Day 1: Holiday At Penang

14:52 Bonda Zahra 2 Comments

Bercuti Di Penang Dengan Anak & Suami.


Assalamualaikum semua.

Hangpa semua sihat ka? Anyway terima kasih sebab singgah ke blog aku yang asyik on off bila update entry ni. Macam biasa cikgu-cikgu ja yang cuti masa ni. Cuti sekolah kan. Aku ni terpaksa lah ambil cuti sendiri bila nak bercuti.

Kali ni aku p cuti-cuti Malaysia, ke negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang atau Penang. Aku cuma nak share pengalaman bercuti aku ni supaya kenangan & memori aku, en,suami & Zahra di Penang ni tak luput dalam ingatan. Wah, gitu!. Haha. Dan mungkin dapat jadi rujukan buat kawan-kawan yang nak berjalan dengan keluarga terutama yang bawa anak kecil macam kami ni.

Jambatan Pulau Pinang

Percutian kami ke Penang ni kami plan bila en.suami balik dari Kedah ke Perak. Sebab suami cuti panjang so dapat lah ambil peluang ni nak p bercuti sekejap. Kalau tak aku teringin nak berjalan ke Langkawi hari tu, tapi nak ke Langkawi harus lah bawak duit banyak sebab nak shopping kan? Hihi. Takda bajet lah.

Takpa lah p Penang ja, sebab aku & en.suami pun teringin nak bermalam di Penang ni. Selalu p Penang tapi tak pernah bermalam. Sebenarnya aku teringin nak p taman rama-rama, makan laksa Penang, makan nasi kandar & berjalan bergambar di Penang ni.

Perjalanan kami bermula dari rumah pukul 5.00 petang Jumaat lepas. Alhamdulillah perjalanan kami lancar sampai ke Penang. Perjalanan di Penang macam biasa lah, ada satu-satu tempat tu memang jammed. Tapi en.suami dulu pernah duduk Penang, so takda masalah sangat. Dengan bantuan encik waze  lagi mudah perjalanan nak ke mana-mana.

Memandangkan kami sampai di Penang agak lewat, kami plan nak cari tempat tidur dulu di kawasan Batu Feringghi. Memang nak cari dekat kawasan ni sebab nak p jalan dekat night market dia. Cuti-cuti sekolah ni kan, memang lah harga hotel, chalet, homestay, resort ka guesthouse mahal semacam ja. Batu Feringghi ni boleh tahan jugak jauhnya dari bandar.

Ali's Guesthouse Batu Feringghi, Penang.


Kami sampai lebih kurang pukul 8.00 malam dekat sini. Yeah, kali ni kami stay dekat Ali's Guesthouse yang terletak di tepi pantai Batu Feringghi. Guesthouse ja mampu wei!. Konsep check in dia biasa ja. Zahra dah tergedik-gedik tengok pantai yang betul-betul berhadapan guesthouse ni. Sabar ya Zahra, kita masuk bilik dulu, esok kita p pantai ya!.

Ali Guesthouse, guesthouse batu feringghi

Ali Guesthouse, guesthouse batu feringghi

Ali Guesthouse, guesthouse batu feringghi

Ali Guesthouse, guesthouse batu feringghi

Aku takda rasanya nak cerita sangat review guesthouse ni, sebab ianya biasa-biasa ja. Bagi aku out of 10 boleh bagi 7/10 bintang.

Night Market Batu Feringghi.


Malam first tu kami plan nak makan dekat gerai-gerai yang banyak dekat depan jalan di sepanjang night market tu. So, kami pun jalan kaki & singgah dekat satu gerai ni. Nama apa entah gerai ni ha. Kami singgah dekat gerai ni sebab nampak macam tak ramai orang sangat, so dapat lah cepat sikit sebab lepas tu nak jalan dekat night market pulak.

Night market batu feringghi


Night market batu feringghi

Night market batu feringghi

Night market batu feringghi

Lepas makan kami p jalan dekat night market  Batu Feringghi ni. Dekat sini best ok!. Tempatnya lebih kurang macam downtown KL tu. Tawar selagi boleh nak dapatkan harga murah. Kami round dekat situ sampai lenguh kaki wei. Wajib p!. Jamu mata pun boleh.

Night market batu feringghi, naik beca

Night market batu feringghi, naik beca

Siap boleh naik beca lagi. Macam dekat Melaka tu. Kami pun tak lepaskan peluang naik beca tu. Mulanya risau jugak takut abang beca tu tak larat nak kayuh kami. Zahra tu tentu dah kecik, yang aku dengan en.suami ni lah, terlebih sihat, haha. Nasib lah abang beca oi!.

Dah habis jalan semua kami pun gerak balik bilik. Masa untuk luruskan badan & urat kaki, hihi. Tunggu next entri ok.





You Might Also Like

2 comments:

  1. Lama tak jalan-jalan Penang... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. penang ni cepat membangun kan? sat2 ja berubah.

      Delete