Suprise For My Love Ones

19:43 Bonda Zahra 0 Comments

Suprise buat suami sempena Anniversary ke 3


Assalamualaikum semua. Banyak sangat keja akhir-akhir ni, fuh penat!.
Nas Suprise Planner
Alhamdulillah, 15hb 10 semalam genap 3 tahun usia perkahwinan aku dengan suami. Sepanjang 3 tahun ni banyak suka & duka kami lalui bersama. Semoga perkahwinan ni berkekalan hingga ke syurga. Amin.

Setiap kali datang anniversary or birthday suami aku, aku mesti pening. Pening fikir nak buat apa, nak bagi apa, nak makan apa & macam-macam lagi lah. Aku ni pulak bukannya romantik sangat, uhuk!. Haha. 

Tapi kali ni, aku memang dah plan nak buat suprise dekat dia. Aku cuba usaha supaya benda yang aku buat ni menjadi. Walaupun sebenarnya malu, heee!. Dah lama nak buat tapi banyak pulak halangan & rintangannya. Tapi kali ni cuba sedaya upaya. So, apa yang aku nak buat sebenarnya?? Jeng, jeng, jeng.

Seminggu sebelum anniversary aku ada survey satu instagram ni @nas.suprise.planner. Ceritanya sebelum ni pun aku dah pernah gunakan khidmat depa ni untuk suprise birthday suami aku jugak. Tapi tak menjadi time tu. Tu sebab salah pihak aku ok. Depa punya servis memang superb dah.  Kali ni, aku dah deal baik punya dengan depa. Alhamdulillah, suami aku tak dapat hidu lansung plan aku ni, haha.

Bila dah set date, set semua, semalam lah hari yang ditunggu. Risau jugak takut suami keluar rumah ka apa. Sebab dia dekat Kedah, aku dekat Perak. Kalau aku dekat dengan dia tu boleh lah nak tahan-tahan bagi tak payah keluar ka apa, hihi. Ni jauh-jauh, nanti kantoi pulak. Punah lah plan aku. Khidmat suprise planner tu akan sampai di rumah suami dalam pukul 2 ka 2 lebih macam tu. So, aku pun tunggu perkhabaran dari depa dengan penuh debaran, haha. Ceh, awat yang aku nak debar lebih pulak ni. Sementara tu aku duk berwhatsapp dengan suami buat bodoh ja. Macam takda apa-apa.
nas suprise planner, suprise planner utara
Bila suami dah terima ja suprise tu, dia mesej aku. Cakap terima kasih lah apa lah. Siap cakap, "Mama-mama, gila sungguh". Baru taw ka bini awak ni gila-gila, kikikiki. Keseluruhannya suami aku sangat suka. Yeah!!, suka sangat sebab kejutan kali ni menjadi.
nas suprise planner, suprise planner utara
Suami aku memang tak sangka lansung yang aku nak buat suprise untuk dia semalam. Dia cuma ingat buat shout out dekat fb macam tu ja. Lagipun dia mesti macam tengah fikirkan aku dengan Zahra, sebab tak balik sana minggu ni. Memang takda nak ingat fikir benda lain lah.

Ok lah tu kan, yang penting aku dah bejaya happykan suami aku. Untungkan ada isteri romantika di amor ni, haha.


You Might Also Like

0 Pengomen: