Pelanggan Selalu Betul?

Pelanggan Selalu Betul


Customer always right

Assalamualaikum. Haha, kadang-kadang boleh lah nak pakai frasa dekat atas ni. Tapi kadang-kadang rasa macam nak meroyan jugak. Sedar tak sedar , macam dah lama jugak aku menceburkan diri dengan perniagaan kecil-kecilan ni.

Aku ni keja makan gaji jugak. Alhamdulillah perniagaan kecil-kecilan ni dapat jugak duit tepi habuan nak beli barang, nak tambah apa-apa. Insyaallah. Paling kurang pun ada lah bantuan lain kalau sesak-sesak tu.

Berniaga ni memang seronok kan? Banyak yang aku belajar. Dari bab nak uruskan modal, nak uruskan stok, nak layan pelanggan, melayan kerenah pelanggan & jugak menjaga emosi tengah melayan pelanggan!!, haha. Semua dah tak ternilai. Seriously memang pelbagai ragam pelanggan ni kan? Bukan senang, cukup susah. Siapa yang berniaga tu taw lah. Siapa yang selama ni jadi pelanggan ja & tak pernah berniaga biasanya memang tak faham-faham, hihi. Dan dah tentu lah bagi depa frasa dekat atas tu memang sesungguhnyan betul, haih.

Aku ni masih bekerja sepenuh masa. Dalam pada tu lepas balik kerja, nak kena menjalankan tugas rumah pulak, tugas sebagai ibu & weekend tugas sebagai isteri. Kadang-kadang tu rasa penat sangat. Dapat pulak pelanggan yang agak cerewet, fuh memang menduga kesabaran & keimanan. Bayangkan lah pelanggan pun berbeza-beza latar belakangnya, malah berbeza peribadinya. 

Aku ni berniaga aiskrim partime ja. Tapi memang selalu ja restok hari-hari untuk jualan di rumah. Kalau ada tempahan lain tu memang kena makluman awal, sebab senang aku nak bahagikan masa untuk siapkan tempahan. Erti kata lain ialah masa tu sangat lah berharga buat aku. So, bila pelanggan nak COD lebih awal dari masa yang dah janji, aku kena maklumkan yang aiskrim ni tak sempat beku untuk masa yang dia nak. Kalau setuju, ok deal. Aku ni peniaga kecil ja, nak bekukan aiskrim pun guna peti ais biasa ja takda freezer. Jadi ambil masa untuk bekukan aiskrim tu.

Jenis-jenis Pelanggan


Hari ni ada dua COD ditempat yang sama, cuma ada yang seorang pelanggan ni nak lebih awal dari masa yang dijanjikan. Jadi aku kena dapatkan persetujuan yang seorang lagi memandangkan di tempat yang sama. Aku nak p hantar pun jauh taw, 22KM. Ok, dua-dua dah setuju. Settle hantar untuk pelanggan yang nak awal tadi, alhamdulillah ok ja proses jual beli antara kami. Tiba dekat seorang lagi ni "Apa yang tak bekunya? (sambil koyak plastik, belek-belek aiskrim)". Ada lah dua tiga orang kawan dia dekat situ jugak. Aku lone ranger. "Tu lah tadi kan saya dah maklumkan pada sis yang aiskrim ni belum beku, sis nak atau tak? Sebab saya datang dari Batu Kurau ni. Kebetulan ada order lain & pelanggan tu tunggu saya dekat sini jugak, saya nak lah hantar sekali" masih cuba nak senyum. "Tengok ni tak beku macam ni, tak boleh lah buat macam ni!". "Oh maaf sis, Sebab tu saya dah bagi taw dari awal tadi belum beku, tapi sis kata takpa. Sebab set time saya tak betul ni. Takpa kalau sis tak nak pun saya tak kisah, saya takpa.". Sis tu terus bagi duit sambil cakap benda yang sama ulang-ulang. "Terima kasih sis, Saya mintak halal lebih kurang ya".

Rasa macam nak nangis pun ada. Aku rasa terkilan pulak dia cakap macam tu dekat aku, padahalnya masa awal-awal aku dah maklumkan pada dia, dia kata ok. Terasa wei dia sound aku depan kawan-kawan dia. Apa lah sangat RM10 tu kalau aku sebagai peniaga kecil ni dikritik sebegini rupa. Tacing taw!!. Tapi memang ni lah salah satu pahit manis orang berniaga kan, huhu.

Jenis pelanggan nak murah selalu, tapi nak servis tik top. Yang ni memang kes paling ramai sekali lah, huahuahuahua. Bagi aku, berniaga mesti lah nak untung. Kalau tak untung, nak berniaga buat apa kan? Kalau aku kaya, nak ja buat amal jariah setiap hari, apa lah sangat kud. Celah gigi ja kan. Sedangkan orang kaya pun ambil untung & jadi kaya dari hari ke hari. Ni kan pulak peniaga kecil macam aku ni. Aku berniaga sebab nak sara hidup, nak tolong family. Sedangkan bekerja & mencari nafkah pun dikategorikan sebagai jihad kan? So, jangan lah zalimi peniaga macam aku ni. Kalau tak suka dengan harga yang ditawarkan, kita peniaga pun tak memaksa. Bila dah setuju akad jual beli, transaksi & keuntungan peniaga menjadi halal, insyaallah.

So, berhemah lah dalam urusan jual beli. Yang jadi penjual ni jangan lah letak harga cekik darah. Yang membeli pulak, berpada lah meminta diskaun & tawar menawar. Rezeki Allah yang bagi. Mudah-mudahan segala transaksi adalah win-win situation. Tu lebih baik.

Ada orang ni kadang-kadang berpendapat, jangan lah nak sibukkan diri dengan berniaga macam-macam, cari duit dunia bagai nak rak. Tak cukup-cukup ka apa yang ada. Besyukur lah. Nanti yang dikejar tak dapat, yang dikendung berciciran. Hangpa kerja teruk-teruk & hangpa berkorban masa hangpa dengan family & anak-anak hangpa.

Astaghfirullah. Sentap jugak. Tapi terima kasih atas teguran & nasihat tu. Bagi aku setiap insan ada sebab & alasan peribadi masing-masing untuk depa kerja keras mencari nafkah. We have never been in their shoes. Kita tak taw pengalaman depa, kita jugak tak taw, apa kesusahan depa. So, adakah wajar kita mempertikaikan tingkah laku & usaha depa tu. Memang tak dinafikan kadang kala kita dikritik dengan kenyataan macam ni.

Apa yang boleh kita buat, berusaha & selebihnya kita ikhtiarkan kepada Allah swt. Aku belajar dari sekeliling setiap hari, setiap detik. Insyaallah.  

Untuk para pelanggan Sweet Temptations by Zahra & Aiskrim Malaysia Zahra, terima kasih ya kalian. Aku banyak belajar dari kalian. Alhamdulillah.

No comments