Sebab Dia Yang Pertama

12:35 Bonda Zahra 1 Comments

Yang Sulung Paling Istimewa, Sebab Dia Yang Pertama.


Assalamualaikum semua. Dah peluk & mintak maaf pada anak sulung kita?

Yang Sulung Paling Istimewa Sebab Dia Yang Pertama

Sebelum ada 2, 3, 7 mahupun 10, kita bermula dengan satu. Macam tu jugak anak, kita bermula dengan yang sulung. Sebab dia, kita belajar melahirkan, menyusukan, menukar lampin & macam mana mendidik anak-anak. Maniskan saat tu? Kekoknya kita tiap kali lalui benda baru.

Hadir yang kedua, kita mintak yang sulung untuk berdikari. Kasih jugak dah berbagi. Adakalanya terbit rasa kesal pada diri kita sebab kurangnya perhatian pada anak yang sulung.

Jum kita, gunakan setiap masa yang ada. Anak yang sulung jugak punya hati walaupun depa masih kecil. Jangan diikut amarah tu dengan melepaskan semua padanya. Setiap pagi peluk lah depa, sebelum tidur mintak maaf dengan depa seandainya kita terlepas memarahi atau tak melayani depa. Luangkan masa melayani anak yang sulung & kecil bersama-sama.

Orang luar tu hentikan lah berdialog, "Kesian dia, Ibu dah tak sayang dia. Ibu dah ada adik". Anak ni nampak kecil tapi depa memahami. Bimbang ia meninggalkan luka yang dalam di hati depa.

Hati yang luka masih boleh dirawat, tapi jangan dilengahkan. Jum kita peluk anak sulung kita setiap hari. Ucapkan terima kasih padanya sebab kita belajar banyak benda baru kerna hadirnya dia.

Sayang tu adil. Tapi yang sulung paling istimewa, sebab dia yang pertama.

Nur Zahra Aressa, maafkan Bonda. I Love U. ❤

Sumber : Nor Azura

You Might Also Like

1 comment:

  1. Betul..anak sulung ni lain macam sikit perasaannya.. btw anak sulung saya dah nak masuk darjah 3. dah besar...sobss

    ReplyDelete