Cubaan Tukar Susu Zahra, Gagal!

13:03 Bonda Zahra 0 Comments

Proses Tukar Susu Zahra.

Assalamualaikum

Hai semua!. Masa ni baru dapat duduk depan komputer nak update entri. Serious tangan dah gatal nak menaip, haha.

Macam hangpa semua taw, aku memang tak bf Zahra. Maknanya, Zahra minum susu formula lah. So bajet nak membeli susu memang kena selalu beringat, hihi. Sebelum ni aku bagi Zahra Friso Gold. Dan masa tu baru dalam RM73 macam tu. Sekarang ni aku tengok dah RM75. Pada Ibu lain mesti rasa masih murah kan? Tapi Ibu bajet macam aku ni terasa kemahalannya, hihi. Sebab cepat ja harga naik.
Proses Tukar Susu, Susu Friso Gold
Sebenarnya aku kalau boleh nak lah cuba tukarkan Zahra susu yang lain lepas dia tak sihat hari tu. Lagi pun sekarang dia dah buat tak nak minum susu ni pulak. Sebab si Zahra ni payah nak setia dengan satu susu, hihi. Sebelum ni pun dah berapa banyak susu dia bertukar-tukar. Yang pastinya makin lama makin mahal pulak susu dia ha, haih jenuh lah Babah dengan Bonda.

Tapi sebab Zahra ni tak berapa kuat susu, kira ok lah bajet untuk susu ni. So aku nak cuba tukarkan dia susu lain. Kalau boleh yang berperisa coklat. Sebab Zahra macam dah berminat dengan susu coklat pulak.

Aku kengkononnya dengan niat yang baik tak nak lah membazir. Gatal-gatal lah tangan pergi capai susu yang murah sikit. Sebab ada orang kata anak depa minum susu biasa ja, sihat sampai sekarang, huhu. Bahagianya kalau anak kita semua sama kan? Ergh. Susu pilihan aku Sustagen Junior 1+ Chocolate, macam ok ja aku rasa. Dengan yakin aku grab & p bayar.
Proses Tukar Susu, Susu Sustagen 1+ Coklat
Tapi yang buatkan aku frust, Zahra tak nak pulak susu ni. Bila aku buatkan susu Sustagen ni dekat dia, dia boleh cakap "Tak mo, cucu asyam", haha. Dia kata susu tu masam, kira macam susu tak elok dah lah. Boleh macam tu?. Lepas tu tak nak lah minum susu, hish. Dah lah makan pun kurang. Lagi kering lah awak Zahra!. Mungkin dia dapat detect aku bagi dia susu murah sikit, hihi. Bukan main lagi awak Zahra ek? Tak nak susu murah ya. Kalau bab reject ni memang ikut Babah dia lah ni, haha.

Ada lah 2-3 kali bancuhan ja yang aku buat. Sesiapa ada anak minum susu ni? Mai bagi taw aku. Sayang lah susu ni terperap ja dekat rumah tu. Aku nak bagi.

Percubaan untuk tukar susu Zahra kali ni gagal!. Nak taw aku bagi Zahra susu apa lepas dia tak nak susu ni? Nanti aku bagi taw dalam next entri ok!. Macam-macam lah budak kecik ni.

You Might Also Like

0 Pengomen: