Zahra 1 Comments

Persiapan Sambutan Birthday Anak Bonda.


Assalamualaikum.

Terima kasih pada yang masih sudi baca blog aku. Bila buka blog, ada jugak yang still baca entry lama aku. Alhamdulillah, terima kasih. Tapi entry lama dah boring dah, tuan punya blog ni sendiri pun lama dah tak jenguk blog sendiri. Busy sangat kan aku? haha. Tak sangka akan sebusy ni.

Last entry share pasal Zahra demam kan. Hari ni aku nak share idea yang datang & masuk dalam planning untuk sambut birthday Zahra. Rasanya dalam masa seminggu sebelum majlis kot aku planning & settle semua list apa yang nak buat. Alhamdulillah, kelmarin dah pun settle birthday party untuk anak sulung tersayang tu. Anak sulung tu, hoho.

Sebelum nak share benda ni, benda pertama yang aku nak share sikit ialah time buat birthday anak ni make sure jangan sampai time majlis tu berlansung muka tuan rumah, mak baby nampak lesu gara-gara letih buat tu buat ni. Sebab ni lah yang terjadi pada batang hidung sendiri hari tu, haha. Serious memang nampak penat, tapi takpa lah tak kisah pun. Janji semuanya berjalan lancar, hihi.

Pekara yang mula-mula aku plan ialah TEMA!. Tema tu penting ok. Kalau boleh cari lah tema yang bersesuaian dengan anak kita. Tak pun cari satu watak yang hangpa rasa anak hangpa suka dengan watak tu. Mungkin lebih pada cerita cartoon lah kan?. Sekarang ni pun ramai yang buat tema macam-macam. Yang penting, anak kita suka walaupun dia tak tunjukkan melalui perasaan sebab umur baru setahun dua, haha.

Sebelum ni kan aku pernah share, Zahra suka Hello Kitty. So, untuk ni aku pilih tema Hello Kitty lah kan. Nampak best pulak bila bertema-tema ni. Untuk banner flag tu aku DIY sendiri ja ikut kreatif aku, hihi. Sebelum ni main tempah ja kan?

Tema hello kitty

Next, cari baju Zahra. Mula-mula terfikir dekat siapa yang bleh custom made dress untuk Zahra ni, & tetiba terfikir why not guna ja baju yang pernah aku beli dekat Zahra hari tu. Tak penah pakai lagi, siap ada Hello Kitty ha. Yes!!, settle.


Background. Untuk background pulak, aku pinjam bidai rotan Mak Mertua aku. Haha, bidai rotan ja backgroundnya kan. Untuk background ni aku request more to simple & nampak santai bila orang tengok nanti. Means tak terlalu sarat dengan kain-kain layer yang bercampur-campur colour tu. Make it simple & natural. Plus aku request deco gambar gantung dekat bidai tu. Belon-belon jugak tak dilupakan, antara props yang penting lah sebab birthday party macam tak sah kalau takda belon kan, hihi. Sebenarnya alphabet yang dekat backdrop belakang tu tak masuk dalam plan pun. Tapi sebab nak bagi nampak meriah so lekatkan ja lah. Dah ada kan.

Gambar gantung

Decoration background, photobooth

Sambutan Birthday Anak

Aku ada buat candy booth jugak. Simple deco atas meja. Kalau ikutkan nak request fresh flower dalam vase, tapi fikir-fikir balik macam tak sesuai. Lagipun majlis birthday ni untuk 3 jam ja, hihi. 4.30 petang sampai 7 petang. Last pilih yang simple deco, DIY sendiri ja. Masa ni aku sebenarnya dah deco & susun awal dekat atas meja tu, huhu. Excited punya pasal. Ada macam-macam gula-gula aku letakkan dalam bekas-bekas tu.

Sambutan hari lahir anak, candy booth

Sambutan burthday anak, candy booth

Doorgift. Untuk doorgift pulak, target utama nak bagi dekat kanak-kanak ja. So doorgift tu memang bagi yang paling simple, hihi. Sebelum ni aku cari dekat google & mana-mana website untuk idea doorgift comel-comel untuk baby. Aku design ja ala-ala macam tu.

Doorgift, sambutan birthday anak

Doorgift, sambutan birthday anak

Simple ja macam ni. Aku buat dalam 30 pcs ja sebab takut lebih banyak pulak, haha. Memang ada ja lebih lagi ha. Dalam doorgift ni ada jajan ja. Simple sangat. Yassin yang aku pesan tak sampai pulak, haih.

Lepas dari majlis ni, malam tu terus flat satu badan. Tak larat nak buat apa dalam masa 2-3 hari. Letih satu badan. Settle semua perkara, hihi. Suka tengok bila kanak-kanak yang datang happy ambil makanan, ambil mainan, doorgift semua. Alhmdulillah rezeki sama-sama kita share & share kan kegembiraan sama-sama.

Tips Untuk Parents Yang Nak Sambut Birthday Anak.


1.Set nak buat dekat mana. Dekat sumah, sewa hall/ buat open air macam dekat taman permainan. Ada pro & cons buat dekat rumah. Kalau buat dekat rumah orang senang nak datang, saudara mara senang nak datang, & jiran-jiran. Cuma kalau ramai orang yang kita jemput, cost canopy diambil kira. Kalau tak ramai atau untuk yang terdekat, buat dekat rumah di bahagian garage kereta. Tak memerlukan canopy, cuma meja & kerusi ja. Dan mungkin tenaga lebih diperlukan buat dekat rumah sebab awal-awal nak kemas & bila habis majlis kena kemas lagi, hihi. Macam kerja kahwin lah.

2.Set nak buat pukul berapa. Waktu petang sangat digalakkan sebab senang parents nak bawak anak-anak datang. Kalau malam pun ok jugak cuma takut anak tu dah mengantok. Dan waktu petang kan lebih santai untuk kanak-kanak buat bising & menjerit time tu, haha.

3.Set tema birthday untuk anak. Kena ada, tak kisah lah tema apa pun. Janji nampak ceria masa majlis tu nanti.

4.Set menu untuk tetamu. Untuk birthday lebih pada makanan simple & friendly untuk kanak-kanak. Macam mee goreng, laksa, bihun, satay, ayam goreng, nugget, kentang, cendol & lain-lain. Macam birthday Zahra kelmarin ada yang kami masak sendiri & yang kami tempah. Menu yang dipilih:

  • Mee Kari
  • Laksa
  • Dadih
  • Kuih Tepung Talam
  • Puding Roti
  • Roti Jala
  • Agar-Agar Sirap
  • Nasi Lemak
  • Kuih Ketayap
  • Kuih Bengkang Ubi
  • Cupcake Coklat

5.Bahagi-bahagikan kerja. Make sure ada orang yang incharge dekat bahagian meja cake atau sekitar-sekitar situ. Sebab nanti  takut ada coklat yang dah habis atas meja, tapi tak refill. Padahal makanan tu semua ada ja bawah meja, haha. Sabar ja lah kan. Dekat sini penting jugak untuk make sure tempat cake tu tak bersepah.

6.Bahagikan tugas melayan tetamu.

7.Sediakan plastik-palstik kecil & besar in case ada makanan & lauk lebih. Kalau banyak lebih, boleh diagihkan dekat sedara mara, family & kawan-kawan. Plastik sampah jangan lupa.

8.Sediakan pinggan-pinggan kertas untuk letak kek lepas dipotong untuk agihkan pada tetamu. Benda ni nampak macam, simple, tapi kalau dah banyak benda sangat, mesti akan terlupa part ni. Ya, betul. Percayalah cakap aku. Kalau boleh letak depan-depan kek. Senang nampak.

9.Barang-barang berharga jangan letak dekat luar. Simpan dalam bilik. In case apa-apa kita tengah busy, tak sedar semua tu kan, macam-macam boleh jadi.

10.Tips yang last sekali, SENYUM, haha. Tips paling senang. Macam birthday Zahra hari tu, aku rasa orang boleh nampak aku penat. Tapi aku bantai ja senyum macam mana dekat semua orang datang, hihi.

Tu ja lah 10 tips yang boleh di sharekan untuk birthday anak ni. Apa pun kerjasama tu penting. Tak boleh buat semua ni seorang. Serupa macam kerja kawen jugak

Harap dapat jadi rujukan buat hangpa semua. Bye!

You Might Also Like

1 comment:

  1. waa.. bagus entri nih.. hee~ kakak pernah buat tapi memang uruskan sensorang.. penat nye lahai.. tapi puas hati sebab tetamu puji makanan sedap..

    ReplyDelete