Dinner Dengan Kesayangan

14:20 Bonda Zahra 1 Comments

Tempat Makan Best Dekat Taiping


Kelmarin kami dinner dekat The Gate Cafe. Sesaja makan luar sebab en.suami ada balik Perak ni. Kami memang selalu makan dekat sini.
The Gate Cafe Taiping, western terbaik taiping
Aku sebelum-sebelum ni kalau p sini wajib order Grill Chicken Chop ja. Tapi malam kelmarin aku makan yang ringan-ringan ja. Aku mintak roti bakar, salad buah dengan aiskrim. En.suami pulak macam biasa lah favourite dia, Lamb Chop!!. Zahra pun makan burger. Cey, selera macam orang besar taw Zahra ni.
Apple Assam, western terbaik taiping

Salad buah, western terbaik taiping

Roti Bakar Kaya, western terbaik taiping

burger, western terbaik taiping
Aku tertarik pulak dengan salad buah & roti bakar dia. Sebelum ni tak pernah order, apatah lagi rasa, hihi. Takut jugak tak kena dengan tekak aku bila tak pernah order ni. Tapi takpa jum kita cuba dulu!!.

Aku tak sempat nak ambil gambar Lamb Chop en.suami sebab dia dah ngap dulu, haha. Apa-apa pun alhamdulillah, memang sedap hidangan ni. Kena lah dengan tekak aku. Cuba-cuba lah, nak makan makanan yang tak berat malam-malam ni, takut gemuk lagi!!. Aku makan tu pun dah terasa kenyang ha.

Harga makanan dekat sini memang agak mahal. Tapi bagi aku mahal sekalipun kalau sedap takpa. Selama aku duk p makan dekat sini, makanan dia memang tak pernah mengecewakan. Alah, sekali sekala boleh lah hangpa cuba mai makan dekat sini ha. Memang aku recomend, sedap!!. Heee..The Gate Cafe ni terletak di Taiping taw? Berhampiran dengan Taiping Mall & Yong Taw Foo Bomba.

Tak teringin ka nak p The Gate Cafe ni? Cuba lah p dulu, baru taw, haha.

You Might Also Like

1 comment:

  1. wah Zara boleh habiskan semua tu ke? baguslah suka tengok budak berselera macam tu

    ReplyDelete