Behind Every Successful Man Is A Woman

13:40 Bonda Zahra 0 Comments

Kesetiaan diukur bila pasangan kita tengah tak senang. Dan kejujuran kesetiaan kita ditimbang bila kita tengah ada wang


Kadang-kadang kalau kita dah berjaya kita akan lupa orang yang sentiasa menyokong waktu kita susah dulu. Masa tak dapat kerja, kita akan pergi minta tolong dekat ibu ayah kita. Tak cukup dengan tu, dengan muka tebalnya p pulak mintak tolong dengan member. Mana yang ada awek pulak, awek lah tempat kita mengadu.

Aku pernah baca dekat mana entah, "Kesetiaan diukur bila pasangan kita tengah tak senang. Dan kejujuran kesetiaan kita ditimbang bila kita tengah ada wang". Entah. Something macam tu lah. Aku pun tak ingat. Tapi yang pasti, ada kait-kait dengan duit.
belajar hargai orang yang susah senang dengan kita
Macam mana aku nak lupa orang sebelah aku ni bila mana dia aku nikahi masa dia menganggur, lost, malas nak fikir pasal dunia, dah give up dengan semua benda. Haish. Aku memang pilih dia waktu dia bukan siapa-siapa.

Orang dulu-dulu selalu kata, "Behind every successful man is a woman". Aku rasa aku dah boleh tukar kud. Takda orang boleh bahagia berjaya sorang-sorang dalam dunia. Mesti akan ada orang di sebelahnya walau seorang. Sebelah bukan belakang. Suami. Isteri. Mak. Ayah. Anak. Abang. Kakak. Adik. Siapa-siapa lah. Yang penting bukan belakang. Tapi bersamanya. Cuma orang tak perasan. Sebab yang dekat depan tu ja yang nampak mukanya.

Persoalannya adalah satu, bila dah dekat depan, apakah kita mudah-mudah jadi pelupa? Apakah kita akan rasa, 'Alah, memang dah rezeki aku. Baik hang ada atau takda'. Dia macam band lah jugak. Semua band naik sama-sama. Bila dah megah, pecah. Frontman jadi solo. Sebab ya lah, orang peduli apa siapa main gitar ka drum ka. Siapa-siapa ja boleh hayun instrumen tu, haha. Kan?

Kesetiaan memang diukur dengan cara yang aku cakap tadi. Tapi hakikatnya yang pegang pembaris nak ukur bukan orang. Tapi kita sendiri. Duit sekadar duit. Kalau duit tu kebahagiaan, kenapa orang kaya yang masih tak rasa cukup?. Kenapa ada orang tak kaya boleh berguling-guling gelak seronok?. Naik moto ka, naik keta ka jalan kaki, duit sekaradar duit. Hanya kertas & timah.

Ada manusia yang dah berjaya terus jadi berlagak, tak ingat asal usul. Hah, ni dia lelaki ni bagi nasihat "makan dalam" untuk orang jenis lupa diri ni. Tak kisah lah lelaki ka perempuan, tapi nasihat ni hanya untuk mengingatkan diri kita. Tanpa depa yang sentiasa di sebelah kita masa kita susah, siapa lah kita sekarang. Cewah!!.

Nasihat 'makan dalam' lelaki ni untuk jantan yang lupa diri


"Guys, jadi lah lelaki yang cukup dengan satu. Jangan ikut sangat gelora / gelodak nafsu tu. Ingat pesan abang. Kita kaum lelaki ni akan diuji saat pakai kereta mercedes, ferrari, lambhogini & BMW. Saat duit kita berkepuk-kepuk dalam Maybank 2 You. Masa ni "miss universe", "miss world", "miss pondan" datang himpit kita berpusu-pusu.

Masa ni jugak lah kita akan lupa siapa kita dulu-dulu. Jangan jadi lelaki "dungu". Tolong ada sikit perasaan malu!!. Tolong cerdik sikit fikir pakai otak Allah bagi tu. Ingat ada ka perempuan datang masa kita pakai  kereta "dutson baulu". Ada ka "perempuan" pandang masa kita pakai seluar buruk lusuh tu??. Ada ka "perempuan" yang sentiasa doakan kita tak kira waktu??. Ada ka "perempuan" tanya abang dah makan belum tu?

Kalau takda, guys..

Perempuan paling alergik dengan "MADU"


Tolong bukak mata luas-luas dan hargai "perempuan" mana yang ada masa kita susah dulu!. Hadiahkan dia dengan "kesetiaan" & apa yang dia nak. Bukan hadiahkan dia dengan "isteri baru". Perempuan ni paling "alergik" dengan madu!!. Kita sebagai lelaki ni tolong lah. Jadi lah setia dari dulu, kini & selamanya". Sumber:Redzuan Abd Manaf.

You Might Also Like

0 Pengomen: