7 Hari Lagi 2 Tahun

20:01 Bonda Zahra 0 Comments

Dah Besar Anak Bonda


Assalamualaikum semua. Lagi 7 hari Zahra nak masuk 2 tahun. Haih, macam baru semalam dengar tangisan pertama Zahra & rasa nikmat pengalaman pertama di bilik bersalin.
Dah besar anak mama

Dah nak masuk usia 2 tahun anak Bonda. Makin bertambah 1001 jenis ragam. Tak boleh expect nak dapatkan Zahra adik dalam usia Zahra ni, dah boleh nampak rasa cemburu tu. Hihi, budak-budak kan, biasa lah. Nampak Bonda pegang Babah, dia pun cepat-cepat tarik tangan Bonda.

Pengalaman Pertama Naik ETS.


Seingat aku dulu, tak pernah pun naik kereta api. Dulu-dulu ETS pun takda lagi. Zaman dah berubah. Kewujudan ETS ni memang bagi pendedahan awal kepada anak-anak zaman sekarang kan. Semoga pengalaman pertama Zahra menaiki ETS bagi satu keberanian pada dia. Walaupun usia dia belum mencecah 2 tahun. Meluntur buluh biar lah dari rebungnya kan? Haha. Ambui, berperibahasa pulak hang Bonda.

Berposing Depan Kamera

Dah besar anak mama

Sekarang ni pantang nampak handphone Bonda terus mintak. Kalau sebelum ni, handphone ni tempat layan Didi, Upin Ipin. Sekarang ni, kalau ambil terus bukak kamera. Dah tu, duk perasan comel ambil gambar dia, Zahra ni lah, hihi. Dalam 10 keping tu, ada lah 3-4 keping gambar yang terbaik.

Babah & Bonda doakan Zahra terus membesar dengan sihat & sentiasa dibawah lindungannya. Walaupun kadang-kadang Zahra selalu berjaya menaikkan darah Bonda dengan ragam Zahra yang menguji kesabaran, tapi tu semua satu hiburan daripada seorang anak kepada Ibunya yang baru balik dari kerja. Terima kasih sebab setiap petang Zahra sambut kepulangan Bonda di muka pintu. Jumpa Babah setiap weekend ja. Mesti Babah jeles dengan Bonda kan? Haha.

You Might Also Like

0 Pengomen: