Handbag Pilihan Bonda

14:20 Bonda Zahra 6 Comments

Handbag Sesuai Untuk Seorang Ibu.


Assalamualaikum semua. Haih, susah rasa sekarang ni nak rajin update blog. Banyak kerja yang nak kena settle. Time weekend balik jumpa suami pulak di Kedah.

Selalu time nak packing balik Kedah tu, terfikir-fikir jugak nak bawak handbag apa. Ye lah, nak balik jauh kan, dengan anak kecil lagi, rasa macam rimas pulan nak berhandbag bagai ni. Tapi kalau takda handbag pun payah jugak kan, nak letak purse apa benda penting dalam tu.

Aku ni pulak bukan jenis yang suka beli handbag pun macam orang lain. Aku kadang-kadang p shopping mall suka lah tengok orang beratur, sesak-sesak sebab nak beli handbag ja.

Aku ni macam lain sikit sebab aku tak taw handbag macam mana yang cantik. Aku rasa pakai apa pun ok ja. Tapi kan sebenarnya aku minat tengok bag yang macam dari natural resources. Macam kulit kayu ka, rotan ka, mengkuang ka, tali guni yang didandan ka. Aku memang suka. Kadang tu aku tak berapa pakai pun tapi aku suka nak beli. Aku tak kisah lah beg tu macam raga ka, macam bakul ka, guni ka. Aku rasa macam cantik, aku suka ja.

So, lepas ni ada siapa yang baik hati nak belikan aku hadiah, boleh beli beg-beg macam ni. Aku terima dengan senyuman sampai ke telinga, hahaha. Tak sempat pulak aku nak tangkap gambar beberapa koleksi yang aku ada.

Tapi sejak jadi Mak-mak ni kan, memang nak kena pilih handbag yang sesuai untuk dibawa. Sebabnya nak dukung anak lagi, dengan handbag lagi.

So, ni lah beg yang jadi pilihan aku, sling bag yang aku rasa simple & mudah sikit. Cantik jugak kan?

handbag sesuai untuk ibu

Handbag sesuai untuk ibu

Handbag sesuai untuk ibu

Walaupun size dia comel ja, tapi muat lah aku nak letak, purse, handphone. Ruang di dalam dia agak luas. Sesuai lah nak bawa santai-santai. Dan warna dia pun senang nak match, so aku beli ja.

Lepas ni boleh cari banyak beg macam ni lagi untuk tambahkan koleksi. Beg macam ni aku baru ada satu ni. Mesti Mak marah ja duit habis beli beg.

You Might Also Like

6 comments: