Hobi Yang Dah Lama Ditinggalkan

23:56 Bonda Zahra 0 Comments

Hobi Mengumpul Setem


Assalamualaikum semua. Aku pasti setiap di antara hangpa yang membaca entri aku ni ada hobi tersendiri kan? Apa ja hobi hangpa, aku pasti ianya mendatangkan satu kepuasan dalam diri hangpa.

Dah ada anak ni, aku tak boleh lagi nak tumpu pada hobi aku macam mana masa bujang dulu. Komitmen terhadap hobi tu tak mampu lagi aku curahkan selain dari faktor masa walau tak ddinafikan minat terhadap hobi tu masih lagi ada sampai hari ni.

Hobi kumpul setem, buku setem

Ni adalah hobi aku yang dah agak lama aku tinggalkan tapi ianya masih tersimpan kemas sebagai kenangan atau mungkin jugak boleh aku jadikan harta peninggalan, haha.

Aku minat mengumpul setem. Sebab terlalu meminati setem, aku sanggup berlapar cuma sebab nak jadi orang pertama yang beli setem baru dekat pejabat pos masa tu.

Boleh dikira setiap hari lah aku akan belek setiap setem yang aku ada. Tu yang kalau ada orang usik aku dapat detect tu, hihi.

Setem dekat bawah ni adalah setem-setem yang aku miliki hasil dari duit kerja aku.

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Kalau hangpa nak taw, setem baru mempunyai nilai yang lebih tinggi berbanding dengan setem yang dah digunakan atau terpakai. Tapi ianya bergantung kepada betapa unik setem tersebut.

Secara jujurnya aku menyimpan setem bukan sebab nilainya, tapi lebih kepada kepuasan yang diperolehi darinya. Susah nak gambarkan perasaan seronok tu.

Aku bukan setakat kumpul setem baru ja, setem terpakai pun aku kumpul!. Tapi setem terpakai ni agak leceh sikit sebab hangpa perlukan teknik untuk menanggalkan setem tu dari sampul surat tanpa merosakkannya.

Hobi kumpul setem, buku setem, setem malaysia

Ni lah hobi yang aku sebutkan dekat atas tadi yang dah lama aku tinggalkan tapi masih kemas tersimpan & amat aku sayangi.

Tak taw lah Zahra ka yang mana akan ikut jejak langkah aku ni, hihi. Setakat ni tak nampak lagi tanda-tanda Zahra berminat.

Cuma yang aku pasti, semua koleksi ni memang aku sayang sangat & berhasrat nak sambung balik hobi ni, haha.


You Might Also Like

0 Pengomen: