Program Mudah Kurus Dr. Malinda

16:00 Bonda Zahra 0 Comments

Revolusi Baru Dalam Rawatan Obesiti


Assalamualaikum semua. Seperti yang kita sedia maklum, obesiti menjadi sumber kepada pelbagai penyakit. Ia merupakan masalah paling ketara dalam dunia hari ni. Obesiti ni dalam bahasa mudah ia merujuk kepada peratusan lemak badan yang berlebihan dalam badan seseorang individu tu. Kita boleh dikategorikan sebagai obesiti bila peratusan lemak badan kita melebihi 32% bagi wanita & 25% bagi lelaki.



Untuk pengetahuan kita semua, 50 tahun dulu penyakit obesiti ni hampir tak wujud dah. Ianya hanya wujud dalam dunia moden kini. Kenapa? Dah pasti ianya berkait rapat dengan gaya hidup masyarakat kini yang kurang mengamalkan gaya hidup sihat dalam kehidupan seharian mereka. Selain tu, ia jugak disebabkan pengambilan makanan yang tak bernutrisi. Mereka lebih suka mengambil makanan yang tinggi kandungan karbohidrat & gula. Sebab bagi pandangan tekak mereka, ianya lebih 'sedap'.

Bila bercakap pasal obesiti ni, automatik kita akan ingat lemak kan?. Pernah tak kita cuba nak berdiet dalam beberapa minggu, tapi nak turun 1-2 kg pun susah ha. Lepas tu, kita pun putus asa. Ya lah, jaga makan pun tak turun jugak. Kita pun balik kepada cara hidup yang lama. Sebab apa macam tu? Sebenarnya ada tiga jenis lemak dalam badan kita ni & tak semua lemak tu baik ya.

Lemak Untuk Struktur (Structual Fat)

'Lemak Baik' ni penting untuk protect organ-organ dalaman, sendi & membentuk rupa bentuk muka. Lemak ni biasanya tak digunakan sebagai sumber tenaga.

Lemak Normal (Normal Fat Reserve)

'Lemak Baik' ni ada di sekitar tubuh kita & akan digunakan serta dibakar sebagai sumber tenaga bila diperlukan. Fungsi seperti 'Tangki Tenaga'.

Lemak Abnormal (Abnormal Stored Fat)

'Lemak Tak Berapa Nak Baik' ni dikenali sebagai "Tisu Adipose". Ia adalah lemak yang tak diperlukan oleh badan & akan disimpan di bawah kulit, sekitar organ dalaman yang berfungsi sebagai 'Tangki Spare'. Lemak ni akan kelihatan 'membuncit' & 'berlipat-lipat' di badan kita!.

Lemak abnormal lah yang cukup sukar dibakar walaupun kita berdiet secara extreme. Habis tu kalau dah susah, macammana kita nak hapuskan lemak degil ni kan? Ok!, ni lah yang aku nak kongsikan.

Program Mudah Kurus Dr. Malinda




Dr. Malinda memperkenalkan program mudah kurus yang merupakan transformasi perubatan terbaru yang dikenali sebagai Human Chorionic Gonadothrophin (HCG) dalam dunia pelansingan.

HCG adalah sejenis hormon yang dihasilkan di dalam badan manusia lelaki & wanita. Bagaimanapun ia dihasilkan dalam kadar yang tinggi ketika wanita hamil, ni bagi memastikan perkembangan bayi yang sihat dimana ia membantu hipothalamus memberi ransangan untuk mengeluarkan lemak-lemak tersimpan sebagai sumber tenaga.

HCG jugak berfungsi sekiranya badan kita berada di dalam keadaan "kebuluran". Dimana HCG akan menggunakan lemak tersimpan dalam badan sebagai sumber pembakaran tenaga & ia memberikan 1500 hingga 4000 kalori sehari sebagai tenaga.

Bagaimana HCG Bertindak Sebagai Rawatan Obesiti?


HCG memainkan peranan penting dalam mengurangkan lemak badan melalui tindakannya kepada satu bahagian otak yang dipanggil hipothalamus. HCG akan memberi signal kepada hipothalamus untuk mengerakkan lemak-lemak degil yang tersimpan lama dalam badan.

Prinsip Yang Digunakan Dalam Rawatan HCG.


HCG akan berkombinasi bersama-sama dengan diet rendah kalori & prinsip pemakanan diet sihat. Ini akan memberikan "trick" kepada hipothalamus & membantu membuka kunci lemak di mana seolah-olah ia berada dalam situasi kecemasan yang memerlukan lemak abnormal digerakkan. Pergerakkan lemak ni akan membekalkan 1500 hingga 4000 kcal sebagai tenaga melalui pembakaran lemak abnormal.

Jangan risau, dalam program ni semua manual & menu pemakanan akan disediakan. Kita jugak takkan berlapar sepanjang program ni. Tapi kita akan rasa lebih bertenaga sebab program ni akan membekalkan supplement sebagai nutrisi tambahan. Ia jugak selamat!.

Dengan bantuan pakar, program ni akan berlansung selama 23 hari dengan tiga frasa berbeza iaitu Loading Phase, Burning Phase, & Maintainance Phase. Hanya perlu suntik di bahagian lemak yang nak dibuang. Again!, jangan risau, ada pakar yang akan mengajar kita untuk melakukan suntikan yang betul.

Kebaikan Rawatan HCG


Rawatan HCG ni bukan sahaja membantu membuang lemak-lemak lama tapi ia jugak membantu badan kita menjadi lebih pejal & padat. Ia hanya akan menggerakkan lemak abnormal tanpa mengganggu tulang & otot. Selain penurunan berat badan, kesan yang lebih ketara ialah "inch loss". Saiz baju biasanya akan berkurangan satu atau dua saiz yang lebih kecil.

Selain dari penurunan lemak badan, kita jugak akan dapat memperbaiki tahap keseluruhan badan kita, HCG akan membantu untuk seimbangkan sistem endokrin, menghasilkan endroplin yang akan membantu untuk emosi yang lebih baik, fokus & bertenaga. Rawatan HCG ni ialah transformasi baru dalam dunia pelansingan!.


Bagaimanapun program ni sangat bergantung kepada disiplin, keyakinan, konsistensi & kekuatan impian kita untuk mendapatkan kesihatan yang lebih baik!. Set minda kita!. 23-46 hari ni adalah hari untuk kita membersihkan diri (Cleansing Program), pembuangan lemak & detoksifikasi. Matlamat bukan sekadar untuk kurus ja tapi lebih sihat untuk jangkamasa panjang.

Testimoni Rawatan HCG





Macammana nak bermula? Mudah ja. 

Hubungi Dr.Malinda : 017 508 4430

Email di drmalinda@gmail.com. 



Daftar hari ni!. Ucapkan selamat tinggal kepada kehidupan yang tidak sihat!.


You Might Also Like

0 Pengomen: