Bila Isteri Merajuk, Jangan Lari Bro!

21:55 Bonda Zahra 0 Comments

Apa suami kena buat bila isteri merajuk & naik hantu?


Assalamualaikum semua.

Dalam sesebuah perhubungan, pertelingkahan & salah faham tu perkara normal yang dihadapi semua pasangan. Dan dah jadi sifat wanita, mudah hilang pertimbangan bila dikuasai emosi. Pada masa ni, suami kena lah memainkan peranan 'memujuk' isteri. Bila isteri tengah membebel & marah-marah tu jangan lah lari bro!.
Apa Suami Kena Buat Bila Isteri Merajuk

Jangan lari bro!


Masa isteri marah, jangan lari bro!. Duduk dekat dengan dia. Tapi kalau tiba-tiba keletuk!, kepala tu kena pinggan alcopal, takpa. Bro jauh sikit. Mungkin dia tak selesa tapi tolong! Jangan lari. Jangan start enjin nak ke mamak atau futsal. Jangan keluar dari rumah. Stay the same!.

Sebab masa ni isteri kita bukan lagi Habibah, Hamidah atau Qasidah. Dia marah dah.

Bro kena tengok ja apa dia buat. Kalau dia suruh cakap, bro cakap ja. Walaupun pahit!. Kalau tiba-tiba isteri suruh diam, bro diam. Jangan banyak tanya. Dah diam, tiba-tiba dia cakap 'Kenapa abang diam? Cakap lah'. Masa tu bro cakap lah balik. Dan benda ni akan berulang-ulang sampai lah ke sudah. Sabar ja, takda lain dah.

Masa marah, isteri hilang akal dan tindakan.


Masa isteri marah, dia akan hilang 2 benda utama. Akal & tindakan. Dia akan melulu & tindakannya macam hantu. Cuma kalau agak teruk, bawak anak-anak masuk bilik & kuncikan depa.

Berapa lama? Insyaallah tak lama bro. Paling-paling separuh masa kedua masa Manchester Leading, dia dah mula ok. Masa tu, bro pulak layan!.

Panggil nama dia, sebutkan benda-benda yang baik, doa banyak-banyak, sebab hati dia milik Allah. Bukan milik bro!.

Datang dekat, pegang tangan.


Datang dekat, pegang tangan dia & sapu airmata yang dah kering menangis dari tadi tu. Dan tolong ya bro, pegang tangan ja. Silap pegang, bro akan terkeluar dari senarai lelaki yang dia sayang.

Cakap dengan hati, atau kalau takda ayat, cuba tengok-tengok dekat dinding atau tv, kud bait-bait lagu Aiman Tino ada, haha. Cuma jangan merapu, tu ja. Silap-silap kena penampar ubi sekali lagi.

Insyaallah, hatinya akan lembut. Dia akan sandarkan kepalanya dibahu bro. Dia akan menangis lagi, kali ni kuat sikit. Mungkin meraung, masa ni bro nak nangis sekali pun takpa.

Selesai tu, ajak isteri jumpa anak-anak. Mintak maaf dengan depa. Depa tak salah. Cium depa & peluk lah depa.

Last sekali ajak isteri bro mandi! Faham? Haha. Hati tu jangan keras sangat bro. Buat lah taman sikit. Haish!.





You Might Also Like

0 Pengomen: