Pengalaman Kena Cakar Kucing

17:49 Bonda Zahra 0 Comments

Sakitnya Kena Cakar Kucing


Assalamualaikum semua. Kelmarin aku kena cakar kucing. Sakitnya!!. Sampai sekarang masih sakit lagi. Kenangan tragis betul, haha. Kucing tu garang wei, aku lalu ja depan dia, terus dia terkam aku.

Apa entah angin kucing tu hari tu, kaki aku dia kerjakan. Meleleh darah keluar dari tapak kaki aku. Aku yang terkejut ni menjerit satu rumah. Habis Mak aku pun terkejut, hihi. Oleh sebab ni kali pertama, aku panik sikit. Aku amik tisu tekap bagi darah stop. Lepas tu halakan dekat air mengalir, darah masih meleleh. Dalam jugak luka ni. Pedihnya wei, nak jalan pun sakit. Kena dekat tapak kaki ni ha, bahagian tu kan lembut.

Takut dah aku tengok kucing pun. Tapi memang sebelum ni aku ni penakut kucing dah. Dah jadi macam ni, bertambah takut lagi lah nampaknya. Walaupun kucing ni kan jenis comel, manja gitu, dia tetap ada perangai pemangsa dia kan? Ceh, ceh, haha.

p/s:Maaf tak dapat share gambar aku yang kena cakar kucing.

You Might Also Like

0 Pengomen: