DOLI, Taiping

01:54 Bonda Zahra 0 Comments

Kueytiaw Goreng Doli.

Taiping mali!!. Memang terkenal di Taiping dan makanannya boleh tahan. Hangpa akan rasa kagum tengok udang dia banyak walaupun kecil-kecil. (Kueytiaw Goreng Special).
Doli Kueytiaw Goreng Taiping
Aku ada terbaca, orang cakap kueytiaw dekat sini digoreng pakai arang sebab tu kena tunggu lama sikit, haha. Betul ka?. 
Doli Kueytiaw Goreng Taiping
Aku nak bagi taw ni, kalau hangpa nak makan dekat sini, hangpa kena pastikan yang waiter dia nampak hangpa. Kalau dia tak nampak jugak, aku cadangkan hangpa p terus dekat depa untuk order. Sebab staff dia untuk ambik order 2-3 orang ja dan sememangnya tempat ni akan penuh dengan orang. Sila lah banyakkan bersabar dan kalau boleh datang awal kalau tak nak angin naik satu badan, hihi. Tempat ni memang dipenuhi dengan banyak family.
Doli Kueytiaw Goreng Taiping
Tak pandang kiri kanan dah kami, terus makan dengan rakusnya, haha. Tu lah penangan bila menunggu lebih kurang 30 minit atau pun lebih. Penantian mungkin berbaloi & aku nasihatkan hangpa banyak bertenang. Ni memang kueytiaw masakan melayu kategori best. Sebab selalunya orang cakap juara masakan kuettiaw ni dimonopoli oleh orang cina.
Doli Kueytiaw Goreng Taiping, Nasi Ayam Doli
Lagi satu hangpa jangan lupa untuk rasa nasi ayam dia. Memang best. Kalau hangpa datang lambat, bagi aku pukul 8.00 malam tu pun dah lambat dah. Banyak menu akan habis wei. Kesudahannya sampai sekarang ni aku cuma dapat makan nasi ayam dengan kueytiaw goreng ja.

Alamat: No.5, Regat Tupai, 34000 Taiping, Perak.



You Might Also Like

0 Pengomen: