Day 2 : Excited Ke Entopia

03:29 Bonda Zahra 2 Comments

Entopia, by Penang Butterfly Farm.


Assalamualaikum. Hai semua, hari kedua di Penang. 

Kami ke Teluk Bahang, hari ni nak ke Taman Rama-Rama. Bila sampai ja tempat tu, aku terus pandang terkejut dekat suami, hahaha. Dah berubah tempat ni. Masa nak masuk tu, aku dah malas-malas nak masuk, sebab boleh tahan mahal bayarannya. Lepas bincang, kami pun setuju nak masuk.

Entopia Penang, taman rama-rama

Aku tak pulak tangkap gambar bangunan Entopia ni dari luar, hihi. Pameran dalam dia ok jugak taw. Zahra pun nampak enjoy ja ha.

Tapi bagi aku memang puas hati, sebab walaupun bayarannya agak mahal tapi berbaloi. Luas kawasan dalam dia. Dan ada macam-macam pameran dalam Entopia ni. Lepas ni nak datang lagi lah, bawak anak-anak. Eh?, haha.

Entopia Penang, taman rama-rama

Entopia Penang, taman rama-rama

First time masuk Entopia ni, jakun sekejap, haha. Best taw dapat tengok habitat rama-rama ni. Subhanallah, cantik sangat-sangat. So, layan dulu gambar-gambar ni ok. Enjoy!.

Entopia Penang, taman rama-rama

Entopia Penang, taman rama-rama

Entopia Penang, taman rama-rama

Entopia Penang, taman rama-rama

Entopia Penang, taman rama-rama

Sebenarnya banyak ja lagi gambar kami di Entopia ni yang menarik. Tapi tak boleh lah letak semua. Kalau hangpa nak taw apa yang menarik, hangpa kena lah terjah ke sini sendiri, hihi.

Dari Teluk Bahang, kami terus menuju ke arah pusat bandar. Dah sampai masa nak makan tengahari masa ni. Nak cari nasi kandar ke apa entah, jalan pun agak jem masa-masa ni. Kami nak makan di Kapitan Nasi Kandar. Tak sempat nak snap gambar nasi kandar nak tayang dekat hangpa, sebab tengah ribakan Zahra tidur masa ni. Settle lunch di sini kami pun meneruskan misi-misi jalan-jalan di sekitar Penang.

Kapitan nasi kandar penang

Malam ni kami ada plan dah. Datang Penang hujung-hujung tahun ni, mesti lah nak kena p Pesta Penang kan. Tak p, rugi!. Lepas maghrib , kami pun bergerak ke tapak pesta. Jauh jugak nak berjalan kaki wei, parking penuh yang dekat-dekat nu.

Tapi leceh tak dapat nak bergambar berposing dekat Pesta Penang ni, ramai sangat orang. Dengan anak kecil ni kan, malas lah nak berkobar-kobar sangat ambik gambar, hihi. Tapi aku sempat lah jugak shopping 2, 3 barang. Sampai bilik dah pukul 12,00 malam. Nak tidur, penat!. Esok nak balik dah.

Day 3: Hari Last Di Penang.


Ok, dah hari last kami dekat Pennag. Memang tak cukup sangat masa. Kalau macam hangpa nak jalan banyak lagi tempat, hangpa nak kena spend banyak hari lagi dekat sini, baru puas berjalan banyak tempat.

Alis guesthouse batu feringghi

Alis guesthouse batu feringghi

Sebelum p breakfast, kami check out dulu. Dalam pukul 11.00 pagi kami keluar. Pagi ni nak sarapan di restoran nasi kandar lagi. Sebab macam tak puas makan semalam. Nak buat macam mana, favourite en.suami kan. Layankan ja lah!. 

Siap makan kami pun nak gerak balik dah. Nak naik feri, jalan yang kami ikut tu tutup pulak. Bila pusing guna jalan lain, tak sempat dah nak naik feri. Haih, melepas!. Takpa lah, takda rezeki. Lain kali lah.

Sebelum gerak balik tu, aku sempat lah singgah dekat stesyen bas sini. Tadi tak sempat nak singgah beli jeruk Pak Ali. Beli jeruk dekat sini pun ok, RM5.00.

Maka berakhir lah cuti-cuti Malaysia kami di Penang kali ni. Insyaallah, ada rezeki kita p Penang lagi no. 

Ok, yang terlepas baca entri Day 1 dekat Penang, baca dekat sini taw!, Day 1 : Holiday At Penang.


You Might Also Like

2 comments:

  1. Seronoknya zahra pi entopia. ubai pun tk p lagi. hehe

    ReplyDelete