Selamat Hari Lahir Yang Kedua

10:02 Bonda Zahra 2 Comments

Selamat Hari Lahir Yang Kedua Untuk Anak Kesayanganku, Nur Zahra Aressa.







Kelmarin 10hb November dengan rasminya genap lah umur Zahra 2 tahun. Selama 2 tahun jugak lah aku menjaga & membesarkan Zahra. P mana, buat apa semuanya dengan Zahra. Aku bukan lah suri rumah sepenuh masa jadi tak dapat lah menjaga Zahra sepanjang masa.

selamat hari kesayangan anak bonda

Apa pun aku berharap semoga Zahra menjadi anak yang solehah, anak yang ingat segala jasa & pengorbanan Babah & Bondanya. Anak yang tak lupa untuk sentiasa mendoakan kesejahteraaan Babah & Bondanya di dunia & akhirat. Tak lupa jugak semoga Zahra membesar sebagai anak yang taat pada perintahNYA & berjaya di dunia & akhirat. Seimbang kedua-duanya.

Alhamdulillah, Zahra membesar sebagai anak yang mendengar kata. Tak banyak ragam. Tak banyak susahkan Babah & Bonda. Semoga Zahra membesar sebagai anak yang cepat matang & akan menjadi kakak yang baik serta contoh buat adik-adik dia nanti. Wah, dah berangan adik-adik tu!!, hihi.

Babah & Bonda harap semoga kehidupan Zahra akan sentiasa mendapat keberkatan dariNYA. Babah & Bonda tak pernah lupa sentiasa mendoakan Zahra.

Selamat hari lahir anak kesayangan bonda

Zahra, Babah & Bonda nak Zahra taw, bila Zahra dah ada adik nanti, tak kira lah berapa ramai adik Zahra pun, Babah & Bonda tetap sayangkan Zahra. Kasih sayang kami untuk anak-anak kami takda lebih takda kurang. Semua sama rata. Zahra kan anak yang baik, tentu Zahra boleh berfikir benda yang baik bila besar nanti kan? Selamat Hari Lahir Zahra!!!. Babah & Bonda sayangkan Zahra sangat-sangat.


You Might Also Like

2 comments:

  1. happy birthday...semoga panjang umur dah dimurahkan rezeki dan menjadi anak solehah..insyallah amin,,

    ReplyDelete