Koleksi Hello Kitty Zahra

Peminat Hello Kitty.

Assalamualaikum semua.

Sekarang ni sibuk sikit tapi ada lah masa jugak nak update blog ni. Sebelum ni aku tak pernah cerita lagi pasal minat anak aku tu kan? Si Zahra. Zahra memang minat sangat dengan Hello Kitty ni. Antara kawan blog aku ni ada tak yang minat dengan Hello Kitty ni? Hihi. Dan kalau ada siapa-siapa yang taw kedai menjual barangan Hello Kitty ni, nanti boleh lah share dengan aku. Senang lah aku nak penuhi minat Zahra ni. Ni untuk peminat Kitty lah.
Koleksi Hello Kitty
Tengok lah koleksi Kitty Zahra tu. Semua benda nak di tag Kitty!

Aku pun minat jugak dengan benda-benda comel ni. Aku taw ada jugak yang tak minat Hello Kitty ni kan? Sebabnya ada ja yang beranggapan Hello Kitty ni cuma untuk budak-budak. Wei, nak taw tak? Sebenarnya majority peminat Hello Kitty ni adalah mak-mak budak & orang dewasa taw!. Takpa lah masing-masing pun ada minat tersendiri kan? Best apa kumpul barang-barang comel ni. Sedap ja mata memandang, haha.
Koleksi Hello Kitty, Klip Rambut Hello Kitty
Girlie kan, tak sah takda aksesori macam ni, hihi.

Koleksi Hello Kitty, Sliper Hello Kitty
Sliper Kitty!

Koleksi Hello Kitty, Khemah Hello Kitty
Khemah Kitty beli dengan tabungan Aiskrim Malaysia Zahra, ngee!

Ok, setakat ni ja koleksi yang Zahra ada sekarang, hihi. Takpa, Bonda akan tambah lagi koleksi Kitty Zahra ok. Nanti kita buat sambungan entry ni ya? Stay tuned!.

No comments