Rezeki Anak Yang Tertangguh

22:48 Bonda Zahra 0 Comments

Rezeki Dari Allah.

Hmmmmm. Dah boleh bayang macam mana comelnya cucu kita nanti tak?, hehe. Tapi takpa. Kita jangan tanya.
Rezeki Allah, Rezeki Anak, Lambat Dapat Anak
Hal zuriat ni semua hak Allah nak bagi. Ramai mana, jantina apa. Kalau pun kita tanya, bukannya dia ada jawabnya. Silap- silap depa kecik hati. Maklum lah, sure bukan kita sorang yang bertanya.

Buat biasa. Tak payah banyak tanya. Kalau betul concern, tanya dekat Allah ja. Ada anak ka takda, bukan depa saja-saja. Kesian jugak.

Kalau kita pun tak sabar nak tengok dia ada anak, depa mesti lagi lah pulak. Komfem dari awal dah berangan jugak. Komfem dah setting nama anak kalau ada.

Alah. Lagi pun kalau depa ada anak pun bukan kita jadi apa. Kencing berak anak depa pun bukan kita yang jaga. Sakit demam bukan kita yang bayar duit kliniknya. So kita nak sibuk qada' qadar depa untuk apa?

Hmm. Sebab kesian, kud? Sebab kalau kita dekat tempat depa mesti kita serabut. Tapi kita tengok depa happy. Mungkin orang lain memang depress takda anak. Mungkin untuk orang lain. Untuk depa, tak.

Kita kena buang adat sibuk hal orang dalam diri kita. Dan adat ni kalau nak dibuang, kena ramai-ramai ikut setuju. Kalau dekat whatsapp orang lain sibuk tanya, kita nak cuba amankan keadaannya. Biar kita tolong jawabkan "Tu semua Allah punya kerja".

Atas dunia depa takda anak, Allah janjikan kalau sabar boleh dapat apa ja akhirat sana. MaasyaAllah terang-terang anak di syurganya lebih tinggi dari anak dunia kita. Buat apa kesian-kesian, patut kita tumpang bahagia.

Harap-harap ramai nampak terlalu mempeduli tu kadang-kadang dosa jugak. Harap semua mata terbukak, tak semua benda kita ada jawapannya. Orang takda anak dah komfem tu ujian dia. Kita yang ada anak, apakah konfiden jawab dekat Allah kita amanah seamanahnya?. Seram jugak.

So takpa lah. Segala imajinasi anak-anak depa biar kita simpan dalam kepala. Kalau ada, ada. Kalau takda, ada lah tu Allah punya jawabnya.

Dia nak anak ka tak suka budak ka, ni life dia. Kita nak sibuk kenapa?. Kita yang ada anak ni, belum tentu anak kita atau anak kepada anak kita atau anak kepada anak kita punya anak akan ada anak satu hari nanti.

Apa kita pasti, kalau betul jadi, jangan lah ada yang tanya benda-benda yang kita nak tanya tadi. Kesian dia nanti.

InsyaAllah, akan sampai jugak rezeki anak tu nanti. Cepat atau lambat tak penting, yang penting rezeki tu datang dari Allah swt. Mana taw lambat-lambat dapat kembar terus ka? Lagi best kan!.


You Might Also Like

0 Pengomen: