Hati Seorang Ibu

10:55 Bonda Zahra 2 Comments

Hati Seorang Ibu, Mudah Kecil Hati & Merajuk.


Assalamualaikum semua.

Bila meningkat usia, hati makin sensetif, mudah terasa & merajuk. Bukan orang bercinta ja suka merajuk, orang tua masuk usia emas jugak mudah terasa hati. Walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental & tak ambil peduli.

Hati yang mudah kecil hati & merajuk
Ibu-ibu Terhebat Di Dunia, Haha.

Tambahan dengan anak-anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, bila anak buat tak taw & tak ambil peduli, kita rasa rileks ja. Sungguh Ibu atau Ayah pasti terasa hati & sedih. Sedih bertingkat-tingkat. Kadang tu bila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati. Takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak-anak. Mintak tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak buat sesuatu, bertangguh-tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati & kecil hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, sebab takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka. Dia rela mendiamkan diri & menangis sambil dalam hatinya istigfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira bila anak jadi derhaka. Apatah lagi bila anak melawan, membantah atau tak ambil peduli permintaan ibu ayahnya.

Seorang ibu tak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamuk gigit pun dia sanggup berperang kejar nyamuk, apatah lagi nak biarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia-sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh & mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tak reti menjaga hatinya. Tak sama sekali.

Sepenuh jiwa raga kita abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istigfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa-dosa kita & anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka sebab kita rasa kecil hati. Kasihan anak kita. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tak terus berasa kecil hati dengan anak-anak. Anak-anak tu pun sebenarnya diuji oleh Tuhannya agar menjaga iman & akhlak.

Oleh itu, wahai ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersekongkol dengannya, segera menjauhkan diri, istigfar jangan stop. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan biar sampai bergema dalam tempurung kepala. Doakan yang baik-baik untuk anak tu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir & beristigfar.

Sayang anak bukan ja masa di dunia tapi nak kumpul bersama-sama dengan anak di Masyar nanti sambil berjalan menuju ke Syurga. Terus-terusan berdoa agar Allah beri petunjuk & jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, bila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh gurau-gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab nak anaknya ke Syurga. Tak nak anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup menangis di dunia dari dia menangis di akhirat nanti bila cari anak tak jumpa-jumpa.

Seorang ibu pengasih setiap malam doa, meredhakan anak-anak, & mengampun dosa anak-anak. Walau anak takda minta ampun kepadanya. Doakan yang baik-baik untuk anaknya. Supaya bila mati, dosa anak-anak dengannya telah terhapus. Seorang ibu tak akan dendam dengan ankanya sebab tu adalah kerja sia-sia.

So, wahai suri-suri, jaga iman, jaga lah hati. Jangan sampai kita terdetik doa yang bukan-bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat kalau anak kita tak menjadi soleh solehah atas sebab kita selalu nak kecil hati & merajuk.

Utamakan anak kita sebab kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum ada jaminan sampai ke kita.

Tips, bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring, pejam mata, menangis tapi dalam hati jangan berhenti istigfar. Minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih & duka.

Semua boleh jadi Ibu solehah, semua boleh share entry ni. Ni pun aku share dari Facebook.

Sumber :Mak Liza

You Might Also Like

2 comments:

  1. terima kasih bonda zahra sebab mengingatkan :')

    ReplyDelete