Sambutan Hari Lahir

Sambutan Yang Tak Disangka.

Assalamualaikum.

Teringat masa zaman budak-budak dulu, keluarga aku selalu sambut hari lahir aku. Seronok ja kan. Aku sangka depa lupa hari lahir aku. Dalam sejarah hidup aku ni, aku cuma sambut hari lahir dengan sederhana ja.
Sambutan Hari Lahir, Selamat Hari Lahir Aku, Kek Hari Lahir

Tahun ni agak berbeza bila suami dah merancang nak buat sambutan yang tak disangka-sangka. Aku taw ada kenduri kesyukuran akan diadakan di rumah mertua tapi tak sangka pulak suami nak tumpang sambut hari lahir aku. Kebetulan aku berkongsi bulan lahir yang sama dengan anak sedara suami. So, kami sambut sekali lah.
Kek Hari Lahir, Selamat Hari Lahir Aku

Sambutan hari lahir yang biasa-biasa ja. Cuma kakak ipar aku memang ada buatkan kek, agar-agar sebab dia sedia taw dah dia nak sambut hari lahir anak dia. Dan nak jadi rezeki kami hari tu, mak saudara suami ada buatkan kek jugak. So, hari tu saja ada tiga biji kek, kek kakak ipar aku beli untuk anak dia, kek aku suami belikan & kek yang mak saudara suami buatkan. Wah, meriah kek lah!.
Sambut Hari Lahir Dengan Keluarga

Sambut Hari Lahir Dengan Keluarga
Terima kasih kepada suami yang merancang nak sambutan hari lahir untuk aku. Terima kasih keluarga yang meraikan ulang tahun hari lahir aku tahun ni. Walaupun simple, aku rasa terharu, hihi.

Terima kasih jugak kepada semua kawan-kawan yang ada bagi ucapan di whatsapp, facebook & instagram. Terima kasih jugak atas doa & semoga malaikat mendoakan yang lebih baik buat kalian. Ucapan dari suami Fitri Zaraki yang paling menyentuh hati.

" Selamat Hari Lahir Bonda. Umurmu dengan sendirinya bertambah. Semoga dengan bertambahnya usiamu, diiringi dengan kecantikan hatimu, terus lah menjadi isteri terbaik untukku & Bonda terbaik kepada puteriku. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan & sentiasa berada dalam lindungan Allah swt. Isteriku, I love U".

Terima kasih Allah kerana masih menghidupkan aku & bagi nikmat iman & Islam serta segala keindahan hidup susah & senang. Semoga sisa hidup yang akan datang menjadikan aku manusia yang memberi manfaat pada agama & seluruh alam.


2 comments

  1. Selamat hari lahir bonda...cantiknya kek dia...deboom sangat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq k.juju. haha, deboom tu y tak tahan tu;)

      Delete