Weekend Aman Central

15:40 Bonda Zahra 0 Comments

Jalan-Jalan Aman Central.

Assalamualaikum semua. Ni cerita weekend aku yang baru nak publish!.
Aman Central, Alor Setar, Kedah
Hangpa dah p ronda-ronda dekat Aman Central ka belum? Hihi. Yang memang duduk area Kedah tentu dah p kan?. Aman Central ni merupakan shopping mall yang terbesar dekat Alor Setar ni taw. Ia terletak betul-betul dekat tengah-tengah bandar Alor Setar. Masa operasinya ialah dari pukul 10 pagi hingga 10 malam. 30 minit ja dari Pokok Sena nak ke Alor Setar, dekat ja.Ahad lepas aku p dengan suami, Zahra & anak saudara aku, Fieqa & Amzar. 

Sampai ja dekat Aman Central ni, satu hal pulak nak cari parking. Hurm, stress. Dah lah perut tengah lapar ni, haha. Hari tu masa datang dengan kakak ipar & mak mertua aku, kami parking dekat tingkat atas. Gayat gila aku tengok bawah. So hari ni try lah parking area bawah pulak. Haih, memusing cari parking. Last, dapat dekat dengan pintu masuk. Alhamdulillah.
Aman Central, Alor Setar, Kedah
Apa yang best dekat sini taw? Dah nama pun shopping mall terbesar kan, dah tentu lah design dia memang menarik & terkini. Kalau nak shopping tu memang best lah sebab ada banyak brand-brand yang popular dekat sini. Sales banyak sangat. Geram tak senang duduk rasa, hihi. Selain tu ada GSC Cinema, bowling place & yang paling best dekat tingkat atas sekali ada kedai-kedai kecil yang jual barang-barang pelik. Aku suka lah p ronda belek barang-barang macam tu. Tak boleh lama-lama dekat sini, nanti habis satu kedai aku borong, haha. Macam lah banyak duit sangat!.

Kalau lapar nak makan dekat mana? Bab makan hangpa tak payah risau. Ada banyak pilihan tempat makan, tempat lepak minum coffee, tempat bersantai-santai dekat Aman Central ni. Pilih ja yang mana hangpa suka. Memang selesa & outstanding.

Dah alang-alang dekat sini, memandangkan perut pun sah berkeroncong, kami terus decide nak makan dekat Johny's. Tapi tak makan steamboat pun, sebab keluar awal pagi lapar nasi lah. Kami semua makan nasi. Untuk Zahra & Amzar kami belikan KFC. Makanan dekat sini, ok lah. Not bad!!. Dessert dia sedap!.
Aman Central, Alor Setar, Kedah, Johny's

Aman Central, Alor Setar, Kedah, Johny's

Aman Central, Alor Setar, Kedah, Johny's

Aman Central. Alor Setar, Kedah, Johny's
Perut dah kenyang. Dah habis melawat kawasan, penat dengan sakit kakinya lagi, kami pun gerak lah balik. Sampai ja rumah, macam biasa lah cuti-cuti ni, tidur!!, haha.

You Might Also Like

0 Pengomen: