Futsal Punya Pasal

12:58 Bonda Zahra 0 Comments

Suami Injured Main Futsal


Assalamualaikum semua. Suami aku ni bukan lah seorang atlet negara, jauh sekali atlet dunia, haha. Dulu kan, aku ingat dia ni "kaki bangku', sebab tak pernah nampak dia main bola ka futsal ka.

suami injured main futsal

Entah macam mana pulak, sekarang ni tiba-tiba dah terjebak dengan futsal. Kisahnya, ikut kawan-kawan cafe lah ni. So, p lah dia malam Rabu lepas dengan beraninya bermain futsal buat pertama kalinya, hihi. Balik-balik ja mesej,

"Sayang, orang injured"
"Hah?? Luka ka?"

Sebelum ni lama dah tak bersukan, tetiba bersukan pulak. Takda panaskan badan apa dulu pulak tu. Haih.

"Tak luka, rasa pinggang terkehel ni. Sakit dia lain macam lah. Tak leh nak straightkan badan"
"Alahai.."

Tak terkata. Esok paginya nak berjalan pun tak boleh dah..Allah!. Dah lah aku jauh. Nasib baik ada Kak Nora bawak dia p check dekat klinik. Doctor bagi ubat, dengan plaster panas tu. Doctor nak cucuk tapi dia tak nak pulak. Penakut betul suami aku ni taw!. Cuti lah berniaga untuk seminggu.

Sehari lepas tu suami aku balik Perak. Biar nurse dekat Perak ni jaga pulak ya. As a wife, aku memang risau lah pinggang dia lambat sembuh. Tapi buat biasa ja, dalam hati Allah ja taw, huhu. Tak sampai hati dengar dia mengeluh sakit.

So, dah dia balik Perak tu, family dia cadangkan untuk p Xray pulak. Takut lah kan kalau ada patah ka apa plk nanti. Alhamdulillah, Xray ok, takda apa-apa. Nak mengurut tak boleh sebab bengkak kan pinggang tu. So, abang dia cadangkan untuk buat bekam, nak buang darah beku tu kan. Esoknya dia dah ok sikit dah. Tapi takda lah sembuh betul lagi kan.

Sabtu malam dia dah balik Kedah balik. balik mengurut dekat Kedah lah. 3 kali p mengurut dan sekarang dah boleh start berniaga balik. Alhamdulillah.

You Might Also Like

0 Pengomen: