Gotong-Royong Membuat Kerisik

22:51 Bonda Zahra 2 Comments

Rewang Kenduri


Assalamualaikum semua.

Saja lah aku nak post gambar-gambar ni nak tunjukan betapa di tempat aku ni masih mengamalkan konsep gotong royong untuk kenduri kendara. Lagi satu nak kongsi teknik pembuatan kerisik ala kampung. Jum tengok. Hangpa taw dak kerisik tu apa? Haha.

Rewang kenduri

Selalu seminggu sebelum kenduri ialah proses membuat kerisik. Biasanya adik beradik atau jiran terdekat lah datang menolong. Kerisik penting sebagai bahan dalam masakan. Kerisik memberikan bau yang harum & memekatkan masakan.

Cara Membuat Kerisik

Cara membuat kerisik, rewang kenduri

Cara membuat kerisik, rewang kenduri

Kelapa yang dah diparut digoreng dalam kuali sehingga menjadi coklat. Dah sudah tu, ditumbuk pulak. Yang aku kagum tu, dari kering kontang, bila ditumbuk lama-lama dia jadi lembik.

Cara Membuat Kerisik, lesung kerisik

Pertama kali aku tengok lesung untuk menumbuk kerisik ni, aku ingatkan ianya pasu bunga sebab besar kan saiznya, hihi. Ambil masa lama jugak wei untuk lumat sebab tu ianya ditumbuk secara bergilir-gilir.
Kerisik, rewang kenduri
Gambar ni aku ambik dari Google ok, memandangkan aku lupa nak tangkap gambar kerisik yang dah siap.

Ha ni dia, dah siap kerisik ni. Boleh lah guna untuk memasak dah. Mudah ja kan?

You Might Also Like

2 comments: