Eidul Adha: Anak Tak Sihat

14:42 Bonda Zahra 2 Comments

Selamat Hari Raya Eidul Adha.

Assalamualaikum semua. Apa khabar? 

Hampir seminggu aku menyepi kan?. Sibuk & tak sempat. Macam-macam halnya. Buah hati aku, Zahra lebih perlukan perhatian. Minggu ni, Alhamdulillah nampak Zahra dah sihat sikit.
Anak Tak Sihat, Selamat Hari Raya Eidul Adha
Ahad petang yang lepas Zahra main macam biasa. Seronok lah tengok dia main gelak sakan, esoknya nak sambut raya Eidul Adha. Tapi malam tu tiba-tiba ja masa dia tengah tidur, dia bangun & muntah. Malam tu ja Zahra muntah dan cirit tiga kali. Aku cuma sapukan minyak angin dekat dia. Mana ada ubat yang sesuai nak bagi dia kan. Esoknya dia ok balik cuma ada cirit sekali. Tapi malamnya keadaan dia sama macam malam sebelumnya tu. So aku dan suami ambik keputusan nak bawa Zahra ke hospital. Risau kalau keaadan Zahra makin teruk. Zahra pulak asyik merap, merengek ja dia.

Zahra jadi kembung perut so doktor cadangkan untuk stop bagi Zahra susu sampai perut Zahra dah ok. Sebab masa tu perut Zahra penuh dengan angin, bila kita bagi susu, angin tak boleh keluar. Tu yang buatkan Zahra jadi macam tu. Masa di hospital tu doktor masukkan ubat punggung untuk redakan cirit & muntah Zahra.

Alhamdulillah nampak Zahra ok sikit esoknya. Dan aku bagi masa untuk perut Zahra sembuh sebaiknya sebelum bagi dia susu semula. Sebab bila aku cuba bagi susu jugak, perut dia kembung balik. Allah, kesiannya anak aku tu!!.

Lusanya pulak hari Rabu, aku bangun pagi nak p kerja, aku rasa badan Zahra panas. Kaki & tangan sejuk!. Allahu akbar, anak Bonda demam pulak. Tengok Zahra lemah ja. Dekat rumah takda dah stok ubat demam. So aku bawa dia ke klinik. Suhu dia masa tu 37.7dc. Agak panas lah kan.

Aku mintak doktor bagi ubat punggung. Sebab bab nak bagi makan ubat ni yang menduga aku. Dia tak nak bukak mulut. Dah tu makan sikit dia akan muntah.Tu lah yang jadi punca sakit ka demam tak kebah-kebah tu. Makan ubat tapi tak sampai. Asyik muntah ha, macam mana tu? Balik tu aku masukkan ubat punggung dekat Zahra. Aku jelomkan dia malam tu. Kalau tengok Zahra masa ni rasa macam nak menangis ja, memang nampak dia lemah ja.

Malam tu, Alhamdulillah baru peluh dia keluar & pagi esoknya dah tak panas. Zahra dah mula main & nampak aktif sikit. Lega sangat. Syukur. Ni hangpa, kalau anak tak sihat tu cepat lah bawak anak dapatkan rawatan. Jangan jadi macam aku ni. Lambat bertindak. Tapi kena lah berjaga dekat rumah jangan sampai lain pulak yang jadi. Kalau tak menyesal lah.

Punca Zahra ni lambat nak sembuh ialah sebab Zahra tak menikmati ubat tu sepenuhnya, huhu. Kalau ubat tu masuk perut dengan selamat mesti dia sembuh elok cepat. Zahra ni memang susah nak makan ubat. Ikut perangai aku lah ni, opss!. Kesian jugak kalau tengok dia kena paksa makan ubat. Tapi untuk kebaikan kan?. Memang aku dengan suami risau jugak takut Zahra kena jangkitan dalam badan dia ka apa. Tapi alhamdulillah, takda apa-apa.

Ringdu lah nak dengar suara & senyuman Nur Zahra Aressa yang sihat, aktif & ceria!.




You Might Also Like

2 comments:

  1. musin raya ni anak akan cepat jatuh sakit kan..mukin sebab makan macam-macam dan perubahan cuaca kalu balik kg.

    ReplyDelete